NAMA DIA TAK TERCALON PRU 15- MANA KAWAN TAK GERAM..

 

Annuar, isteri Shahidan antara dipecat UMNO.


KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipercayai antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat keahliannya pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Sumber memaklumkan, dua lagi adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang juga isteri bekas Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kasim serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Shamsiah dan Fatimah bulan lalu digantung sementara seluruh jawatannya selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Datuk Seri Shamsiah Yasin (kiri) dan Datin Seri Fatimah Kassim. - Foto hiasan NSTP
Datuk Seri Shamsiah Yasin (kiri) dan Datin Seri Fatimah Kassim. - Foto hiasan NSTP

Fatimah pula adalah isteri kepada Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU sebelum ini.

Sementara, Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, khususnya berkaitan usaha jajaran baharu antara Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, hal pemecatan itu dimaklumkan Ahli MKT, Datuk Mohd Puad Zarkashi ketika ditemui media di Menara Dato' Onn di sini, selepas mesyuarat selesai.

Menjelaskan situasi dalam mesyuarat berkenaan, Mohd Puad berkata, nada Presiden UMNO agak tegas berkenaan isu disiplin.

Katanya, Ahmad Zahid menegaskan tidak akan sekali berkompromi dengan ahli yang burukkan parti termasuk membocorkan inti pati mesyuarat parti kepada pihak luar.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Arau dan Maran daripada UMNO, Shahidan Kassim dan Ismail Abd Muttalib, turut digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu akhirnya mempertahankan kerusi mereka selepas bertanding pada PRU15 menggunakan logo Perikatan Nasional.


TU LA NOH...KAU DALAM DEWAN SELALU CABAR ORANG- KALAU DENGAN DSAI SELALU KAU NAK GADOH....

 

Hukuman gantung 6 bulan bertukar pecat keahlian selepas Noh Omar cabar Zahid.

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memecat keahlian Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Keputusan itu dibuat selepas bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya memecat keahliannya terus daripada parti, selepas MKT memutuskan untuk menggantung keahliannya selama enam tahun.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Noh yang juga Ahli MKT UMNO ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu di sini, malam ini.

Katanya, ketika cabaran dibuat kepada Ahmad Zahid itu, tiada ahli MKT yang memberi maklum balas kecuali Ahmad Zahid.

"Lain-lain semua diam, tetapi dia (Ahmad Zahid) cakap OK. Dengan ini saya dipecat serta-merta," katanya.

Dalam pada itu, Noh turut memaklumkan, selain dirinya ramai lagi pemimpin parti itu yang dilihat sebagai 'mensabotaj' UMNO turut dikenakan tindakan oleh parti sama ada dipecat atau digantung keahlian.

Namun, beliau tidak memperincikan bilangan atau identiti pemimpin yang dikatakannya sebagai terbabit dalam tindakan yang diputuskan parti itu.

Apa pun, Noh berkata, perkara itu ada diumum sendiri Presiden UMNO melalui ucapan mukadimah ketika Mesyuarat MKT malam ini.

"Malam ini, sejarah bagi saya kerana tadi dalam ucapan mukadimah, Presiden (Ahmad Zahid) sudah mengumumkan berapa yang dipecat dan digantung.

"Dalam makluman itu, tiba-tiba tersenarai nama saya, digantung enam tahun" Ramai lagi tersenarai, tunggu sahajalah saya tidak mahu umum (berapa ramai dan siapa yang dikenakan tindakan)," katanya.

Ketika ditanya mengenai tindakan MKT ke atasnya, Noh mempersoalkan pergantungannya disebabkan beliau baru sahaja mendapat surat untuk hadir ke Lembaga Disiplin parti.

"Persoalannya undang-undang apa yang digunakan, undang-undang rimba atau hantu. Ikut suka hati (undang-undang apa sekalipun), kerana saya sudah mendapat surat daripada Lembaga Disiplin untuk hadir pada 2.30 petang Isnin ini, tetapi saya tersenarai digantung hari ini.

"Mengapa keputusan dibuat, dia kata lepas jumpa Lembaga Disiplin. (Hakikatnya) Lembaga Disiplin belum bermesyuarat, tetapi saya sudah pun digantung enam tahun.

"Macam inilah UMNO, tindakan sesuka hati dan ini merupakan hinaan kepada Lembaga Disiplin," katanya yang mengesahkan tidak lagi akan bertemu Lembaga Disiplin.


KERAJAAN HARUS PANTAU PENULISAN BEGINI-JAWAPAN MEDIA PAS- HARAKAHDAILY- PENULIS NI TAK BUAT KAJIAN DAN TIDAK BERANI MENGELUARKAN BUKTI DAN BAHAN KAJIAN BETUL...WARTAWAN NI KENA BANYAK BUAT STUDY SEBELUM MENULIS


 

HAJI HADI KATA KERAJAAN PERPADUAN BERKEPALA BESAR? MASA DEPA MEMERINTAH...

ADAKAH INI FITNAH ? NGA KOR MENG HARUS MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP FITNAH INI. NEGERI DIA TAKAT NI TAK BUAT APA LAGI- AYIAQ PUN SESETENGAH KAWASAN TAK DAK LAGI...TU PUN NAK SEMBANG.


 

KEH..KEH


 

KEH..KEH...SIAP BERKAPAL LAGI KALAU TAUKE JUDI MELAWAT NEGERI DIA


 

WALAUN KATA ZAMAN PN PALING BAIK - SEBAB TU TELOQ TAKDAK- MALAH 73 DENGAN 82 PUN JOMLAHH DAH CUKUP.DEPA BUKAN ADA IDEA...


 

PAS DAKWA MENANG 49- TETAPI PAS MENGGUNAKAN BENDERA PAS HANYA 22 BUAH KERUSI.SELEBIHNYA IALAH MENGGUNAKAN BENDERA PERIKATAN NATIONAL


 

KJ, Noh dipecat, Hishammuddin, Shahril digantung keahlian UMNO

 

KJ dipecat, Hishammuddin, Shahril digantung keahlian UMNO

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin dipecat keahliannya dari UMNO, malam ini.

Sumber parti memberitahu, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam ini.

Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan digantung keahliannya.

Hishammuddin dan Shahril mengikuti senarai pemimpin terbaru yang digantung, selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar memaklumkan menerima keputusan sama malam ini.

Turut digantung keahlian selama enam tahun, Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang ditemui media enggan berkongsi senarai pemimpin yang dipecat atau digantung, sebaliknya menyatakan keputusan yang dibuat MKT malam ini terpaksa dilakukan walaupun pahit.

Beliau juga menjelaskan, semua tindakan disiplin yang dikenakan juga sudah mengikut saranan Lembaga Disiplin UMNO.

UCAPAN SULTAN BRUNEI TERHADAP PM10 DAN NEGARA MALAYSIA

 


SUDAH SUDAH LAH NOH....ZAMAN DAH HABIH....


 

MAIL PEE JUMPA SULTAN NGHADU.

 KJ dan Noh Omar di Pecat!


(Sacked)

Khairy Jamaluddin

Noh Omar


(Suspended)

Shahril Hamdan

Hishammuddin Tun Hussein

Maulizan Bujang

Salim Shariff


Khaled Nordin replaces Hasni Mohammad as the Johor UMNO Chief.

PANDANGAN PENULIS MENGULAS MENGENAI MADANI

 







PM DI MASJIB MINDEF- BERSAMA PANGLIMA ANGKATAN UDARA DAN MENTERI PERTAHANAN






 

CUBA ORANG RAMAI LIHAT GROUP WALAUN WALAUN PAS DOK SEMBANG- TAK ADA APA PUN PERBINCANGAN NAK MAJUKAN RAKYAT DAN NEGARA KECUALI MAKI HAMUN.TAK DAK ILMU MACAM TU LA.


 

DRAMA RASUAH DAN SEDEKAH.SILA TONTON


 

HDB MAINAN MB KEDAH- KEDAH MANA ADA RUMAH FLAT BAGAI.....BENDANG BANYAK LA....MANA DIA TAU


 

HADI AWANG- CUBA BAGI BUKTI PINTA MAK CIK NI- CUBA CERAKIN DAN BERCANGGAH DENGAN ISLAM-UN MANA BANYAK MEMBACA...


 

BANYAK LAGI TEMPAT NAK CARI REZEKI- KESAL APANYA- ULAT DALAM BATU PUN BOLEH MAKAN

 

Pas ni tak ada kuasa tapi jadi AJK Masjid je, contoh ajk masjid yg berfahaman pas,

 semua penceramah yang tak sekepala dengan dia tak dibenarkan bagi kuliah

 masjid.






WALAUN MANA FAHAM ANATARA PARTI DIA NEGARA DAN ISLAM





BOLEH PERCAYA KA DIA NI ?

 




FAKTA: Sejarah hubungan Hajiji dan Mahathir

Mahathir adalah sosok tubuh yang bertanggungjawab membawa 3 Parti Melayu Malaya ke Sabah untuk pecah-belahkan Sabah.

Hajiji berperanan dalam KESEMUA kemasukan parti-parti Melayu Malaya itu.

1. UMNO

2. Bersatu

3. Pejuang

Tahun 1990an: Mahathir bawa masuk UMNO untuk jatuhkan PBS.

Tahun 1992: Hajiji dilantik Setiausaha Politik kepada Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba.

Tahun 1994: PBS berjaya ditumbangkan. Hajiji dilantik sebagai Pembantu Menteri.

Tahun 1995 - 2017: Hajiji dilantik pelbagai Menteri, termasuk menjadi Pengerusi UMNO Sabah.

Tahun 2018: UMNO Sabah hilang kuasa. Hajiji jadi pembangkang.

Tahun 2019: Mahathir bawa masuk Bersatu ke Sabah, Hajiji masuk semula kerajaan dan dilantik Pengerusi Bersatu Sabah.

Tahun 2020: Hajiji dilantik Ketua Menteri Sabah

Tahun 2022: Pejuang masuk Sabah. Hajiji sambut dan cium Mahathir.

 

PERGINYA SEORANG PEJUANG




Innalillahwainnalillahirojion semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Berehatlah sahabat Syauqi Topui Kedah ....Al fatihah.


MASA JADI KERAJAAN- APA MEREKA KATA PADA RAKYAT, BILA RAKYAT PERSOALKAN KENAPA ITU INI TAK BOLEH DAN TAKADA....


 

NAK KATA APA TAK TAU...UMPAMA MERANG LEPASKAN IKAN DALAM SUNGAI


 

MAHATHIR KEMURUNGAN DAN TIDAK LAGI DIPEDULIKAN.

 Daripada DrPuad Zarkashi 


MAHATHIR KEMURUNGAN


Tun M kini kemurungan meninggalkan politik. Dia jatuh politik dengan penuh kehinaan. Dia hilang deposit. Dia hilang penyokong die hard. Parti Pejuang sedang menghampiri kematian.


Legasinya tidak lagi dihormati. Legasi barunya ialah Perdana Menteri yang kuat mencampuri urusan mahkamah, pengamal pendakwaan politik dan pengamal KKN tegar.


KKN ialah korupsi, kolusi dan nepotisme. Tun Daim adalah contoh kroni utamanya. Mahathir dikenali sebagai pemimpin yang sanggup buat apa sahaja termasuk jual Pulau Batu Puteh. 


Bukan sahaja UMNO sanggup diharamkan pada tahun 1988, tetapi dijatuhkan sendiri oleh beliau pada tahun 2018. Cuma dia gagal membunuh UMNO. Sebab itu Tun M tambah murung.


Kini tidurnya terganggu kerana Anwar yang pernah dipecat, dipenjara dan jadi PM tepi kini jadi PM ke 10. Zahid yang didakwa dengan pulohan pertuduhan kini jadi TPM dan kekal Presiden UMNO.


Sudah tentu duka laranya meningkat kerana Najib yang dia penjarakan tidak murung, kekal disanjung dan boleh menjadi kawan politik yang dipercayai bila bebas nanti. 


Mahathir pula walaupun hidup bebas, tetapi terpenjara dengan kemurungan. Status dia adalah “negarawan” semakin pudar.


Pelawaannya untuk jadi rakan kongsi politik tidak lagi disahut. Dia perosak kestabilan dan “trust” politik di Malaysia. “Never ever trust Mahathir”.



SELAIN KJ, APAKAH HISHAMMUDDIN, ISMAIL SABRI DAN NOH OMAR ANTARA TURUT DIPECAT MALAM INI?

 

Kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang membayangkan akan berlaku pembersihan besar-besaran dalam mesyuarat MT malam ini, secara tidak langsung memperlihatkan bukan setakat Khairy Jamaluddin saja bakal berdepan tindakan pecat atau gantung keahlian parti.

Dipercayai beberapa pemimpin lain yang diketahui tidak sebulu dengan Zahid Hamidi turut bakal berdepan tindakan yang sama.

Jika tidak, untuk apa Zahid Hamidi menyebut akan berlaku pembersihan besar-besaran?

“Tunggulah apabila MKT bermesyuarat, untuk dia (Khairy) secara individu tidak penting.

“Saya kata dalam Perhimpunan Agung (UMNO) baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan secara besar-besaran, termasuk mereka yang mensabotaj parti dan calon parti pada PRU lalu dan mungkin termasuk orang yang ‘menembak kaki sendiri’ ketika musim kempen berlangsung,” katanya.

Seterusnya, Zahid Hamidi menjemput pihak media untuk hadir ke Menara UMNO bagi membuat liputan mesyuarat MT malam ini.

“Sila datang beramai-ramai kalau hendak mengetahui senarai mereka yang akan bakal dikenakan tindakan,” tambah beliau lagi.

Dengan kenyataan Zahid Hamidi itu, mesyuarat MT UMNO malam ini tentu saja merupakan detik yang mendebarkan bagi mereka yang diketahui tidak sealiran dengan Presiden UMNO itu.

Diberitakan tiga peristiwa menjadi sandaran untuk pertuduhan dan tindakan MT UMNO malam ini:

Pertama, mensabatoj parti dan calon BN ketika PRU15 lalu.

Kedua, menandatangani akuan bersumpah menyokong Mahiaddin Md Yasin sebagai calon Perdana Menteri.

Ketiga, menentang secara terbuka dan membuat tuduhan tanpa asas berkaitan usul tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Setakat ini, hanya KJ yang disebut ramai akan dikenakan tindakan sama ada dipecat atau digantung keahlian UMNO selama enam tahun berhubung dakwaannya berkaitan kewujudan “perwakilan hantu” untuk meluluskan usul tambahan PAU2022 baru-baru ini.

Namun demikian, berikutan kenyataan Zahid Hamidi berkaitan pembersihan besar-besaran akan berlaku malam ini serta tiga peristiwa yang dikatakan menjadii sandaran pertuduhan, apakah ini bermakna Hishammuddin Husein, Ismail Sabri Yaakob, Noh Omar dan beberapa lagi pemimpin UMNO lain bakal dipecat atau digantung keahlian juga pada malam ini? – ShahbudinHusin 27/01/2023.



KEH..KEH-Pertahankan kepimpinan dan jam tangan ulamak!- TAKDIRRRRR



 ADZMAN KAMARUDDIN



KEPAKARAN HDB SINGAPURA AKAN BERI MANFAAT KEPADA ORANG MELAYU MALAYSIA

 

1. Sejak tertubuh Kerajaan Perpaduan diketuai oleh Pakatan Harapan selepas PRU15 lalu, hampir setiap isu cuba dijadikan isu perkauman oleh pihak pembangkang.

2. Masalah pemilikan perumahan kos sederhana & murah Malaysia untuk golongan M40 dan B40, adalah masalah yang berlarutan lama sejak merdeka lagi di Malaysia.

3. Semasa saya menjadi Timbalan Menteri di KPKT, berbagai usaha oleh Kementerian termasuk mengadakan Kempen Pemilikan Rumah telah diadakan tetapi masih tidak berjaya sepenuhnya kerana masih ramai golongan M40 dan B40 tidak mampu memiliki rumah.

4. Walaupun wujud berbagai syarikat dan GLC milik kerajaan bertujuan untuk menghasilkan rumah mampu milik kepada rakyat, namun masalah ini masih tidak dapat diselesaikan kerana harga tanah dan infrastuktur yang timggi.

5. Berbagai model dan kajian perumahan luar negara termasuk di Korea Selatan, negara barat dan Singapura serta negara negara maju lain juga telah lama dikaji.

6. Di antara yang paling sesuai dan praktikal adalah sistem perumahan HDB Singapura kerana banyak persamaan profil etnik masyarakat, cuaca dan sistem pembinaan yang digunakan.

7. Sistem Perumahan HDB Singapura adalah di antara yang terbaik di seluruh dunia dan diakui oleh banyak negara, HDB juga telah memenangi banyak anugerah utama antarabangsa dan kecemerlangan mereka diakui negara barat dan Jepun.

8. Apabila Menteri KPKT mengumumkan akan mengunakan kepakaran perunding HDB Singapura bagi membantu KPKT mengatasi masalah perumahan Malaysia, bagai hendak runtuh langit kritikan politik dari PAS dan PBBM menuduh adanya agenda perkauman dan penindasan orang Melayu Islam.

9. Soalan pertama saya adalah apakah usaha mereka dibawah dua Perdana Menteri Muhyiddin Yasin dan Ismail Sabri dibawah kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini?

10. Tuduhan sempit serta melulu dari PAS dan PBBM amat berbau perkauman semata mata untuk meremehkan dan mengagalkan menyelesaikan masalah perumahan mampu di miliki golongan M40 dan B40 yang sebahagian besarnya adalah orang Melayu.

11. Mengapakah mereka takut jika kerajaan Pakatan Harapan boleh mengatasi isu ini yang mereka tidak pun mahu memulakan semasa PN memerintah?

12. Saya bercakap juga sebagai seorang arkitek yang pernah berkhidmat di KPKT dan pernah kerap tinggal di pangsapuri perumahan HDB Singapura kerana mempunyai saudara di sana.

13. Lebih dari 90 peratus orang Melayu Singapura memiliki tempat tinggal sendiri sejak usia yang muda lagi. Rekabentuk unit kediaman pangsapuri moden serta kemudahan infrastruktur HDB Singapura telah banyak memenangi anugerah berprestij antarabangsa.

14. Di antara kemudahan disediakan oleh HDB Singapura di tempat tinggal – pangsapuri termasuklah kemudahan lengkap tempat bersanding serta kenduri kendara dan juga tempat mandi jenzah orang Islam tanpa perlu keluar dari kawasan tempat tinggal mereka.

15. Kemudahan klinik kesihatan, pendandan rambut, kedai komersial, dewan riadah rekreasi dan pusat kesihatan juga disediakan.

16. Berapa banyak pangsapuri mampu milik kita disediakan kemudahan penuh bermutu tinggi seperti ini?

17. Sejak dahulu lagi banyak rombongan Ahli Majlis Kerajaan tempatan melawat projek jauh di negara barat dan Amerika tanpa membawa hasil positif.

18. Dari HDB Singapura yang terletak hanya di sebelah Johor lah yang kita banyak boleh pelajari yang positif kerana banyak pesamaan kaum etnik, cuaca dan sistem binaan.

19. Untuk masyarakat Malaysia menjadi maju kita perlu ahli politik yang lebih matang dan progresif dan bukan yang berfikiran sempit dan berfikiran negatif yang senantiasa mencetuskan sentimen perkauman.

20. Rakyat Malaysia dari kalangan orang Melayu lah sebenarnya yang lebih banyak akan mendapat manfaat jika sistem perumahan HDB ini berjaya dilaksanakan dengan kos lebih murah dengan faktor sosial ekonomi yang positif.

21. Sudah sampai masanya kepentingan rakyat golongan kurang berada untuk memiliki tempat tinggal diutamakan.

22. Janganlah kerana Menteri KPKT bukan seorang Melayu dan negara Singapura majoritinya bukan Melayu pihak pembangkang bersangka buruk dan menuduh melulu bukan bukan mengikut emosi perkauman.

23. Isu perumahan KPKT yang merujuk kepakaran HDB Singapura adalah langkah objektif positif untuk menyelesaikan masalah lama demi kebaikan golongan kurang berada untuk memiliki tempat kediaman mampu milik yang selesa.

24. Sekian lama kita ke negara Barat, Korea dan Jepun telah dikaji model perumahan tanpa solusi yang ditemui.

Kenapa tidak negara jiran Singapura dengan model terbukti dipentas antarabangsa? Apatah lagi dengan profil masyarakat etnik yang ada banyak persamaan dengan kita?

25. Janganlah asyik mainkan isu politik perkauman murahan tanpa memikirkan masa depan rakyat yang perlu pembelaan untuk memiliki tempat tinggal mampu milik.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu.

26 Januari 2023.



TERDUDUK- INI BARU PUNYA TERDUDUK : FORMULA BARU KAH IN-NI

 


PASUKAN JIHAD NI TELAH " MENINGGAL ". MEREKA KINI ENTAH DIMANA MANA PULA BERJIHAD.


 

IYA ..KAU JA BUAT ISLAM..ORANG LAIN BUAT SEMUA TAK ISLAM...


 

LEBAI NI NAK FITNAH LAGI KOT? ATAU BAWA AJARAN SESAT MANA PULAK NIH? MENGHASUT ? LEBAI " MANTOP" KONONNYA ...NI ADA LAGIKAH DI ASTRO ALHIJRAH ?


 

UMNO AKAN MELAKUKAN PEMBERSIHAN


 

BENDA SYIRIK...

 

IBRAHIM MAT ISA

#CopyPaste

Imam al-Tarmizi ada keluarkan satu riwayat (hadis no: 3095) bahawa 'Adiy bin Hatim datang berjumpa Nabi saw bertanya berkenaan firman Allah yang menyatakan bahawa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) menjadikan guru dan ahli agama mereka sebagai syirik selain Allah.

Adiy bin hatim yang ketika itu masih beragama Nasrani menyatakan bahawa penganut nasrani tidak pernah menyembah ahli agama mereka pun. bagaimana al-Quran boleh menyatakan begitu?

nabi menyatakan bahawa memang mereka tidak menyembah dalam maksud sujud dan rukuk, tetapi masalah berlaku pada penganut yahudi dan nasrani adalah:

Ùƒَانُوا Ø¥ِذَا Ø£َØ­َÙ„ُّوا Ù„َÙ‡ُÙ…ْ Ø´َÙŠْئًا اسْتَØ­َÙ„ُّوهُ، ÙˆَØ¥ِذَا Ø­َرَّÙ…ُوا عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ø´َÙŠْئًا Ø­َرَّÙ…ُوهُ

"(ahli agama yahudi-nasrani) penentu halal kepada pengikut, lalu pengikut mereka pun turut sama halalkan. apabila mereka haramkan ke atas pengikut, pengikut pun turut haramkan".

Maka itu adalah syirik yang mereka lakukan.

 



BAGI YANG TAK FAHAM ...LIHAT NI DAN MEMBACA MUDAH UNTUK KEFAHAMAN. JANGAN JADI AUNS

 

.

Alhamdulillah ringgit mengukuh. Aku dengar ada pembangkang kata ringgit naik pun tak ada kesan pada rakyat.

Benda mudah je. Negara kita banyak import barang. Urusan import eksport kebanyakannya gunakan dollar Amerika.

Contoh barang berharga US$1,000. Dulu kita kena bayar RM4,800. Tapi bila tinggi mengukuh, ia jadi RM4,220.

Itu bererti pengurangan kos. Bila kos kurang, ada kemungkinan harga barangan boleh dikurangkan. Rakyat tak terkesan ke?

Tapi ini baru sedikit. Cuma nampaklah trend makin menaik. Taklah macam sebelum ni adik turun je. InsyaAllah kalau berterusan, kita boleh kembali ke zaman 80 an dulu. Guane boh?

Raja Gelap

 

Jika kerajaan 33 bulan dulu mencanak-canak naik, yang kerajaan 2 bulan ni perlahan-lahan turun balik… Harapnya menjelang Ramadan dan Aidilfitri harga semakin turun….






 

YDP Agong pernah cop Takiyuddin Hassan sebagai biadap. Sultan Perak Raja Nazrin Shah pulak sound paper Harakah Pas biadap! So maknanya PAS memang biadap


IBRAHIM MAT ISA




 

HARI INI NILAI RINGGIT BAGI 1 USD ADALAH BERSAMAAN 4.22- BUKTI BODO WALAUN NAK KOMEN TENTANG KENAIKAN NILAI RINGGIT.


 

KITA PERLUKAN ORANG BERAGAMA, TETAPI BUKAN MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTIGAN POLITIK


 

PENJELASAN DR BAZRUL MENGENAI MASYARAKAT MADANI DAN PENGARUHNYA DINUSANTARA DAN DUNIA


 

NABI KATA- YANG BAGI ATAU YANG MENERIMA- INI PENJELASAN UAI


 

PERGERAKAN NILAI RINGGIT BETUL ATAU TAK- THAILAND LEBIH AGRESIF


 

SYURGA DAN NERAKA MACAM BAPAK DIA PEGANG KUNCI


 

MB KEDAH...JANGAN LA OPTIMISTIK SANGAT....


 

SEBUT APA SAJA ...SEMUA DIA LIBAT...TAPI DIA SELALU TERSASAR


 

SEWA MILIK SELANGOR- KELANTAN , TERENGGANU , KEDAH ADA KAH ? YELLEK..TARAK....


 

KERAJAAN TELAH MENGAMBIL TINDAKAN DENGAN HUBUNGI DIPLOMAT NEGARA BERKENAAN- JANGAN BUAT HURU HARA TETAPI MEREKA BOLEH MELAKUKANNYA


 

UCAPAN PM10 DI BRUNEI TERUTAMA AGAMA,PERDAGANAGN DAN SEMUA BIDANG


 

WALAUN LANGSUNG TAK PERNAH PUAS HATI- BILA ADA KUASA JUDI TAK BUAT DAN HAPUS PUN. TOL DIA TAK BAGI FREE, TAPI DIA BAGI DISKAUN