RAMPAS HARTA AHLI PARLIMEN HIDUP MEWAH MELEBIHI PENDAPATAN - SPRM



PARLIMEN perlu mengambil tindakan susulan selepas mewajibkan pengistiharan harta dengan tindakan tegas bagi memastikan semua ahli parlimen tidak hidup mewah melebihi pendapatan, kata Ketua Pengarah SPRM Latheefa Koya.

Menurut Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), buat masa ini undang-undang mewajibkan pengistiharan harta di Dewan Rakyat hanya memerlukan ahli parlimen, pasangan dan anak-anak berumur di bawah 21 tahun untuk mendedahkan harta DAN pendapatan mereka namun tidak ada langkah susulan bagi mengekang salah laku.

"Langkah Dewan Rakyat untuk meluluskan pengistiharan harta adalah sesuatu yang patut diwar-warkan. Namun ia tidak patut berhenti di situ."

"Di negara-negara lain, pengistiharan harta termasuklah langkah dimana sekiranya seseorang ahli parlimen itu didapati hidup mewah melebihi harta yang diistiharkan, harta-harta mereka akan dirampas," katanya dalam program Soal Rakyat terbitan TV3, malam tadi.

Latheefa berharap kerajaan boleh mengambil langkah yang sama sebagai tindakan susulan selepas ahli parlimen mengistiharkan harta-harta mereka.

Buat masa ini, daripada 222 ahli parlimen, hanya sejumlah 160 telah mengistiharkan harta-harta mereka kepada SPRM dalam satu kenyataan bersumpah bertarikh 5 Disember, sebagaimana tarikh akhir yang diberikan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Kesemua 139 ahli parlimen dari kerajaan pemerintah, Pakatan Harapan telah mengisytiharkan harta mereka, termasuk tiga ahli parlimen Barisan Nasional, DAN 14 dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), DAN 3 lagi dari Parti Sarawak Bersatu, dan Parti Bersatu Rakyat Sabah, kata menteri undang-undang, Datuk Liew Vui Keong.

Speaker Tan Sri Muhamad Ariff Md Yusof, telah melanjutkan tarikh akhir kepada tiga lagi ahli parlimen dari GPS, untuk mengistiharkan harta lapor sumber berita Bernama malam tadi.

Majoriti ahli parlimen dari pihak pembangkang, iaitu 38 dari BN, dan 18 dari PAS serta satu dari STAR dan 2 wakil bebas tidak mengisytiharkan harta.

Ahli-ahli parlimen Umno dan Pas menolak untuk mengistiharkan harta dengan alasan kerajaan tidak ada asas undang-undang untuk meminta mereka berbuat demikian.


No comments: