PN lepasi majoriti 112 tubuh kerajaan mustahil, tidak konklusif - Saifuddin Nasution


 Kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa gabungan itu telah mendapat Surat Akuan Berkanun melebihi 112 dan boleh membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu adalah mengelirukan dan bertentangan dengan peraturan menubuhkan kerajaan ketika ini.


Menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kenyataan Hamzah itu tidak selari dengan kenyataan pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang tidak membenarkan mana mana Ahli Parlimen berunding secara berasingan dengan mana mana parti.


"Kami mengambil pendirian berdasarkan kenyataan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa sebarang akuan berkanun yang lain, atau sebarang rundingan dengan parti-parti lain oleh mana mana Ahli Parlimen Umno adalah tidak sah dan tidak boleh diambil kira sebagai bukti sokongan majoriti kepada mana-mana calon Perdana Menteri.


"Ia juga boleh menyebabkan mereka hilang kerusi seperti yang dipersetujui dalam akuan berkanun yang telah mereka tandatangani," katanya.


Tegas Setiausaha Agung KEADILAN itu, PH pada waktu ini telah memasuki fasa rundingan yang serius dengan BN ke arah menubuhkan kerajaan bersama.


"Rundingan tersebut telah membincangkan perkara-perkara utama yang menyentuh tentang kestabilan politik dan pemulihan ekonomi, dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan.


"Hasil perbincangan itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat," katanya.


Selain itu, kata beliau, PH mengambil maklum penafian Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa satu kenyataan media yang tular menyatakan 10 Ahli Parlimen Umno menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri adalah tidak benar.


"Oleh yang demikian, PH berpendirian kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional itu adalah pramatang, mustahil dan tidak konklusif berkait angka sokongan majoriti yang didakwa telah mereka capai," katanya lagi.

KERANA MULUT KEPERCAYAAN RAKYAT GOYAH

 

Jangan tubuh kerajaan dengan pentaksub kaum, Baru beritahu GPS.



ADUN Ba’Kelalan, Baru Bian mengkritik kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang ADUN di Sarawak menggesa Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak sebarang kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan parti komponennya, PAS bagi membentuk kerajaan persekutuan kerana parti itu “pentaksub perkauman”.

Baru Bian yang juga bekas ketua PKR Sarawak berkata, Ahli Parlimen di negeri itu perlu mengekalkan keharmonian yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak.

Beliau merujuk “kenyataan tidak benar yang bahaya” untuk menghasut orang Islam menentang penganut Krisitian yang dikaitkan dengan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin baru-baru ini, berhubung cubaan didakwa untuk “mengkristiankan Malaysia” oleh Pakatan Harapan.

“Orang Kristian di Sarawak menolak kenyataan ini dan kami tidak mahu (Pengerusi GPS, Abang Johari Openg) bekerjasama dengan PN dalam apa jua cara atau bentuk,” kata Baru dalam kenyataan.

Muhyiddin kemidian menjelaskan ucapannya diambil di luar konteks oleh lawan PN bagi mencemarkan imejnya.

Baru turut mendakwa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menunjukkan dirinya sebagai “pentaksub agama dan kaum” dengan menyalahkan orang bukan Islam sebagai punca rasuah.

Katanya, orang Sarawak belum melupakan penghinaan Hadi terhadap Orang Asal Sarawak dengan merujuk mereka sebagai pengundi “jahil bercawat”.

“Saya menggesa semua Ahli Parlimen dalam GPS lantang menolak PN dan PAS.

“Kita nyatakan pendirian kepada premier untuk menolak kerjasama dengan pentaksub agama dan kaum,” kata ADUN Ba’Kelalan itu.

Terdahulu, FMT melaporkan GPS dikatakan berbalah dengan rancangan gabungan itu bekerjasama dengan PN bagi membentuk kerajaan persekutuan, dengan sumber parti memberitahu, sebahagian pemimpin “takut” untuk bekerjasama dengan PAS.

Semalam, Abang Johari dilaporkan berkata, GPS setuju bergabung dengan PN, Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah untuk membentuk kerajaan baharu yang stabil. Tetapi, BN menafikan ia berunding dengan GPS atau PN mengenainya.

Pemimpin BN mengadakan pertemuan dengan pemimpin PH di Kuala Lumpur hari ini. Bagaimanapun, sebilangan pemimpin Umno menggesa BN menjadi pembangkang dan membiarkan PN dan PH membentuk kerajaan.

PM 10: ANWAR YAKIN BENTUK KERAJAAN


SABOTAJ UMNO PUNCA PN MENANG BESAR?


RAKYAT SEDANG MENUNGGU DAN AKAN MELIHAT PERKEMBANGAN INI


 

SAHAM TIDAK BERKEMBANG BAIK


 

TAK RUNDING DENGAN PRESIDEN , NAK RUNDING DENGAN SIAPA ?


 

UMNO JANGAN JADI MUNAFIK-KENAPA PULA TIDAK BOLEH


 

MAKLUMAT BERGUNA- TAPI UMNO NAK JADI PEMBANGKANG PULA


 

IYA KA MAIL.....NANTI BANYAK YANG MEMBURU KOT..UTANG BANYAK KA TIDAK....???? GPS AKAN TARIK SOKONGAN KEPADA PN. RAKYAT SARAWAK DAH WARNING ABANG JO...BERANI KE ABANG JO ?

 

Anak dedah Ismail Sabri enggan kerjasama dengan PH, rela dipecat.



Instagram Story anak Ismail Sabri mendedahkan perbualan antara bapanya bersama pemimpin Umno

Kuala Lumpur: Anak perempuan Perdana Menteri, Nina Sabrina menerusi Instagram Story mendedahkan perbualan antara bapanya bersama pemimpin Umno di dalam sebuah kumpulan WhatsApp yang menentang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui perbualan itu menjelaskan beliau tidak akan sesekali melakukan kerjasama dengan PH malah, lebih rela dipecat oleh partinya sendiri.

Terdahulu, selain Ismail Sabri, ramai lagi ahli Barisan Nasional (BN) yang lain tidak mahu melakukan kerjasama dengan Pakatan Harapan seperti Bendahari BN, Hishammuddin Hussein.

Beberapa pemimpin Umno dan ahli parti turut mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

APA YANG AKU FAHAM- UMNO AKAN DIKATAKAN KHIANAT MELAYU-UMNO AKAN DIKAFIRKAN-KAH..KAH...DAN APA YANG ADA DI PENANG SANA. MELAYU IDUP ELOK SAJA- KULIAH DI MASJID SEMALAM TAK KURANG 50 BUAH KULIAH DI MERATA MASJID. PAS PUN MENANG DI PENANG SANA...TAK HILANG PUN MELAYU

 

Tiada peranan untuk BN dalam kerajaan PN, jumpa pun tak mahu, dedah Saarani.




PETALING JAYA: Barisan Nasional Perak menyahut kerjasama dengan Pakatan Harapan selepas mendapati BN tidak ada sebarang peranan dalam kerajaan Perikatan Nasional, dedah Pengerusinya, Saarani Mohamad.

Saarani berkata BN Perak mengambil inisiatif selepas mendapati kedua-dua gabungan itu tidak boleh duduk semeja dan membentuk kerajaan, meskipun memperoleh jumlah kerusi lebih banyak berbanding BN.

Katanya, PH menemui beliau dan menawarkan peranan kepada BN dalam kerajaan baharu.

“Pertama, BN akan diberi jawatan menteri besar. Esok, ada tiga Exco daripada BN akan angkat sumpah, dan ditambah seorang lagi ialah speaker Dewan Undangan Negeri. Maknanya, kami diberi peranan dalam kerajaan perpaduan ini.

“Berbanding dengan PN, mereka tidak mahu datang berjumpa saya untuk berunding atau memberi apa-apa peranan,” katanya istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri besar Perak ke-15 di Istana Iskandariah petang tadi.

Katanya, bukan kehendak BN yang mahukan jawatan menteri besar, tetapi PH menawarkannya sebagai syarat untuk membentuk kerajaan campuran.

Hakikatnya, beliau berkata, BN Perak sudah bersedia menjadi pembangkang kerana hanya memenangi sembilan kerusi DUN.

“Kalau tak terima, tentu ahli (BN) akan kata saya bodoh betul tak? Tapi peranan (menteri besar) yang ia bagi itu sesuai pada saya sebab saya (sebelum ini) adalah orang yang mengendalikan agenda Perak Sejahtera 2030, jadi saya nak teruskannya dan sebab itu saya terima.”

Katanya, Umno Perak akan mengadakan mesyuarat khas malam ini bagi menjelaskan situasi dan keadaan sebenar.

“Insya Allah kita akan buat keputusan susulan untuk kita turun padang bagi memaklum dan menerangkan kepada semua ahli rasionalnya kita ambil tindakan sebegini (tubuh kerajaanperpaduan bersama PH).”

DENGAR NAMA MALAYA PUN RAKYAT SARAWAK DAH NAK RACIST- TAMBAH DENGAN PERCAKAPAN PIMPINAN PAS ZAMAN HADI AWANG- LAGI LA RAKYAT SARAWAK TAKUT-ABANG JO AKAN KALAH KALAU JOIN PN. TAK PERCAYA ABANG JO DAH TERIMA BANYAK AMARAN DARI RAKYAT SARAWAK.


‘Ketakutan’ terhadap PAS jadi halangan GPS kerjasama PN.




Premier Sarawak Abang Johari Openg bertemu Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk membincangkan pembentukan kerajaan persekutuan pada Ahad. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) dikatakan berbalah mengenai rancangan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan persekutuan, menurut sumber dalam gabungan itu.

Seorang wakil rakyat GPS mendedahkan kepada FMT bahawa ada “ketakutan” dalam kalangan mereka tentang bekerjasama dengan parti komponen PN iaitu PAS.

“Oleh itu, kita patut bekerjasama dengan Pakatan Harapan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan komen-komen Presiden PAS Hadi Awang, yang dikatakan menyinggung rakyat Sarawak.

Semalam, Pengerusi GPS, Abang Johari Openg, berkata ia akan bergabung dengan PN, Barisan Nasional (BN), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Johari berkata, GPS mahu bekerjasama dengan tiga gabungan itu untuk memastikan kerajaan yang stabil terbentuk segera.

BN bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Pengerusi Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak pernah – pada ketika itu – berunding dengan GPS dan PN berhubung perkara itu.

Seorang Ahli Parlimen GPS memberitahu FMT bahawa wakil-wakil rakyat seangkatan tidak gembira tentang bekerjasama dengan PN.

“Sepatutnya rujuk kami dahulu sebelum Abang Johari buat keputusan.”

Sumber juga memberitahu FMT bahawa keputusan GPS berkerjasama dengan PN dibuat kerana berpendapat BN akan turut serta dalam gabungan itu.

Sementara itu, seorang Ahli Parlimen PH percaya Abang Johari telah bertindak sebelum masanya.

“Selepas Abang Johari menghadapi tekanan, ada tanda-tanda beliau mahu bekerjasama dengan kami,” katanya.

Ditanya mengenai kebarangkalian GPS bekerjasama dengan PH, sumber itu berkata “barangkali”.

Terdahulu, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim optimis gabungan itu akan dapat bentuk kerajaan bersama BN.

Anwar pada sidang media mengesahkan wakil kedua-dua gabungan itu telah bertemu pagi tadi.

SIDANG MEDIA UMNO/BN- AHLI WAJIB IKKUT ARAHAN


 

MAHIADDIN PATUT MALU MENONJOLKAN DIRI MAHU JADI PERDANA MENTERI SEKALI LAGI




Walaupun PN hanya menang 73 kerusi Parlimen berbanding PH yang mendapat 82 kerusi, tetapi nampaknya yang paling awal menonjolkan diri untuk menjadi Perdana Menteri ialah Mahiaddin Md Yasin.

Realitinya bukan saja PN sekadar mendapat tempat kedua daripada segi bilangan Ahli Parlimen, malah dalam PN juga, jumlah kerusi Parlimen Bersatu yang menang juga berada di kedudukan kedua berbanding Pas yang memperolehi jumlah lebih tinggi.

Makna kata, selain PN berada di tempat kedua di belakang PH dalam persaingan liga PRU15, di peringkat dalaman PN pun Bersatu berada di tempat kedua juga di belakang Pas.

Kalau pun Mahiaddin tak rasa malu kepada Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH yang berada di tempat pertama lantaran lebih dulu menonjol-nonjolkan untuk jadi Perdana Menteri, beliau patut ada sedikit malu kepada Presiden Pas, Hadi Awang yang partinya menang paling banyak kerusi itu.

Manalah tahu, entah-entah Hadi pun teringin juga nak menginap di Seri Perdana.

Sikap gelojoh dan kalut Mahiaddin untuk jadi Perdana Menteri, di samping mengalahkan Anwar yang nampak tenang dan relaks, malah macam gelojoh orang bujang yang tak sabar berbini.

Keghairahan dan kegelojohan Mahiaddin menonjol-nonjolkan dirinya mahu menjadi Perdana Menteri ini sebenarnya amat menjengkelkan rakyat Malaysia.

Beliau tidak sepatutnya bersikap terlalu gelojoh dan kalut untuk jadi Perdana Menteri kerana ada orang lain yang lebih berhak daripadanya.

Lebih menjengkelkan, di sebalik kegelojohan itu, rekod buruk beliau sebagai Perdana Menteri selama 17 bulan sebelum ini masih menjadi igauan ngeri bagi rakyat negara ini.

Dalam hal ini, semacam Mahiaddin masih tidak sedar diri dan kegagalannya itu langsung tidak menginsafkan dirinya.

Tanpa sebarang rekod kejayaan, negara menjadi suram dan Parlimen didaruratkan, kecuali berjaya mencatat rekod sebagai Perdana Menteri paling banyak mengadakan perutusan khas melalui televisyen, perkara itu sepatutnya membuatkan Mahiaddin malu untuk menawarkan diri jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri juga Mahiaddin langsung tidak mesra media dan takut berdepan soal jawab wartawan di sebalik kekerapannya muncul melalui perutusan khas itu.

Hanya setelah dijatuhkan dan memegang jawatan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, barulah beliau berubah sikit jadi mesra media dan selalu pula mengadakan sidang akhbar terbuka.

Ehhh…semua itu sudah terlewatlah!!

Berdasarkan hakikat itu, jika kembali jadi Perdana Menteri, ada kemungkinan Mahiaddin jadi tertutup semula selepas ini, terutama kepada pihak media.

Yang nyata, dengan rekod kegagalannya itu, tiada jaminan beliau mampu mentadbir negara dengan lebih baik dan membawa Malaysia keluar daripada pelbagai kemelut yang melanda ketika ini.

Bahkan, Malaysia mungkin berdepan mala petaka lebih buruk yang tak terjangka. – ShahbudinHusin 21/11/2022.



SIDANG MEDIA DSAI-PH


 

PH SOLID TERMASUK PENYERTAAN WARISAN 115- PN 101- SHAM GHAZ


 

Ismail Sabri selesai menghadap Agong

 

Ismail Sabri selesai menghadap Agong

Ismail Sabri melambai tangan kepada petugas media selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto Sinar Harian/ Rolsi Talib
Ismail Sabri melambai tangan kepada petugas media selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto Sinar Harian/ Rolsi Talib

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri sementara yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira lebih sejam pada Isnin.

Kenderaan membawa Ahli Parlimen Bera itu dilihat keluar meninggalkan Istana Negara melalui pintu satu pada jam 4.15 petang.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini berhubung sesi menghadap tersebut, namun ia dipercayai melibatkan proses pembentukan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ismail Sabri sebelum itu dilihat hadir sama dalam perjumpaan bersama 26 Ahli Parlimen BN di sebuah hotel di ibu negara di sini, pagi Isnin.

Keputusan rasmi PRU15 pada Sabtu lalu menyaksikan tiada mana-mana parti atau gabungan politik yang memenangi majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

Setakat ini, terdapat dua pihak mendakwa mempunyai majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan baharu selepas PRU15.

Pada Isnin, Perikatan Nasional (PN) mendakwa telah mengemukakan lebih 112 surat akuan berkanun daripada Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan jumlah surat akuan berkenaan mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

Dalam pada itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media pada Isnin berkata, beliau optimis pakatannya dan BN dapat membentuk Kerajaan Persekutuan.

Katanya, ia selepas beliau berpuas hati dengan perkembangan perbincangan bersama wakil BN di sebuah hotel di ibu negara.

Pada masa sama, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan untuk melanjutkan proses mengemukakan gabungan pasca PRU15 bagi pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 dilanjutkan jam 2 petang Selasa.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Isnin berkata, titah perkenan Seri Paduka Baginda itu adalah susulan daripada permohonan daripada ketua dan gabungan parti politik dan gabungan politik yang telah diterima oleh pihak Istana Negara hari ini.


Kenyataan berbaur hasutan, tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif oleh bekas PM

 

Kenyataan berbaur hasutan, tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif oleh bekas PM

Sungguh memalukan bagaimana beliau menggunakan kad kaum dan agama bagi meraih undi

Mahiaddin Yasin

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Aliran terkejut dengan kenyataan dikeluarkan yang tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Mahiaddin Yasin, yang mendakwa penganut Kristian di Malaysia bertindak bersama kumpulan orang Yahudi untuk mempromosi dan mengkristiankan Malaysia.

Sebagai seorang ahli politik kanan, beliau sepatutnya lebih cermat untuk tidak menimbulkan ketakutan dan kebimbangan di kalangan penduduk Melayu-Islam. Kenyataan beliau yang menggesa hadirin supaya tidak mengundi parti politik tertentu bertujuan untuk menambah kecurigaan dan ketidakpercayaan yang mungkin ada di kalangan umat Islam terhadap orang Kristian dan Yahudi.

Ini sungguh tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali. Kesan daripada kenyataan yang tidak berasas dan cuai itu menyebabkan perpecahan dan menjejaskan hubungan aman harmoni yang dinikmati oleh kebanyakan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Adalah memalukan bahawa beliau perlu menggunakan kad kaum dan agama bagi meraih undi untuk partinya.

Jelas, beliau telah melanggar Seksyen 4A (Kesalahan mempromosi perasaan jahat atau permusuhan) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Kami menggesa pihak berkuasa yang berkenaan, seperti polis, untuk menyiasat sepenuhnya sumber dan asas kenyataannya. Sekiranya tidak ada asas yang kukuh untuk kenyataan yang memecahbelahkan itu, maka tindakan sewajarnya harus diambil terhadapnya, termasuk kehilangan kelayakannya.

Di Aliran, kami menggalakkan keamanan, kebebasan dan perpaduan. Kenyataan Mahiaddin yang tidak wajar ini adalah bertentangan dengan apa yang kami perjuangkan.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
18 November 2022