SEMBOYAN MASUK AYAQ


 

KENAPA DIAM MEMBISU.


 

Dia nak popular. Kita bagilah.

 



Tapi inilah hasil apabila pemimpin yang biadap pun diangkat dan disanjung. Sampai terasa diri bagai Hang Jebat. Kalau orang Melayu tak suka dengan sikap biadabnya terhadap Sultan, jangan marah jika kamu penyokong PN. Sebab kamu sendiri yang sanjung pemimpin yang biadab terhadap Sultan.


Nak benci Sultan, nak rasa geram, nak marah, tak ada siapa boleh halang, boleh larang. Tapi tak perlu sampai cerita nak pancung semua tu. Guna pula istilah mampos yang jelas biadap. Apa lagi dikirim ke media sosial untuk tatapan umum. Itu perbuatan yang sangat sangat melampau.


Pertama, ia melanggar adab orang Melayu. Kedua, ia menimbulkan rasa marah, ganggu ketenteraman awam. Ketiga, ia berunsur jenayah kejam. Ini hasil daripada permainan sentimen kaum dan agama oleh parti yang dabik dada konon membela Melayu. Tapi di mana kemelayuannya? Hilang!


Demikianlah bila parti gila kuasa hingga sanggup ketepikan adab. Berkempen guna sentimen. Bila ada pemimpin yang tak senonoh, dilambung juga hanya kerana nak tumpang populariti. Akhirnya, ini yang berlaku. Bila guru kencing berdiri, murid pula kencing berlari. Tapi kalau dah pemimpin sendiri kencing berlari, penyokongnya? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


MENZIARAH NGGOTA KELUARGA TERLIBAT NAHAS ELMINA


Semalam Setiausaha Politik saya saudara Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi saudara Salleh dan isteri yang merupakan waris kepada Allahyarham Muhammad Hafiz (penunggang P-Hailing) di Taman Sidam Kiri, Kedah yang terlibat dengan nahas pesawat di Elmina.


Menurut bapanya, allahyarham Muhammad Hafiz sepatutnya pulang untuk bersama meraikan perkahwinan adiknya dan kehilangannya ini pasti meninggalkan bekas yang mendalam kepada keluarga. 


Saudara Farhan turut bertemu waris Allahyarham Shaharul Amir, Puan Suhaila di Lumut, Perak. Allahyarham adalah ‘breadwinner’ kepada keluarga dan meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.


Mendoakan keluarga yang terlibat dikurniakan kecekalan serta kesabaran yang tinggi dalam menempuh ujian. Saya yakin ujian ini bukan sembarangan malah besar kesannya kepada sanubari mereka yang terkesan. Semoga ruh mangsa nahas kesemuanya diberikan tempat yang terbaik oleh Yang Maha Esa dan diampun segala dosa mereka, Insya-Allah.






 



BHAI...SAPA YANG JEMPUT




 PERSOALANNYA siapa yang menjemput?

Jangan cuba bermain persepsi umum seolah-olah Kerajaan Madani yang terlibat?

Jika Pa$ benar merasa marah, sedih atau terkilan, arah saja ahli2 Pas, walaun..tit BOIKOT KFC selamanya.

Atau kerajaan negeri bawah tadbir Pa$ tutup aje KFC di negeri masing2. Ajar sama KFC!

JANGAN kaitkan isu ini dengan kerajaan kerana sekadar untuk mencari pengaruh untuk tebuk atap!



ANWAR LAKUKAN PENGORBANAN BESAR KERJASAMA DENGAN BN


 Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan kerjasama PH dengan BN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan selepas PRU15 lalu sebagai pengorbanan besar demi masa depan negara.

Katanya, berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke15 lalu yang menyaksikan tiada mana-mana parti boleh berdiri sendiri untuk menubuhkan kerajaan, maka pilihan yang ada ialah membentuk kerjasama dengan lain-lain parti.

“Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH dalam hal ini telah melakukan pengorbanan besar dengan membentangkan keyakinan perlunya PH bekerjasama dengan BN.

“Kalau ikutkan dendam peribadi atau sentimen politik, memang mustahil untuk PH bekerjasama dengan BN, tetapi demi masa depan negara, semua pihak sanggup mengenepikan semua perasaan yang ada dalam hati,” katanya sewaktu berucap di Majlis Pelancaran Bilik Gerakan P.161 Pulai, malam tadi.

Mohamad Sabu menegaskan, tanpa kesediaan berkorban itu, Malaysia tidak akan mempunyai kerajaan dan akhirnya rakyat bakal menerima beban yang berpanjangan.

Katanya, meskipun kerjasama itu mungkin memakan masa untuk difahami, beliau yakin ia akhirnya akan diterima baik oleh seluruh rakyat negara ini.

Ini kerana, tambahnya, Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar sentiasa bekerja keras untuk faedah rakyat di mana hasil maksimumnya akan dinikmati tidak lama lagi seiring dengan peredaran masa.

“Dalam Jemaah Menteri sekarang sudah tidak diketahui lagi siapa UMNO, KEADILAN, DAP, Amanah dan lain-lainnya kerana semunya berfikir dan bekerja untuk seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Mohamad Sabu juga yakin kerjasama PH dengan BN adalah mirip kerjasama antara Jokowi dengan Probowo di Indonesia yang kini berjaya mewujudkan kestabilan politik dan melonjakkan kedudukan ekonomi negara tersebut.

Menurut beliau, perseteruan PH dengan BN dalam PRU15 lalu tidak ubah seperti sengitnya pertandingan pilihanraya presiden antara Jokowi dan Probowo, tetapi demi kepentingan negara Indonesia, kedua-dua pemimpin itu kemudian berdamai dan saling bekerjasama sebaik pemilihan berakhir.

“Dalam hal ini, melalui kerjasama antara PH dengan BN, kita turut yakin kestabilan politik mampu dicapai dan seterusnya memulihkan ekonomi demi faedah rakyat,” katanya lagi.



KERANA KEGAGALAN KAU LAH BERITA DAN PENYEBARAN BERITA PALSU BERTAMBAH DAN BERMAHARAJA LELA

 

1. BERITA PARTI KO SUARA KEADILAN TAK BERFUNGSI UNTUK MENYEBARKAN BERITA BENAR.

2. KO INGAT PROBONO INI SUKA SUKA NAK BANTU KERJA KAU KAH

3. PEGUASAAN MEDIA SOSIAL PUN TAK DAPAT  MENANGKIS SERANGAN CYBERTROOPER  PN

4. KAU TIDAK PEDULI PUN ANWAR BEKERJA SEORANG DIRI SEBAB  KAU TAK BIJAK GUNAKAN MEDIA.

5. KELEMAHAN KAU IALAH KERANA KAU HILANG FOKUS UNTUK SEBARAN MEDIA DAN MELAWAN FITNAH PARA LEBAI.

6. MEDIA ARUS PERDANA SEPATUTNYA DIJADIKAN BAHAN KEPENTINGAN KERAJAAN KERANA KEBEBASAN MEDIA BUKAN SOAL LAGI. RAMAI YANG DAPAT MEDIA BEBAS, TETAPI TUMPUAN KAU LEMAH.


7. KAU TAK PERASAN DI MEDIA SOSIAL ORANG MENGUTUK KERJA LEMBAB KAU.


8. KAU INGAT HARAKAH TU LAKU SANGATKAH ? TAK LAKU PUN, TAPI PENGELUARAN HARAKAH TETAP JALAN SEBAB DI SITU LAH FAHAMAN DISEBARKAN.KAU TAK IDUP DIZAMAN AKHBAR PARTI KAU BERJAYA MENGUBAH PERSEPSI RAKYAT.


9 MEMANG RAMAI HARAP ANWAR TUKARKAN KAU KEPADA ORANG LAIN YANG  LEBIH BIJAK TENTANG PERANAN MEDIA  NI. AKU PUN HARAP KAU DIGUGURKAN .




HENTI SEBAR FITNAH 54 RIBU WARGA CHINA DAPAT IC – FAHMI





Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil menggesa orang ramai menghentikan fitnah kononnya Kerajaan Perpaduan akan memberi status kewarganegaraan kepada puluhan ribu rakyat China.

“Sebelum ini, ada pihak yang menuduh kononnya Kerajaan Perpaduan akan memberi status warganegara kepada 54,000 rakyat China. Sebenarnya angka 54,000 yang disebut-sebut itu adalah jumlah keseluruhan permohonan yang diterima.

“Itupun (jumlah permohonan diterima) bukan untuk 2023. Ia adalah angka keseluruhan permohonan dari 2017 hingga 2022. Jadi, berapa sebenarnya yang diluluskan?

“Berdasarkan penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hanya 45 warga China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia dari 2017 hingga kini.

“Itupun hanya setelah seseorang itu memenuhi syarat yang diperuntukkan mengikut Bahagian III Perlembagaan Persekutuan Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964,” katanya dalam video ringkas dimuat naik melalui TikTok

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menggesa orang ramai tidak mudah terpedaya dengan fitnah memburukkan kerajaan, dan mereka disarankan membuat semakan kepada perkara yang tular di media sosial.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail menyangkal dakwaan konon kementerian diterajuinya sedang dalam proses memberi kerakyatan Malaysia secara besar-besaran kepada warga asing, terutama dari China.

Beliau menyifatkan perkara terbabit sebagai tohmahan dahsyat dilontarkan tanpa rasa tanggungjawab, yang memberi kesan kepada usaha kementerian menyelesaikan isu permohonan kewarganegaraan ketika ini.

Saifuddin Nasution berkata, lebih 140,000 permohonan kewarganegaraan diterima pihaknya dan daripada jumlah itu sebanyak 9,000 sudah diproses termasuk permohonan yang diluluskan.

Justeru, katanya, jika data berkaitan pemberian kewarganegaraan itu diputarbelit dan disebarkan, ia boleh memberi persepsi negatif terhadap usaha kementeriannya menyelesaikan isu kewarganegaraan, termasuk yang banyak disebabkan oleh kelewatan pendaftaran perkahwinan.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara dilapor menafikan dakwaan bahawa kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia untuk menjadi ‘pengundi DAP.’



MENANG DI PRK PULAI, KEMENANGAN POLITIK MODERAT








 Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P161 Pulai diseru untuk melaksanakan tanggungjawab membuang undi pada 9 September ini.

Pengalaman buruk di Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri yang dipertahankan Pakatan Harapan baru baru ini apabila faktor keluar berkurangan perlu dijadikan pengajaran.

Menurut Ketua Cabang KEADILAN Pulai, Jimmy Puah Wee Tse, kemenangan calon Kerajaan Perpaduan amat penting bagi memberitahu kepada seluruh negara bahawa orang Johor mahukan politik sederhana.

“Kemenangan di Pulai bermakna kemenangan dasar politik moderat. Kita mahu negara moderat, berbilang kaum, yang membangun, tidak cenderung kepada isu sensitif.

“Maka pengundi Pulai perlu keluar mengundi dan jangan ingat ini PRK ini tak ada benda.

“Saya bagi contoh, sekiranya PH tidak menang kerusi ini maknanya kita tinggal 147 kerusi di Dewan Rakyat. Kita tidak lagi ada majoriti 2/3, maknanya isu penting, contoh kita mahu pinda Perlembagaan beri hak kepada ibu warga Malaysia lahirkan anak di luar negara, itu memerlukan 2/3. Atau persempadanan semula pilihanraya, tambah kerusi perlukan 2/3,” katanya kepada Suara Keadilan.

Berkenaan cabaran kepada jentera kempen Pakatan Harapan (PH) pula, Ahli Parlimen Tebrau itu berkata, pengundi di Pulai adalah pengundi bandar namun bukanlah berpendapatan tinggi kerana kawasan itu banyak perumahan flat.

“Ramai pengundi tinggal di flat dan bukan sedikit, contohnya flat Chempaka di DUN Kempas ada 20 lebih blok. Jadi cabaran unik sikit, maka isu kita kena tangani ialah isu kemiskinan bandar.

“Misalnya, insfrastruktur seperti lampu isyarat, juga blue print untuk masa hadapan pembangunan kawasan bandar juga satu isu yang amat diperhatikan oleh pengundi.

“Melayu di sini pula Melayu bandar dan banyak juga penjawat awam,” katanya.

Sehubungan itu, Jimmy Puah memberi peringatan kepada jentera PH untuk bekerja bersungguh sungguh berkempen dan berusaha mengeluarkan para pengundi.

Katanya faktor keluar mengundi sehingga lebih 75% sahaja akan membuat calon PH menang selesa.

“Bagi kita dari PH, kita perlu naikkan jumlah keluar mengundi mereka yang bekerja di Singapura (mengundi). Ramai sebenarnya tingal sini kerja di Singapura.

“Kalau kita dapat keluar mengundi 75 – 80%, saya ada keyakinan kita boleh menang di Pulai dengan selesa,” katanya.



SUHAIZAN MAHU SELESAIKAN MASLAH KECICIRAN PELAJAR DI PULAI


 Hari pertama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P161 Pulai, calon Pakatan Harapan, Suhaizan Kaiat menawarkan kepada pengundi di Taman Bukit Mewah, Johor Bahru untuk menyelesaikan masalah keciciran pelajar di kawasan tersebut.

Bercakap dalam satu ceramah memperkenalkan calon, beliau bertekad bahawa semua pelajar sekolah menengah akan mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memudahkan perjalanan pendidikan mereka seterusnya.

“Saya akan beri penekanan tentang tentang pendidikan. Mungkin ada anak kita tercicir dalam pelajaran. Saya dua, tiga bulan lepas telah merancang anak anak yang tecicir atau bakal tercicir kita kumpul mereka, kemudian beri motivasi supaya mereka masuk SPM. Dalam peperiksaan itu sekurang kurangnya lulus Bahasa Melayu untuk melayakkan mereka dapat sijil.

“Kita tidak mahu anak anak terus tercicir dan tidak mendapat sijil,” katanya.

Selain isu sijil SPM beliau juga meminta masyarakat melaporkan kemiskinan tegar di kawasan masing masing yang dijanjikan oleh Perdana Menteri akan cuba diselesaikan pada tahun ini.

Suhaizan juga membayangkan penyelesaian kepada kos sara hidup tinggi yang bakal dicapai pada waktu jangka sederhana dengan polisi kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam dan swasta.

“Bahan makanan tertentu ada yang tidak boleh dikawal kerana berkaitan pasaran (dari luar negara). Apa yang boleh kita laksanakan ialah meningkatkan gaji rakyat.

“Kerajaan bersungguh berusaha untuk meningkatkan gaji. Bila gaji meningkat maka akan ada kuasa beli yang lebih tinggi dan mereka boleh berbelanja.

“Ini formula baru yang kita nak laksanakan,” katanya yang mahu pengundi di Pulai menyokong Kerajaan Perpaduan untuk memudahkan setiap masalah diselesaikan.

Mantan Speaker DUN Johor itu juga memberitahu hubungan akrabnya dengan Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub dan dilantik sebagai Setiausaha Politik Salahuddin di kementerian KPDN serta mengimbau beberapa bulan lalu diamanahkan oleh Allahyarham untuk menjaga kawasan Pulai.

Suhaizan dalam penamaan calon semalam mendapat nombor 3 di kertas undi. Pada PRK 9 September ini beliau ditentang oleh calon PN dan Bebas.



TAK LAMA KENA CEKUP NI



 Lepas Hadi #pas #PN langgar/pertikai kuasa pengampunan YDPA & Raja2 #melayu , penyembahnya pula bertambah semangat nak pancung kepala Sultan..


Selagi tak tertegak krjn exrimis ala tali ban kat sini..pepuak nii takkan diam..hati2 laaa..




SUDAH SAMPAI MASA TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL TERHADAP HADI AWANG


Menurut laporan, Presiden Pas, Hadi Awang sekali lagi dipanggil ke Bukit Aman untuk disiasat dan diambil keterangan berhubung ucapannya ketika berkempen dalam PRK Simpang Jeram, Johor yang sedang berlangsung sekarang ini.


Kali ini siasatan itu berkaitan ucapannya yang mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan.


Hadi dilaporkan berkata, kuasa Lembaga Pengampunan yang ada negara ini adalah tidak selari ajaran Islam.


Kata beliau, pihak yang sepatutnya berhak memberikan pengampunan ialah ahli keluarga seseorang yang menjadi mangsa jenayah dan bukannya Lembaga Pengampunan.


Sebelum ini, Hadi juga pernah dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis susulan kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman mengenai amalan rasuah di negara ini.


Kita tentu faham apabila Hadi mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan, sasarannya tidak lain ialah terhadap Anwar Ibrahim yang telah diberi pengampunan oleh lembaga tersebut pada 2018 lalu.


Terlihat Hadi benar-benar tidak puas hati dan sakit hati terhadap Anwar yang kini telah berjaya menjadi Perdana Menteri sekarang ini.


Tidak cukup dengan setiap hari meratib kerajaan perpaduan pimpinan Anwar akan tumbang bila saja ada isu yang timbul seperti ketika PRN atau PRK yang sedang berlangsung di Johor sekarang, beliau kini nampaknya cuba mempertikaikan status pengampunan yang diterima Anwar pula.


Tujuannya ialah semata-mata untuk menggambarkan Anwar tidak layak memegang jawatan Perdana Menteri kerana tidak pernah diampunkan oleh keluarga mangsa yang terkait jenayah dengannya.


Relakslah Tuan Guru…seorang yang tinggi agama kena selalu bersangka baik, berjiwa tenang dan tidak bersarang dengki yang keterlaluan dalam hatinya.


Disebabkan sakit hati dan bencinya yang keterlaluan itu, Hadi sampai tidak sedar bahawa tindakannya mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan itu bermakna beliau sedang mempertikaikan kuasa Yang Dipertuan Agong yang mengetuai lembaga itu.


Di peringkat negeri, Lembaga Pengampunan juga diketuai oleh Sultan atau Raja masing-masing.


Dengan itu, ucapan Hadi yang mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan tersebut, selain petanda tidak hormat kepada Raja-Raja, juga melanggar garisan merah 3R yang dilarang oleh pihak polis daripada sesiapa juga memperkatakannya secara terbuka.


Adakah Hadi dalam hal ini sengaja mahu mencabar polis?


Kalau Hadi mahu menjatuhkan Anwar atau kerajaan sekarang dek kerana benci atau sakit hatinya yang tak terkawal dengan keberadaan Pengerusi PH itu sebagai Perdana Menteri, beliau sebaiknya banyakkan beristighfar dan percaya kepada Qada dan Qadar.


Tidak perlulah hari-hari memanjat dinding untuk menebuk atap bagi menjatuhkan kerajaan, sebaliknya tunggu saja PRU16 akan datang untuk berbuat demikian.


Ketika berucap pula, janganlah tunjukkan sangat perasan sakit hati dan benci kepada Anwar itu, buat malu dengan anak cucu saja dibuatnya.


Apa pun, meneliti tingkah laku dan ucapan politik Hadi sejak daripada dulu hingga sekarang, banyak daripadanya adalah bersifat melampau, merbahaya kepada perpaduan dan boleh dikira sebagai suatu ancaman kepada Malaysia yang aman, sejahtera dan harmoni.


Daripada Amanat Hadi yang kontroversi hinggalah kepada banyak tafsiran agama yang dibuatnya lebih bermotifkan politik kepartian dan bertujuan menyemai kebencian terhadap mereka yang tidak sejiwa, sekarang pula dengan mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Agong, ini adalah petanda beliau kini semakin bahaya jika perbuatannya dibiarkan terus berleluasa.


Hanya kerana politik, benci dan sakit hati, Hadi nampaknya sanggup melakukan apa saja demi memuaskan rasa dalam hatinya.


Tanpa kompromi lagi, sudah sampai masa sebenarnya untuk pihak berkuasa mesti mengambil tindakan sewajarnya terhadap Hadi agar perbuatan dan ucapannya yang sering melampau serta merbahaya itu terhenti setakat ini saja. – ShahbudinHusin 27/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/



Mmmmm....

 


DIA lupa janjinya ketika bersumpah.

Apakah itu dikatakan munafik?




NAK BURUKKAN LAGI KELUARGA DI RAJA KAH ?

 

Putera Mujahid.


Petikan Dari salah satu wassp group walaun, bunga bunga utk burukan bakal YDPA baru, kerana Sultan Johor bnyak memberi sokongan kepada pemerintahan PMX. Walaun ini ketandusan idea kempen pilihan raya..




BILA YG JUJUR DIANGGAP BOHONG



Siapa yg mudah ditipu atas nama agama?

GOLONGAN RUWAIDIBIDHAH TELAH MUNCUL


Ramai kawan2 saya bila umur 40an mula dekati agama dan tentu mencari ilmu di masjid. Di masjid dipenuhi ‘Ustaz politik’ imej alim dlm seminggu pelbagai kuliah. 


Di situ pemikiran mereka menjadi taksub dan percaya utk mencari syurga hanya dgn parti mereka. Bagi mereka yg sebelum ini hanya seminggu sekali ke masjid, Ustaz politik di masjid2 itulah org yg alim dan hebat dan patut patuh. Inilah yg byk terjadi bukan sekadar kawan2 tetapi dlm talian keluarga.


Sb itu saya sarankan kpd kawan2 jika mendapat hidayah atau ingin dekati Allah terutama mereka yg sedar diri usia 40an bukan lagi utk keseronokkan duniawi sepenuhnya… carilah Guru2 yg bukan di kalangan org politik.


Di mana golongan guru politik itu? Bersepah di merata rata surau2 dan masjid. Hati2 lah golongan ini yg ramai org alim berkata mereka berjiwa khawarij dan takfiri.


Malah begitu ramai penipuan atas nama agama dilakukan mereka. Mereka ini mengeksploitasi ciri2 keislaman seperti bahasa, pakaian atau sesuatu yg menjadi perhatian bagi umat Islam. Akhirnya masyarakat menjadi percaya. 


Akhir zaman byk sekali disebut dlm Al Quran dan hadis mengenai kemunculan golongan Ruwaibidhah.

Golongan Ruwaibidhah kerap disebut dlm hadis, malah Rasulullah SAW mengaitkan ruwaibidhah dgn zaman paling ditakuti.


Rasulullah bersabda, “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, org bohong dianggap jujur. Org jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Org amanah dianggap pengkhianat. 


Ada org bertanya, “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Org bodoh yg menguruskan urusan umum.” 


Saya yakin kita sudah berada di zaman dan golongan yg disebutkan Rasulullah saw. Jadi tidak hairan apa yg berlaku kpd senario politik negara.


Gambar sekadar hiasan



ANDA MEMANG LAYAK KE PENJARA.




Mamat gila ni jawab komen saya di posting beliau. 


Katanya saya tak paham apa dia tulis. 


Bila dia tulis “Sultan yang tidak mampu menjaga agamanya, eloklah dipancung sampai mampus” 


Perlu level mantik ke nak paham apa yang ditulis? 


Ni sahkan:


1. Dia sedar dia tulis posting tu dan tak rasa bersalah langsung. 


2. Bukan akaun kena hack atau admin yang tulis ya. Sendiri bikin jua. 


Harap dipermudahkan urusan ke penjara. Fanatik sebegini tak layak duduk di kalangan kita. 


~LM~



BANGSA JOHOR LAIN CARANYA.


 

SANUSI. HANG BALIK TENGOK KEDAH. KES MISKIN TEGAR TINGGI..DADAH..CERAI BANYAK...HANG TAK BUAT APA KA SEJAK HANG PERINTAH.


 

BULAN OGOS NAK HABIS DAH..,JOMMLAH TAK CUKUP LAGI


 

HADI SEBENARNYA BUKAN ADA MASAALAH DENGAN DAP. TAPI DENDAM KESUMAT DIA PADA PIMPINAN AMANAH. DIAALU SENDIRI.


 

SAIFUDDIN DIFITNAH LAGI- YANG LULUS HANYA 24 ORANG SAJA.


 

SULTAN SELANGOR TITAH SIAPA MAIN ISU SEKOLAH AGAMA AKAN DITUTUP. TANGKAP


 

ADUN ....PERUNTUKAN DARI KERAJAAN NEGERI. SO WALAUN KENA TIPU


 

IMBAS KEMBALI SEWAKTU KERAJAAN BELUM TERBENTUK .





KUALA LUMPUR – Pertubuhan Intelektual Negara (Pintar) menggesa Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.


Presidennya, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor berpendapat, rakyat di negara ini ingin melihat kerajaan yang stabil memperjuangkan hak-hak kelompok majoriti Melayu-Islam dan dalam masa yang mengangkat hak-hak kaum lain.


SELEPAS KERAJAAN PERPADUAN DIBENTUK....


Baik dan harmoni sungguh kerajaan perpaduan ini.  Orang yang bersungguh berkempen minta MP-MP sokong Muhyiddin sebagai PM, tetapi dapat habuan dan dilantik pegang jawatan besar di dalam Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan apabila Anwar Ibrahim jadi PM 10.  Itu pun PMX dituduh zalim dan diktator.  Ohh..lupa, khabarnya Menteri Agama pun pro lebai, kan? 


Bersangka baik.  Mungkin di kalangan kita tiada yang lebih layak dari beliau.  So, jangan bising jika ada "deep state".  Kita "kerajaan malaikat".  


WFAUZDIN NS



NAK KATA APA SELAIN BODO.


 


Walau sebenci mana pun kau kata PMX, tak perlu kot nak cakap macam tu...sekarang ni sia² kena tangkap...kesian betul kadang² kat walaun² ni ikut hati jer nak mengata orang🙄





TAK DAPAT TUKAR KERAJAAN...DEPA USAHA TUKAR LOGO.


 

DI KELANTAN ..ISU AIR BUKAN ISU BESAR. HANYA KERAJAAN PERPADUAN SAJA ANGGAP ISU AIR ADALAH BESAR. JADI BUAT APA NAK SELESAIKAN ,SEDANGKAN RAKYAT SENDIRI TAK KISAH.


 

KALAU PENDAPATAN PETANI KHASNYA PESAWAH ANGGAP BANTUAN KEPADA MEREKA TIADA MAKNA, MAKA TAK PERLU LAH BANTU LAGI.


 

NENDIA PUNYA BAGUIH WALAUN...MANUSIA MASA DEPAN NI..DIA Pi ALAM AKHIRAT KELUAQ MAI BALIK....

 


Woww...dia ni dah mati dulu ke sebab dah nampak orang Selangor lebih ramai masuk neraka dari orang kelantan🙄 

Jauh menyimpang tu walaun oiii🤦




BAGUIH OOO MENTERI. PENERANGAN KITA..MADANI SUNGGUH...SANA SINI HENTAM..ANWAR MACAM KERJA SOQANG NO.....BAGUIH NO SIMPAN MAMAT NI LAMA LAMA SAMPAI HABIH PENGGAL....SENANG PN BUAT KERJA...

 


Ni awie yang hina PH dan dsai tu ke??




TU DIA NOH..DIA ISTIHAR DIA SAHID...


 NEGARAWAN

SANUSI NI DAH 3 TAHUN JADI MB. SATU APA PUN DIA TAK SELESAI PUN..SEMAU PEMBOHONG..DIA BUKA MULUT DIA MOHONG ORANG KEDAH.


 

MACAMANA NIH...DAH NAK HABIH DAH BULAN 8..TAK JADI JADI LAGI...


 

KENA LAGI....MUNG DOK PAHANG.....


 

AKHIRNYA GANG KAPIR MENGKAPIR DALAM SATU KUMPULAN


 

NEGARAWAN






Negarawan itu menyatukan semua, tak kira bangsa dan agama. Dia takkan menunggang bangsanya untuk berkuasa. Tambah dengan niat memecah belah dan buat porak peranda. Hanya kerana Dia tak berkuasa semula. 


Negarawan itu pikir masa depan. Kena pikirkan hutang negara, agar anak2 kita tak terbeban. Kena rombak sistem yang ada, agar rakyat bukan saja terima ikan, tetapi pandai gunakan joran. 


Negarawan itu patutnya zuhud sekali, tidak merompak harta negeri. Keluarganya tak patut kaya tak terperi. Orang boleh persoalkan intergriti. Tambah pula nampak dia senang dengan menumpang kroni. Bila kita persoal, pentaksubnya pula suruh kita “pergi mati”. 


Negarawan itu seharusnya membijakkan umat. Bukan membodohkan rakyat. Dia reform polisi pendidikan, supaya anak2 dan cucu2 kita lebih baik dan bijak. Dari generasi sebelumnya. Dia tak guna anak muda dan dumbdown mereka. Terutama dengan manipulasi isu kaum dan agama. 


Negawaran itu tidak sepatutnya berlagak Bangsawan. Perlu lebih atas statusnya dari Agamawan. Kerana Malaysia ini negara berbilang bangsa dan agama. Kepentingan Negara itu lebih utama. Dia perlu menjaga semua. 


Moga Allah kurniakan Malaysia, lebih banyak pemimpin bertaraf Negarawan. Agar barisan pemimpin kita dapat menjaga negara demi semua anak watan. Demi masa depan. 


Kerana mereka tahu, hanya dengan memperkuatkan Negara, barulah usaha menegakkan agama, memperkasakan bangsa boleh berjaya. 


Kalau tiada negara yang sejahtera, usaha untuk agama dan bangsa akan hilang makna. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


Contoh Negarawan Indonesia dan kata pujangganya.



MUNG NIH.DOK PAHANG PAHANG...

 

A boy who cried wolf. Simple. 


Kalau sekali dua orang percaya. Kalau dah berkali2 nampak sangat menipunya. 


Dari lepas PRU15 tak habis2 meratib nak tumbangkan Kerajaan. 


Ramai bagitau, dia bersungguh ni sebab dijanjikan jawatan TPM. Sebab PAS dapat kerusi terbanyak dalam Parlimen. Takkan la nak bagi kepada Gerakan. Ini saja tempoh yang ada. Kalau PRU16 nanti, umur dah dia cecah 80. Dah tak layak doh. 


Dia takkan nampak dia buat ni seperti sabotaj ekonomi negara. Semata2 kerana nak berkuasa. 


Tapi selepas berkuasa, kompeten kah mereka? Jadi Duta Khas, apa sumbangan dia pada negara?


~LM~


m




ANALISA APA LA GAMAKNYA...SUDAH LA KJ..




Shahbudin Husin


 Agak-agaklah kalau ia pun KJ nak buat analisa yang bertujuan memberi kelebihan kepada PN.


Tak munasabah untuk mengharapkan 70% undi BN akan beralih kepada PN, kalau 20% atau 30% beralih tu ada jugalah munasabahnya….



TIADA SEBAB PH TAK BOLEH PERTAHAN KEMENANGAN DI PULAI, SIMPANG JERAM



PRK Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram pada 9 September depan amat menjadi idaman bagi PN atas matlamat yang berbeza.


Bagi Pulai, seperti mana diulang oleh Presiden Pas Hadi Awang, PN mahu menjadikannya sebagai pencetus kepada perubahan kerajaan di peringkat pusat.


Setelah gagal menjadikan PRN enam negeri yang baru berakhir sebagai referendum penolakan kepada Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan, PN kini beralih pula kepada PRK Pulai untuk meneruskan impian dan angan-angan mereka.


Entah macam mana ia boleh berlaku, tetapi yang berputar dalam pemikiran Hadi, jika PN menang di Pulai nanti, bagi bekas duta bertaraf menteri itu ia bermakna pendeklah riwayat politik Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.


Entahlah Labu…


Untuk Dun Simpang Jeram, PN khususnya Pas, begitu ghairah untuk memperolehi kemenangan pada 9 September nanti kerana ingin menjadikannya pintu masuk untuk gelombang hijau menembusi negeri Johor.


Bagi tujuan itu, PN berharap pengundi Simpang Jeram agar tidak takut membuat eksperimen, seterusnya memberi isyarat penting kepada PH dan BN menjelang PRU akan datang.


Isunya, ada kemungkinankah calon kerajaan perpaduan daripada PH boleh kalah dan PN mampu menang dalam kedua-dua PRK itu?


Berdasarkan keputusan PRU15, Allahyarham Salahuddin Ayub menang di Pulai dengan majoriti 33,174 undi.


Beliau memperolehi 64,900 undi berbanding lawannya, Nur Jazlan Mohamed (BN) yang memperolehi 31,726 dan calon PN, Loh Kah Yong yang memperolehi undi sebanyak 14, 432.


Komposi pengundi Pulai ialah Melayu 44.2 peratus, Cina 40.5 peratus dan India 12.3 peratus.


Dengan majoriti besar itu, di samping PH dan BN kini sudah menjadi satu pasukan dalam kerajaan perpaduan, calon PH, Suhaizan Kaiat dilihat tiada masalah untuk mengekalkan kemenangan di Pulai.


Jika dicampur undi PH dengan BN, bahkan kiranya ditolak 20 peratus daripadanya yang mungkin tidak keluar mengundi atas pelbagai sebab, kemenangan masih selesa untuk diperolehi.


Faktor lain ialah kedudukan pengundi bukan Melayu iaitu Cina dan India yang agak besar di Pulai, ia juga pasti memberi kelebihan kepada PH berbanding PN yang di dalamnya ada Pas dengan gelombang hijaunya itu.


Begitu juga bagi Dun Simpang Jeram, Allahyarham Salahuddin memenanginya pada PRN Johor yang lepas dengan majoriti 2,399 undi.


Beliau memperolehi 8,749 undi berbanding lawannya, Zarul Salleh (PN) dengan 6,350 undi, Lokman Md Don (BN) 6,062 undi dan Mahaizal Mahmor (Pejuang) yang memperolehi 208 undi.


Komposisi pengundi mengikut kaum di Simpang Jeram ialah Melayu 51.9 peratus, Cina 44.5 peratus dan India 2.5 peratus.


Sama keadaannya seperti di Pulai, oleh kerana PH dan BN sudah bekerjasama dalam kerajaan perpaduan sekarang dan jika dicampur undi kedua-duanya, calon PH, Nazri Abdul Rahman juga boleh dikira tiada masalah untuk mempertahankan kerusi Simpang Jeram.


Meskipun Pas agak kuat di Simpang Jeram dan katalah sebanyak 20 peratus undi BN beralih kepada PN atas sebab terpedaya dengan hasutan gelombang hijau dan momokan kerjasama dengan PH yang ada DAP di dalamnya, kemenangan masih lagi selesa dalam jangkauan.


Bahkan dengan jumlah pengundi bukan Melayu lebih 45 peratus di Simpang Jeram, ini adalah suatu kelebihan buat PH berbanding PN.


Hakikatnya, asal saja tidak memandang mudah dan terus bekerja keras, calon PH yang mewakili kerajaan perpaduan serta dibantu kempen oleh kekuatan jentera BN, baik di Pulai atau Simpang Jeram, tiada sebab tidak boleh mempertahankan kemenangan yang dicapai Allahyarham Salahuddin sebelum ini.


Tak patut sangat jika PH boleh kalah dan PN tiba-tiba mampu menang, sama ada di kedua-dua kawasan iaitu Pulai dan Simpang Jeram atau salah satu daripadanya. – ShahbudinHusin 28/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/



AAUUUMMMMM.,....

 

Hanes Nas Hanes.


Kasi review sikit lama tak nmpk  darah dia mengelegar 


https://www.facebook.com/YusufAzmi.Official?mibextid=9R9pXO






BAGUS..JANGAN JADIKAN MASJID KEMPEN POLITIK .



 Bagus.., jamm  la lebai2 nak berceramah selepas ini. Patut diseluruh negara hukuman ini dilaksanakan bagi menghentikan budaya ekstrimis.


Bagus cuma siapa yg nak pergi saman kalau org dia je yg ada… kena bagi insentif mana2 yg dpt rakamkan dan report ada saguhati.



KITO KENA SEDO KENA PAHANG....

 

Mmms.


Solidariti kepada Pegawai Penyiasat, takut tanya lain, jawap lain.


Kite kena sedo kena pahang...




SULTAN SELANGOR MERASMIKAN MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL ISLAM.

 















Menjunjung kasih atas kesudian DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor hari ini.


Mesyuarat MKI jelas menzahirkan keprihatinan DYMM Tuanku terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini. 


Patik dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan khususnya agensi Islam menjunjung duli dan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-Raja. 


Patik meyakini dengan perkenan dan restu Duli-Duli Tuanku jua, usaha memperkukuhkan institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan.


Sekalung penghargaan juga kepada ahli MKI dan wakil negeri-negeri yang hadir dan turut serta mesyuarat ini. 


Kerajaan Perpaduan terus siapsiaga menambahbaik hal ehwal Islam di Malaysia  agar inklusif , bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam malah rahmat kebaikan Islam dirasai oleh masyarakat bukan Islam.


#MalaysiaMADANI



SANUSI...LAA...DIA KALAU TAK MAKI ORANG BUKAN SANUSI LA...

 


JANGAN.DOK PERCAYA LA HADI AWANG NI. BUKAN DIA YANG BOLEH JADI PM PUN. DIA PUN PECACAI JA..


 

MANA DIA PUAK YANG PALING ISLAM NI.


 

BADAN PENGUATKUASA YANG MELAKSANAKANNYA.


 

SULTAN JOHOR TITAH BERI ANWAR MASA





Perhatian rakyat Johor. Ini titah Duli Tuanku Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Ta'zim. Ini bukan edit macam video Sanusi. Ini real punya. Boleh baca di https://ury1.com/AyNDH.


Sultan Ibrahim mahu DS Anwar diberi lebih masa bangunkan ekonomi kerana keadaan sangat teruk ketika beliau ambil alih kerajaan. Inilah punca PN nak cepat tebuk atap, sebelum Sultan Ibrahim jadi YDP Agong. Ada faham ke?


Kepada yang mempersoalkan kononnya DS Anwar tak buat apa dalam 8 bulan ni, Sultan sendiri hargai usaha DS Anwar membawa pelaburan masuk yang mana Johor dapat faedah terbesar.


Sultan Johor dikenali sebagai seorang yang sangat direct. Baginda tak suka berbasa-basi. Kalau bagus, cakap bagus. Kalau tak bagus, memang kena. Jadi bila Sultan Ibrahim bertitah begini, itu petanda DS Anwar memang baginda yakini.


Rakyat Johor, ayuh berikan sokongan padu kepada Kerajaan Perpaduan. Tolak mana-mana pihak yang cuba jatuhkan kerajaan yang ada ini. Jika Sultan Ibrahim meyakini DS Anwar, seharusnya kita juga turut bersama. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


PERTIKAIAN SUNGGUH

 



MMMS


Sebab apa Pertikaian Nasional suka pertikai semua benda?


"Sebab boleh, lagi pun Un pajak akal mana mampu berfikir"




DULU TIADA CERITA POTONG POTONG POTONG




Hadi pertikaikan hak pengampunan Raja Raja Melayu

BAYANGKAN JIKA MEREKA BERKUASA 


Sebenarnya sejak Nov 2022 lagi Hadi sudah pertikaikan kuasa pengampunan yg ada pada Raja2 Melayu. Husam ketika itu pernah menegur Hadi kerana tidak menghormati keputusan Agong ketika itu Sultan Muhamad V, memberi pengampunan kpd DS Anwar Ibrahim.


Kali ini dia sekali lagi mempertikaikan hak pengampunan Raja Raja Melayu yg dianggap tidak Islamik. Hadi mahu hak pengampunan jenayah diberikan kepada keluarga mangsa.


Ingin bertanya Hadi sebagai Ahli Parlimen… setiap ahli Parlimen diwajidkan mengangkat sumpah dan dalam sumpah tersebut bukankah setiap ahli Parlimen bersumpah akn pertahankan Perlembagaan negara.


Jika benar ingin pertikaikan…mengapa tidak di majlis angkat sumpah tersebut demi atas nama agama? Jgn kelirukan umat Melayu yg sudah byk terkeliru sekejap boleh sekejap tak boleh…sekejap haram sekejap halal.


Saya setuju dgn kenyataan Faiz Fadhil, jika benar kamu ingin lakukan… lakukan dulu di 4 negeri yg mereka kuasai 2/3 utk ubah perlembagaan hak pengampunan Sultan2. 


Anda yakin mereka akan lakukan??? Tanya saya 100% saya yakin mereka tidak lakukan. Dgn Gerakan dan Bala pun mereka diam inikan dgn Sultan. 


Inilah yg acapkali kebimbangan saya kpd ideologi parti politik PAS yg membawa budaya takfiri. Mungkin skg ramai tidak melihatnya tetapi percayalah apabila ia membesar dan mereka menguasai kuasa sepenuhnya…ketika itu barulah kita sedar kebimbangan yg ditakutkan akn menjadi kenyataan.


Seperti biasa ucapan Hadi ditujukan kpd DAP…

“DAP menentang, tak setuju. Amanah juga sokong DAP. Ini yang tuan puan nak mengundi ini, sokong DAP... termasuk sebahagian Umno.”


Sdgkan yg pertahankan Perlembagaan, pertahankan tulisan Jawi dan Pengajaran Hadis 40 adalah DAP dan menentang adalah parti komponennya sendiri iaitu Gerakan. Fitnah demi kepentingan politik.


Saya ingin bertanya Hadi, Mahathir beberapa kali kenyataannya menolak Hudud. MCA, MIC, Gerakan semuanya menolak hudud tetapi kenapa hanya disebut DAP?


Ingat Muhyiddin pada Mac 2022 di satu majlis makan malam dgn kaum Cina memberitahu.


“Ada orang Cina takut PAS... takut cerita ‘potong, potong, potong. Ketika saya jadi perdana menteri, dalam parti saya dulu pun ada PAS. Tiga menteri PAS. Sekarang pun tiga menteri PAS. Ada beberapa timbalan menteri PAS.


"Ada dengar dia cerita ‘potong-potong’? Tak ada lagi cerita. Pasal bila dia (PAS) sudah jadi kerajaan dia faham, dia kena ambil kira ini ada Cina, Melayu, India. Ada (agama) Islam , ada Buddhist, ada Hindu, dia kena jaga.”


Rupanya masa 33 bulan Parti Politik PAS tak cerita pasal hudud seperti diulas Muhyiddin dan sedar diri bila jadi kerajaan. Hukum Islam ini hanya bila jadi pembangkang sahaja agaknya.



HADI MELALUT LAGI




 Hadi kata tanggungjawab yang penting bagi semua untuk selamatkan negara. Alhamdulillah, negara kita dah selamat sekarang dari orang yang sakau duit rakyat di saat rakyat dikurung dalam rumah.


Hadi kata lagi, biar Islam perintah supaya semua kaum selamat. Alhamdulillah, kesemua Sultan dan Raja kita Islam, PM kita, DS Anwar pun seorang Islam. Dan betul, semua kaum selamat ketika ini.


Pada masa yang sama, PAS tak mampu nak tegur rakan sekutu mereka yang menentang dan ingin saman kerajaan atas isu Modul Penghayatan Hadits 40. Nak selamatkan Islam bagaimana kalau nak tegur Gerakan yang biadab pun tak berani?


Kemudian Hadi mainkan semangat kenegerian. Dia ungkit dulu PAS pernah beri kerusi kepada Dato Onn di Kuala Terengganu. Tak memasal pulak dia nak kaitkan Dato' Onn dengan PRK Simpang Jeram.


Dato' Onn tu, lepas keluar UMNO, orang Johor pun tolak dia. Dua kali buat parti, dua-dua kali gagal. Sebab tu terpaksa bertanding di Kuala Terengganu. Hadi salah tekan butang ni. Dah ketandusan isu la tu gamaknya. Kesian dia. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.