SEMPAT LAGI KALAU NAK REKA FITNAH. AWAL AWAL LAGI MENGAKU KALAH.



 Tanda-tanda nak kalah. Cepat sangat mengaku kalah Fadhli oi. 𝘙𝘦𝘭𝘢𝘹 𝘭𝘢. Ada masa lagi ni. Sempat lagi kalau 𝗻𝗮𝗸 𝗿𝗲𝗸𝗮 2,3 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 dan 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗻𝗮𝗿𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗽𝗹𝗮𝘀𝘂.



Kebanyakan pengundi hari ni cerdik. Berkempen cuma dengan 1 isu je memang susah. Sekarang bukan lagi zaman 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗶𝘀𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴. Pengundi akan lihat 𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻.


Letak calon ada ISO pun, tapi 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶, 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴? Bila disoal tentang biodatanya yang kata dia bekerja sampai 2022 sedangkan syarikat ditutup tahun 2020, boleh dia beri jawapan "𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵". Macam dia kena fitnah. Padahal biodata tu dia sendiri yang buat. 


Masalahnya sekarang, majoriti rakyat dah faham yang 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 sebaliknya 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿. Yang tak faham cuma walaun. Lebai pulak 𝗽𝘂𝗿𝗮-𝗽𝘂𝗿𝗮 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 tak nak faham.


Rakyat memerhati. 𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 barangan keperluan. Bila ada peniaga yang mengambil kesempatan, 𝗞𝗣𝗗𝗡 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻. Sebab tu rakyat tak marah. Yang marah cuma walaun.


Itu pun walaun marah sebab 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗶𝗸. Tapi biasalah. Kita pun tahu walaun 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗸𝗮𝗻. Nak buat macamana.


Lain kali nak berkempen tu, lawan polisi. Tunjukkan apa perubahan yang nak dibuat. Bukannya 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗯𝗼𝗱𝗼 tapi tak mampu berikan solusi. 𝗖𝗶𝗽𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂. Dah kantoi menipu, siapa nak sokong?


Ni nak cuba nasib main isu RON95 pulak. Silakanlah. Tapi PMX dah kata penyasaran subsidi RON95 akan dibuat 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹 dan kerajaan telah pelajari kekurangan perlaksanaannya.


Sekarang ni pembangkang lagi rajin cakap isu subsidi RON95 ni kenapa? Dah tak sabar sangat ke? 𝗠𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗻 𝗹𝗮 𝗯𝗿𝗮𝗱𝗲𝗿. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KITA ERITA YANG BENAR


Che Ibrahim


 Takpe... Tugas kita membela kezaliman dan menentang kebenaran.




TUUUU DIAAA KAWAN NGAN ORANG YANG BELA PESALAH.


Mohd Fairul


 Hak peguam lah nak ambil mana-mana anak guam untuk dibantu.



Hak individu jugalah nak sokong mana-mana parti.


Sokongan Naran Singh kepada PN tidak menjadikan PN pro-isr@el. 


Kita jangan jadi bodoh macam sesetengah pihak yang suka kaitkan sesuatu perkara diluar konteks.


Entah mengapa Peguam kepada pembunuh dan agen warga Isr@el boleh sokong PNPAS. 


Kalau ikut logik dulu, bila Siti Kassim sokong Bersih, habis Bersih dituduh sebagai liberal dan lgbt.


Itu logik bodoh dari golongan tertentu.


Kita jangan ikut mereka.



OWHHH WAN FEYSAL.. BERKAWAN JUGA YA.


Najib Bakar


 Peguam yang bersama Perikatan Nasional sekarang jadi peguambela untuk lelaki Israel yang ditahan miliki pistol di Malaysia.





Masa penamaan calon, dia bersama Mohd Nassuruddin Haji Daud, anak Abdul Hadi Awang  Muhammad Khalil Abdul Hadi , Haji Razman Zakaria 


Cantik serban dia kaler hijau PAS kan Pemuda PAS Malaysia , Afnan Hamimi Taib Azamudden ?🤐


Fuh hebat PN berkawan dengan peguam lelaki Israel. 👌


Tag pi la Wan Ahmad Fayhsal 🤣




AHLI BERSATU- GUNA LAMBANG PAS.


 

PECAH TUNGGU MASA NAK TERBELAH. PH KUASAI SG BAKAP


Zuwairi Md Yusof


 Semalam viral katanya PAS pis pus bergaduh sesama mereka, Bersatu Boikot, macam-macam la.Dan ada penduduk setempat ambil gambar BGU PN.Hari ini kebetulan lalu, saja nak sahkan betul ka? Betui sungguh BGU PN macam tutup,sendu.Lori Tan Sri Annuar Musa pun dok park situ.






Keretakan dalam PN memang sudah makin besar tapi mereka berusaha menutup & cuba menafikan segala desas-desus.Tiap kali PRK, mmg ada percakaran.Sebelum ni di KKB, kali ni di Sg Bakap.Selama ni Pas harap dana dari Bersatu manakala Bersatu harap jentera Pas.Sekarang masing2 tak puas hati


Sian,tak sampai pun 10 orang sudi hadir.Inilah yg di namakan sebagai PENAWARAN yg melebihi PERMINTAAN.Maka mereka hanya menghampiri kepada INFLASI yg berada di luar jangka. Silap2 hilang pulak DEPOSIT bekas supervisor kilang tu.Anak Hadi Awang si Khalil Hadi dan Annuar Musa datang ceramah pun tak laku https://www.facebook.com/100011414531883/videos/480615007688082


Islam versi PAS PN boleh sebar fitnah.Di bawa ke Parlimen oleh MP mereka.MP tidak tahu semak fakta & main percaya apa saja sebaran FB & anggap FB = media https://x.com/AmenoWorld/status/1806533181279293920


Nampak dah menang Cikgu JOOHARI melihatkan PN yg terdesak sebar fitnah2 sambil merosakkan banner2 dan bendera2 di letakkan Madani di Sungai Bakap



CERAMAH RAFIZI BERSAMA CALON HARI INI

 

Rafizi Ramli


Jadual kempen saya di DUN Sungai Bakap esok, 29 Jun 2024 untuk membantu calon Perpaduan kita, Sdr. Dr. Joohari. 



Saya jemput semua sahabat dan sukarelawan untuk turut serta di lokasi dan masa berikut:


12.00 tengah hari: 

Pertemuan bersama masyarakat warga Kepala Gajah

Lokasi: Bilik Gerakan DM Sungai Puteri Gunong

📍 https://maps.app.goo.gl/QeNMyPSxg7pBahUo6?g_st


2.30 petang:

Sidang Media Pilihan Raya DUN Sungai Bakap

Lokasi: BGU Perpaduan

📍 https://maps.app.goo.gl/KaYZdn7UJEDSmuck9


3.00 petang: 

Majlis Hi-Tea bersama Skuad Sukarelawan Tempatan

Lokasi: Balai Raya Kampung Wellesley

📍 https://maps.app.goo.gl/CeXrzSRWNicFB7mJ


4.30 petang: 

Walkabout pasar malam DM Sungai Bakap

Lokasi: Pasar Malam Sungai Bakap

📍 https://maps.app.goo.gl/DzyQ9usA5SUyqz6e6


 9.00 malam: 

Ceramah Mega DM Padang Lalang

Lokasi: 38 & 40, Jalan Tasik Indah, Taman Tasek Indah, Simpang Ampat, Pulau Pinang

📍 https://maps.app.goo.gl/if6pZDETgXnx8sNS8


Mohon kongsi dan sebarkan.



KENA CERDIK- JANGAN JADI MACAM PN. SOH RAKYAT KELUAR KWSP DAN MORATORIUM. AKHIR RAKYAT KENA BAYAR TAMBAH TAHUN.



 Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.


Seperti pepatah lama, begitulah caranya PMX dalam menentang kekejaman Israhell. Nasib rakyat Filastin diperjuang tanpa sedikit pun mengorbankan ekonomi dan masa depan negara.


Itu seni politik beliau. Kelantangan DS Anwar membela rakyat Filastin tak terlawan dek semua PM sebelum ini. Tapi beliau tetap meletakkan kepentingan negara sebagai teratas. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SEMBANGGHG....

 

Mukhlis Eddie


Bab sembang memang juara pak tam ni



DOLLAR MASIH UNGGULI


Nik Hasyudeen


 Maaf ya, Dollar masih kekal unggul



Atlantic Center ada Geoeconomics Center yang menerbitkan pelbagai data berkenaan ekonomi. Salah satu dari topik yang mereka laporkan ialah berkenaan keunggulan Dollar melalui Dollar Dominance Monitor.


Saya kongsikan data terakhir berkenaan Dollar.


1. Ianya masih menguasai 60% dari rizab matawang asing dunia


2. 54% dari inbois di dalam perdagangan masih di dalam Dollar


3. 88% transaksi pertukaran wang asing masih di dalam Dollar.


Menurut Geoeconomics Center juga:


1. Negara-negara BRICS sudah mengubah halatuju dari matawang yang dikongsikan kepada sistem pembayaran supaya boleh menggunakan bukan Dollar


2. Usaha di atas diungguli oleh China melalui Cross-Border Interbank Payment System (CIPS) yang menggunakan Renminbi sebagai matawang penyelesaian


3. CIPS ada 142 peserta (participant) lansung dan 1,394 peserta tidak lansung berbanding dengan SWIFT yang menggunakan Dollar yang mempunyai lebih 11,000 peserta


4. Di suku terakhir 2023, peratusan Renminbi sebagai matawang rizab dunia jatuh kepada 2.3% berbanding dengan kedudukan tertinggi sebanyak 2.8 peratus di dalam tahun 2022. Ini adalah kerana China pun ada masalah ekonomi yang menjejaskan keyakinan negara lain


5. Bank-bank pusat BRICS meningkatkan pegangan emas masing-masing dan lebih satu pertiga bank-bank rizab dunia berhasrat untuk meningkatkan pegangan emas masing-masing


Walaupun ramai yang tidak suka Amerika, di dalam jangka masa sederhana, Dollar tetap kukuh disebabkan penggunaannya sebagai matawang rizab dunia dan kekuatan Amerika sebagai pusat modal dunia.


Bagi orang yang nak mempertikai, sila bawa data-data anda, jangan hanya nak guna emosi. Itu tak ada kelas.



KHASIAT BAHAGIAN TIMUN YANG PAHIT


Dr Suri Roowi. 




Kajian mendapati bahan 'cucurbitacin' telah dijumpai dalam timun dan bahan ini bertindak sebagai antikanser. 


'Cucurbitacin' banyak didapati pada bahagian timun yang pahit (bahagian pangkal)


Bahan  antikanser yang lain dalam timun adalah 'lignan' 


Apabila kita makan timun, bakteria usus besar akan tukarkan 'lignan' menjadi  sejenis bahan yang membantu mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, rahim dan prostat.


Timun juga kaya kandungan vitamin B5, K dan C


#DrSuriRoowi  Ph.D KMN                                                                                                Principal Scientist



SYED HUSSEIN MENINGGAL DUNIA

 Innalillahi wa innailaihi raji'un.





Mendapat perkabaran hiba dan duka.


Pengasas Parti Keadilan Rakyat, Dr Syed Husin Ali baru sahaja meninggal dunia.


Didoakan supaya roh beliau dirahmati Allah swt dan dipermudahkan segala urusan.


Al Fatihah.



KEMBALI KEPADA PILITIK MORAL ETIKA KEBAIKAN.

 

ISLAH


Dunia politik hari ini semakin hilang nilai moral dan etika, dengan gejala politik kebencian, fitnah, dan kuasa yang semakin meluas. Penyimpangan ini sering membawa kepada permusuhan sesama sendiri. 



Lebih mendukacitakan, terdapat kelompok yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi berpegang kepada politik assabiah, menghasut pengikut untuk menyokong parti secara membuta tuli. Kerakusan kuasa mendorong mereka menggunakan ayat-ayat suci Allah untuk menjustifikasi tindakan mereka, memburukkan dan menanamkan kebencian terhadap parti lawan.


Marilah kembali kepada nilai-nilai moral dan etika yang sebenar dalam politik. Mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW yang penuh dengan kasih sayang dan keadilan adalah kunci untuk mengatasi perpecahan dan permusuhan. Ayuh bina budaya politik yang berasaskan kebenaran, integriti, dan keharmonian demi kesejahteraan umat dan kemajuan negara.



SANUSI KEPALA BAPAK.. TU JA DIA TAU.. TENGOK NEGERI DIA APA DIA BUAT.. SATU APA PUN TAK BUAT


 

GUANE GAYA NIH.


 

MP DAPAT INFO DARI FB... BODOHNYA KAU NI.

 


Ada beberapa isu di sini. 



CnP


Satu dia sendiri kata semalam harga besi akan meningkat kepada 4000 ringgit yang mana palsu. Ada berita tentang ramalan harga besi naik 4000 ringgit, tapi tahun 2021 waktu PN jadi kerajaan. Patut dia tanya Din PDF apa yang dia buat masa tu sampai harga besi di jangka naik tahun 2021.


Kedua, bila speaker persoalkan sumber berita, dia tak boleh cakap dari mana.  Nampak sangat dia tak buat due diligence, masuk dewan main semberono tak buat homework. 


Ketiga bila kena tegur dengan Batu Pahat, dia spin nafi kata harga besi akan naik 4200, padahal dari awal-awal lagi dia sendiri sebut. 


Akhirnya lepas kena corner dengan speaker baru dia mengaku dapat dari media FB dan tarik balik kenyataan tentang harga besi. Media FB mana tak tahu, entah2 dari huruharakah yang selalu sebar fake news dan delete post.


Inilah dia kualiti lebai dan lebainita dari PN, incompetent dan memalukan.



INI PUNCA DR MASLEE DI PECAT DULU.

 

Nak tau kenapa Mahat pecat Mazli?




Sebab Mazli nak tamatkan kontrak pembekal internet sekolah yg dah lama mendominasi tapi servis tak bagus. Banyak aduan.


Mazli nak terminat dan buat tender terbuka. Malangnya syarikat tu krony madet, dia tak kasi. Kau letak jawatan aja.


Itulah dia. Amacam?



TU PAS NAK TOLONG MELAYU?


 

ORANG SUNGAI BAKAP PILIH CALON BIJAK DAN TAMBAH KDRUSI MELAYU YANG BOLEH BEKSRJA. JANGAN SILAP PILIH ADUN YANG MAKAN NASI DENGAN AIR OREN LAK. TU TAK CERDIK.


 

KEH. KEH.. BAKAL PM LA SANGAT... SAKAW JUGAK


 

CEPAT CARI PENGGANTI...


 

TAK PA NAK PI SANGAT DEMONTRASI... KENA TANGKAP MAKAN TAK HABIH.

 

CnP


Pengajur kalau kena tangkap belakang dia yang payung semua nanti, yang ikut kalau kena tangkap, masuk ke dalam makan pishang laa, hidup jadi kelam kabut nanti, Kena buang kerja, naik turun mahkamah, buat kerja sia-sia, Negara kita aman Damai dah, jagan ikut cara pembangkang yang nak buat huru hara dan msabotaj ekonomi negara..






KENALI KELICITAN POLITIK SI MUALAF PAS.

 Menitik Malam.

KENALI KELICITAN POLITIK SI MUALAF PAS. 


MSO




Setiusaha Agung UMNO Asyraf Wajdi Dusuki menempelak angan-angan dan ilusi Annuar Musa yang membayangkan SPR akan membuat fatwa tidak ada pilihan raya di enam kerusi diwakili Bersatu menyebabkan akan ada 11 orang ahli parlimen UMNO akan mengundi PM ke 11. 


Ketika berceramah di Sungai Bakap sekejep tadi, Asyarf jelaskan apa dikatakan si maulaf Pas itu bohong, kerana dia mengetahui situasi yang berlaku dalam UMNO atas kedudukannya sebagai Setiausaha Agung.


"Saya sebagai Setiausaha Agung tahu sangat apa yang berlaku dalam parti," tegas Asyraf.


Menurut Asyarat tidak mungkin ada ahli parlimen UMNO akan meninggalkan parti  kerana mereka sudah diikat bersyarat apabila menanda tangani ikar taat setia kepada parti dan implikasi jika mungkir.


Katanya semua calon UMNO diminta menanda tangani berikrar akan setia kepada parti dan sekiranya mereka ingkar akan dikenakan penalti sebanyak RM100 juta.


Justeru apa dibayangkan Annuar itu hanya ilusi sahaja atau angan-angan oleh seorang mualaf yang memimpikan syurga.


Manakala di sisi lain apa dibayangkan Annuar itu dia mahu reverst psykologi dengan mengharap SPR akan umumkan kekosongan enam kerusi parlimen berkenaan dimana dua di Kelantan untuk membolehkan dia bertanding dalam pilihan raya kecil. 


Otak Annuar ini memang licit dan mereka yang bodoh mudah tersihir.


Annuar kini kemaruk untuk masuk parlimen apabila dalam pilihan raya lalu dinyahkan oleh UMNO di Ketereh, manakala hasratnya untuk bertanding di Ketereh atas tikit Pas disambar oleh Klil. 


Waspada dan kenal cara tipu muslihat dan psikologi Annuar Musa yang kemaruk hendak bertanding. Saya telah mengenali sejak lebih 30 tahun, kenal sangat warna, bau dan jenis najisnya. 


Dalam hal ini sekali lagi saya nak peringatkan kepada Pas, sekiranya berlaku kekosongan kerusi Pas jangan sesekali berikan laluan kepada Annuar bagi mengelakkan berlaku krsis Pas dengan istana di Kelantan nanti. Trims.



BERUSAHA KERAS DIA NAK YAKINKAN INFLASI. ZAMAN PAS JADI KERAJAAN BANYAK MANA PULAK INFLASI.

 MMMS


Syahir macam concern betul pasal inflasi Malaysia meningkat kepada 2.0% dari pada 1.8% untuk Mei 2024. Katanya akan ada impak untuk kuasa membeli rakyat. 


Yang dia tak cerita masa PN jadi kerajaan, inflasi kita naik sampai 4.7% 2 kali, Mac 2021 dan Ogos 2022. Untuk setiap 4% inflasi, harga barang akan jadi 2 kali ganda dalam masa 18 tahun.  Sebab itu jangan tanya kenapa nasi ayam dulu RM5 sekarang sudah jadi RM6.5, mostly naik zaman PN memerintah. 








Rakyat tak lupa, di samping inflasi yang teruk, kes ramai kena buang kerja, nak cari telur pun tak ada di pasaran. Ayam jadi 11 ringgit sekilo, tapi PN sibuk scheme of things. 


Inflasi 2% ini masih lagi dalam kategori healthy inflation, kalau tak ada inflasi pun tak boleh juga, sebab ekonomi akan terbantut. Teringat ada lebai bangga inflasi negeri dia bawah 1.0 ( dia ingat dia cerdik) .  Dan kerajaan memang sudah jangkakan kenaikan inflasi dalam julat 2.0%-3.5% selepas rasionalisasi diesel. Nak kritik boleh, tapi tengok juga apa yang kamu buat masa kamu ada kuasa. 


Kalau tengok trend production minyak kita pun makin sikit setiap tahun dan jumlah subsidi yang di bayar makin naik setiap tahun, at one point benda ini akan jadi not sustainable overlong run. 


Pemimpin yang bertanggungjawab akan berani buat keputusan yang tidak populis, kalau tak jadilah tukang baca PDF yang takut jawap soalan live wartawan. Tambahan pula isu pemanasan global jadi kita kena cari sumber tenaga alternative lain macam solar ataupun kereta elektrik demi masa depan anak-anak kita walaupun harganya lebih mahal dari tenaga fosil.



NI LEBAI... NAK JAGA HATI SIAPA PULAK NIH...???

 

MMMS


Lebai kata Langkawi bukan pulau perlancongan Islam, nak jaga hati siapa???




Untuk statistik,  pelancong Singapura adalah tertinggi iaitu sebanyak 12,645,364 orang diikuti Indonesia (3,166,295), Thailand (2,073,162), China (1,407,471), Brunei (904,841) dan India (780,532) manakala bakinya adalah lain-lain negara.


Bila kerajaan bagi pengecualian visa untuk pelancong dari China dan India, Un buat isu perkauman. Sekali lebai pun cakap benda yang hampir sama. 


Un macam biasa, mana ada rasa malu, sebab tu apa-apa yang mereka tadbir semuanya pakat lingkup.



PILIHANRAYA DI NEGGIRI


MSO


 SPR telah menetapkan 17 Ogos sebagai hari mengundi untuk kerusi Nenggri manakala 3 Ogos sebagai hari penamaan calon. Kerusi itu dikira kosonga apabila Speaker DUN Kelantan mengumumkan ia kosongan ekoran notis daripada parti Bersatu.



Timbul sedikit kemusyikalan apakah pengumuman itu sahih menurut semangat perlembagaan atau tudak kerana yang menghatar notis kekosongan parti Bersatu manala bekas Adun Nenggrri itu Azizi bertanding atas tikit Pas?


Saya percaya dan yakin selepas pilihan raya kecil Nenggeri itu selesai isu berkaitan kekosongan yang menimbulkan kemusykilan itu akan dibawa ke mahkamah.


Usaha bekas Adun Azizi untuk cegah pilihan raya dengan mengemukakan petisyen dimahkamah gagal. Trims.



PILIHANRAYA LAGI


 

RENTASAN 1612 | INI SEBABNYA SAHAM MAHB DIJUAL KEPADA GIP?

RENTASAN 1612 | INI SEBABNYA SAHAM MAHB DIJUAL KEPADA GIP?



MENARIK DALAM RENTASAN 1612 1. LAPANGAN TERBANG KEKAL MILIK KERAJAAN, KATA PMX 2. SIAPA YANG HIPOKRIT? 3. TUHAN ADA BUKAN UNTUK PAS SAHAJA





Terkini : 6 MP BERSATU, AKTA LOMPAT PARTI TAK AKAN TERPAKAI

[terbongkar] MENANTU YB PAS TIPU RAKYAT! MK2 SEKOLAHKAN GURU BESAR NOBITA!



Menantu kepada seorang Ahli Parlimen Pas didakwa terlibat dalam sindiket mengutip derma orang ramai untuk menjalankan perniagaan miliknya sendiri. Menerusi pendedahan laman Facebook Scam No One iaitu kumpulan yang aktif mendedahkan sindiket penipuan (scammer), ia mendakwa penipuan dilakukan menggunakan sebuah platform kutipan derma, iaitu Jom Donate. Jom Donate didakwa tidak mempunyai lesen untuk mengutip derma dari orang ramai. Pemegang saham terbesar di Jom Donate dikatakan seorang CEO jam buruj, yang juga pemilik dan pengedar kurma jenama The Haramain. Hasil semakan Harapan Daily mendapati pemilik kurma The Haramain adalah Mohamad Basri Ibrahim, individu sama yang didenda mahkamah bulan lepas atas dua pertuduhan memiliki 703 jam azan tanpa perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pengendali laman Scam No One mendakwa, individu tersebut menggunakan taktik mengutip dana, dengan wang tersebut digunakan semula untuk membeli produknya sendiri, kurma The Haramain. Harapan Daily tidak dapat mengakses laman sesawang kurma The Haramain dipercayai telah disekat. Yang terpampang hanyalah notis “this account has been suspended”. Selain itu turut didedahkan, Jom Donate menawarkan 20 peratus daripada derma orang ramai kepada pempengaruh yang terlibat dengan kempen mereka. Contoh kempen yang mereka jalankan adalah projek infaq kurma. “Ustaz Basri merupakan pemilik dan pengedar kurma jenama The Haramain. Alamat The Haramain sama seperti alamat Jom Donate. Basri juga pemegang saham terbesar Jom Donate. “Rupanya, tawaran komisyen 20 peratus oleh Jom Donate kepada pempengaruh untuk kutip derma bukan sahaja bertujuan menarik perhatian awam, malah Basri ada muslihat untuk melariskan produk. “Hairan juga, kenapa infaq kurma boleh mencecah RM100 ribu? Lagi menghairankan, kenapa infaq hanya kepada jenama The Haramain? “Maknanya, kutipan derma infaq kurma oleh pempengaruh merupakan jualan bagi Basri. Akhirnya duit kembali kepada kepada Basri untuk membeli kurma The Haramain,” dedah laman Facebook tersebut. Sehingga kini pendedahan dibuat laman Facebook tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial dan mencetuskan lebih banyak tanda tanya. =================================================================================== Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah tenang membalas hujah penuh emosi Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin di Dewan Rakyat berhubung penyasaran subsidi diesel. Radzi ketika sesi pertanyaan, melabel kerajaan sebagai “kerajaan lembu kenyang” kerana katanya tidak mendengar suara rakyat. Bagaimanapun perkara itu ditepis oleh Amir yang menegur Radzi agar tidak berbicara dengan emosi semata-mata untuk memanaskan sidang Dewan. Dalam penjelasannya, Amir memperbetulkan ayat Radzi bahawa diesel tidak pernah dinaikkan sebaliknya hanyalah disasarkan kepada golongan yang betul-betul layak. “Yb Putrajaya naikkan suhu Dewan dengan cara yang hangat sekali. Tapi saya tidak suka bercakap dengan emosi. Saya suka bercakap bila kita ada data. “Kita bercakap secara rasional kerana ini bukan isu politik. Ini isu negara. Biar saya tekankan beberapa perkara. Yang pertama kita kata inilah penyasaran subsidi. “Ini bukan pemansuhan subsidi. Ini bermakna kita mengambil subsidi daripada mereka yang tak layak dapat,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat semalam. Kata beliau, kerajaan tidak mahu lagi subsidi dimanfaatkan penyeludup dari negara jiran, justeru ia disasarkan supaya hanya disalurkan kepada rakyat Malaysia. Dewan juga bertukar sedikit riuh ketika Amir bertanya kepada pembangkang, mengapa kerajaan perlu membantu orang yang bukan rakyat Malaysia. “Siapa yang tak layak dapat subsidi dalam negara ini? Kita tak nak bagi subsidi pada orang Thailand. Buat apa kita subsidi orang Thailand. “Mana pergi minyak yang dibawa keluar tu? Dia pergi ke negara jiran. Itu duit rakyat kita. Kenapa kita masih nak menolong penyeludup yang bukan rakyat kita. “Kalau kita tengok cara macam tu, apa yang kita dapat? Kita dapat penjimatan RM4 bilion. Untuk buat apa? Untuk meningkatkan kehidupan rakyat. “Kita bina sekolah, kita perbetulkan sekolah, kita perbetulkan hospital yang ada. “Macam saya cakap tadi, bila kita dapat penjimatan, kita salur untuk kegunaan rakyat. Yang itulah usaha kerajaan untuk membaikkan negara. Ini bukan nak menyusahkan,” ujarnya lagi.



USTAZ KAKI FITNAH TUDUHAN BERAT KEPADA PMX “ANAK ANGKAT USA”

TAMPARAN HEBAT PMX KEPADA PAS & BERSATU PN! TIM PRESIDEN PAS MENIPU TERA...



Pembangkang fitnah kerajaan jual hak Malaysia dalam MAHB kepada pelabur asing. Kalau dijual hak Malaysia, tentulah share kerajaan makin kurang. Ini makin bertambah banyak! Dari 41% jadi 70% melalui KWSP dan Khazanah. Pembangkang tak pandai mengira ke? Ketika ini 32% saham dipegang pelabur lokal. Pelabur luar memang dah pegang 27% dan pernah capai sehingga 45% tahun 2018. Tak bising pula ‘pintu masuk negara’ dipegang pelabur luar?. Selama ini, dengan 41% bukan kerajaan kawal sepenuhnya MAHB pun, tapi selepas ini, MAHB akan balik semula kepada kawalan kerajaan dengan 70% pegangan. Sejak 2012, KWSP dah ada kerjasama dengan GIP. Bahkan KWSP juga ada kepentingan dalam airport Gatwick dan Sydney. KWSP dah lama berunding dengan GIP untuk kerjasama ini dan rundingan dah selesai. Kerajaan tak pernah berunding dengan Blackrock pun selama ini. (GIP – Global Infrastructure Partner). Hanya tahun ini tiba-tiba Blackrock kata berminat nak beli saham GIP. Itu pun belum diputuskan. Pelaburan GIP dalam MAHB ini kecil je hanya 5% dari keseluruhan portfolionya USD112 bilion seluruh dunia sebagai pengurus infrasturuktur terkemuka. Kepakaran itu yang nak dibawa masuk selain nak suntik dana. PMX kata modal yang akan masuk RM10 bilion jika kerjasama dengan GIP ini dibuat. Boleh guna untuk majukan perniagaan MAHB dan bangunkan lapangan kapal terbang. Tak perlu kerajaan berhutang dan dana negara boleh diguna ke tempat lain. GIP dan Lembaga Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) akan beli dari 27% saham yang memang kini dipegang pelabur luar dan akan jadi 30%. Jadi tuduhan pembangkang itu fitnah. MAHB hanya pengurus lapangan terbang. Lapangan itu kekal hak milik kerajaan. Sama seperti lapangan kapal terbang Sabiha Gökçen Istanbul yang MAHB urus, lapangan itu masih kekal milik kerajaan Turkiye. Tawaran dibuka pada banyak pihak. Dari 145 syarikat yang layak hanya 5. Tapi yang setuju dengan syarat kerajaan hanya GIP. Iaitu syaratnya, CEO dan Pengerusi serta saham majoriti kita yang pegang. Tak banyak yang sanggup. Masa tebuk atap tahun 2021, KWSP berunding terus dengan Blackrock. USD600 juta dana patuh syariah terbesar dalam sejarah diserah kepada Blackrock untuk diuruskan. 10 hari sebelum itu, Gaza diserang. Halal pula? Mana semua walaun? Kerajaan Madani paling tegas halau Syarikat Israel. Kapal yang masuk zaman tebuk atap pun dihalang zaman Madani. Tapi kalau syarikat besar yang Pro-Israel nak dihalau, bukan Blackrock je, APPLE, Google, Microsoft, NVIDIA, Intel, Facebook yang kuasai Whatsapp dan Instagram semua lah kena halau keluar. Pembangkang dah terpedaya dengan propaganda zi0rnih yang kata gen0sid di Palestin ini baru je bermula, walhal dah 75 tahun gen0sid ni berlaku. ================================================================================== Cerita ‘rekaan’ Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ceramahnya di Sungai Bakap baru-baru ini, terus menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia. Ia ekoran ucapan beliau yang mendakwa terlihat seorang pakcik sedang mengheret motosikal kerana minyak habis, dan dikaitkannya dengan penyasaran subsidi diesel. Perkara tersebut mengundang rasa hairan dalam kalangan pengguna media sosial yang tertanya motosikal apa yang digunakan pakcik itu sehingga perlu mengisi minyak diesel. Lantas itu juga, satu akaun TikTok tular selepas memuat naik sketsa pendek yang menyindir pemimpin Pas tersebut dengan melakonkan kembali gelagat seorang lelaki mengheret motosikal di tepi jalan. Kata lelaki itu, disebabkan kerajaan zalim, isi minyak RM5 pun tidak cukup untuk sampai ke rumah. Apabila ditanya minyak apa yang diisi, dijawabnya minyak diesel. Walaupun video itu tidak menyebut nama Tuan Ibrahim, namun rata-rata pengguna TikTok terhibur dan memahami ia ditujukan kepada siapa. “Hang perli Tuan Ibrahim ka,” komen seorang individu beserta emoji gelak. “Terbaik saudara. Terhibur. Minta izin simpan. Kita nak pos di kumpulan WhatsApp kampung,” kata alias.


RENTASAN 1611 | SOKONG PENYELUDUPAN YANG BERLELUASA, MP PN SENTAP KERAJA...



MENARIK DALAM RENTASAN 1611

1. KERAJAAN MANA YANG LEMBU KENYANG? 2. APA KALIAN BUAT TATKALA PENGUATKUASA KASTAM DIANCAM PENYANGAK? 3. UMNO BERPOTENSI MENANG JIKA ENAM PRK PARLIMEN DIADAKAN




[Penuh] Kantoi! MP PAS Tumpat ambil hujah dari FB yang disahkan berita p...

HUJAH DAN UCAPAN YANG MENARIK SEORANG INFLUNCER KERAJAAN PERPADUAN!

Al Fatihah dan terima kasih buat pelukis komik lagenda Malaysia, Rizalman.

 

Zunar




Al Fatihah dan terima kasih buat pelukis komik lagenda Malaysia, Rizalman.




Pelukis dan pengusaha komik, Rizalman atau nama sebenarnya Mohamad Razali Osman menghembuskan nafas terakhir hari ini (28 Jun 2024). Jasa beliau dalam lukisan dan perusahaan komik di Malaysia sangat besar. Ketika industri komik masih di peringkat awal di tahun 70'an, beliau sudah menerbitkan komik yang popular dan berjaya seperti Bujal, Salina dan Bambino.



 Selainn itu, beliau banyak juga menghasilkan komik bercorak masyarakat dan penyiasatan. Beliau juga turut menyumbangkan komik kepada Utusan Pelajar dalam 1970an, akhbar-akhbar utama termasuk Mingguan Malaysia. Walau tidak pernah bertemu secara bersemuka,

saya mengucapkan setinggi2 terima kasih kepada Almarhum kerana majalah Bambino adalah majalah pertama yang menerbitkan kartun pertama saya, masa di bangku sekolah. Dan seterusnya majalah Bujal, melalui ruangan AGEBU (Aku Geng Bujal). Alfatihah dan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat. Takziah kepada seisi keluarga.




SYED HUSSEIN DI RAWAT DI HOSPITAL SELAYANG


Zunar







 Tadi sempat menziarah Dr Syed Husin Ali, seorang tokoh penjuang veteran, bekas Timbalan Presiden PKR dan juga sahabat saya.

Beliau sekarang dirawat di Hospital Selayang kerana Pancreatic Cancer. Sama2 lah kita mendoakan kesihatan beliau. Amin.



Tazkirah Jumaat BAHAYA TAKFIRI

 


Tazkirah Jumaat

BAHAYA TAKFIRI


Usta Zuliadin Abdullah


Saya tidak mengenali secara peribadi oknum atau ustaz ini. Saya mengikuti petikan ucapan atau tazkirahnya menerusi klik-klik videonya. Cara penyampaian jelas, dan dia ada sedikit keberanian dan kejujuran untuk menyatakan kebenaran. Berani kerana saya yakin dia diserang oleh pihak satu lagi kerana penjelasannya "against" pihak itu. 


Saya difahamkan dia ini bekas imam atau pengajar di Darul Quran di Russila Terengganu. Ertinya orang yang rapat dan mesra dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Rusila adalah negara atau territory  ampuh Abdul Hadi. 


Beliau banyak memberi pencerahan atau tazkirah berhubung salah anggap dalam politik. Tepatnya berhubung unsur takfiri yang berlaku sekarang ini. Mungkin waktu ini beliau tidak lagi sehaluan dengan Ayah Chek atas sebab-sebab penolakan unsur takfiri itu, atau beberapa fatwa atau fakeh politik Abdul Hadi yang bercanggah dengan prinsip Islam difahaminya. 


Penjelasannya sangat jelas dan nyata. Apa dimaksudkan takfiri itu ialah, ada golongan yang mengkafirkan atau menolak usaha Islam pihak lain. Lebih bahaya apabila golongan itu menuduh pihak tidak sehaluan dan sewarna panji politik dengannya sebagai kafir, menentang Islam dan melawan hukum Allah dan sebagainya. 


Ustaz ini berpendapat cara pihak yang mengkafirkan pihak lain itu salah dan boleh  menimbulkan perpecahan. Secara berterus terang beliau memperkatakan tentang sikap politik PAS yang menyerang UMNO dan pihak tidak sekomponen dengannya sangat merbahaya.


Katanya suatu masa dahulu pihak itu (PAS) juga yang mengeluarkan faktwa, sembelihan daripada orang orang UMNO tidak sah, akad nikah oleh orang UMNO juga tidak sah, kerana mereka menganggap taraf dan status orang UMNO itu sama dengan taraf orang kafir. (Secara peribadi masalah ini saya hadapi dan rasai sendiri, dimana perkahwinan oleh jurunikah menjadi ahli parti UMNO ditolak oleh PAS).


Lebih parah lagi, jelas ustaz ini, ada sebilangan kecil pemimpin PAS beranggapan sesiapa tidak bersama jemaah mereka, terkeluar daripada Islam. Parti itu mendabik dada hanya PAS yang benar, yang Islam manakala pihak lain adalah kafir. Hatta kepada orang-orang Amanah yang dahulu adalah anggota dan pemimpin PAS dianggap sebagai kafir yang perlu diperangi setelah tidak bersama PAS.


Sikap dan pemahaman demikian sangat bahaya kerana ia menimbulkan perpecahan kemudian boleh melemahkan Islam. Agama tidak jadi paksi kebersatuan orang Melayu lagi apabila agama dieksploitasi untuk kepentingan politik.


Ustaz ini juga menafikan penjelasan atau tazkirah siasah yang beliau berikan bukan bermaksud untuk melawan presiden parti PAS, Abdul Hadi Awang, tetapi demi menceritakan yang benar.Syabas diucapkan atas keberaniannya menghadapi segala risiko di atas keberanian ini. Kebenaran itu bukan mudah untuk dicapai, tetapi yakin dan percaya ia tetap akan hadir.


Beliau menyebut dahulu sudah berkembang fahaman salah (takfiri) sehingga menuduhkan golongan tidak bersama harakah mereka sebagai kafir. Sehingga sembelihan, pernikahan dan jika mengimani sembahyang ia dianggap tidak sah. Walaupun kejadian itu kini sudah tiada, namun elemen takfiri ini wujud dalam bentuk berbeza, namun natijah tetap sama dibuat untuk kepentingan politik. Ia kelihatan lembut tetapi maksudnya tetap keras.


Dalam sebuah klik videonya, beliau memberi contoh, pihak tidak bersama PAS dianggap menentang Allah, menentang hukum Allah atau tidak Islam. Perkara ini disampaikan dalam ceramah dan juga khutbah Jumaat. Ia masih serius. 


Beliau sebut contoh ada dua orang ketua Pemuda PAS kawasan mengeluarkan kata-kata tidak tergamak hendak disebut disini kepada mereka tidak menyokong PAS. Apa yang menjerap ke dalam jiwa dan kalbu anak-anak muda PAS itu adalah hasil doktrininasi (takfiri) yang boleh memusnahkan perpaduan. 


Justeru saya bersetuju dengan penerangan Ustaz ini dan semoga dipeluaskan menerusi media rasmi kerajaan. Lantaran itu adalah sangat wajar dan tepat kalau aktiviti untuk menangkis faham ini dibendung sebelum keadaan jadi lebih buruk. Perlu bertindak awal dengan tegas bagi menjamin tragedi seperti Memali (1985) yang meragut 14 nyawa berulang. Apa yang berlaku di Memali kira-kira 39 tahun lalu perlu dielak jangan sampai berulang kali kedua. 


Dan pihak PAS sendiri yang bertanggungjawab menetaskan fahaman songsang dan kebencian itu perlu sedar. Mereka perlu mengambil pendekatan atau modal politik lebih harmoni dan rasional serta professional. Praktikan politik sejahtra yang menjadi moto perjuangan parti itu. Pemimpin utama PAS selepas ketiadaan Hadi dan Tuituman diharap boleh perbetulkan keadaan ini.


Yakin dan percayalah PAS tetap akan mendapat sokongan Melayu dan umat Islam sekiranya mereka bersikap professional, waras dan teguh memperjuangkan Islam tanpa mencampuri perkara mungkar, kurafat serta bertindak secara ekstrime. Trims.



Aku baru tahu.

 


Aku baru tahu.


Rupanya kit 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗽𝗮𝘀𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝘃𝗶𝘀𝗮 kalau pergi ke 𝗧𝘂𝗿𝗸𝗶𝘆𝗲. Sebab 𝘢𝘪𝘳𝘱𝘰𝘳𝘵 Turkiyé 𝗱𝗶𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 oleh MAHB. Jadi kita rakyat Malaysia bolehlah 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶.


Ikut logik lebai dan walau kalau 𝘢𝘪𝘳𝘱𝘰𝘳𝘵 dimiliki syarikat asing maka 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺. Israhell boleh sesuka hati masuk sini sebab BlackRock ada saham dalam MAHB.


Baru ada saham, itupun bukan 𝘥𝘪𝘳𝘦𝘤𝘵 BlackRock tapi melalui GIP (yang BlackRock 𝗮𝗸𝗮𝗻 ambil alih) walaun dah kata begitu. Apatah lagi 𝘢𝘪𝘳𝘱𝘰𝘳𝘵 Turkiyé yang 100% 𝗱𝗶𝗻𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗠𝗔𝗛𝗕.


Begitulah bila pemimpin tak rajin nak 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮. Main 𝗸𝘂𝘁𝗶𝗽 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗙𝗕 je, itupun yang walaun tulis. Terpampang ketidak cerdikan mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SANUSI.... MMMMMM.... SEMBANG DERAIH.... SATU APA PUN TARAK.


 

MASA YIDDIN JADI PM.... NI DIA BENDA NAIK


 

KERAJAAN MANA KENYANG...? CETAK BUKU 80 JUTA TU YANG KENYANG...


 

KOT MANA ISLAM KENA TINDAS.... ORANG YANG TAK PERNAH MAI PENANG SAJA DOK SEMBANG


 

PENANG NI KEMUDAHAN DAH ADA CUKUP DAH PUN


 

SANUSI DOK SEMBANG PA.... APA PUN DIA TAK BUAT


 

KISAH YB SAMPAH

 

Desa HM


Pemberita:

Berita ni , bulan April 2021, sekarang Jun 2024. Soalannya, berapakah bilangan keluarga B40 yang telah berjaya diubah menjadi T20 setelah menperolehi hasil dari menternak lalat?...



MP: Dari mana sdra dpt berita ini..


Pemberita: Saya baca dlm fb Desa HM YB...


YB: Huhh... tu berita sampah.


😜



USTAZ... TAPI KAKI FITNAH.. PHD HANG DOK LAM LONGKANG JA... TOYAMATMIN PUNYA LEBAI




MSO


 Ketinggian ilmu anda, kepetahan anda berceramah, kelucuan jenaka anda, populariti anda, kekaguman budak budak kepada anda TERMUSNAH dengan sekali anda menabur fitnah kerana benih fitnah mudah tumbuh dan jadi subur.


Kata para punjangga fitnah itu lebih tajam dari mata pedang. Kata saya kalau pedang itu tertusuk ke perut sendiri parahnya sepanjang abad. Trims.



KEBEBASAN BERSUARA TIADA?


MSO


 Kebebasan bersuara di zaman kerajaan Madani ini dinafikan? Itulah yang dilaung²kan. Tetapi hakikatnya benarkah begitu? 




Tengok laporan ini,  pihak penganjur mengadakan sidang akhbar khas untuk adakan demonstrasi menentang perdana menteri disiarkan secara meluas dalam akhbar arus perdana. 


Hal seperti ini tidak berlaku 20 tahun lampau. Bahkan ada kala mastermind demo ditangkap awal awal lagi.


Di zaman pakcik aktif berdemostrasi dahulu tidak ada layanan diberikan media sebebas hari ini. Pemberitahu demonstrasi  disampai secara bisik dari telinga ke telinga sahaja. Aplikasi penyampai maklum seperti WhasAap, Telegram, Tiktok dan sebagainya tidak ada.


Kalau pun ada blog itu sangat terhad. Pun begitu jumlah kehadiran sungguh membanggkan ada cecah puluhan ribu memenuhi ruang dan jalan raya. 


Dengan ada kebebasan ini dan sebaran meluas kita harap jumlah yang berdemonstrasi tentang Anwar Sabtu ini akan cecah jumlah ratusan ribu. Sekiranya jumlah sekitar 112 atau 113 orang saja elok henti tak payah buat kerana mencemarkan tangan saja.tok Dor dan OT99 ada turun juga ke? Trims.



ORANG CERDIK DALAM PAS DAH PUPUS


MSO




Ada kawan hantar klik video ini sambil dengan catatan  “orang cerdik dah pupus dalam Pas”. Saya terus tonton dan dengar.


Rupanya ahli parlimen betina ini bercakap tidak guna otak dan pakai hentam kromo sahaja kata harga besi naik sampai RM4200 dalam parlimen tadi hingga ditegur seorang wakil agar taril balik.


Tidak pelik kalau wakil ini pakai data dan fakta karut marut atau fake, bukankah sebelum ini dia yang mengatakan peruntukan negeri Kelantan rendah sedangkan peruntukan Kelantan tertinggi dibawah kerajaan Madani. 


Benarlah kata kawan saya tadi, bahawa sudah tak ada orang cerdik dalam Pas, timbalan presiden sendiri pun tidak kenal antara diesel dengan petrol antara ISO dengan MSO. He he. 


Manakala presiden pula, lain ditanya lain dijawab. Nasib kaulah labi. Trims.