𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗜 𝗘𝗥𝗔 𝗜𝗡𝗜, "𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔"

 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗜 𝗘𝗥𝗔 𝗜𝗡𝗜, "𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔"

- Rafizi Ramli
𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 2
Bukan shj memahami Data 𝗞𝗨𝗔𝗡𝗧𝗜𝗧𝗜𝗙, Pengurus Kempen Lapangan Keadilan juga perlu ada ilmu bagi memahami Data 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗜𝗧𝗔𝗧𝗜𝗙 menurut Rafizi Ramli.
Kata beliau 𝗕𝗔𝗟𝗔 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗜𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜, 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗔, 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜, 𝗡𝗔𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗞𝗜𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗠𝗨𝗗𝗜𝗔𝗡
𝗗𝗜𝗧𝗢𝗟𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡𝗥𝗔𝗬𝗔.
Oleh itu Keadilan (PKR) tidak boleh berkempen syok sendiri sebaliknya memahami kaedah kempen yang berkesan dan paling hampir kepada sentimen Rakyat di bawah.
- Zus Din
280982022
0:00 / 11:47
10
3 shares

Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan

 

Pemindahan kira-kira RM60.6 juta ke dalam akaun peribadi Bank AmIslamic Datuk Seri Najib Razak pada 2011 sebenarnya adalah sebahagian daripada ‘hadiah’ yang dijanjikan sebanyak AS$100 juta yang dibuat oleh keluarga diraja Arab Saudi, dakwa peguam bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Peguam bela Wan Aizuddin Wan Mohammed berkata demikian ketika perbicaraan anak guamnya berhubung penyelewengan RM2.28 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut MalayMail.

Beliau menyoal balas Pengurus Bank AmIslamic cawangan Jalan Raja Chulan, R Uma Devi yang memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-37 dan bertanya kepadanya mengenai wang berjumlah lebih RM60.6 juta yang masuk ke akaun AmIslamic Najib dengan nombor akaun berakhir 9694 melalui dua transaksi sebanyak RM30,449,929.97 pada 24 Februari 2011 dan RM30,179,909.46 pada 14 Jun 2011.

Memetik laporan akhbat berbahasa Inggeris itu, Wan Aizuddin mengemukakan kepada mahkamah sepucuk surat bertarikh 1 Februari 2011 yang didakwa ditandatangani oleh Saud Abdulaziz Al-Saud dan ditujukan kepada Najib.

Beliau juga membacakan keseluruhan surat itu, termasuk bahagian di mana pengirim memberitahu Najib: “Memandangkan persahabatan yang telah kita bina selama ini dan idea baharu anda sebagai pemimpin Islam moden, saya dengan ini menghadiahkan anda sejumlah Dolar Amerika Syarikat Seratus Juta (AS$100,000,000) Sahaja (“pemberian”) yang akan dihantar kepada anda pada masa dan dengan cara yang saya anggap sesuai”.

Aizuddin: Sekarang melihat surat ini, 1 Februari 2011, apa yang orang ini katakan pada dasarnya, dia menghantar wang berjumlah AS$100 juta, ini yang tertulis dalam surat itu, ya? Adakah anda bersetuju?

Uma Devi: Ya.

Wan Aizuddin cuba mencadangkan dua transaksi berjumlah RM60.6 juta pada 2011 adalah sebahagian daripada ‘hadiah’ yang dijanjikan AS$100 juta, tetapi Uma Devi menjawab bahawa dia setakat ini, tidak dapat membuat kesimpulan atau pengesahan sedemikian hanya berdasarkan dokumen yang ditunjukkan kepadanya.

Aizuddin: Dan berdasarkan penyata akaun dan dua transaksi yang saya tunjukkan kepada anda bersama-sama dengan dokumen SWIFT, anda akan bersetuju dengan saya, ada kemungkinan atau lebih tepat kesimpulan yang tidak dapat dinafikan bahawa ini akan menjadi sebab mengapa wang itu dihantar – ia adalah pemberian peribadi, itu derma?

Uma Devi: Saya tidak boleh membuat kesimpulan dengan cara itu, kerana pertama sekali, jumlahnya berbeza. Dan saya tidak pasti sama ada ini telah diberikan kepada bank sebelum urus niaga… jadi saya tidak boleh membuat kesimpulan bahawa, saya tidak boleh mengesahkannya.

Wan Aizuddin kemudian mencadangkan sekiranya surat itu dilihat oleh kakitangan AmBank, bank itu akan sedar bahawa RM60.6 juta yang dihantar ke akaun Najib pada 2011 “sebenarnya dari Arab Saudi dan sebenarnya sebahagian daripada pemberian yang telah dijanjikan oleh keluarga diraja Saudi”. Tetapi Uma Devi menjawab: “Saya tidak tahu”.

Antara lain, surat yang didakwa bertarikh 1 Februari 2011 kepada Najib mengenai ‘hadiah’ AS$100 juta menyatakan:

“Surat ini dikeluarkan sebagai tanda niat baik dan untuk penjelasan, saya tidak menjangkakan akan menerima sebarang faedah peribadi sama ada secara langsung atau secara tidak langsung akibat daripada pemberian tersebut.

“Hadiah itu tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai satu perbuatan rasuah kerana ini bertentangan dengan amalan Islam dan saya secara peribadi tidak menggalakkan amalan sedemikian dalam apa cara sekalipun.

“Ini hanyalah tanda penghargaan peribadi dan saya berharap pemberian ini akan menggalakkan anda untuk meneruskan kerja baik anda untuk mempromosikan Islam di seluruh dunia.”

Wan Aizuddin tidak menyatakan siapa Saud Abdulaziz Al-Saud, tetapi merujuk kepada hadiah yang didakwa sebagai dijanjikan oleh kerabat diraja Saudi.

Perbicaraan 1MDB Najib di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini.


BILA MENANG SATU HAPA PUN TARAK-TERIMA KASIH PUN TIDAK.....


SHAMSUDIN NAWAWI




Pilih Ikon ini memang pilihan masing2. Ada yang nak pilih yang dah glamour. Samada dia betul2 penuh jiwa raga menyokong kita, itu terpulang kepada tafsiran masing2.

Tapi kalau saya, saya pilih penyokong tegar piaw (piow...pure) yang di level paling bawah. Tukang pasang bendera, tukang susun kerusi meja di Dewan untuk hebatkan program. Mereka ini berapa sen sangat lah dapatnya. (Dah elok patutnya dapat ringgit, bila sampai ke dia sen saja....kena kelepek lah tu...)

Mereka ini lah pejuang tegar. Hujan panas malam gelap langsung tak gentar.

Bila kita menang, satu hapah jawatan pun dia tak dapat. Puji pun susah nak dapat.

Orang di atas tak kenal pun. Melainkan lah kalau ada yang viralkan dia.

Bandingkan lah 2 gambar dibawah tu...

 


KESOMBONGAN HADI AKAN MEMBAWA PADAH PADA PAS-PH BERJAYA TANPA PAS









Seronok juga baca berita tentang orang yang suka cakap merapu ni. Boleh menghadirkan ketawa bila baca https://bit.ly/3RrV4Ss.

Hadi nak kata Amanah akan melutut kepada PAS, walaupun aku bukan lagi ahli Amanah, tapi aku tak rasa itu mungkin berlaku.

Aku tinggalkan Amanah kerana sikap keterujaan pemimpin Amanah kepada Mahathir. Tapi dari segi perjuangan rakyat, aku yakin mereka istiqamah.

Tak mungkin pemimpin Amanah rela bersekongkol dengan para penunggang agama. Mereka jauh lebih baik daripada itu.

Kalau ditakdirkan Amanah berkubur pun (susah nak berlaku sebenarnya), aku rasa pemimpin Amanah akan lari ke parti dalam PH.

Mungkin ada yang akan masuk Pejuang dan Muda. Tapi untuk kembali kepada PAS, aku tak percaya. Setelah bebas dari belenggu kejumudan dan juga pendewaan pemimpin, siapa yang mahu terjerat semula?

Lebih lawak, Hadi kata parti sekutu Amanah yang lain juga terpaksa bergantung kepada PAS. Entah sumber mana yang dia kutip.

Semenjak 1999, PRU14 (2018) adalah pertama kali Keadilan dan DAP bertanding tanpa PAS. Dan itulah juga masanya PH menang besar.

Macamana nak kata bergantung kepada PAS kalau tanpa PAS PH lebih berjaya? Sebenarnya PAS punca kegagalan PH selama ini. Jadi liabiliti.

Tapi tak apa. Sikap ego dan sombong Hadi sebegini hanya akan menguntungkan PH terutama Amanah. Jadi teruskanlah ego. Semoga kalah teruk di PRU15 nanti. Guane boh?

Raja Gelap


UMPAMA BERBINI DUA..NAK KENA CERAI SALAH SATU ATAU TAMBAH LAGI SATU JADI TIGA....MEMANG HEBAT KALAU NAK JADI LAKI YANG NAK BERBINI TIGA KENA IKUT P RAMLEE...MESTI PANDAI PENIPU DAN TEMBERANG

 

Pilih MN atau PN, dilema PAS berakhir minggu depan, kata mursyidul am




Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata sama ada PAS akan meneruskan Muafakat Nasional atau memilih bersama Perikatan Nasional akan diketahui minggu depan.

PETALING JAYA: Minggu depan adalah “penamat dilema” dalam usaha PAS menyatukan Umno dan Bersatu atau parti itu memilih bersama Muafakat Nasional (MN) dengan meninggalkan Perikatan Nasional (PN), mahupun sebaliknya.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata keputusan itu penting demi memastikan parti bersedia berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah mengadakan pertemuan bersama Muhyiddin Yassin dan Ahmad Zahid Hamidi berkaitan MN dan perkara itu kini di peringkat mesyuarat dalaman parti.

“Keputusan kemungkinan minggu depan,” katanya kepada FMT.

Menurut Hashim, turut dibawa dalam mesyuarat itu usaha menyatukan Umno, Bersatu dan PAS bagi memastikan satu lawan satu dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRU15.

“Ya, masing-masing akan buat keputusan. Kita akan bertemu dan ambil kata sepakat apa dia. Sama ada teruskan MN ataupun sebaliknya, tapi PAS harap kita akan bersatu (PAS, Umno dan Bersatu).

“Kita harap (keputusan) akan positif, apa yang kita nak iaitu kita bersatu menghadapi PH,” katanya.

Hashim berkata demikian ketika ditanya ketetapan PAS sama ada memilih Barisan Nasional dan PN susulan pertemuan bersama Muhyiddin sebelum ini.

Semalam, Mahyuddin yang juga pengerusi PN, berkata Hadi memberi bayangan pilihan yang akan dibuat menerusi pertemuan mereka.

“Dia akan buat keputusan muktamad, mungkin tempoh masa yang mereka kata tidak ada kaitan dengan Umno,” kata Muhyiddin dalam laporan Berita Harian.

Muhyiddin berkata, pihaknya menyerahkan kepada PAS untuk membuat keputusan berikutan tidak mahu PN yang diasaskan bersama PAS dilihat sebagai tidak kukuh, selain perlu mempunyai pendirian senada.

Umno sebelum ini sudah menyatakan enggan bekerjasama dengan Bersatu.

Muhyiddin turut berkata, pihaknya akan menentang sesiapa saja yang tidak sehaluan dengan PN pada PRU15.

KEPETAHAN ANWAR BERBAHASA MELAYU DAN INGGERIS

 


Masa DS Anwar jadi TPM, bila beliau berucap, pasti akan menarik perhatian guru-guru Bahasa Melayu. Sebab DS Anwar selalu akan gunakan istilah yang jarang kita dengar. Contohnya macam mapan.

DS Anwar seorang yang hebat berbahasa. Beliau tak guna bahasa rojak. Kalau bertutur Bahasa Melayu, beliau akan bertutur sepenuhnya Bahasa Melayu. Begitu juga kalau Bahasa Inggeris.

Sungguhpun beliau seorang yang hebat berpidato dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris beliau juga sangat hebat. Paling penting, pidato beliau selalu dapat perhatian bukan kerana laras bahasa, tapi kerana idea beliau yang sentiasa hebat.

Soal bahasa bukan retorik bagi DS Anwar. Beliau tak pernah gunakan bahasa untuk tarik sokongan. Tapi siapa yang membesar zaman beliau dalam kabinet, pasti tahu sumbangan beliau terhadap bahasa Melayu.

DS Anwar dihormati di peringkat antarabangsa hingga kini bukanlah kerana beliau bertutur dalam Bahasa Melayu di sidang PBB. Tapi kerana beliau seorang yang sentiasa punyai idea yang hebat.

Itu beza antara pemimpin berkaliber dengan orang yang tiada kualiti sebagai pemimpin tetapi diberi jawatan secara kebetulan. Sebab itu jika DS Anwar tak jadi PM, yang rugi kita rakyat Malaysia. Bukan beliau. Guane boh?

Raja Gelap

 

AYAHKU NAK JADI PM


 

JUMLAH LCS UNTUK KEPERLUAN PERTAHANAN NEGARA-RAFIZI RAMLI

 


Dari Rafizi Ramli

28 September 2022


JUMLAH LCS UNTUK KEPERLUAN PERTAHANAN NEGARA


Walaupun UMNO, BERSATU dan sekutunya PAS berharap isu skandal kapal tempur pesisir (LCS) akan senyap begitu sahaja, ada banyak perkara yang akan terus timbul kerana ia bersabit pertimbangan strategik pertahanan negara.


Saya terus menyiasat dan mendalami skandal ini. Lebih penting lagi, saya percaya kesedaran rakyat mengenai skandal ini memberi tumpuan kepada perkara-perkara strategik berhubung pertahanan negara.


Sehingga ini, rakyat Malaysia masih terkeliru dengan jawapan yang bercanggah mengenai kemajuan projek LCS dan kos yang akan ditanggung rakyat.


Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin Hussin memberi jawapan yang berbeza dari Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.


Laporan-laporan media memetik Hishamuddin menyatakan bahawa kapal LCS pertama akan mula beroperasi dalam “satu atau dua tahun” dari sekarang (seperti jawapannya di Dewan Negara pada 8 Ogos 2022). Ini bermakna penyerahan kapal LCS pertama dijangka dalam 2023 atau 2024.


Kenyataan ini bercanggah dengan tarikh penyerahan seperti yang dinyatakan Panglima Angkatan Tentera,  Jeneral Tan Sri Affendi Buang dalam satu temu ramah pada 13 September 2022 bersempena Hari Angkatan Tentera.


Menurut beliau, jadual penyerahan kapal LCS adalah seperti berikut: Kapal pertama (Januari 2026), kapal kedua (September 2026), kapal ketiga (Mei 2027), kapal keempat (Januari 2028) dan kapal kelima (September 2028).


Maklumat-maklumat yang bercanggah di antara Menteri Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menimbulkan beberapa persoalan besar yang belum dijawab oleh Hishamuddin.


Pandangan individu-individu yang terbabit dengan projek LCS yang disampaikan kepada saya sebelum ini merumuskan beberapa perkara yang wajar dibawa kepada perhatian rakyat


1) Dengan jumlah yang telah dibelanjakan (melebihi RM6 bilion dari kos keseluruhan RM9 bilion yang diperuntukkan) berbanding kemajuan projek setakat ini, baki peruntukan adalah tidak mencukupi untuk menyiapkan kapal-kapal ini


2) Berdasarkan pengumuman Hishamuddin sebelum ini yang kos keseluruhan projek LCS akan mencecah RM11 bilion, mereka menganggarkan hanya dua (2) kapal LCS yang boleh disiapkan dengan jumlah tersebut


Sebab itu, saya menyeru supaya Hishamuddin menjelaskan kepada rakyat beberapa soalan penting mengenai projek LCS setakat ini:


I. Berapa jumlah sebenar kapal LCS yang dibina di bawah kontrak dengan Boustead Naval Shipyard (BNS) yang akan disiapkan dan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia?


II. Berapa kos keseluruhan sebenar yang akan dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyiapkan sejumlah kapal LCS it?


III. Apakah jadual penyerahan sebenar kapal-kapal ini kepada Tentera Laut Diraja Malaysia?


Perkara ini penting kerana kelewatan projek LCS sekarang sudah pun meletakkan tentera kita di belakang negara-negara serantau. Kapal LCS yang sepatutnya diserahkan dalam masa satu dua tahun ini dirancang dan dibina menggunakan teknologi sedekad lalu. 


Adalah tidak masuk akal untuk meneruskan kontrak sedia ada dengan BNS yang menggunakan spesifikasi sepuluh tahun lalu pada kos yang berkali ganda kerana itu akan terus meminggirkan keupayaan pertahanan tentera kita berbanding dengan negara serantau. 


Kita sewajarnya membina keupayaan pertahanan yang setanding dengan negara serantau seperti Indonesia.


Semakan menunjukkan Tentera Nasional Indonesia (TNI)  mempunyai pelan jangka panjang memodenkan armada tentera lautnya.


Rancangan jangka panjang di bawah program bernama Green Water Navy ini meletakkan sasaran kekuatan armada sebanyak 274 kapal (terdiri dari 110 kapal tempur, 66 kapal peronda dan 98 kapal bantuan) menjelang 2024. 


Setakat ini, TNI sudah mempunyai 12 kapal tempur pesisir di bawah kelas Clurit dan kelas Sampari (walaupun spesifikasi adalah berbeza, kelas-kelas ini dilihat sebagai kapal tempur pesisir yang sesuai bagi perairan Indonesia).


Sebab itu, skandal LCS yang berlaku sewajarnya meletakkan tumpuan negara kepada persoalan peruntukan berbilion ringgit yang dibazirkan akibat penyelewengan sedangkan keupayaan pertahanan negara terus menjadi usang.


Oleh itu, saya menyeru supaya Hishamuddin berterus terang mengenai jumlah sebenar yang akan dibelanjakan di bawah kontrak sedia ada dengan BNS dan berapa kapal sebenarnya yang akan siap dan diserahkan kepada TLDM.


Jawapannya kelak akan membuka perdebatan baru mengenai sejauh mana armada TLDM kita ketinggalan berbanding dengan negara serantau.


RAFIZI RAMLI


DATO ZAHRIN JELASKAN BAHAWA DAP DAN SIKAP PERKAUMAN SUDAH TIDAK SESUAI DIBUMI MALAYSIA


 

KALAU BERIMAN JANGAN MAKAN GAJI BUTA TAK BUAT APA- JADI DUTA SEKUPANG PUN DUIT TAK BAWA MASUK NEGARA....KEH..KEH


 

DULU TAK JADI KERAJAAN- JADI PEMBANGKANG- DIA PUNYA SEMBANG..BABI PUN TERBANG


 

MAT SABU- YANG NI MEMANG LAWAK


 

LAAA...KENA KUTUK SIKIT DAH DOWN KOT....LAMA DIAM TIBA TIBA MUNCOI KATA CINA LIM NI KUTUK DIA....KEH...KEH

 


Saya puji kamu jika LCS siap ikut jadual, Guan Eng beritahu Hisham






Lim Guan Eng berkata orang ramai mahu jawapan daripada menteri ‘sebenar’, khususnya mengenai perkara seperti keselamatan negara.

PETALING JAYA: Pengerusi DAP Lim Guan Eng membidas Hishammuddin Hussein kerana berkata bahawa beliau tidak akan memujinya, sambil mengatakan dirinya tidak ada masalah untuk berbuat demikian jika menteri pertahanan itu dapat memastikan kapal tempur pesisir (LCS) disiapkan mengikut jadual.

Sebagai maklum balas terhadap Lim yang menyenaraikannya antara 10 menteri yang mengecewakan rakyat, Hishammuddin semalam berkata Lim tidak akan sekali-kali menggambarkan beliau sebagai menteri yang berjaya, “walaupun sampai kiamat”.

“Hishammuddin silap kerana saya akan memujinya dengan serta-merta jika dia dapat memastikan kapal LCS disiapkan mengikut jadual,” kata Lim dalam kenyataan.

“Akauntabiliti penuh terhadap skandal RM9 bilion kapal LCS adalah lebih penting daripada Hishammuddin atau hari kiamat saya.”

Bekas menteri kewangan itu berkata, tindakan Hishammuddin menolak kritikannya menunjukkan beliau tidak tahu mengenai kemarahan orang ramai terhadap RM6 bilion yang dibelanjakan untuk enam kapal itu, yang tiada satu pun diserahkan.

Semalam, Hishammuddin berkata Lim berulang kali menuduhnya sebagai antara menteri paling teruk, tetapi tidak menjustifikasi dakwaannya.

Katanya, dalam politik apabila kenyataan begitu dikeluarkan, “maknanya dia bimbang apa yang dah kita lakukan”.

Bagaimanapun, Lim membidasnya semula hari ini dengan berkata: “Berdasarkan logiknya yang terpesong itu, jika saya tidak bercakap tentang menteri lain seperti Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, maka Khairy adalah menteri yang gagal.”

Katanya, orang ramai mahu jawapan daripada menteri “sebenar”, khususnya mengenai perkara seperti keselamatan negara.

“Jawapan tidak bertanggungjawab Hishammuddin mengenai perkara perolehan pertahanan yang serius akan memberi gambaran negatif yang merendahkan keupayaan pertahanan Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.

Projek LCS mendapat perhatian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selepas ia berkata RM6 bilion telah dibelanjakan sejak 2014 tetapi tiada satu pun daripada enam kapal itu disiapkan atau diserahkan.

Kapal pertama dijadualkan untuk diserahkan pada April 2019.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan dari 2013 hingga 2018 dan antara yang memberi keterangan kepada PAC.

KEH..KEH..KEH...BILA PARTI PAS GAGAL DALAM PENTADBIRAN SEBAGAI KERAJAAN TEBUK ATAP BERSAMA UMNO DAN BERSATU....MEREKA...PAS..MENYALAHKAN PH....

 



Dah 30 bulan Pas menjadi kerajaan. Lebih lama dari tempoh PH menjadi kerajaan tapi apa pencapaian mereka? Yang rakyat nampak:

 

1. Jumlah cabutan judi dinaikkan ke 22 kali.

2. RUU355 sunyi tanpa berita.

3. Kes Adib apa cerita?

4. Konsert LGBT dan maksiat makin berleluasa.

5. Sajat boleh terlepas ke luar negara.

 

Cara mudah untuk menutup kegagalan mereka adalah dengan memainkan sentimen agama.

 

Rakyat dah cerdik. Mereka tahu apa yang dikatakan oleh pemimpin Pas pada PH hanyalah dongeng dan fitnah untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalan mereka.

 

YB Adly Zahari

Naib Presiden AMANAH

 

#AmanahProgresifPeduli

#AmanahUntukMalaysia

#PakatanHarapan

PN – BN BERGADUH JANGAN LIBATKAN PH


FOKUS UTAMA PKR DAPAT KUASA UNTUK BELA WANITA


27 kerusi kritikal jadikan Pas, Umno dan Bersatu meroyan


MSO

GARA-GARA 27 kerusi parlimen yang dikategorikan sebagai kritikal menyebabkan tiga buah parti bernuansa Melayu - agama; Umno, Pas dan Bersatu seperti sedang meroyan kini. Ketiga-tiga parti itu masih mencari formula terbaik untuk mengatasi dan menghuraikan masalah itu. 

Pas yang menggunakan slogan politik sejahtera cuba menyatukan dua kelompok Melayu itu dengan menggunakan landasan penuh retorika perpaduan ummah. Walaupun landasan diambil oleh Pas itu boleh meragukan kejilahannya dan bersifat "rasis" dalam konteks masyarakat Malaysia, tetapi itulah modal besar Pas, mengajak menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran daripada "aurad"  fahamannya.   

Pas sangat memahami jika kedua parti itu tidak didamaikan sehingga berlaku perebutan di 27 kerusi kritikal itu harapan kelompok bernuansa Melayu - agama itu menang tidak akan tercapai. 

Pas lah parti yang alergik sama sekali tidak ingin melihat PH berkuasa akan melakukan apa sahaja usaha asalkan kedua parti itu berbaik. Sebab itu dalam keadaan tertentu Pas sedia membahagi-bahagikan dirinya (sokongan) kepada Umno dan Bersatu. Siang menjadi isteri kepada Umno, malam menjadi gundik kepada Bersatu. Besar pengorbanan Pas dalam perkara ini. 

Sebelum ini baik Umno atau Bersatu seperti sudah berkerat rotan berpatah arang. Keduanya saling tunding menunding dan remeh meremahkan di antara satu sama lain. Umno tidak dapat untuk menerima Bersatu kerana menganggap Bersatu ditubuhkan menjadi racun kepadanya. Umno mengira kewujudan Bersatu atas naiwatu untuk membunuhnya. 

Demikian juga dengan Bersatu terhadap Umno. Pemimpin Bersatu menyifatkan Umno parti yang sudah rosak dan tidak berguna lagi kepada bangsa dan negara kerana Umno jadi parti kleptokrak dan korup. Kejayaan besar Bersatu ialah apabila berjaya menumbangkan kerajaan BN selama 62 tahun apabila bergabung dengan PH. Kejayaan Bersatu itu  menjadi dendam tidak sudah buat Umno. 

Tetapi setelah timbul isu 27 kerusi kritikal, dimana kerusi itu menjadi penentuan kalah menang, menyebabkan kemarahan Umno kendur sedikit kepada Bersatu. Ada unsur-unsur tolak ansur dikedua pihak. Kenyataan terbaru Mahiaddin memberi gambaran itu. 

Persoalan kini apakah usaha Pas untuk menyatu dan mendamaikan Umno - Bersatu itu akan berlaku. Apa pun titik tolak kemenangan mereka nanti bergantung kepada usaha Pas itu. Sekiranya Pas gagal menyatukan mereka dan menghindarkan berlaku perlawanan tiga penjuru di 27 kerusi itu, ini menjadikan impian mereka akan hanyut dan harapan untuk memerintah akan kecundang. 

27 kerusi yang dimaksudkan itu ialah; masing-masing satu di Perlis, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh Kedah, lima di Selangor, empat di Perak, empat di Pahang. Hampir semua kerusi-kerusi ini dalam Piraum lalu dimenangi oleh PH menerusi calon mereka PKR, Amanah dan DAP. Peratus undi Melayu di kerusi-kerusi ini di antara 50 peratus hingga 60 peratus. 

Secara terperincinya kerusi itu ialah; 

1. Kangar (Perlis). 

2. Jerlun (Kedah), 

3. Kubang Pasu (Kedah),

4. Kuala Kedah (Kedah),

5. Merbuk (Kedah),

6. Sungai Petani (Kedah),

7. Kulim Bandar Baru (Kedah),

8. Parit Buntar (Perak),

9. Tambun (Perak),

10. Lumut (Perak).

11. Sungai Besar (Selangor),

12. Kuala Selangor (Selangor),

13. Hulu Selangor (Selangor),

14. Kapar (Selangor),

15. Kuala Langat (Selangor),

16. Titiwangsa (WP Kuala Lumpur),

17. Kuala Pilah (N Sembilan),

18. Tampin (N Sembilan),

19. Sri Gading (Johor),

20. Tanjung Piai (Johor),

21. Tangga Batu (Melaka),

22. Putatan (Sabah),

23. Raub (Pahang).

24. Indra Mahkota (Pahang).

25. Kuantan (Pahang),

26. Temerloh (Pahang).

27. Pokok Sena (Kedah).