Cukuplah cerita penggal PM, Kadir tegur Azmin




PETALING JAYA: Pengikut setia Dr Mahathir Mohamad hari ini menegur Mohamed Azmin Ali selepas menteri hal ehwal ekonomi itu menggesa Mahathir terus menggalas tugas perdana menteri sehingga penggal 5 tahun tamat.
Wartawan veteran, A Kadir Jasin di blog peribadinya berpesan kepada Azmin bahawa video seks sejenis yang menyasarnya itu sudah “tidak boleh dikawal”.
“Ia akan menghantui orang-orang yang berkenaan tanpa mengira sama ada mereka yang mengakuinya, yang menafikannya, atau dalangnya, mungkin sepanjang hayat,” katanya.
Azmin pada 29 Julai berterima kasih kepada PAS dan Umno kerana mengetepikan perbezaan politik dengan Mahathir dan menyokong beliau sebagai perdana menteri sehingga akhir penggal.
Kenyataan itu muncul disebalik pertelagahan dengan ketuanya, Presiden PKR Anwar Ibrahim, yang menurut Pakatan Harapan akan mengambil alih jawatan perdana menteri pada pertengahan penggal.
Kadir mengingatkan pendirian Umno dan PAS itu tidak patut dilihat sebagai sokongan kepada Mahathir.
“Tujuan utama gabungan Umno-PAS adalah memecahkan PH,” katanya.
Beliau menambah perkara penting lain yang perlu ditangani daripada berbincang mengenai apa yang sudah dipersetujui.
“Mahathir berulang kali cakap tiada rombakan Kabinet dan dia akan menunaikan janji serah kuasa kepada Anwar,” katanya.
Beliau bagaimanapun menambah para menteri tidak sepatutnya “berasa yakin dan meneruskan cara-cara tidak senonoh mereka.”
“Mungkin ini cara perdana menteri mengatakan, mungkin lebih baik kamu semua perbaiki perangai masing-masing atau berundur apabila saya tiada lagi di sini untuk mempertahankan kamu.
“Jadi mana-mana menteri yang rasa tak tahan nak berlakon dalam filem atau klip video, sila pastikan ia kategori umum,” katanya.
Azmin dan Anwar bertelagah selepas presiden PKR itu mencadangkan timbalannya meletakkan jawatan jika video seks sejenis menyasarnya itu sahih.
Azmin juga tidak menghadiri sekurang-kurangnya 2 mesyuarat PKR, ketika spekulasi mengatakan dia dan beberapa pemimpin parti sedang mempertimbangkan untuk menyertai Gerakan.

KENYATAAN MEDIA



KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
1 OGOS 2019

Kelmarin di Dewan Negara, YB Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid mencadangkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol.

Ingin saya jelaskan bahawa KEADILAN menolak cadangan tersebut kerana ia dilihat tidak munasabah dan menghina golongan wanita.

Cadangan tersebut juga memberi gambaran bahawa golongan lelaki tidak bermoral dan mudah tergoda hingga boleh terlibat dengan perbuatan keji.

Adalah lebih molek sekiranya kita memfokuskan terhadap agenda memartabatkan wanita dengan memperkasa undang-undang dalam menolak sebarang serangan seksual terhadap mereka.

Oleh yang demikian, saya meminta supaya YB Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid menarik balik cadangan tersebut.

ANWAR IBRAHIM

PH WAJIB BUAT KETETAPAN TOLAK SOKONGAN PEMBANGKANG YANG MAHU MAHATHIR BERKHIDMAT LEBIH LAMA




Kebelakangan ini terdapat kecenderungan yang kian ketara daripada pelbagai pihak dalam pembangkang untuk memberi sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad agar meneruskan khidmat sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal.

Pas adalah antara yang tidak henti-henti berbuat demikian, sedangkan sebelum PRU14 lalu merekalah yang paling kuat menghina, mencemuh dan memperlekehkan Tun Mahathir.

Antara cemuhan, perlekehan dan penghinaan Pas kepada Tun Mahathir ialah dengan mengatakan beliau sudah nyanyuk, pemimpin kitar semula, seharusnya lebih banyak duduk di atas sejadah serta hanya layak menjadi doktor di klinik 1Malaysia.

Namun, sebaik PH menang PRU14 dan Najib Razak yang diidolakannya sudah hilang kuasa, Pas segera berubah nada dengan tanpa malu-malu memberi sokongan agar Tun Mahathir terus menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal iaitu sampai ke tahun 2023.

Sedarkah Pas ketika itu Tun Mahathir sudah berusia 98 tahun?

Tindakan Pas memberi sokongan kepada Tun Mahathir itu sebenarnya tidak lebih umpama menghadiahkan sebotol madu yang telah dicampur dengan racun berbisa.

Pas kini secara rasmi sudah mengikat kerjasama dengan UMNO untuk menghadapi PH dalam PRU15 akan datang.

Kedua-dua parti bukan saja mula berkempen bersama, malah sedang merangka piagam dan pembahagian kerusi untuk merealisasikan kerjasama itu.

Pokoknya, Pas melalui kerjasama dengan UMNO adalah bertujuan untuk mengalahkan PH agar parti Islam caca-marba campur dengan parti assabiyah itu pula dapat mentadbir negara selepas ini.

Boleh jadi jika Najib Razak tidak masuk penjara menjelang PRU15 akan datang, Pas akan terus memberi sokongan semula kepada bekas Perdana Menteri itu untuk menjejaki langkah Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Untuk mencapai hasrat itu, Pas tentu saja kena menghadiahkan madu beracun kepada Tun Mahathir dengan harapan agar janji peralihan kuasa kepada Anwar tidak ditunaikan dan seterusnya menyebabkan PH bergolak, malah mungkin berpecah.

Hanya dengan berlakunya perpecahan PH sajalah peluang terbuka untuk gabungan Pas dan UMNO memenangi pilihanraya seterusnya.

Sebaliknya, jika peralihan kuasa kepada Anwar berjalan dengan teratur sebagaimana yang sudah dijanjikan, peluang mereka untuk menang PRU15 akan datang akan bertukar menjadi senipis kulit bawang saja.

Ini kerana dengan peralihan kuasa yang teratur akan membuatkan PH terus berpadu, selain imej Islamik Anwar dalam mentadbir negara dengan sendirinya akan membuat pendekatan Islam caca-marba yang dibawa oleh Pas tidak lagi relevan di mata pengundi.

Yang peliknya, ada pula pihak dalam PH sendiri - setakat ini Azmin Ali - yang tampil memberi sokongan terhadap hadiah madu beracun Pas kepada Tun Mahathir itu.

Alahai, naifnya Timbalan Presiden PKR ini. Hanya kerana beliau sedang bergelut untuk menyelamatkan diri daripada skandal video seks sejenis yang sudah tersebar luas serta amat-amat berharap Tun Mahathir dapat menyelamatkannya daripada pendakwaan di mahkamah atas perlakuan perbuatan menyalahi undang-undang, sanggup akhirnya bersekongkol dengan pembangkang.

Apakah Azmin sedar tindakannya memberi sokongan kepada cadangan Pas itu adalah suatu pengkhianatan kepada PH?

Apakah Azmin bukan saja tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri ke-8, tetapi sebenarnya juga mahu gabungan Pas dan UMNO memenangi pilihanraya akan datang?

Untuk itu, sebelum pelbagai pihak lain dalam pembangkang satu demi satu tampil mahu menghadiahkan madu beracun yang sama, Majlis Presiden PH seharusnya segera membuat ketetapan menolak sokongan daripada pembangkang kepada Tun Mahathir.

Sokongan pembangkang 100% tidak ikhlas. Mereka adalah musuh kepada PH. Sokongan mereka hanya untuk menjadikan PH berpecah dan seterusnya lemah serta membolehkan mereka mengambil alih kerajaan.

Lagi pula, sokongan sedia ada dalam PH sudah memadai untuk kerajaan ini berjalan dengan baik tanpa ancaman.

Sesuai dengan Tun Mahathir sekali lagi mengulangi janji akan tetap melakukan penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar di pertengahan penggal - meskipun setakat ini tiada tarikh ditetapkan - Majlis Presiden PH seharusnya sekali lagi juga mesti memperakui ikrar beliau itu sambil membuat ketetapan menolak sebarang sokongan daripada pembangkang yang mahu Perdana Menteri berkhidmat dengan lebih lama.

Tun Mahathir sudah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun di bawah BN  sebelum ini dan tempoh dua tahun untuk beliau menjadi Perdana Menteri di bawah PH adalah cukup memadai.

Jangan kita menjadi rakyat yang tidak bertimbangrasa dan mahu menderanya untuk bekerja dengan lebih lama atau sehingga beliau berumur 98 tahun usianya. (Shahbudindotcom 01/08/2019)

KERAJAAN PH MUDAHKAN WARGA EMAS TUNAI HAJI

PIAGAM RAKYAT: KERJASAMA UMNO – PAS SUKAR BERLAKU

AKHIRNYA PAS AKUI TUN M MEMANG HEBAT, GARA-GARA TAKUT KEMUNCULAN ANWAR IBRAHIM




Image result for APA KATA PAS KEPADA MAHATHIR

Membaca kenyataan Nik Amar sebagai menyokong dan wala' kepada gurunya Hadi Awang yang menyatakan sokongan kepada Tun M untuk terus memimpin Malaysia sehingga PRU15, ianya membuktikan bahawa selama ini Pas menipu rakyat.

Bukankah sebelum ini, Pas dengan lantang menyatakan negara ini akan rosak binasa sekiranya Tun M menjadi PM semula?  Bukankah Hadi dengan sombongnya menyatakan Tun M hanya layak sebagai doktor di Klinik 1 Malaysia?  Bukankah parti ini juga pernah menyatakan jika Tun M menjadi PM, kediktatoran Tun M di zaman beliau menjadi PM ke 4 dahulu bakal diulangi semula? 

Itulah di antara kata-kata Pas kepada rakyat sebelum PRU14 dahulu agar rakyat menolak PH kerana PH telah berjanji untuk menabalkan Tun M sebagai PM sekiranya PH berjaya ke Putrajaya.  Alhamdulillah, PH telah menjadi kerajaan kerana rakyat tidak percaya kepada propaganda para lebai tersebut.  Rakyat memilih PH kerana percaya Tun M mampu mentadbir negara ini lebih baik dari di era beliau menjadi PM ke 4 dahulu sementara menanti giliran Anwar untuk menjadi PM selepasnya.  Itu adalah pilihan rakyat dan Pas kena terima hakikat bahawa pembohongannya ditolak mentah-mentah oleh rakyat yang bijak.

Apabila menyedari bahawa usahanya untuk menipu rakyat gagal, Pas tiada pilihan lain maka terpaksa akui Tun M memang seorang tokoh yang jauh lebih hebat dari Najib, apatah lagi Hadi Awang.  Apabila hilang punca kerana semuanya tidak menjadi, tanpa segan silu Pas terpaksa menjilat ludahnya kembali.  Pada Pas, selagi Tun M menjadi PM amat sukar untuk Pas menentang PH, dan pengganti Tun M pula adalah tokoh yang lebih hebat kerana tokoh ini adalah tokoh yang pernah diangkat untuk menjadi calon PM oleh Presiden Pas dahulu iaitu Almarhum Ustaz Fadzil Noor  sewaktu Pas bersama Barisan Alternatif.  Adakah Almarhum Ustaz Fadzil Noor tidak tahu menilai seseorang yang mahu diangkat untuk menjadi PM?

Nampaknya Pas kini terperangkap di antara kehebatan dua tokoh ini sedangkan Pas sendiri tidak mampu menawarkan mana-mana calon untuk menjadi PM dari partinya.  Pas terpaksa bersama Umno yang telah menerima Najib untuk menjadi Penasihat parti Umno dan Zahid sebagai Presiden Umno.  Itulah tokoh yang mereka ada untuk ditawarkan kepada rakyat di dalam PRU15 nanti. 

Apakah rakyat akan memilih Najib atau Zahid semula?  Apakah Pas masih tercari-cari siapakah calon dari partinya untuk disorongkan sebagai bakal PM?  Adakah Hadi Awang yang hanya menjadi MB Terengganu sepenggal itu layak dijadikan calon PM?  Ini satu masalah bagi Pas sehingga terpaksa menelan semula kutukan mereka terhadap Tun M gara-gara takut akan kemunculan Anwar Ibrahim.   

WFAUZDIN NS

TEMUBUAL BERSAMA TUN M DI TURKI-SAYA TIDAK AKAN MEMUNGKIRI JANJI





Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berikrar tidak akan memungkiri janji untuk menyerahkan pucuk kepimpinan negara kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Ini selepas saluran berita antarabangsa Turki TRT menyoalnya mengenai video seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan kaitannya dengan rancangan peralihan kuasa.
"Saya tidak akan memungkiri janji sendiri.
"Apa pun yang berlaku, saya akan berpegang pada ikrar saya," katanya.
Diminta mengulas hubungan rumitnya dengan Anwar, yang menyaksikan kedua-dua mereka terheret dalam dua dekad permusuhan politik, beliau menjawab:
"Saya sudah pun bersetuju bahawa apabila saya undur, dia akan mengambil alih daripada saya sebagai perdana menteri."
"Itu janji yang saya buat dan saya akan kotakan janji itu," katanya.
Wawancara dengan TRT itu dirakamkan pada 29 Julai, hari yang sama Azmin menyuarakan sokongannya berhubung cadangan Umno dan PAS supaya Mahathir terus kekal sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum ke-15.
Mengulas peralihan kuasa itu, Mahathir mengimbas bagaimana parti-parti Pakatan Harapan bersatu untuk memerangi bekas perdana menteri Najib Razak.
"Melawan Najib lebih penting daripada hubungan peribadi kami," katanya.
Spekulasi bertiup kencang kononnya video seks yang tersebar itu berkaitan dengan perebutan jawatan perdana menteri berikutan dakwaan Mahathir mahu Azmin menggantikannya
Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, yakin bahawa mereka yang bertanggungjawab menyebarkan video itu adalah dari kalangan dalaman parti berkenaan.
Keadaan itu semakin bercelaru selepas Anwar berkata Azmin harus meletakkan jawatan jika terbukti bahawa dia adalah lelaki yang terlibat dalam perbuatan seksual songsang dalam video tersebut.
Walaupun siasatan polis mendapati video itu adalah sahih, namun proses pengecaman muka, gagal mengaitkan Azmin sebagai individu dalam rakaman berkenaan.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador juga mendedahkan kewujudan konspirasi yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik untuk menjejaskan reputasi Azmin dan ratusan ribu ringgit dibelanjakan untuk menghasilkan video itu.

'Saya takkan mungkir janji, serah kuasa kepada Anwar'



BICARA DARI TURKI, BUKAN DARI KUANG MARI



SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi janji akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tiba masanya.

Dalam satu wawancara dengan media Turki, TRT World, Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan sesekali memungkiri janji itu.


“Saya takkan memungkiri janji saya sendiri. Apa saja yang berlaku, saya akan kekal dengan janji yang dibuat,” katanya.
Hos rancangan One to One, Imran Garda sebelum itu bertanya mengenai video seks melibatkan seorang menteri kanan dan kaitan dengan rancangan peralihan kuasa.


Image result for MAHATHIR DI TURKI

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi janji akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tiba masanya.

Dalam satu wawancara dengan media Turki, TRT World, Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan sesekali memungkiri janji itu.

“Saya takkan memungkiri janji saya sendiri. Apa saja yang berlaku, saya akan kekal dengan janji yang dibuat,” katanya.

Hos rancangan One to One, Imran Garda sebelum itu bertanya mengenai video seks melibatkan seorang menteri kanan dan kaitan dengan rancangan peralihan kuasa.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam laman blognya menegaskan beliau tidak sanggup diperalat oleh dalang yang berniat jahat membuat dan menularkan satu rakaman video intim bagi menjatuhkan pemimpin tertentu.

Katanya, kes video terbabit akan ditangani sebagai isu politik kerana sekiranya beliau mengambil sebarang tindakan maka ia bermakna perancangan dalang terbabit telah berjaya.

Dalam pada itu, Mahathir memberikan jawapan sama apabila diminta menggambarkan hubungannya dengan Anwar daripada seorang musuh kepada kawan.

“Saya sudah setuju apabia saya berundur, beliau (Anwar) akan ambil alih jawatan Perdana Menteri. Itu janji yang dibuat dan saya akan berpegang dengan janji itu,” katanya.

GPS NAK LAWAN PH DI SARAWAK



KUCHING - [DIKEMASKINI] Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg menggesa semua pimpinan dan ahli akar umbi di negeri itu bekerja keras bagi memastikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang dan kekal memerintah pada pilihan raya negeri akan datang.

Katanya lagi, GPS juga sedia sepenuhnya untuk 'berperang' dengan Pakatan Harapan (PH) yang kini menerajui pemerintahan negara.

"Saya cakap terus terang, kalau hendak berperang, kita perang betul-betul.

"Peluru kena betul. Tembak kena betul. Jangan tembak kena kerak. Sebab itu kita mahu pemimpin akar umbi sentiasa bersedia. Jangan harap kami (pemimpin) atas. Kita kena berjuang sama-sama," katanya seperti dipetik Suara Sarawak.

Laungan amaran itu diberikan Abang Johari yang juga Pengerusi GPS ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah dan Seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sebuah hotel di sini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri James Jemut Masing serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian.

Dalam ucapan sama, Abang Johari turut mendedahkan seorang menteri dari PH pernah mencadangkan supaya kuasa pentadbiran PBT Sarawak diserahkan kepada kerajaan persekutuan.

"Ada orang cuba untuk mengambil hak kita (Sarawak) tetapi saya katakan tidak, PBT sarawak harus ditadbir kerajaan negeri sendiri," katanya.

Terdahulu, seramai 745 ahli majlis telah dilantik dalam kalangan 24 majlis tempatan di negeri itu untuk tempoh 2019 hingga 2021.

Daripada jumlah tersebut, 318 orang merupakan muka baharu.



JHO LOW CUBA HALANG FILEM THE KLEPTOCRATS

MUKTAMAD, ISU VIDEO SEKS TAK JEJAS PERALIHAN KUASA

BICARA SAMAN FITNAH TERESA KOK TERHADAP LEBAI



https://www.sinarharian.com.my/…/Bicara-saman-fitnah-Teresa… Tahniah dan terima kasih puak2 lebai pas kononnya pejuang parti islam..Dlm kamu teramat bencikan Dap,kamu telah menjadi sumber memperkayakan pimpinan Dap dengan aktiviti fitnah yang kamu lakukan..Nampaknya seorang lagi lebai pas bakal menjadi sumber perkayakan pemimpin Dap..Mngkin dalam agama puak pas,fitnah orang bukan islam tidak dikira berdosa kot?




KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan tiga hari bermula 23 September hadapan untuk perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim terhadap Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berhubung penerbitan artikel di dalam akaun Facebook miliknya, pada Januari lepas.

Peguam Wan Rohimi Wan Daud, yang mewakili Syarhan Humaizi memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas hadir pada pengurusan kes berkenaan di dalam kamar Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril yang turut dihadiri peguam Elyse Ng Zi Qian bertindak bagi pihak Teresa.

Dalam saman difailkan pada 4 Februari lepas, Teresa mendakwa Syarhan Humaizi selaku defendan telah menulis, memuat naik atau menerbitkan artikel bertajuk 'Ucapan YB Ustaz Khalil Benar: DAP Jangan Kurang Ajar' dalam akaun Facebooknya pada 19 Januari 2018 yang mana artikel itu turut diterbitkan dalam media cetak dan sosial di dalam dan luar negara.

Dalam penyataan tuntutan, Ahli Parlimen Seputeh itu mendakwa, defendan telah menerbitkan satu lagi artikel bertajuk: 'Teresa Kok Tidak Setuju Islam Agama Rasmi Persekutuan' di dalam sebuah portal berita, Malaysia Today pada 12 Januari lepas.

Plaintif mendakwa perkataan-perkataan fitnah di dalam kedua-dua arktikel itu antara lain membawa maksud beliau adalah anti Islam, bersifat perkauman, menyalahguna kuasa sebagai Menteri Kabinet serta seorang yang tidak beretika dan tidak boleh dipercayai.

Dakwanya, penerbitan kata-kata fitnah itu adalah tidak benar dan dilakukan dengan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasinya.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi pampasan, teruk dan teladan serta injunksi bagi menghalang defendan atau pekerjanya daripada menerbitkan semula artikel sama selain menuntut faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Syarhan Humaizi dalam penyataan pembelaannya yang difailkan pada 29 Mac lepas mendakwa, artikel pertama yang diterbitkannya adalah berasaskan fakta-fakta yang benar dan bersifat tindak balas politik yang munasabah terhadap DAP selain mendakwa ia tidak bersifat memfitnah plaintif (Teresa).

Syarhan Humaizi juga mendakwa beliau tidak pernah menerbitkan artikel kedua itu selain mendakwa artikel berkenaan tiada kaitan dengan Teresa.



Sekeping MyKad Palsu Dijual RM8,000 Di Sabah – Pengarah JPN

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
KOTA KINABALU – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mendedahkan bahawa penjualan sekeping kad pengenalan MyKad palsu oleh sindiket yang belum dikenal pasti dalang dan lokasi operasinya, boleh mencecah sehingga RM8,000.
Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad berkata pihaknya mengetahui perkara itu selepas seorang warga asing cuba membuat pasport Malaysia di Jabatan Imigresen Kota Kinabalu bulan lepas, namun diberkas polis selepas MyKad yang digunakannya dikesan palsu oleh JPN.
“Kes pemilikan kad pengenalan palsu yang dikesan di Jabatan Imigresen adalah satu daripada enam kes MyKad palsu termasuk sekeping MyKad taraf Penduduk Tetap dari Januari hingga Mac tahun ini,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.
Kad pengenalan palsu itu dirampas daripada warga warga Filipina dan Indonesia sepanjang operasi bersama polis, Jabatan Imigresen, JPN dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).
Beliau berkata walaupun ciri-ciri luaran kad pengenalan palsu itu hampir sama dengan MyKad sebenar kerana dibuat menggunakan mesin canggih, namun cip yang digunakan pada MyKad itu adalah kosong dan mudah dikesan oleh sistem JPN.
Sambil menegaskan pengeluaran MyKad palsu itu tiada kaitan dengan JPN Sabah, Ismail berkata suspek berkenaan telah dihadapkan di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 25 Akta Pendaftaran Negara 2007 (Pindaan) yang membawa hukuman sehingga dua tahun penjara atau denda sehingga RM30,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
“MyKad palsu ini tiada hubung kait dengan JPN Sabah…MyKad ini sama (dengan MyKad sebenar) tetapi tidak serupa dan sistem JPN boleh mengesannya,” katanya.
Beliau berkata ia juga tiada kaitan dengan sindiket yang membabitkan 22 pegawai JPN sebelum ini, seperti yang terkandung dalam Suruhanjaya Siasatan
Diraja (RCI).
Semua 22 pegawai JPN itu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kad pengenalan palsu yang dihasilkan mereka telah pun dibatalkan, jelasnya.
Mengenai laporan media yang mendakwa Keningau sebagai daerah mempunyai pemegang kad pengenalan palsu paling ramai di Sabah, Ismail berkata JPN telah menjelaskan perkara itu kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Anggota Parlimen Keningau Tan Josepp Pairin Kitingan.
Pada pertemuannya dengan Pairin dua hari lepas, beliau telah menjelaskan bahawa daerah-daerah lain di negeri ini turut merekodkan banyak kes kad pengenalan palsu.
Sementara itu, Ismail meminta majikan sektor perladangan, perbankan, kawalan keselamatan dan pembantu rumah supaya mengesahkan kesahihan MyKad pekerja dengan JPN bagi memastikan mereka benar-benar rakyat Malaysia. – BERNAMA


WANG YANG DISONGLAP KENAPA SALAHKAN PH ?




Related image
Adun Pasir Pinji, Howard Lee, mendakwa bekas perdana menteri, Najib Razak memberi respons mengelirukan, tidak jujur dan bohong mengenai isu wang bayaran balik GST – yang didakwa beberapa pihak telah ‘dirompak’ oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. 

Menurut beliau, Najib dan pengikutnya menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedangkan kerajaan yang ditadbirnya – sebelum kalah PRU14 – telah gagal untuk membuat pembayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion. 

“Angka tidak menipu. Laporan (PAC) menunjukkan pada 30 April 2018, hanya RM450 juta yang tinggal dalam Akaun Hasil Disatukan semasa PH mengambil alih kuasa, dan ini berlaku meskipun semua kutipan GST telah dimasukkan terus ke Akaun Hasil Disatukan.

“Laporan itu juga menunjukkan pada 30 Mei 2018, hanya RM150 juta berada dalam Tabung Bayaran Balik GST, sedangkan jumlah tuntutan bayaran balik GST adalah bernilai RM19.4 bilion,” katanya lagi. 

Jelas Howard, tindakan pentadbiran terdahulu itu menyalahi Seksyen 54(2) Akta GST 2014 yang menetapkan semua kutipan GST perlu diakaunkan terlebih dahulu dalam Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST.

“Apa yang dilakukan pentadbiran Najib adalah terang-terangan melanggar peruntukkan dalam Akta GST – yang mana telah digubal, dibentangkan di Parlimen dan diluluskan oleh pentadbirannya sendiri.

“Tiba-tiba, dia nak salahkan kerajaan PH yang telah selesaikan masalah yang ditinggalkan pentadbirannya pula, dengan melakukan pembayaran semula tuntutan bayaran balik GST kepada pembayar cukai?” ujarnya yang juga Ketua DAPSY Kebangsaan. 

Peguam Negara, Tommy Thomas dalam surat kepada PAC pada Oktober lalu berkata tindakan menyalurkan terus kutipan GST ke Akaun Hasil Disatukan kerajaan persekutuan adalah suatu tindakan yang menyalahi undang-undang. 

Menurut beliau, tindakan itu melanggar Seksyen 7 Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Seksyen 54 Akta Barangan dan Perkhidmatan 2014.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Melaka dalam kenyataan sama berkata PAC telah mengesahkan bahawa kutipan GST mesti diletakkan dalam Akaun Pembayaran Balik GST mengikut Seksyen 52(2) Akta GST 2014.

“Najib dan kerajaan yang lalu tidak mematuhi peruntukan ini kerana wang yang dikutip daripada GST telah diakaunkan secara terus ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan.

“Najib telah cuba mempertahankan tindakan ini dengan menggunakan Seksyen 54(5) Akta GST 2014, yang memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk mengarahkan pemindahan wang daripada Akaun Pembayaran Balik GST ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan.

“Justifikasi ini sememangnya tidak sah kerana wang yang dikutip daripada GST mesti dibayar ke dalam Akaun Pembayaran Balik GST terdahulu sebelum dipindahkan ke Kumpulan Wang Hasil Disatukan, bukannya secara terus ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan,” tegasnya.


*KEMESRAAN YDP AGONG BERSAMA ANWAR DAN KAK WAN MENYAKITKAN JIWA MUSUH ANWAR*





Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, orang berdiri






Siapa musuh Anwar?  Mereka adalah yang tidak mahu melihat Anwar menjadi PM.  Mereka ini ada di dalam parti dan di luar parti. 

Musuh beliau di dalam parti yang dahulunya pandai "berlakun" kononnya sebagai pejuang reformasi, kini telah terserlah di mata ahli-ahli parti siapa orangnya.  Musuh di luar parti sudah tentunya mereka yang takut tentang kepimpinan Anwar di dalam menerajui negara nanti bakal menenggelamkan parti mereka. 

Musuh di dalam parti itu kini cuba berganding bahu dengan musuh di luar parti.  Tidak pelik kalau dia menyatakan secara terbuka menyokong pembangkang agar PH melanggar janji manifesto untuk mengangkat Anwar sebagai PM.  Orang ini menang di dalam pilihanraya dan dapat merasai kerusi empuk sebagai menteri kanan hasil dari manifesto yang disokong oleh rakyat, tiba-tiba menyatakan sokongan kepada Pembangkang.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, cermin mata dan teks





Bangsat apakah ini?  Tidak cukupkah dengan nikmat yang kamu perolehi dari pengorbanan tumpahan air mata dan darah dari sosok tubuh bernama Anwar Ibrahim?  Selayaknya kamu dihina bukan sahaja oleh ahli-ahli parti bahkan dari sedarah sedagingmu sendiri.  Bertaubatlah, sila kekal tenang. 

*WFAUZDIN NS*


SELAYAKNYA DR IDRIS AHMAD MENJADI MB SELANGOR.

Image result for DR IDRIS AHMAD

Dr Idris Ahmad

SPECIALTY

Obstetrics And Gynaecology (O&G)








   


















Semua parti komponen PH dah setuju agar Dr Idris Ahmad menjadi MB, Tapi Azmin yang berkuasa waktu itu mengambil jalan belakang dengan meletakkan nama Amirudin dan di endos kepada Sultan. Jadinya beliau naik melalui pintu belakang juga...

Sama juga macam mentornya apabila naik menjadi MB selangor apabila Parti meletakkan nama Wan Azizah, Azmin dan Hadi komen bukan bukan...akhirnya dia naik menjadi MB Selangor....pandai main pintu belakang dan sailang rupanya..




Tiada penerangan foto disediakan.Imej mungkin mengandungi: teksTiada penerangan foto disediakan.
Tiada penerangan foto disediakan.