JUMPA AZMIN UNTUK KONTRAK 53 JUTA.



Kumpulan 17 Ahli Parlimen UMNO yang dijemput mengadakan perjumpaan sulit pada waktu malam dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali di rumahnya baru-baru ini dikhabarkan sudah pun mula menerima habuan masing-masing.
Habuan yang diterima dikatakan adalah dalam bentuk kontrak pembangunan infrastuktur bagi kawasan Parlimen masing-masing.
Difahamkan salah seorang Ahli Parlimen UMNO itu telah diberikan kontrak bernilai RM53 juta.
Dengan perkembangan ini, beberapa persoalan kini harus diberi perhatian, baik oleh PH, mahupun UMNO.
Pertama, mengapakah Azmin yang merupakan menteri kerajaan PH begitu bermurah hati terhadap Ahli-Ahli Parlimen pembangkang daripada UMNO?
Apakah tujuannya jika bukan untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu?
Kalau begitu, tidakkah ini sebenarnya suatu pengkhianatan kepada PH oleh menteri PH sendiri?
Kedua, adakah Ahli-Ahli Parlimen PH pernah mendapat peruntukan pembangunan sebanyak itu daripada kerajaan PH sendiri untuk memastikan kesejahteraan pengundi di kawasan yang mereka wakili?
Jika tidak, apa istimewanya Ahli-Ahli Parlimen UMNO atau pembangkang itu berbanding Ahli-Ahli Parlimen PH atau kerajaan?
Inikah yang dinamakan “kera di hutan disusukan, anak sendiri dibiar mati tak makan?
Selain itu, ketika era BN memerintah dahulu, pernahkah Ahli-Ahli Parlimen pembangkang diberi layanan istimewa dan disediakan peruntukan pembangunan seperti itu?
Ketiga, dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu, Presiden UMNO, Ahnad Zahid Hamidi telah meminta kesemua 38 Ahli Parlimen parti itu untuk berdiri serta berikrar tidak akan terlibat dalam sebarang percubaan menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang, sebaliknya hanya melalui pintu depan serta sentiasa bersama dengan keputusan parti.
Tetapi, dengan kontrak juta-juta dan peruntukan pembangunan yang diberikan oleh Azmin kepada sebahagian daripada 38 Ahli Parlimen UMNO itu, apakah ikrar taat setia mereka masih boleh dipakai?
Apakah mereka masih benar-benar setia kepada UMNO atau lebih setia kepada orang yang dapat memberikan projek serta habuan?
Dalam hal ini, sementara UMNO harus sentiasa berhati-hati, apakah PH masih mahu berdiam diri?
Atau, barangkali ada yang memberi restu? (ShahbudinHusin 13/12/2019

No comments: