Che Ibrahim
UEC digunakan untuk tarik sokongan pengundi bukan melayu.
Hudud digunakan untuk tarik sokongan pengundi melayu.
Bila berkuasa....dua dua ke laut dalam.... Maaf la
Che Ibrahim
UEC digunakan untuk tarik sokongan pengundi bukan melayu.
Hudud digunakan untuk tarik sokongan pengundi melayu.
Bila berkuasa....dua dua ke laut dalam.... Maaf la
Che Ibrahim.
Isu UEC mula mainkan semula.
Kita tunggu bila pula isu hudud Dan Ruu 355 mula berkumandang.
Politik ni kena panas sokmo, baru politik jadi hidup.
10 December 2025
DAP dilaporkan memberi tempoh enam bulan kepada Perdana Menteri untuk menyegerakan reformasi yang selama ini dijanjikan.
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, jika Anwar Ibrahim gagal melaksanakan tuntutan itu dalam tempoh tersebut, DAP akan menilai semula peranan parti itu dalam kerajaan.
Bagaimanapun, katanya, ia tidak bermakna DAP akan menarik sokongan dan menjatuhkan kerajaan.
Walaupun Loke tidak menyatakan secara khusus, penilaian semula itu mungkin termasuk DAP keluar dari kabinet dan menjadi penyokong kerajaan sahaja.
Tindakan DAP ini yang dianggap suatu tekanan kepada Anwar tentunya tidak lain adalah kesan daripada keputusan PRN Sabah yang menyaksikan parti itu kalah semua lapan kerusi yang ditandinginya.
Kekalahan itu menunjukkan pengundi Cina dan golongan peniaga tidak lagi menyokong DAP.
Faktor terbesar keadaan itu ialah kedudukan ekonomi yang tidak memberahikan sejak PH menerajui kerajaan, selain beberapa keputusan kerajaan seperti perluasan skop cukai SST dan pengenalan e-invois yang tidak menggembirakan golongan peniaga.
Tuntutan DAP agar Anwar melakukan reformasi yang lebih bermakna dalam tempoh enam bulan akan datang pastinya bertujuan untuk mengelakkan parti itu terus ditolak dan kalah teruk pada PRU16 akan datang.
Sebenarnya, tiada guna sama sekali untuk DAP memberi kata dua atau menetapkan tempoh itu kepada Anwar kerana jika dalam masa tiga tahun menjadi kerajaan sebelum ini pun reformasi gagal dilaksanakan, mana mungkin sesuatu yang drastik dapat dilakukan dalam tempoh enam bulan akan datang?
Bahkan, dengan memberi tempoh masa itu, ia dengan sendirinya mencerminkan kegagalan DAP sendiri.
Mengapa dalam tempoh tiga tahun sebelum ini Anthony Loke tidak bersuara keras seperti ini?
Kenapa hanya setelah kalah di Sabah, baru hendak lantang memberi kata dua dan ancaman?
Percayalah, jika DAP merasakan reformasi gagal dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun yang telah berlalu, ia tidak mungkin menjanjikan kejayaan dalam tempoh enam bulan akan datang.
Sebab itu, pilihan DAP untuk keluar daripada kabinet dan hanya menjadi penyokong kerajaan saja jika selepas tempoh enam bulan akan datang, reformasi bermakna masih gagal dilaksanakan, ia tetap merupakan tindakan yang yang sia-sia.
Bahkan, ia juga tidak mampu untuk memulihkan kepercayaan pengundi Cina dan golongan peniaga kepada DAP.
Hakikatnya, pengundi Cina dan golongan peniaga rata-ratanya sudah tidak percaya lagi pada kerajaan yang ada ini.
Selagi DAP bersama mereka, walaupun tidak memegang jawatan dalam kabinet, sokongan yang telah lari tidak mungkin datang kembali.
Satu-satunya pilihan untuk DAP meraih kembali kepercayaan pengundi dan menghidupkan harapan untuk menang banyak kerusi hanyalah dengan keluar daripada kerajaan dan memisahkan dirinya daripada kuasa.
Ada berani – masih sayang jawatan menteri atau kerusi?. – ShahbudinHusin 10Disember2025.
https://shahbudindotcom.net/2025/12/beri-kata-dua-enam-bulan-kepada-pm-cermin-kegagalan-dap/
Zuwairi Md Yusof
Dengan Bangla,Rohingya bolehlah tunjuk kuat,berani,berlagak samseng bila dah masuk gelanggang longlai juga rupanya takdelah kuat mana hebat pun,kahkahkah.JOJO pun ketawakan mangkuk jamban acah2 kuat,hebat dan samseng ni.
.Macam mana UCOP boleh dapat tali pinggang hitam pun entahlah.Pergi lawan BEN LADIN dulu baru tahu tahap mana ja samseng taik kucing UCOP.Kalau menang dengan BEN LADIN,SAYA sendiri sudi lawan UCOP dalam gelanggang untuk bagi pengajaran paling bermakna durjana seperti dia.Setakat UCOP ni layak lawan DMA ISLAM tu ja.Sapa setuju dan sokong angkat tangan masing2,kehkehkeh.
Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1997933867559444491
Alhamdulillah positif. Kita doakan yang TERBAIK untuk pimpinan PH, Kerajaan Perpaduan dan Negara Malaysia.
1. Nampaknya Pimpinan PH responsif seperti dulu balik.
2. Sudah buat post mortem PRN Sabah dan ambik langkah ke hadapan fahami signal diberikan.
3. Kena ambil iktibar kelemahan Kerajaan PH 1.0 yang skema buku dan percaya kepada deep state dan politik talam 4 muka hingga tumbang Kerajaan PH 22 bulan memerintah, alert dgn Langkah Syaiton dan Tebuk Atap 2.0 dan ibrah kejatuhan Morsi di Mesir kena jadi panduan.
3. Baki 2 tahun lagi, masih sempat Reform habis habisan Kementerian, Agensi, Jabatan dan Glc Kerajaan di Malaysia terutamanya Institusi Kehakiman, hapuskan Akta Drakonian dan RASUAH serta rombak SPRM.
4. Tidak lupa kepada pengundi teras kita, tapi jangan tinggal pengundi atas pagar agar kembali kepada PH balik.
5. Pengundi atas pagar lari ke PN pada PRU15 kena ambil kira sangat, salah satu element penting Menteri - Timbalan Menteri PH1.0 lambat buat perubahan dan ‘honeymoon’ lama sangat, kena tikam dgn BERSATU dan Katak, dan deep state.
5. Baik pulih Negara, baiki tatakelola dan rombaklah Kabinet jika Ada Menteri, Timbalan, Pengerusi Glc dan semua lantikan politik serta PTD/GLC yg terlibat dengan RASUAH dan tak competent.
6. Ada masa lagi, dah banyak kita buat. Tapi Komunikasi Strategik kena berkesan supaya angin perubahan dan REFORMASI yang dibuat sampai ke setiap orang Rakyat di Malaysia.
7. Hentikan bergantung kepada media konvensional dan fokus bina balik kekuatan media Komunikasi PH dulu supaya lebih kuat
8. Ubah sebelum tergolek dan digulingkan oleh deep state dan Pengundi Teras kita.
Jalan Terus PH, kami percayakan anda, REFORM.
Syam Ghaz
Penyokong PH ada juga yang tegur elok2, w/pun Ada yang tegur dengan panas.
Itu respon mereka terhadap tindakan kamu kutuk PMX sebelum ini.
Bila kamu balas kritikan, kamu pula sebut “bodoh tak bertempat, bengong tak berakar….”
Dik, jika kamu berbangga dan pergi sebagai “Usahawan Berjaya” sekalipun, bahasa kamu tu mencerminkan tahap akal kamu dik.
Sblm ini saya tak follow kamu, dlm kes ni saya buka2 tengok video kamu cakap mcm tu.
Maaf lah jika itu bahasa dan perangai kamu, memang tak sesuai lah PPD dan Sekolah jemput lain kali.
Nampak gaya Kerajaan Pas Terengganu ada 'hobi' baharu. Lepas Felda FGV ditutup, kini giliran asrama sekolah anak miskin orang Melayu pula di'kacau' mereka. Apa sudah jadi?
#asrama #aykt #yayasanterengganu #menteribesarterengganu #kerajaannegeriterengganu #pasterengganu #terengganu #kemaman #sekolahasrama #tanahnegeri #imtiyaz #fgv #felda #sita #politik #panas #isu #terkini #semasa #trending #malaysiatrending #tiktok #foryoupage #fyp #wadahdaily #berani #telus #informatif
Zainuddin Omar
Ini pelik. Sila semak sendiri bila Sanusi jadi MB Kedah dan bila kes rasuah berlaku seperti dalam kertas pertuduhan.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpesona dengan slogan Malaysia Madani tanpa memahami maknanya secara mendalam.
Beliau menyifatkan konsep itu bukan sekadar mengenai manusia di Malaysia, tetapi turut menggambarkan fitrah kemanusiaan sejagat yang boleh berubah arah bergantung kepada pentadbiran negara.
Dalam tulisannya di Facebook, Hadi menafsirkan konsep tersebut melalui pandangan Ibnu Khaldun yang menyamakan peringkat perkembangan bangsa dengan manusia dari bayi hingga ke fasa nyanyuk. Katanya, apabila sesuatu umat memasuki fasa kemewahan melampau dan lalai, ia tanda ke arah kemerosotan tamadun.
Hadi turut menegaskan, Malaysia Madani akan kekal “jernih” hanya jika pemimpin dan rakyat kembali kepada islah atau pembaikan menyeluruh, bebas daripada rasuah, salah laku dan keruntuhan moral dalam masyarakat.
Sumber: Malaysia Gazette
Gambar: Yahoo News
1. Itu bukti jelas Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri tak halang SPRM siasat Pegawai Pegawai dia. Ketelusan dan kebebasan kepada SPRM untuk buat siasatan.
2. Ia juga Fakta Jelas yang Kerajaan Madani dibawah PMX Anwar Ibrahim tidak kuasai SPRM spt didakwa kamu dan Pembangkang.
3. Menteri Dalam Negeri juga tak tempelak SPRM jalankan tugas. Buatlah, siasat lah, takda sape nak halang.
4. Beza jauh la dengan zaman Hamzah Zainudin minyak masak dan Menantu Muhyiddin Yassin.
5. Zaman Madani ni, KDN dan AGENSI AGENSI ‘all out’ nak basmi RASUAH. Siapa buat kena lah.
Syam Ghaz
Che Ibrahim
Dulu MCA senang lenang dan bahagia bersama UMNO dalam BN, pendek kata kalau UMNO abang sulong, MCA adalah abang no 2. UMNO makan isi, MCA memakan kulitnya, takde yang terbuang.
Namun dalam PRU 2018, MCA mula hilang tuah apabila hanya memenangi 1 kerusi Parlimen dan 1 kerusi Dun sahaja. Nasib baik PRK Tanjong Piai 2019 MCA menang menjadikan ada 2 kerusi.
PRU 15 2022 juga melihat MCA terus hilang taringnya, kekal dengan 2 MP. Hingga kini, walaupun BN menerima "nikah paksa" untuk hidup bersama PH membentuk Kerajaan Madani, MCA dilihat masih kurang selesa, nak pun tidak taksir pun tidak.
Wajarkah menjelang PRU 16, MCA mencari tuan atau pasangan baru atau memilih hidup bersendirian bersama rakan senasib??
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperkenalkan projek perumahan mampu sewa untuk lelaki bujang yang bekerja di Kuala Lumpur, dengan kadar sewaan hanya RM200 sebulan.
Tawaran penyewaan Residensi Belia Cheras itu juga terbuka untuk mereka yang menjalani latihan industri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Syarat kelayakan bagi menyewa rumah tersebut adalah warganegara Malaysia dan berumur antara 18 hingga 40 tahun.
Pemohon juga tidak memiliki rumah dalam radius 35km dari pusat bandar serta berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Pelbagai kemudahan disediakan termasuk lengkap dengan perabot asas, surau, kemudahan sukan dan dewan, pondok pengawal keselamatan dan lif.
Permohonan boleh dibuat melalui laman web eperumahan.dbkl.gov.my
“Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila imbas kod QR di poster atau hubungi 03 2617 6158 (waktu pejabat),” menurut poster hebahan itu.
Rata-rata menyambut baik inisitif DBKL tersebut kerana dapat meringankan beban belia yang bekerja.
Difahamkan, untuk bilik sewa di Lembah Klang, purata sekitar RM500 hingga RM1,500 sebulan, bergantung lokasi dan kemudahan.
“Saya pernah nampak tempat itu. Lokasinya betul-betul bersebelahan Stesen LRT Cheras, dengan deretan kedai termasuk pasar raya, dobi, restoran mamak, Speedmart dan MR DIY di kawasan yang sama.”
“Berita baik untuk rakyat Kelantan,” demikian antara komentar orang ramai di media sosial.

Barisan panelis pada sesi Forum Memperkukuh Sektor Kesihatan Pendidikan dan Kemiskinan sempena Majlis Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin Perbadanan Putrajaya pada 6 Disember 2025.
KUALA LUMPUR, 8 Dis – Tindakan Bank Dunia memuji Malaysia atas kemajuan kukuh dalam mengurangkan kemiskinan terutama membabitkan miskin tegar namun, penambahbaikan dari segi hasil pendidikan dan kesihatan juga penting untuk menyokong pertumbuhan yang inklusif dan adil, menunjukkan petanda positif terhadap hala tuju ekonomi negara.
Petunjuk jelas itu memberi semangat baharu kepada kerajaan bagi meneruskan dasar-dasar menyokong pertumbuhan ekonomi secara berterusan dalam tempoh jangka masa sederhana.
Menurut Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia (Kemiskinan dan Ekuiti), Dr Ririn Salwa Purnamasari, pencapaian Malaysia sepanjang generasi lalu adalah tidak dapat dinafikan dengan kemiskinan tegar kini hampir dibasmi sepenuhnya.

“Usaha Malaysia dalam menghapuskan kemiskinan dan mengurangkan ketidaksamaan sangat mengagumkan.
“Kemiskinan tegar kini hampir tidak wujud. Sasaran kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar pada asasnya telah dicapai,” katanya semasa sesi panel di Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 yang diadakan sempena program Rancakkan MADANI di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata Malaysia kini perlu bergerak melangkaui usaha membasmi kemiskinan tegar dengan menumpukan kepada pembangunan yang lebih meluas dan adil.
“Kejayaan Malaysia bukan hanya mengenai mengeluarkan rakyat daripada zon kemiskinan tegar. Negara ini perlu mempunyai aspirasi yang lebih besar,” katanya.

Ririn berkata Malaysia sudah mempunyai asas yang kukuh, termasuk kadar kemasukan ke sekolah menengah yang tinggi, perlindungan penjagaan kesihatan yang meluas serta kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
“Langkah Malaysia seterusnya bukan sekadar melakukan lebih banyak bagi setiap perkara tetapi menghubungkan perkara yang telah Malaysia miliki dengan lebih baik,” katanya.
Beliau berkata negara ini berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai masa depan yang inklusif dan berpendapatan tinggi.
“Malaysia berada di landasan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. Dalam beberapa tahun akan datang, insya-Allah, Malaysia akan menyertai kategori negara berpendapatan tinggi,” katanya.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad dan doktor selebriti Dr Shazril Shaharuddin turut menjadi ahli panel dalam sesi selama 30 minit itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada atlet Malaysia yang beraksi di Sukan SEA Thailand 2025 di Bangkok pada 9 Disember 2025.
KUALA LUMPUR, 9 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menitipkan ucapan semangat dan doa kepada kontinjen negara yang akan beraksi di temasya Sukan SEA Thailand yang bermula secara rasmi hari ini.
Menerusi hantaran di media sosial, beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan padu kepada atlet kebangsaan yang membawa cabaran negara di pentas serantau itu.
Anwar berkata, atlet negara diseru beraksi dengan penuh fokus, tenang dan keyakinan bagi mencapai keputusan terbaik pada Sukan SEA Thailand kali ini.
“Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan, doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian,” katanya.
Lebih 1,100 atlet negara beraksi di temasya Sukan SEA Thailand.
Malaysia yang mengambil bahagian dalam semua 50 acara yang dipertandingkan pada edisi ke-33 di Sukan SEA 2025 di Bangkok dan Chonburi menetapkan misi baharu untuk membawa pulang 200 pingat tanpa mengira warna.
Sukan SEA 2025 dibuka secara rasmi hari ini di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok dan berakhir pada 20 Disember ini.
Kematian pelajar tahfiz: AGC masih tunggu siasatan polis lepas 12 tahun
Diterbitkan: Dec 9, 2025
11:37 AM
⋅
Dikemaskini: 11:37 AM
Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum menerima
laporan siasatan polis mengenai kematian pelajar tahfiz Wan Ahmad Faris Wan
Abdul Rahman, yang berlaku 12 tahun lalu.
Peguam Negara Dusuki Mokhtar dilaporkan berkata
sehingga kini polis belum menyerahkan hasil siasatan mereka kepada AGC,
sedangkan dokumen itu penting untuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah
dalam kematian Wan Faris.
“Kita akan mohon hasil siasatan dikemukakan oleh
PDRM jika semuanya sudah disiapkan atau dilengkapkan.
"Namun, arahan siasatan lanjut sentiasa
diberikan dari semasa ke semasa bagi melengkapkan siasatan kes. Hasil siasatan
itu penting untuk diteliti AGC sama ada kejadian menimpa Allahyarham Wan Ahmad
Faris mempunyai elemen kes jenayah dan sebagainya," kata Dusuki seperti
dipetik BH Online semalam.
ADS
Pada 20 Ogos, Menteri Dalam Negeri Saifuddin
Nasution Ismail mengesahkan polis akan membuka semula siasatan berhubung
kematian Wan Faris pada Disember 2013.
Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas keluarga
pelajar tersebut mendesak pihak berkuasa menyemak semula siasatan.
Lokasi diroboh
sebelum siasatan selesai
Wan Faris, ketika itu pelajar Tingkatan Empat,
ditemui di dalam tandas asrama Sekolah Tahfiz Sains Nurul Aman di Kok Lanas,
Kelantan.
ADS
Mayatnya dijumpai seorang warden asrama selepas
mengesan bau busuk dari tandas berkenaan.
Bedah siasat mengklasifikasikan kes itu sebagai
mati mengejut tanpa unsur jenayah.
Namun, Mahkamah Koroner Kota Bharu pada Jun 2016
memutuskan kematian Wan Faris berpunca daripada tindakan individu tidak
dikenali dan menolak kemungkinan bunuh diri.
Pada 1 September, keluarga Wan Faris menyerahkan
satu memorandum kepada kerajaan Kelantan yang mengandungi tiga tuntutan utama,
termasuk penjelasan mengapa tandas sekolah — lokasi kejadian — dirobohkan
sebelum siasatan diselesaikan.
Norman
.
Dap nak keluar dari Pakatan Harapan atau kerajaan? Untuk saya sekadar ugutan sebab PMX dilihat banyak tolong Melayu. Berani kah mereka ut kembali ke era 70 & 80an???
Mengarutlah tambah Dap bukan lagi di era Lim Guang Eng yg dilihat sebagai ultra Cina.
Jika benar ok saja sebab tidak mustahil berlaku kerjasama PH, BN dan PAS. Nanti berebut kawasan Melayu! No la PAS ambil luar bandar seperti sekarang, BN ambil tempat Bersatu dan semi urban… Semi urban & urban bagi PKR & Amanah.
Kawasan Cina bagi je dkt MCA dan PKR… Sabah & Sarawak confirm bersama kerajaan yang ada PH dan BN dan sekaligus boleh terima PAS… apa nak pening2 or dipanik sangat ini?
Dlm politik ini sgt dinamik.. tiada yg mustahil. Pas kata UMNO kafir, Umno kata Pas sesat, Umno say no to Anwar, Pas anti Dap, Dap takut Pas tapi semuanya pernah bergabung.
Teengok di Sabah… No parti Malaya.. akhirnya bentuk kerajaan negeri ada parti Malaya. Tiba2 Syafie bila kalah kata kami bukan anti Malaya. Cakap org politik ini hanya mencari apa jenis ‘perniagaan’ yang laku dijual.
Politik hanya perlu seni politik. Politik bukannya seni pertembungan tetapi seni perundingan dan diplomasi.
Gambar sekadar hiasan
Che Ibrahim
Lie, ambo tak salah faham dah, memang dia olang tatak suka sama Pas, sorry lie ya, kita masih kawan, cuma tak boleh joint PN, manyak ssusah oooo.
Tak berlaku di zaman PAS dalam kerajaan. Sebaliknya berlaku selepas PAS jadi pembangkang. Pelik sangat bila parti yang mendakwa 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 tak mampu untuk laraskan polisi supaya lebih mesra muslim ketika ada kuasa.
Masa jadi kerajaan dulu lebai sibuk buat apa agaknya ya? Guane boh?
Raja Gelap II
.
8 December 2025
Saranan paling mudah untuk MCA ketika ini ialah mereka tidak perlu berlengah lagi untuk segera keluar daripada BN.
Di sebalik ancaman Wee Ka Siong bahawa MCA tidak akan teragak-agak keluar BN jika gabungan itu cenderung untuk bekerjasama dengan PH yang ada DAP di dalamnya pada PRU16 akan datang, kenyataan balas Ahli MT UMNO, Dr Puad Zarkashi sudah boleh dianggap jawapan yang tidak perlu diragui lagi.
Dalam kenyataannya, Dr Puad berkata, MCA tidak perlu mencari alasan dan menunggu sehingga tarikh PRU16 diadakan baru hendak keluar BN.
Beliau malah mencabar MCA agar keluar sekarang juga daripada BN kerana katanya, gabungan itu memang berhasrat untuk bekerjasama dengan PH, termasuk DAP pada PRU16 akan datang.
Sesungguhnya, kenyataan Dr Puad itu adalah suatu cabaran yang mengaibkan jika ia tidak disahut oleh MCA.
Meskipun tarikh PRU16 akan tiba kira-kira dua tahun daripada sekarang, tetapi adalah jelas UMNO dan BN mulai sekarang lagi lebih memilih untuk bersama DAP berbanding MCA.
Ertinya, UMNO dan BN lebih menyayangi DAP daripada MCA yang sudah puluhan tahun bersama gabungan itu.
Sekarang ini, terutama apabila kenyataan Dr Puad itu tidak disanggah oleh pucuk pimpinan UMNO dan BN, dengan sendirinya bermakna ia adalah pengakuan yang sah dan benar.
Hakikatnya, UMNO dalam mendepani PRU16 akan datang terlihat sudah bersedia untuk mempromosikan jenama baru “UMDAP” kepada pengundi-pengundi di negara ini.
Dengan itu, MCA tidak perlu menunggu lebih lama untuk kekal dalam BN.
Amat memalu serta mengaibkan jika MCA masih mahu kekal bersama BN dalam keadaan terang-terang DAP lebih disayangi oleh gabungan itu.
Pucuk pimpinan MCA mesti berani membuat keputusan untuk keluar daripada BN, sama sebagaimana beraninya seorang Ahli MT UMNO membuat pengakuan akan tetap bekerjasama dengan PH, termasuk DAP pada PRU akan datang.
Jangan berlengah lagi dan jangan tunggu sehingga dekat tarikh PRU16 baru hendak berbuat demikian.
Setelah keluar BN, tidak semestinya MCA perlu menyertai PN.
MCA boleh bergerak secara solo, tetapi hanya perlu menjalin kerjasama dengan PN agar di mana parti itu bertanding, PN tidak meletakkan calonnya di situ.
Ia sama seperti parti Muda bekerjasama dengan PH pada PRU yang lepas.
Dengan cara itu, disertai dengan penolakan pengundi Cina yang makin ketara kepada DAP seperti ditunjukkan pada PRN Sabah, potensi MCA memenangi banyak kerusi adalah amat cerah.
Yang penting, MCA mesti berani dan jangan penakut. – ShahbudinHusin 08Disember2025.
https://shahbudindotcom.net/2025/12/mengaibkan-jika-mca-masih-tak-berani-keluar-bn/
Zuwairi Md Yusof
Badut sarkas CEPLOS menyerang Rafizi di ciapannya https://x.com/tjerealjoker/status/1998083299068244214 pasal teguran YB Pandan isu gang HIRUK di siasat SPRM sebab gang DAMAI buat report mengadu pada SPRM.Ini jebon yang perangai macam jebon yang report polis pada kelas demokrasi Fahmi Reza hari itu.
Sekarang ni yang beli undi sana,beli sokongan pada pemilihan PKR itu gang DAMAI,KARTEL PKR sialan SAM,Ramanan dan konco2 bukan gang bijak pandai HIRUK.Teruk gila buang tebiat KC Paya Besar tu.Konten merapu,konteks pun tak faham,kahkahkah
biar Joker pre-MADANI 'sound' joker post-MADANI DEMI RAKYAT 🤡👍