SUDAH SUDAH JANGAN LAH DENGAR LAGI BERITA PELESU TENTANG KEDIAMAN SRI PERDANA- YANG SEBETULNYA IALAH PAKAT PAKAT SAKAU DEMI MALAYSIA...

 




BERITA TANPA GAMBAR SEBAB KELABU KERANA DIANGGAP PELESU


KEH..KEH..........




Owh... Belanja besar untuk kediaman rasmi PM sebab Najib Razak (PM Ke-enam) bawa keluar perabot, kata Mahiaddin. Katanya lagi, Najib dakwa yang perabot dan lampu chandelier itu miliknya.

Masa Najib keluar, yang masuk adalah Mahathir. Dengan sifat benci Mahathir yang ekstrem terhadap Najib, rasanya agak tidak logik untuk Mahathir biarkan Najib bawa keluar perabot.
Tapi entahlah kalau Mahathir dan Najib tu musuh tapi mesra. Cerita belakang tabir kita tak tahu. Lagi pun Mahathir memang pandai berlakon.
Tapi kalau berdasarkan apa yang kita nampak, mustahil Mahathir akan lepaskan Najib. Aku rasa mesti Mahathir akan arahkan perkara ini disiasat dan sudah pastilah Najib akan dikenakan tuduhan.
Kalau betul perabot itu milik Najib sekalipun, bukan alasan nak belanja sebesar RM38.5 juta, sedang dalam masa yang sama bila rakyat minta bantuan, Mahiaddin kata kerajaan dah tak banyak duit!
Seperkara lagi yang Mahiaddin sebut, dia tidak tinggal di kediaman rasmi tersebut. Yeah right. Kita semua faham. Rumah sendiri pun dah macam istana. Siapa kata renovasi kediaman sebab nak tinggal dengan selesa di sana.
Soalnya bukan siapa yang tinggal di kediaman itu. Soalnya siapa yang dapat tender. Soalnya betulkah kos sebenar RM38.5 juta. Siapa duduk tu isu lain. Yang kita cakna siapa dapat untung dari projek itu?
Maklumlah, seluruh cakrawala tahu kerajaan Mahiaddin amalkan Scheme of Things kan. Kalau dah habis jawatan, berikan tender pun mungkin boleh jadi umpan juga. Mana kita tahu. Kan?
Tapi yang kita tahu, Mahiaddin yang dapat sertu mufti kayangan ni bukanlah tak sesuci mana tapi sangat kotor dan jelek. Ternyata kerajaan Melayu Islam yang dicanang itu jauh dari bersifat Islamik.

OOOOOOWWWHH- LAGI MAHU PERBODOHKAN RAKYAT KAH.DUDUK ZAMAN BILA NI WOIIII ...BAGI SAMA RATA KEMPEN DALAM TV...TANDA TANDA KERAJAAN AKAN TUMBANG

 

Penganjuran ceramah, perhimpunan tak dibenar sepanjang kempen pilihan raya




Wan Junaidi berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya sedang meneliti dan merangka penambahbaikan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya yang baharu.

PETALING JAYA: Penganjuran sebarang bentuk ceramah, syarahan dan perhimpunan oleh mana-mana individu atau parti politik sepanjang tempoh berkempen adalah tidak dibenarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi menjelaskan, calon atau parti digalakkan untuk menggunakan media massa, media sosial dan media cetak bagi tujuan berkempen.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sedang meneliti dan merangka penambahbaikan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya yang baharu berdasarkan penilaian semasa dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selaras dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika ini.

“Selain itu, SPR akan turut meneliti dan mempertimbangkan pandangan atau cadangan daripada pihak lain bagi menambah baik pelaksanaan proses pilihan raya dengan isu kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan dalam mendepani wabak pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) yang mahu tahu perancangan dan persediaan dari segi SOP dan norma baharu oleh SPR bagi menghadapi pilihan raya semasa pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, SPR kini dalam persiapan meminda Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan SOP dan sistem serta prasarana bagi pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

“SPR juga telah mengenal pasti beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan sebelum pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik, antaranya membuat semakan maklumat bakal pemilih.

“Selain itu, semakan di lapangan yang melibatkan bakal pengundi berumur 90 tahun dan ke atas, semakan di lapangan ke atas alamat untuk memastikan penentuan bahagian pilihan raya yang tepat dan menyemak keperluan logistik bagi persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-15 yang akan datang,” katanya.

Katanya, SPR menjangkakan semua persiapan yang sedang diambil tindakan termasuklah menangani isu-isu yang berkaitan ini akan dapat diselesaikan dan seterusnya melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada Sept 2022.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta kerajaan menjelaskan perkembangan persediaan ke arah pelaksanaan undi 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik.

ORANG MACAM INI UMNO SANJUNG ...PEEEGEEDAH...DIA NI TAK BAWA UNTUNG PUN PADA UMno...TU ANWAR BELUM SAMAN DIA LAGI..KITA TUNGGU ANWAR SAMAN DIA MACAM PAPA GOMO...

 

Lokman Adam didakwa sebar berita tidak benar mengenai vaksin, virus COVID-19

Bernama
Lokman Adam didakwa sebar berita tidak benar mengenai vaksin, virus COVID-19
Lokman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan menyebarkan berita tidak benar melalui rakaman audio visual tentang vaksin dan penyebaran COVID-19 pada April dan Mei lalu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu menyebarkan berita palsu melalui rakaman audio visual mengenai vaksin dan virus COVID-19, pada April dan Mei lepas.
Lokman, 48, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim M. M. Edwin Paramjothy.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Lokman didakwa menyebarkan berita tidak benar melalui rakaman audio visual tentang kemasukan warga India ke Malaysia yang menjadi penyebab penyebaran virus COVID-19 dan kematian seorang pegawai polis yang dikaitkan dengan vaksin.
Penyebaran itu melalui aplikasi media sosial Facebook atas nama profil "Lokman Adam" itu dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan kepada orang awam yang didakwa dilakukan pada 10.55 malam, 3 Mei dan 10.38 malam, 9 April lepas.
Dua rakaman itu kemudian dilihat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini pada 4.40 petang, 9 Mei dan 8.55 malam, 11 April.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport OKS diserahkan kepada mahkamah.
"Pihak kami memohon untuk penyerahan pasport OKS kerana kawasan Lembah Klang akan memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kemungkinan sempadan negara akan dibuka tidak lama lagi," katanya.
Peguam Logen Eskander yang mewakili Lokman memohon jaminan rendah serta pasport anak guamnya tidak ditahan atas alasan sempadan negara masih belum dibuka.
"Anak guam saya kini tidak bekerja dan membantu isterinya menjual sate selain masih menanggung 11 orang anak mereka," kata Logen.
Mahkamah membenarkan Lokman diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Nov depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA

INGAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA- INI BUKAN BERITA PELESU- HANYA UMNO DAN PAS SAHAJA YANG SUCI- TAPI DUA DUA PARTI MELAYU INI DIKUASAI OLEH ORANG YANG BODOH DAN LEBAI MALANG

 May be an image of 3 people and text that says "UMNO/PAS KETIKA PH PERINTAH Kenyataan MEDIA HARAMKAN DONGZONG ZONG Dngg kerajaan Haramkan Dong Zong: Surat Terbuka Kepada Muhyiddin Yassin hamal amenuamanMlantal KETIKA UMNO-PAS- BERSATU PERINTAH mc NEWS malayslakini. Govt approved RM15m for 63 Chinese independent schools Dong Zong Fion Yap Published: Oct 2021 AM Updated: 7:07 AM"


Masa dia jadi pembangkang, dia siap cabar kerajaan haramkan Dong Zhong. Sekarang dia jadi kerajaan, dia pulak yang ikut cakap Dong Zhong.
Aku tak pelik. Sebab inilah sistem demokrasi. Kalau nak kekal memerintah, inilah permainannya. Tapi aku cuma nak umum sedar akan kejahatan yang dibuat oleh PAS dan UMNO ini.
Nampak jelas yang soal Melayu dan Islam bukanlah perjuangan mereka. Itu hanya sebahagian daripada pembodohan mereka terhadap rakyat untuk dapat sokongan. Kamu percaya? Kamu bodoh. Mudah.




BERITA PELESU TENTANG NAJIB- JANGAN KATA PADA NAJIB KERANA NAJIB TAK CURI PERABUT DAN BELANJA MEWAH

 


Jangan fitnah saya berkenaan belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana, kata Najib



Bekas perdana menteri, Najib Razak berkata, DAP ‘memfitnahnya’ mengenai belanja pengubahsuaian Seri Perdana kerana salah faham mengenai Belanjawan 2011.

PETALING JAYA: Najib Razak menegaskan beliau tidak membelanjakan RM65 juta untuk mengubahsuai Seri Perdana ketika menjadi perdana menteri, setelah Muhyiddin Yassin menerima kecaman kerana membelanjakan lebih RM38 juta untuk kerja-kerja baik pulih kediaman rasmi.

Dalam catatan di Facebook, Najib berkata, DAP menuduhnya pada 2010 bahawa beliau membelanjakan RM65 juta untuk kerja-kerja pengubahsuaian di Seri Perdana, tetapi mengaitkannya dengan salah faham mengenai Belanjawan 2011.

“Walaupun pernah difitnah DAP pada 2010 (akibat salah faham mereka terhadap Bajet 2011), bahawa saya nak ubah suai Seri Perdana dengan kos RM65 juta, ini tidak berlaku.

“Sekiranya sahih, cerita bahawa ‘Najib belanja RM65 juta untuk ubah suai Seri Perdana’ akan diulang-ulang mereka selama bertahun-tahun lamanya, tapi ini tidak berlaku.

“Sebaliknya, tuduhan itu terhenti sahaja masa itu. Jadi, jangan fitnah saya lagi berhubung tohmahan RM65 juta itu,” katanya.

Dakwaan ini timbul kembali setelah Muhyiddin dikecam kerana membelanjakan RM38.5 juta bagi kerja-kerja baik pulih bahagian-bahagian usang dan rosak di kediaman rasmi perdana menteri.

Muhyiddin berkata, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac 2020, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kerosakan fizikal di Seri Perdana, termasuk kebocoran, sistem pencahayaan lama, keadaan fizikal lantai dan bumbung yang rosak atau usang.

“Selain itu, saya juga dimaklumkan pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal seperti penghawa dingin juga perlu dibaik pulih kerana terlalu usang,” katanya.

Najib turut menyebut catatan oleh sebuah halaman Facebook mesra Bersatu yang menuduhnya “merosakkan” Seri Perdana.

“Dengan mendedahkan beberapa gambar keadaan Seri Perdana dengan lantai yang basah, page pro-PN Otai tuduh saya dan keluarga saya banyak merosakkan Seri Perdana.

“Tapi jelas di sana tertulis keadaan tersebut berlaku akibat hujan lebat pada November 2020.

“Saya tak tinggal di sana sejak lebih tiga tahun dahulu. Jadi bagaimana pula saya dikatakan bertanggungjawab atas keadaan dalam gambar-gambar pada Nov 2020 pulak?”

NAK HARAP 2 "BINGAI" NI NAK BUAT APA- SEMBANG JA PANDAI...

 

Gara-gara prestasi buruk Rina dan Zailah, Ismail Sabri lantik Azalina sebagai Penasihat Khas PM yang baru


Gara-gara prestasi buruk Rina dan Zailah, Ismail Sabri lantik Azalina sebagai Penasihat Khas PM yang baru



Dua ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Najib Razak dalam menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dilantik memegang jawatan dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said yang meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri bagi hal ehwal undang-undang dan hak asasi.

Sementara Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub dilantik sebagai pengerusi Felcra Bhd.

Jazlan mengumumkan menarik sokongan terhadap Muhyiddin pada 9 Januari.

Pengerusi Umno Kelantan itu juga meletakkan jawatan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia selepas menyatakan tidak berpuas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional.

Sementara itu, Azalina meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker pada 23 Ogos lalu.

Beliau berkata konflik antara peranan parti dan ahli Parlimen kerajaan sebagai antara alasannya selain menggesa jawatan speaker dan timbalan speaker dilantik dalam kalangan mereka yang tidak berpihak dan memegang jawatan politik.

Penarikan sokongan mereka berdua menjadikan majoriti dimiliki Muhyiddin rapuh sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada Ogos lalu.

Umno PERINTAH RAKYAT SUSAH...


 

PATUT RAKYAT GELAR KERAJAAN 69...SAMA JUGA...LANTIK SAJA...

 

Shahbudin Husin





Selepas MP Machang dapat surat lantikan, sekarang MP Pengerang pula terima surat perlantikan.


Lantik…lantik…lantik…itu saja ke kerja PM ni?

Akhirnya kes Adib ditutup. Walaupun sementara tapi tetap bawa makna yang sama - tidak ada bukti berlaku jenayah dalam kes ini.


May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎LOG MASUK LANGGAN Utusan Malaysia PTPTN'S NEW SIMPAN SSPN PLUS' OFFERS BETTER BENEFITS READ MORE BERITA Ibu Adib sedih kes ditutup ِفظÛ صَدَالَهُالعظِيم ASMA AZIZ Oleh MOHD RIFAAT ABD. HAMID 30 September 2021, 7:24 am‎"‎‎


Aku bersimpati kepada keluarga Allahyarham. Adib sebenarnya mangsa kepada ketamakan manusia. Allahyarham terbunuh ketika menjalankan tugas. Sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak, ianya tetap satu tragedi.
Aku tak mahu cerita tentang implikasi dari segi undang-undang atau apa perkara yang lain. Aku cuma nak cerita apa maknanya ini kepada parti yang menggunakan label Islam iaitu PAS.
Ini kerana PAS adalah pihak yang menggunakan isu ini untuk menghasut kebencian rakyat terhadap PH yang mentadbir kerajaan ketika itu.
Banyak tuduhan jahat yang ditalakan terhadap PH termasuklah melindungi orang kafir yang bunuh orang Islam. Sekarang ni apa cerita?
Allahyarham Adib bukan sahaja menjadi mangsa ketika kejadian, bahkan setelah kematiannya pun Allahyarham menjadi mangsa apabila isunya telah dijadikan bahan politik.
Hari ini apabila kes ini ditutup sementara - akan dibuka semula apabila ada bukti baharu - ia dengan jelas menunjukkan bahawa semua tuduhan yang dilemparkan terhadap PH oleh PAS dan juga UMNO sebelum ini adalah fitnah semata-mata.
Ternyata PH telah berlaku adil ketika siasatan kes ini dijalankan. Melainkan jika lebai dan walaun berpendapat yang PAS juga sama seperti apa yang mereka dakwa PH dahulu - cuba melindungi orang kafir yang membunuh orang Islam.
Kalau aku nak harap PAS berhenti politik murahan seperti ini dan jadi lebih rasional, memang takkan terjadi. Jadi aku cuma mohon agak rakyat dapat lihat kenyataan dan jangan lagi layan cerita-cerita palsu yang selalu mereka sebarkan.
Abaikan sahaja PAS. Semoga dengan cara itu, baru mereka perasan cara politik busuk mereka tidak diterima oleh rakyat. Dan semoga begitu, barulah mereka mahu berpolitik secara jujur.

Salah guna lesen AP berleluasa, kenderaan tanpa AP diiimport ke Malaysia, kata Ketua Audit Negara

 

Salah guna lesen AP berleluasa, kenderaan tanpa AP diiimport ke Malaysia, kata Ketua Audit Negara


Aktiviti import kenderaan terpakai, atau lebih dikenali sebagai ‘kereta recond’, terdedah kepada penyalahgunaan yang berleluasa. Penyalahgunaan terjadi apabila tiada koordinasi antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) yang mengeluarkan lesen AP Terbuka (Open AP) dengan Jabatan Kastam yang membenarkan kenderaan tersebut masuk melalui pelabuhan.

Isu ini dibangkitkan di dalam siri kedua laporan Ketua Audit Negara 2019 yang dikeluarkan semalam.

Menurut laporan itu, Jabatan Audit Negara telah melakukan audit fizikal di Pelabuhan Klang, bersama-sama dengan wakil dari Kastam dan Puspakom pada 23-Julai 2020.

Susulan daripada pemeriksaan tersebut, pasukan audit memperolehi senarai kereta terpakai yang diimport di pelabuhan pada 31-Julai 2020. Senarai itu mempunyai 139 kereta yang diimport oleh 26 pemegang AP Terbuka.

Daripada 139 kereta, 11 kereta didapati diimport tanpa lesen AP Terbuka.

Pasukan audit turut mendapati bahawa kereta ini telah diparkir di pelabuhan selama antara 17 hingga 38 bulan, tetapi tiada tindakan yang diambil.

Untuk baki 128 kereta, 12 didapati memohon AP Terbuka hanya selepas kenderaan tiba di pelabuhan. Hal ini bertentangan dengan syarat permohonan AP yang memerlukan permohonan disediakan sebelum kereta memasuki pelabuhan.

Pemeriksaan silang dengan sistem ePermit juga mendapati bahawa 4 kereta diimport oleh syarikat yang berbeza dengan syarikat yang didaftarkan dalam sistem. Namun, kereta-kereta ini masih dilepaskan oleh pelabuhan walaupun memiliki dokumen tidak selaras.

Jabatan Kastam pula telah menjawab pasukan audit mengenai status 4 kereta tersebut, dengan maklum balas terakhir diterima pada 1 Jun 2021.

Dalam kenyataan Kastam, 2 dari kereta yang dilepaskan telah disita pada 20 Oktober 2020, manakala 1 lagi telah disita pada 24-Mei 2021. Namun, mereka belum dapat mendapatkan kenderaan terakhir, yang dibawa keluar dari pelabuhan pada 6-Ogos 2020. Masalah ini juga telah telah dibawa ke bahagian Penyiasatan Penguatkuasaan Jabatan Kastam.

Bagi 11 kereta yang diimport tanpa AP Terbuka, semuanya telah disita. Kastam sedang dalam proses mendapatkan kenyataan daripada pengarah syarikat yang mengimport antara 3 buah kereta tersebut.

Pasukan audit juga mendapati bahawa MITI tidak dapat mengesan kes-kes ketidakpatuhan kerana MITI tidak dapat memantau kenderaan di pelabuhan.

Ia turut menambah bahawa MITI hanya memproses aplikasi berdasarkan dokumen yang didaftarkan oleh syarikat pemegang lesen AP ke dalam sistem ePermit, tanpa pemeriksaan silang dengan maklumat yang disimpan oleh Jabatan Kastam.

BALIK-BALIK ISU BUMIPUTRA?[KEUNTUNGAN ATAS NAMA KAUM DIPUNGGAH/JANGAN SA...

Anwar Ibrahim 'Mengganas' Dalam Parlimen MP Kerajaan Sudah Ketakutan?

KELUARGA ADIB JADI MANGSA POLITIK MELAYU ISLE

 Ibu Adib kecewa dan sangat bersedih



May be an image of 2 people, people sitting and text that says "BH ONLINE"



NORMAN RADZUAN


Saya sedih sgt bila melihat kedua wajah ibu bapa arwah Adib. Nyata dari raut wajah mereka ini orang yg baik-baik.. lemah lembut orangnya. Isu anak mereka telah dijadikan modal utk pemimpin-pemimpin Melayu memainkan sentimen bagi merampas kuasa.
Akhirnya mereka berdua sendirian. Kedua org tua Adib telah diberi harapan menggunung membuat keduanya amat berharap kematian anak mereka mendapat pembelaan.
Hari ini ibu Adib melahirkan rasa kekecewaan pada pemimpin kerajaan skg apabila kes anaknya ditutup. Segala jenis fitnah digunakan ketika itu. Kes Adib hanya satu dari puluhan cerita-cerita fitnah yang orang Melayu telah dirosakkan pemikiran mereka.
Apa yang orang Melayu dapat lihat seorang demi seorang pemimpin rasuah berjuta ringgit dilepaskan. Yg puak lagi satu sibuk membeli kereta Velfire masing-masing dgn no plat puluhan hingga ratusan ribu. Projek mega dari puluhan hingga billion ringgit aktif di kalangan mereka.
Jgn sedih wahai ibu Adib kerana anda bukan mangsa penipuan pertama....ada puluhan ribu lagi di Padang Merbok sana.

ALAAA......SIKIT SIKIT KAW TEAM MA...LU ANGKAT PERABUT...GUAT ANGKAT KONTRAK MA....HAIYAAAAA.......

 


Kalau tak mahu tinggal di Seri Perdana, buat apa lulus RM38.5 juta, soal Najib






Najib berkata, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-8 (PM8) yang meluluskan ubah suai serta naik taraf kediaman Seri Perdana, selain mendakwa Muhyiddin ‘tiada niat’ untuk tinggal di sana.

PETALING JAYA: Dua bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin bertelagah berkenaan ubah suai kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, berjumlah RM38.5 juta, dengan Najib menyindir Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, membuat dakwaan tidak munasabah kerana menafikan beliau enggan menetap di situ ketika menjadi Perdana Menteri.

Najib berkata, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-8 (PM8) yang meluluskan ubah suai serta naik taraf kediaman Seri Perdana, selain mendakwa Muhyiddin ‘tiada niat’ untuk tinggal di sana.

“Habis tu, nak belanja RM38.5 juta untuk apa? Untuk dibiarkan kosong tanpa sesiapa mahu duduk di sana?

“Jangan gunakan saya sebagai alasan sekiranya ianya niat kamu untuk belanja RM38.5 juta untuk kediaman, pada ketika sendiri beritahu rakyat bahawa kerajaan tak ada banyak wang lagi untuk bantu rakyat,” katanya di Facebook sambil memuat naik beberapa lampiran berkaitan.

Najib berkata, selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau dan keluarga diberikan masa beberapa jam sahaja untuk meninggalkan Seri Perdana.

“Pada Ogos 2018 (lampiran), saya tulis surat kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk diberi kebenaran mengambil balik barang peribadi, hadiah, cenderamata dan perabot yang dibeli dengan duit sendiri dari Seri Perdana. Tapi surat saya tidak dibalas.

“Pada bulan Ogos 2019 (seperti lampiran), saya sekali lagi ulang surat untuk permintaan yang sama,” katanya.

Beliau berkata, selepas 14 bulan, pada 21 Oktober 2020, JPM membalas dan menyatakan mereka bersetuju dengan syarat hanya senarai barang-barang termasuk perabot yang dapat dibuktikan dibeli olehnya dan bukan aset kerajaan dibenarkan diambil semula.

Katanya, beliau diberi tempoh dua minggu untuk menyelesaikan pemindahan sebelum 3 Disember 2020.

“Masa itu, staff (kakitangan) saya pelik kenapa tiba-tiba kita disuruh untuk ambil balik barang-barang tersebut dengan begitu laju.

“Rupa-rupanya seorang pengurus baharu Seri Perdana telah dilantik (yang kami diberitahu merupakan saudara PM8) dan mereka memberitahu kita bahawa PM8 ada rancangan untuk menaik taraf Seri Perdana sebab dia mahu pindah ke sana,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin, hari ini, berkata, beliau menerima laporan dari JPM bahawa terdapat beberapa perabot dan candelier di Seri Perdana adalah milik Najib.

Muhyiddin berkata, beliau tidak tinggal di kediaman rasmi itu ketika menjadi Perdana Menteri, tetapi dimaklumkan ada perabot di situ milik Perdana Menteri keenam itu.

“Ada perabot dan candelier yang dikatakan milik Perdana Menteri keenam.

“Jika perabot itu miliknya seperti didakwa, maka terserah kepada JPM untuk membenarkan beliau mengambilnya,” katanya.

MALU KAT NEGARA JIRAN WOII- BAB PERABOT JADI ISU UTAMA BERBANDING RAKYAT MISKIN ....

 


HAMZAH RIE NA


Dua-dua hawau! Rakyat sekrg nak makan pun susah korang sibuk pasal benda-benda mcm ni. Ini semua memalukan dan memualkan!!!!

😡😡😡




May be an image of 1 person and text that says "malaysiakini Muhyiddin dakwa Najib bawa keluar perabot, candelier dari Sri Perdana "Saya kata tak kisahlah kalau itu hak dia (Najib) pasal dia dakwa begitu maka terserahlah pada pihak JPM," kata bekas perdana menteri. BY SHAKIRA BUANG 30 SEPTEMBER 2021 AT 20:23"




APA LAGI HAAAA......RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI-PERABOT PUN BOLEH HILANG ...KAH...KAH....WOIIII...PERGI KEDAI AH HENG TANYA......

 


HAMZAH RIE NA



Masa belum dapat jawatan & habuan bagai gila menyalak.

Tapi bila dah dapat habuan jawatan menteri & pangkat masing² pakat membisu tu kenapa?
SR


May be an image of 1 person and text that says "(Tahun 2010 NAJIB RAZAK 'RENOVATE' SERI PERDANA RM65 JUTA (Tahun 2020 MAHIADDIN 'RENOVATE' SERI PERDANA RM38.5JUTA masa lebai PAS belum dapat jawatan Menter SR bila lebai PAS suara akyat dah dapat jawatan Menteri.. Tiba2 Lebai PAS Jadi Bisu? Lebai PAS Menyalak Bising"

Politik ‘rimba’ Pas Kedah-AKIBAT BERKAWAN DENGAN UMNO

 

Politik ‘rimba’ Pas Kedah.

Penyelaras DUN Pengkalan Kundur adalah YDP Pas Kawasan Kuala Kedah, beliau dikatakan telah menghalang kehadiran YB Adun Pengkalan Kundur sebagai seorang ‘sukarelawan’ KKM untuk program vaksinasi di dalam kawasan DUN Pengkalan Kundur.

Alasannya ? Kerana ADUN Pengkalan Kundur, Dr Ismail Salleh dari Parti Amanah.

Politik ‘rimba’ Pas Kedah

Itulah Pas ! Yang masih mengamalkan politik ‘rimba’ dalam era kemajuan ‘berfikir’ ini. Pas rasakan bahawa Pas adalah segalanya.

Sewaktu PH memerintah Kedah dan Dr Ismail menjawat sebagai Exco Agama Kedah, beliau telah menyampaikan bantuan kepada sekolah Pas (yang dimiliki oleh Dewan Pemuda Pas dan pengerusi sekolah tersebut adalah Pas) bagi pihak kerajaan Kedah .

Ada penyokong PH yang marah, namun “siapapun yang memohon dan memenuhi syarat, mereka perlu dibantu” kata Dr Ismail .

Salah seorang pimpinan ‘atasan’ Pas Kedah pernah memohon sumbangan untuk satu majlis yang dianjur oleh sekolah yang dikelola oleh beliau kepada Dr Ismail, Dr Ismail telah meluluskan permohonan tersebut dan ternyata sumbangan itu dari ‘sumber’ peribadi Dr Ismail.

Payah sangat kalau kita berdepan dengan para pemain di padang demokrasi, tetapi tidak berjiwa demokrat.

Sumber :

APA MACAM MELAYU ISLE..MASA PH DULU HENTAM KEMAIN..SEKARANG BAGAIMANA PULA YA ? WAHAI RAKYAT MALAYSIA ..LIHAT INI....

 

PULANG PAKU BUAH KERAS..NGATA ORANG TUHAN DAH BALAS.....


May be a Twitter screenshot of text that says "TheVibes.com @thevibesnews 1h JUST IN DBKL has postponed the blanket ban of liquor sale at grocery stores, convenience stores, and Chinese medicine shops until Oct 31. "For now, these owners can continue selling hard liquor until 31 Oct." 9 20 37"



MOHD MUKHLIS 


Bagi menghormati bulan Oktoberfest, kerajaan Melayu Isle yang sekongkol dalam kerajaan bersama lebai PAS benarkan jual arak sampai hujung bulan. Jangan lupa memandu lepas mabuk, kalau langgar pun takat kena bon sahaja.

Apa lagi Un mahu? Minta 355 dapat 22 cabutan, minta haram arak, haineken dapat anugerah, tika masjid di tutup, kilang arak jadi essential. Itupun masih mahu mimpi dapat masuk syurga tanpa hisap. More likely jadi bahan bakar boleh la. 

 

HA..KUTIP BALIK LA KALAU UMNO NAK REBAH DAN KENA HENTAM SEMULA

 


Lokman Adam kembali ke pangkuan Umno



Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang dilucutkan keahlian daripada UMNO pada 20 Februari lalu diterima semula menyertai parti itu.

Ahli MT UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bagaimanapun berkata, penerimaan semula Lokman ke dalam UMNO dibuat secara bersyarat.

“Permohonannya sebagai ahli UMNO diterima balik tetapi dengan beberapa syarat,” katanya kepada pemberita di lobi Menara Dato’ Onn selepas mesyuarat MT UMNO, di sini, hari ini.

Selepas tiga kali ditangguhkan, Mesyuarat MT UMNO berlangsung malam ini di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn, di sini.

Ini merupakan kali pertama mesyuarat MT UMNO berlangsung selepas Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia Ke-9 pada 21 Ogos lepas.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut mendedahkan mesyuarat pada malam ini tidak membincangkan soal pemilihan parti itu.

“MT UMNO memberi sokongan yang padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita bersiap sedia untuk pilihan raya bila-bila masa berlaku dan soal pemilihan tidak timbul,” katanya.

Anwar bangkitkan lagi isu buku RMK-12 dengan kos RM2 bilion

KAH..KAH...HANG BACA TEKS ....NAK TIBAI ORANG.....MP PAS K.KRAI FITNAH ANWAR, ANWAR JAWAB DAN MINTA MP PAS STUDY DULU SEBE...

ZAHID SAHKAN TIADA MN, UMNO BAKAL BERTANDING SOLO- PAS GAYUT PADA BERSATU???

Ketika host my online TV menanyakan soalan sekiranya BN bertanding bersama Muafakat Nasional, berapa kerusi parlimen dijangka boleh dimenangi dan berapa negeri dapat diperintah oleh gabungan itu?

Dengan selambanya Presiden UMNO menjawab “Saya nak tanya balik, ada ke Muafakat Nasional lagi?” Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hari ini, UMNO akan bertanding secara sendirian pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Memahami politik semasa, BN perlu bersiap siaga, oleh itu UMNO akan bertanding solo atas nama dan jenama BN serta menggunakan lambang dacing.

PAS NAK GAYUT PADA BERSATU PULA DEMI KUASA ? ZAHID TAK MAHU LAGI BERSAMA MN

 

Ada lagi ke Muafakat Nasional, Zahid cadang semua tanding solo


Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu akan bertanding secara solo bawah panji BN dan hanya akan berunding dengan parti lain selepas pilihan raya umum.

Ahli Parlimen Bagan Datuk ini bahkan mempersoalkan jika Muafakat Nasional (MN) masih lagi wujud apabila ditanya mengenai keuntungan untuk kekal dalam kerjasama bersama Pas itu.

“Ada ke Muafakat Nasional ni lagi? Kalau apa yang dipanggil oleh netizen bahawa Umno telah dikhianati, saya fikir elok Umno bertanding terus secara solo menggunakan panji-panji Barisan Nasional,” katanya.

Zahid berkata demikian dalam satu bual bicara yang kemudiannya tular di media sosial.

Bekas Timbalan Perdana Menteri yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah itu berkata rundingan bagi membentuk kerajaan hanya akan dilakukan selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diperoleh.

“Kalau kita mahu membentuk kerajaan pun selepas parti-parti bertanding di seluruh negara mendapat keputusan, berapa kerusi yang diperoleh parti-parti, baru perundingan boleh dilakukan,” kata Zahid lagi.

Untuk rekod, Umno pada masa ini memiliki 38 kerusi Parlimen manakala Pas mempunyai 18 kerusi.

MN dilihat ‘sepi’ sepanjang tempoh 17 bulan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Bersatu.

Malah, Timbalan Pengarang Mingguan Malaysia, Zulkifli Jalil pernah menggambarkan Pas disambar Bersatu untuk membentuk PN menyebabkan Umno seperti “ditinggalkan isteri”.

Walau bagaimanapun, Pas kembali menyebut tentang MN menjelang penamaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Sikap Pas yang berada dalam dua gabungan parti politik iaitu MN dan PN itu mengundang tanggapan bahawa Pas bermain dua ‘kolam’.

Pas juga dilihat cuba mengambil peluang dalam proses rundingan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU-15.

Walau bagaimanapun, Pas menganggap partinya sebagai penyatu dengan menegaskan usaha memperkasa MN dan mempertahankan PN.

Berebutkan sasaran pengundi Melayu dan kawasan luar bandar yang sama dengan Umno dan Bersatu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun didakwa sudah mempunyai strategi untuk lonjakan Pas pada PRU-15.


Kerajaan perlu dapatkan persetujuan PH sebelum bentang Belanjawan 2022

 


Kerajaan perlu berunding dengan dengan Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu sebelum Belanjawan 2022 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Oktober depan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, hal tersebut terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dengan PH yang dimeterai pada 13 September lalu.

“Dia (kerajaan) kena bincang dan dapatkan persetujuan dengan PH terlebih dahulu sebelum dibentang di Dewan Rakyat.

“Kalau dia dah dapat persetujuan kita, bagaimana kita hendak bangun menolaknya sedangkan kita telah menghasilkan satu belanjawan bersama,” katanya dalam forum di FB Studio Dahsyat semalam.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu juga menyifatkan kerajaan diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini sangat memerlukan PH dalam menyediakan Belanjawan 2022.

“Kerajaan PN – BN ini amat memerlukan bantuan kita untuk merangka satu belanjawan yang dapat memulihkan ekonomi negara dan menangani pandemik,” tegasnya.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional berkata, MoU tersebut membolehkan reformasi yang PH mahukan tercapai.

Antaranya, jelas beliau, Rang Undang-undang Anti-Lompat, Undi 18 yang telah pun diluluskan sebelum PH dijatuhkan serta soal menghadkan tempoh Perdana Menteri.

“Segala perkara tersebut tidak boleh dicapai tanpa adanya dua pertiga majoriti. Bagaimana nak dapat dua pertiga majoriti? Kerajaan dan pembangkang kena bekerjasama.

“Jadi, untuk mencapai matlamat itu maka kita adakan MoU. ‘Kamu’ luluskan perkara-perkara ini, maka PH bekerjasama untuk menghasilkan belanjawan yang berkesan yang kamu (kerajaan) tidak mampu hasilkan sendiri.

“Setelah mendapat persetujuan, kita tidak akan bangkang (Belanjawan 2022),” kata Khalid lagi dalam forum dimoderatorkan Omar Mokhtar A Manap itu.

Dua lagi ahli panel terlibat dalam slot Dari Studio Dahsyat Jalan Kapar itu ialah Ahli Parlimen PKR Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen DAP Jelutong, RSN Rayer.