JANGAN JADI NUSI.DIA SUKA MELAWAK TAPI SELALU MEMBOHONG : Adakah benar Pulau Pinang perlu diserah kembali kepada Kedah? Ini penjelasan

 


PADA tahun 1786, Sultan Abdullah Mukarram Shah yang memerintah Kedah pada ketika itu, menyerahkan Pulau Pinang kepada wakil dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), Francis Light melalui satu perjanjian penyewaan.

Light kemudian menamakan semula Pulau Pinang sebagai Prince of Wales, pangkalan British yang pertama pernah ditubuhkan di Tanah Melayu. Adakah penyerahan Pulau Pinang menerusi perjanjian penyewaan ini sah di sisi undang-undang antarabangsa?

Adakah benar Pulau Pinang perlu diserah kembali kepada Kedah? Ini penjelasan

Sejarah

Malaysia sebelum menjadi sebuah negara yang kita kenali hari ini, pernah dikuasai oleh beberapa kerajaan Melayu pra-penjajahan seperti Srivijaya, Majapahit, Kedah, Melaka, Brunei, Johor dan Aceh. Kedah adalah kerajaan tertua di kalangan kerajaan-kerajaan Melayu ini. Kedah telah diasaskan pada tahun 630 Masihi, lebih dikenali sebagai Kadaram pada ketika itu.

Kedah pernah menjadi penguasa yang berpengaruh melampaui kawasan-kawasan yang kini menjadi wilayah negeri Kedah sekarang ini. Sewaktu era kegemilangannya, Kedah mempunyai pelabuhan yang kaya-raya dan catatan Tamil lampau memberikan Kedah julukan ‘kota segala kebahagiaan’.

Walaubagaimanapun, Kedah telah dijadikan negeri naungan Srivijaya, sebuah kerajaan Melayu ulung yang berpusat di Palembang pada kurun ke-7 Masihi.

Setelah keruntuhan Empayar Srivijaya pada kurun ke-13 Masihi, Kedah telah menjadi negeri vassal atau negeri bawahan empayar-empayar lain yang lebih berpengaruh di rantau ini seperti Majapahit, Kesultanan Melaka dan Siam. Kedah kemudiannya diletakkan sebagai negeri lindungan Inggeris setelah Perjanjian British-Siam dimeterai pada tahun 1909 di Bangkok.

Penyerahan Pulau Pinang

Menjelang kurun ke-18 Masihi, Kedah muncul sebagai sebuah negeri Timur yang lemah, diapit oleh jiran-jirannya yang lebih berpengaruh iaitu Burma dan Siam. Kedua-dua kuasa serantau ini amat agresif dan sering berperang lalu mengancam kelangsungan Kesultanan Kedah.

Sewaktu pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah, Kedah telah mula mengirim bunga mas kepada Siam sebagai tanda mengiktiraf ketuanan Siam ke atas Kedah.

Amalan ini telah dimulakan sejak tahun 1781. Namun begitu, terdapat juga pendapat bahawa pengiriman bunga mas oleh Kedah kepada Siam hanyalah sebagai tanda persahabatan di antara kedua-dua kerajaan dan tidak sama sekali menghakis kedaulatan Kesultanan Kedah.

Bunga Mas

Enggan menerima nasib yang sama seperti Kesultanan Pattani yang dihapuskan dan dibumihanguskan oleh Siam pada tahun 1785, Kedah mula berhasrat untuk meminta pertolongan sebuah kuasa baru, perlindungan dari kuasa Eropah yang lebih unggul – iaitu British.

Francis Light pada ketika itu telah mengembara ke seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Melayu mencari tapak yang sesuai untuk dijadikan pangkalan perdagangan.

Pada tahun 1785, Light telah gagal meyakinkan pihak SHTI untuk menduduki Jung Ceylon, atau nama asalnya, Ujung Salang di Pulau Phuket. Beliau kemudiannya memberi fokus kepada Pulau Pinang, sebuah pulau yang berlokasi strategik di pintu masuk utara ke Selat Melaka. Pulau Pinang pada waktu itu adalah sebahagian daripada wilayah Kedah.

Menyembunyikan fakta dari SHTI bahawa Kedah adalah dibawah Siam, Light telah menghadap Sultan Abdullah Mukarram Shah pada tahun 1786 untuk memujuk Sultan menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah.

Menerusi perjanjian ini, Sultan Kedah membenarkan Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat SHTI memberikan perlindungan ketenteraan kepada Kedah beserta bayaran sewa sebanyak 30,000 Dolar Sepanyol setahun. Perjanjian ini, walaubagaimanapun tidak ditepati oleh Light dan enggan melindungi Kedah dari musuh-musuhnya terutama sekali pihak Siam.

Murka akan keadaan ini, Sultan Kedah cuba untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang pada tahun 1790. Akan tetapi, belum sempat baginda berbuat sedemikian, Light telah lebih awal melancarkan serangan awal yang mengejut ke atas Prai dan ini memaksa Sultan untuk berundur.

Tugu Francis Light di hadapan Muzium Pulau Pinang

Dalam keadaan keterpaksaan, baginda tiada pilihan lain tapi untuk secara tanpa rela menyewakan Pulau Pinang kepada Inggeris dan seterusnya Prai juga, yang telah dinamakan semula sebagai ‘Province Wellesley’ pada tahun 1800 dengan bayaran nominal setahun sebanyak 16,000 Dolar Sepanyol, bukannya 30,000 Dolar Sepanyol menurut Perjanjian Inggeris-Kedah 1786.

Sehingga kini, kerajaan negeri Pulau Pinang masih membayar honorarium tahunan sebanyak RM18,800 kepada Sultan Kedah. Episod sejarah ini dengan jelas menerangkan kenapa Pulau Pinang bukan lagi milik Kedah dan telah dijadikan negeri-negeri Selat, seangkatan dengan Melaka dan Singapura.

Adakah Penyerahan Pulau Pinang Sah?

Sejarah mencatatkan bahawasanya terdapat banyak empayar di seluruh dunia yang telah menjadikan negeri-negeri lain sebagai negeri lindungan atau vassal bagi memperluaskan kuasa mereka tanpa perlu penjajahan berbentuk ketenteraan dilakukan.

Dalam erti kata lain, konsep ‘vassal’ ini merujuk kepada negeri-negeri lindungan menyerahkan hal-ehwal urusan luar negeri kepada negara pelindung dan sebagai ganti, negeri pelindung akan memberikan jaminan autonomi menerusi pengiriman tanda-tanda penghormatan secara formal.

Amalan ini dilakukan oleh banyak negara di seluruh dunia termasuklah kerajaan-kerajaan awal Melayu sendiri.

Sebelum era penjajahan Barat, kerajaan Melayu Srivijaya berjaya menjadikan banyak negeri kecil yang wujud di Pulau Sumatera, Jawa Barat dan Tanah Melayu sebagai negeri bawahannya di antara kurun ke-7 Masihi hingga kurun ke-13 Masihi.

Negeri-negeri Melayu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu pernah menjadi negeri naungan Siam sehingga tahun 1909, sebelum British mengambil alih sehingga kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Negeri naungan tidak mempunyai status yang sama dengan negeri jajahan, kerana negeri naungan mempunyai kuasa autonomi dalam menguruskan hal ehwal dalamannya.

Gambaran pertempuran zaman dahulu menyaksikan Kedah menjadi negeri naungan Siam.

Negeri jajahan seperti Portugis-Melaka dan Pattani ditadbir secara langsung oleh penjajahnya.

Konvensyen Montevideo Tentang Hak dan Tanggungjawab Negara 1933, yang digubal berdasarkan undang-undang adat antarabangsa menyatakan bahawa hanya negara berdaulat memiliki kapasiti untuk membuat perjanjian dengan negara berdaulat yang lain, dan ini tidak termasuk negara vassal.

Dalam kes seperti penyerahan Pulau Singapura oleh Johor kepada British pada tahun 1819, ia adalah sah kerana Johor diiktiraf sebagai negara berdaulat sehingga 1914.

Hal yang sama berlaku dalam kes penyerahan Sabah oleh Kesultanan Sulu kepada British pada tahun 1878 kerana Sultan Sulu adalah raja berdaulat yang memerintah Sabah pada ketika itu.

Oleh kerana Sultan Kedah pada ketika itu bukanlah raja berdaulat yang memerintah Kedah yang merupakan negeri naungan Siam, baginda tiada hak untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada British. Bagaimana mungkin Sultan memberikan sesuatu yang tidak dimiliki oleh baginda? Konsep ini selari dengan maxim undang-undang nemo dat quod non habet (tiada siapa berhak memberi apa yang dia tidak miliki).

Berdasarkan fakta ini, adakah penyerahan Pulau Pinang (menerusi penyewaan) adalah sah?

Walaubagaimanapun, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Sultan Kedah adalah penguasa berdaulat ke atas takhta Kedah dan oleh itu baginda berhak untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada British.

Selain itu, tindakan British yang menjalinkan hubungan antarabangsa dengan Kedah secara langsung menunjukkan Sultan Abdullah Mukarram Shah adalah pemerintah Kedah yang berdaulat. Artikel 26 Konvensyen Vienna Tentang Undang-undang Triti yang digubal berasaskan undang-undang adat antarabangsa yang terpakai kepada semua negara menyebut ‘Triti haruslah dikuatkuasakan dengan sesuci hati’.

Francis Light tidak pernah memenuhi syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Kedah yang ditandatangani antara kedua-dua pihak pada tahun 1876. Setelah tidak berhasil mendapatkan Pulau Pinang, Sultan Kedah telah dipaksa untuk menandatangani satu lagi perjanjian pada tahun 1791 yang telah menyaksikan pengambilan secara rasmi Pulau Pinang oleh British.

Bak kata pepatah, sudah terang lagi bersuluh, pihak British telah mengamalkan paksaan untuk mempergunakan Sultan Kedah bagi mendapatkan Pulau Pinang. Oleh itu, dalam situasi ini, perjanjian tersebut boleh dibatalkan. Maka, sekali lagi, adakah penyerahan Pulau Pinang oleh Kedah kepada British sah?

Kesimpulan

Sama ada penyerahan itu sah atau tidak, pihak British telah pun memerintah Pulau Pinang selama 171 tahun, mempamerkan wujudnya kependudukan efektif ke atas wilayah tersebut. Pulau Pinang telah secara meluas diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa pada ketika itu sebagai sebahagian dari koloni British.

Namun begitu, dengan meletakkan elemen kependudukan efektif ini ke tepi, adalah munasabah untuk menyatakan bahawa kesahihan penyerahan Pulau Pinang kepada Kedah boleh dipersoalkan, dari sudut perspektif sejarah dan undang-undang.

Sekiranya Sultan Kedah tidak dianggap penguasa Kedah yang berdaulat, bagaimana mungkin baginda mempunyai hak untuk menyerahkan Pulau Pinang yang tidak dimiliki olehnya kepada British?

Walaubagaimanapun, sekiranya Sultan Kedah dianggap sebagai raja Kedah yang berdaulat pada waktu itu dan mempunyai hak ke atas Pulau Pinang, perjanjian yang ditandatangani di antara baginda dan pihak British pada tahun 1791 itu dilakukan tanpa kerelaan, mengakibatkannya boleh dibatalkan.

Kini, Kedah bukanlah lagi negeri bawahan Siam ataupun negeri lindungan British tetapi sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia. Sultan Kedah sekarang ini, Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah adalah Yang DiPertuan Agong, raja berdaulat yang memerintah Malaysia.

Tidak seperti Johor dan Singapura ataupun Sabah dan Kesultanan Sulu yang bukan sebahagian dari negara yang sama, Pulau Pinang dan Kedah kedua-duanya adalah negeri di dalam Malaysia. Menurut sejarah, Pulau Pinang memang dianggap sebagai sebahagian dari Kedah.

Inilah masanya untuk memperbetulkan kesilapan yang dicipta oleh sang licik Francis Light lebih dari 2 abad yang lalu. Pemulangan Pulau Pinang kepada Kedah adalah wajar dan tidak akan menggugat kedaulatan negara Malaysia. Pulau Pinang sebetulnya tidak pernah secara sah diserahkan dan harus kekal bersama Kedah.

Berita Penuh : https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/02/26/pp-kembali-kepada-kedah#close

Pemimpin Umno dakwa Muhyiddin sedar Bersatu tak mampu berdepan Umno pada PRU-15

 


Panas! Pemimpin Umno dakwa Muhyiddin sedar Bersatu tak mampu berdepan Umno pada PRU-15


Veteran Umno mengingatkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin agar tidak perlu membuang masa dengan manaruh harapan Umno akan bersama Bersatu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Malah, kata Setiausaha Veteran Umno, Mustapha Yaakub, parti mereka bersedia dengan kemungkinan bertembung dengan Bersatu.

“Umno telah berbulat tekad tidak akan bersama dengan Bersatu. Sudah berkerat rotan berputus arang. Bercerai talak tiga dan tak boleh rujuk lagi.

“Bersedialah untuk berdepan. Hanya yang terbaik akan menang,” katanya kepada Malaysiakini.

Mustapha berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin Bersatu yang mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) tidak akan terkesan sekiranya berlaku pertembungan antara parti dalam kerajaan pada PRU akan datang.

Tambah Mustapha, kenyataan pemimpin Bersatu itu membuktikan parti berkenaan masih menaruh harapan untuk bekerjasama dengan Umno.

“Veteran Umno ingin menyedarkan Muhyiddin bahawa bagi Umno sudah terang lagi bersuluh tiada sebarang kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15.

“Keputusan PAU (Perhimpunan Agung Umno) dengan jelas Umno menolak Bersatu.

“Veteran dapat membaca apa yang tersirat di sebalik kekeliruan Muhyiddin itu. Dia sedar Bersatu tidak berkemampuan untuk berdepan dengan Umno dalam PRU-15.

“Bersatu tidak mempunyai jentera untuk menggerakkan jentera pilihan raya. Bersatu juga sedar PAS tidak dapat membantu mereka kerana PAS akan menumpukan jenteranya bagi memenangkan calon-calon PAS,” katanya.

Malah, tambah Mustapha lagi, hanya Umno yang dapat membantu Bersatu untuk mengekalkan 16 kawasan “lompat parti”.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan membayangkan Perikatan Nasional (PN) tidak akan terkesan sekiranya berlaku pertembungan beberapa penjuru di antara gabungan tersebut ketika PRU ke-15 nanti.

Menurut Wan Saiful, meskipun tidak pasti sama ada Umno akan turut bersama dalam gabungan itu pada PRU ke-15 nanti, PN perlu meneruskan kelangsungan bersama parti gabungan sedia ada – PAS, Gerakan, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

“Bagi saya, kita teruskan agenda perpaduan politik Melayu Islam demi kemakmuran rakyat semua bangsa dan agama, dan biar rakyat membuat penilaian.

“Fokus kita adalah PN, kuatkan PN untuk jaga rakyat, dan memulihkan negara.

“PN tidak akan terkesan sekiranya ada pertembungan banyak penjuru. Kita akan jalan terus bersama founding partners kita dalam PN iaitu PAS, Gerakan, SAPP dan STAR,” kata Wan Saiful.

Wan Saiful berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang juga pengerusi PN sebelum itu yang memberikan pandangan terhadap beberapa perkara penting yang melibatkan kerjasama gabungan parti dalam PN di peringkat Dewan Undangan Negeri, Parlimen dan nasional.

CUKAI JUDI

 


LIYANA MARZUKI



1. Punya kecoh minggu ni pasal isu judi. Macam ini pertama kali. Al-kisahnya cerita cabutan judi 22 kali bukan benda baru. Hujung tahun lepas pun dah berbangkit isu. Isunya, Kerajaan PN bawah PM Mahiaddin naikkan cabutan judi sampai 3 kali ganda. Dulu zaman PH hanya 8 kali, zaman PN sampai 22 kali.

2. Benda ni dibahaskan dalam Parlimen, yang bangkitkan ialah MP DAP, YB Liew Chin Tong. Dia tanya dalam Dewan kenapa Kerajaan back track keputusan Kerajaan PH terdahulu. Yang turunkan cabutan judi 8 kali setahun. Kenapa ikut balik Kerajaan BN terdahulu? Masa tu kita pun malu. Orang PAS yang dalam Kerajaan pun tak tahu.

3. Nak cover, PAS sampai ajak DAP geng sekali nak kurangkan balik jumlah undi. Eh... sekarang boleh geng pula? Kita pun heran, apa cerita ni, dia yang dalam Kerajaan apa guna? Mana teori “minoriti mengawal majoriti” yang diratib dulu?

https://www.malaymail.com/.../pas-invites-dap.../1936681

4. Untuk pengetahuan, cabutan judi ni diperkenalkan pada tahun 1999 zaman Tun. Tujuan mulanya nak gunakan cukai tersebut bagi beri bantuan kepada mereka yang kena virus Nipah. Dah lebih 2 dekad ia diteruskan pada dua Selasa setiap bulan. Jadinya 22 kali kecuali bulan Ramadhan dan hujung tahun. Hasil cukai judi ni pada mulanya hanya RM1.2 billion pada tahun 1999, tapi dah meningkat punya banyak. Tahun 2018 sampai cecah RM4.5 billion dan selamanya jadi revenue Kerajaan.

https://www.straitstimes.com/.../malaysias-govt-increases...

5. Dengan hasil punya banyak tu, boleh ke Kerajaan kata NO? Yelah tuan puan kena pikir, masa zaman PH, ia turun ke 11 kali tahun 2018, then 8 kali tahun 2019, makanya hasil Kerajaan pun berkurang. Disebabkan itu, dasar jimat cermat perlu dibuat. Masa tu, Pembangkang menganjing, sampaikan “RM30 duit e-wallet” pun jembalang cytro dok spin. Nak buat Rakyat benci, kenapa tak banyak bantuan yang diberi?

6. Tapi kita tanya diri sendiri? Nak bantuan banyak dari Kerajaan, tapi kena juga celup hasil judi? Adakah kita redha dan pasrah saja? Itukah jenis Kerajaan Melayu Islam yang kita ingini? Padahal ketika zaman PH-DAP pun diaorg tolak hasil cukai judi. Mereka tahu macam mana teruknya kesan tahi judi kepada komuniti.

7. Yang pasti, tahun lepas PAS GAGAL dalam isu ni. Dikompang serata alam pun Kerajaan PN buat tak tahu dan teruskan juga. Sebabnya perlukan hasil cukai judi tersebut untuk tampung belanja.

8. Tahun ni kita tengokkan ajer perangai PAS ni, adakah akan terhasil segala kompangan? Ataupun hanya sembang sementara Rakyat ingat. Jangan jadi macam tahun lepas, benda dah slow down, dia buat lupa. Nampak sgt selama ni memang propa nakkan kuasa.

#propaPAS #penunggang

Wallahu a’lam.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

ADAKAH GURU YANG DIVAKSIN TIDAK MENJADI PEMBAWA VIRUS. ADAKAH MURID TIDAK DIJANGKITI ?

 

May be an image of 1 person and text that says "25 SEPT 2021 astro AWANI 0pp 2.%..0 MALAYSIA Hak guru enggan divaksin? KPM juga ada hak pastikan keselamatan pelajar Radzi"


RAJA GELAP


Kalau nak kira keboleh jangkitan, yang dah divaksin pun masih boleh jadi pembawa, sama seperti yang belum divaksin.

Maja itu melarang guru yang tidak divaksin tidak akan memberi kesan kerana pelajar masih boleh dijangkiti dari guru yang telah divaksin.

Vaksin adalah untuk bentuk immuniti tubuh. Bukan untuk halang seseorang itu sebarkan virus. Tiada beza dari segi menyebabkan jangkitan di antara yang telah divaksin dan yang belum.

Jadi, untuk pastikan keselamatan pelajar adalah dengan sama ada memberi vaksin semua pelajar atau melarang pelajar yang belum divaksin ke sekolah.

Kenyataan KPM ini mengelirukan. Semakin jelas pandangan mata aku yang kerajaan cuba jadikan orang yang tidak mahu divaksin sebagai fugitif dan dipersalahkan jika kes tidak turun, sekaligus tutup kelemahan kerajaan.

 

DR ASRI & DR RORA KESAMAAN DAN PERBEZAANNYA

 


NORMAN RADZUAN


Dr Asri dan Dr Rora walaupun mereka sependapat soal fiqh hadis dan sama hebat ilmu mereka tetapi soal pandangan politik mereka berbeza. Dr Rora lebih berprinsip... jika ada Ustaz2 Pas berdusta dia berani mengkritik secara terbuka.

Berbeza Dr Asri dia menjadi diam seribu bahasa. Kes Adib, judi dan lain2 dia seperti tidak berani langsung mengkritik pemimpin Pas yg kini menjadi Menteri.

Dr Asri menjadi rujukan kpd saya tentang isu perkauman dlm persepsi agama... tapi kenapa kini dia jauh berbeza. Sedih juga sb Dr Asri ini kira2 mcm idola atau guru saya. Tegur tetap kita tegur sb saya takkan taksub dgn sesiapa hingga tak berani hendak menegur.

Namun dlm bab hukum saya tetap merujuk kpd keduanya walaupun saya kurang enak dgn sikap Mufti Perlis tersebut. Saya asingkan antara pendirian politiknya dan ilmunya.

Pernah berbual sejam dgn kedua mereka. Dr Asri di pejabatnya di Perlis dan Dr Rora di sebuah Mall di Ipoh. Pemikiran keduanya kritis dan intelek.

Begitulah dgn figura ramai. Bab bersedekahnya sering mendapat pujian saya tetapi bab salah lakunya tetap saya tegur. Apatah lagi secara personal saya menerima begitu byk bukti cuma malas nak ulas di wall.

Saya kritik soal peribadi/pengurusan NGOnya tapi bab dia rajin turun padang bantu walaupun bukan duitnya saya tetap memujinya. Semua org patut lakukan seperti apa dia lakukan. Bagi saya dlm kita mengkritik jgn sampai membenci kesemuanya sb setiap manusia mesti ada sisi kebaikkannya.

Cuma saya selalu bertanya pada diri sendiri kenapa saya langsung tidak berminat menonton ceramah2 Ustaz Don dan Ustaz Dusuki. Entahlah saya rasa ada beberapa isu yg saya rasa mcm .....

Pernah sekali dua tgk ceramah Ustaz Don 3-4 tahun dulu... saya rasa lebih baik Ustaz Don mengajar bab baca Al Quran, Tajwid dan makhraj huruf yg betul cukup la. Bab tafsir Al Quran dan hadis ini biaq p bagi kat Dr Asri dan Dr Rora.

Bab kelakar Allahyarham Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Azhar Idrus sgt menghiburkan.

 

TAHNIAH!! - ANWAR IBRAHIM & PH - Daripada Nazri Aziz

HENTAM SELAGI BOLEH..CEROBOH SEMAHUNYA DEMI DUNIA


HAMZAH RIE NA


Membalak bersama ohlamak. Hancur khazanah alam mereka buat! Apa yg tinggal utk generasi akan datang bai?



 May be an image of outdoors, tree and text that says "Metro 16 hutan simpan kekal di Kelantan diceroboh BY BERNAMA DECEMBER 2020 AT 4:30 PM Kota Bharu: Sebanyak 16 daripada 37 Hutan Simpan Kekal (HSK) di Kelantan dikesan diceroboh pembalak haram bagi mendapatkan kayu bernilai tinggi sejak lima tahun lalu."

HEBAT MENTERI PAS YA....

 

UMNO TOLAK BERSAMA BERSATU, BERSATU SEDIA LANGGAR UMNO, PAS NAK IKUT MANA?

 

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, UMNO memang sudah memuktamadkan tidak mahu bersama atau bekerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Oleh kerana ketetapan tersebut telah dimuktamadkan oleh Perhimpunan Agung UMNO atau PAU, maka hanya melalui PAU saja ia boleh dibatalkan.

Dalam erti kata lain, selagi ketetapan itu tidak dibatalkan oleh PAU, selagi itulah keputusan tidak mahu bersama itu kekal berkuatkuasa.

Lebih mudah difahami, itulah juga sebenarnya ketetapan kepimpinan UMNO sekarang dalam isu hubungan dengan Bersatu dan dalam hal ini, sudah ramai pemimpin UMNO memberi penegasan demikian.

Selagi kepimpinan UMNO tidak berubah atau sekiranya PRU15 diadakan sebelum pemilihan UMNO yang bermakna Zahid Hamidi masih memimpin parti ketika itu, ertinya tiadakah kerjasama dengan Bersatu.

Mahu tidak mahu, sebagai parti sama-sama parti Melayu, UMNO dan Bersatu akan berlawan sesama sendiri dalam PRU15 nanti.

Dalam konteks yang sama, Bersatu juga memaklumkan mereka hanya akan bekerjasama dengan parti yang sealiran dengan mereka saja.

Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin berkata, sememangnya kerjasama parti di bawah PN yang membentuk kerajaan hari ini bersama-sama parti lain seperti UMNO tetap ada, namun kurang jelas hala tuju parti itu pada masa akan datang.

“Hubungan kita dengan parti-parti lain seperti UMNO dalam kerajaan sekarang memang ada di peringkat nasional dan negeri, cuma kita kurang jelas hala tuju ke depan sama ada UMNO akan terus bersama begini atau ada pilihan tersendiri, itu bukan hak saya untuk tentukan.

“Jika mereka sebahagian daripada kita, kita akan bekerjasama. Jika tidak, kita akan ‘langgar’ mereka pada PRU akan datang.

“Ini adalah prinsip kita yang mana saya rasa ia sememangnya diterima oleh semua ahli Bersatu,” tegas Mahiaddin lagi.

Apa yang menarik dalam hubungan UMNO dan Bersatu ini ialah tentang kedudukan sebuah lagi parti Melayu iaitu Pas.

Ketika sama-sama jadi pembangkang, Pas dan UMNO sedia mengenepikan segala perbezaan dan akhirnya bersepakat untuk mendepani PRU15 melalui Muafakat Nasional.

Tetapi, apabila kemudian PH tumbang dan UMNO serta Pas bersama-sama membentuk kerajaan PN yang dipimpin Mahiaddin, Pas tanpa pandang kiri kanan, barangkali hanya kerana kuasa sedang berada dalam tangan Bersatu, telah mengambil keputusan untuk menyertai gabungan PN.

Sejak bersama PN, Pas tidak lagi mengambil berat tentang Muafakat Nasional atau MN, malah mesyuarat bersama UMNO yang dulu kerap diadakan pun sudah mula diabaikan.

Tidak rasmi berpisah, hubungan Pas dan UMNO nyata sudah semakin menjauh sejak ia bersama PN yang ditunjangi Bersatu.

Namun sekarang, pusat kuasa yang dulunya ada pada Bersatu di mana Mahiaddin sebagai Perdana Menteri, telah pun berpindah kepada UMNO dengan Ismail Sabri Yaakob pula menjadi Perdana Menteri.

Lalu, ke mana cinta kasih Pas dalam PRU15 akan datang – kekal bersama PN atau akan rujuk balik kepada UMNO?

Pilihan bagi Pas kali ini ialah ia mesti memilih salah satu daripadanya untuk dipilih bagi dibersamai demi memastikan peluang kemenangan lebih cerah untuk digapai.

Demi kemenangan juga, Pas tidak boleh mengenepikan kedua-duanya dan tidak boleh pula memilih untuk tidur bersama keduanya dalam waktu yang sama kerana UMNO dan Pas boleh dikira sudah berkerat rotan dan berpatah arang hubungan sesama mereka. – 

ShahbudinHusin 27/09/2021.



PARLIMEN TEGANG! HISHAMMUDDIN HUSSEIN JANGAN JADI BARUA!



Rabu minggu lepas, YB Sembrong Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia akan mendapatkan pandangan China khususnya dalam aspek pertahanan berhubung pembentukan kerjasama tiga hala Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Ini telah menimbulkan kemarahan ramai kerana kenyataan itu seolah-olah memberi bayangan Malaysia sujud kepada China.

RENTASAN 975 | PANAS!!! OP CURIGA: 'ABANG BESAR' BERI AMARAN KEPADA MALA...



MENARIK DALAM RENTASAN 975
1. CHINA BESAR KEPALA SETELAH JADI ABANG BESAR 2. BANTAH DI PULAU PINANG, BANTAHLAH DI TERENGGANU 3. TAK PERLU TANYA ABANG BESAR DALAM ISU AUKUS 4. ADAKAH PULAU PINANG MILIK KEDAH?




ZURAIDA KATA KES ADIB DITUTUP!! PAS KENAPA DIAM? DULU WAKTU PH SAMPAI KE...

RASUAH ITU SUKA SAMA SUKA DAN IA TIDAK DIBAWAH HUDUD?

 




LIYANA MARZUKI

Ada politikus mengaku ulamak keluarkan dalil “Rasuah tu bukan mencuri. Ianya jadi sebab suka sama suka. Bukan bawah hudud pun.”.

Pengsan kita dengar! Sampai begitu sekali dalil yang keluar. Dulu dah lah keluar amanat sesat untuk kafir mengkafir sesama bangsa. Takkan kita lupa.

Harapnya jenis politikus ulamak macam ni cepat pupus. Kalau ada pun lagi jahanam negara dibuatnya.

Kita tengok jenis rasuah dan salah guna kuasa yang ada:

1. Macau Scam: tipu orang kampung, tipu orang pencen, sampai papa kedana. Ada yang bunuh diri.

2. Kartel daging: campur daging halal dan haram. Bagi umat Islam makan.

3. Kartel projek Kerajaan, RM3.4 billion projek, banyak yang dinaikkan kos untuk rasuah pegawai Kerajaan. Buang begitu saja hasil Kerajaan.

4. Projek Air Sabah, berjuta2 di rampas. Cuba tengokkan macam mana bekalan air di sana. Adakah bertambah baik?

5. Kartel IC- bagi bukan warganegara masuk sewenang2nya. Tambahkan kes jenayah sosial dalam negara.

Tengokkan lah, implikasi rasuah pada masyarakat. Kalau mencuri sardin, hukumnya potong tangan. Kalau rasuah di atas macam mana pula? Takkan la dibiarkan?

Pada saya, sikap tidak apa pemimpin dan orang agama terhadap rasuah ini lah punca utama. Dah jadi barah yang sukar dibendung.

Tengok la sekarang, sampai ada pegawai SPRM pun perangainya hampeh. Dirembatnya duit rampasan kes untuk hidup mewah.

Tapi di Malaysia, yang dispin dan dikompang, isu retorik bangsa dan agama. Ditunggang habis2an. Rasuah ini dinormalisasikan, macam dosa kecil dan tiada kesan.

Tujuannya satu, buat Rakyat pecah belah, hanya bergantung pada mereka. Dalam diam, mereka senang lenang merembat habuan dunia.

Selagi mana kita terbuai dengan retorik politik agama dan bangsa, dan terus menerus membela politik salah guna kuasa, sampai bila la Malaysia tak ke mana.

Ingat lah pesan Ibnu Khaldun, dalam Muqaddimah. Sejak dari zaman dulu kala, rasuah dan salah guna kuasa yang meranapkan empayar.

Tolaklah politikus musibat yang merompak negara. Mereka guna politik agama dan bangsa untuk senyapkan kita.

 

TAI CHI LEVEL TERTINGGI



LYIANA  MARZUKI


Ini namanya Tai Chi level tertinggi.

Zaman BN, diracunnya rakyat pasal Hudud. Habis dimurtadkan masyarakat. Sebab puak2 ni lah, Melayu pecah belah. Nak diarabkan semua orang.

Zaman PH, diracunnya Rakyat dengan isu judi, arak, Genting, Adib dan pakaian peramugari. Teruk buat Rakyat membenci.

Zaman dia jadi Kerajaan, apah pun tak jadi. Kilang arak lagu tu jugak, boleh jual masa PKP. La ni, judi dari 8 kali setahun dah jadi 22 kali.

Katanya Kerajaan Melayu Islam. Takkan hanya luaran, diukur dengan jumlah pemimpin pakai serban?

Dia cakap dia tak salah sebab dia tak berkuasa penuh. Ini paling lawak. Maknanya kalau PAS menang 2/3 kerusi Parlimen baru nak buat kerja Description: 😅

Thing is, tuan puan pikir. Boleh ke PAS berkuasa penuh? Berpijak la di bumi nyata. Kita bukan negara mono race. Melayu Islam hanya 52%.

Yang pasti, dah jadi Kerajaan habis dihancing segala janji.

Walaun masa dulu gah “bertakbir”…

Sekarang dah jem, last2 salahkan takdir…

#penunggang #hipokrasipolitik

 

LIVE: SAMBUTAN 23 TAHUN GERAKAN REFORMASI MALAM INI OLEH SDR EZAM NPR

 May be an image of 15 people, including Zukri Aksah, people standing and text that says "f LIVE 98 GERAK SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN KE 23 GERAKAN KEADILAN RAKYAT (GERAK) 27 ISNIN SEPTEMBER 2021 FACEBOOK: GERAKAN REFORMASI 98 GERAK PM RMASI UCAPAN OLEH: EZAM MOHD NOR"

KEJUTAN BUDAYA BILA MENDAPAT JAWATAN

 


May be an image of car


Sebab itu saya katakan jika hanya dua pilihan antara UMNO dan PAS saya akn pilih UMNO. Alasan pemimpin UMNO rompak wang rakyat tapi dia mampu menguruskan negara.

Tapi pemimpin PAS ini seperti kaduk naik junjung. Baru beberapa bulan jadi Menteri atau Timbalan Menteri sudah berlagak bawa Velfire. Boleh bawa janda rentas negeri, boleh nikah secara online dan ada yg bercerai secara online.

Hukum boleh bertukar tukar ikut tengkuk depa. Waktu Menteri Cina kurangkan perjudian waktu mereka judi semakin bertambah ok. Pusat judi dibuka ok. Kilang arak beroperasi ok.

Paling megejutkan rasuah pun jadi dihalalkan dgn dalil... tak masuk diakal. Semua tu asal mereka boleh terus kekal jadi Menteri. Kejutan budaya sungguh...

Tgk gambar dgn sombong langgar double line waktu jam. Sebab apa... mereka ingat baru jadi Tim Menteri dah boleh langgar semua peraturan. Gila punya kejutan budaya.

 

BANYAK KES LEBAI SONGSANG UNTUK DI KETENGAHKAN

 


May be an image of 1 person and text that says "malaysiakini Bukan mahu buka aib apatah lagi jadi hero- Firdaus "Bayangkan, kalau seorang agamawan A melakukan satu perkara terkutuk, lalu yang membawa isu ini adalah golongan liberal yang tak suka kepada Islam," kata pendakwah bebas itu. SEPTEMBER 26, 2021 AT 3:06 PM Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempertahankan tindakannya mendedahkar kontroversi salah laku yang didakwa melibatkan seorang pendakwah ternama."


Aku bukan sokong Ebit Lew. Orang yang ikut page aku pun tahu, aku memang skeptikal dengan para lebai sekalian. Aku tak sedikit pun ada keraguan yang Ebit boleh buat apa yang diperkatakan. Dia manusia, lelaki, sihat dan masih muda lagi. Dan memang syaitan suka orang macam ni.

Dan aku pun bukan marah orang yang dedahkan hal ini. Kalau benda jahat, kita kenalah beritahu orang awam supaya bilangan mangsa tidak bertambah. Tapi itupun kalau berita yang pastilah. Kalau tak pasti nanti takutnya jadi fitnah.

Cuma yang aku pelik, kenapa tiba-tiba kes Ebit Lew yang dipilih untuk dihighlight. Iyalah, berita lebai songsang ni bukan benda baru. Dah banyak. Mudir tahfiz meliwat pelajar pun kita selalu dengar. Ustaz yang konon pandai mengubat tapi gunakan proses mengubat untuk merogol pun ada.

Itu belum cerita ulama yang bermessenger dengan isteri orang siap tunjuk kemaluan. Ajak pulak perempuan tu pergi check in hotel untuk berzina. Yang aku pelik, masa kes-kes ini, yang hero-hero ini semua senyap. Tak ada bersuara langsung. Tapi bila tiba kes Ebit ni, rancak pulak dia.

Aku tak follow pun cerita Ebit ni. Tapi yang aku tahu katanya dia goda ikut WhatsApp. Aku tak pastilah kalau ada perbuatan berbentuk fizikal. Tapi fizikal atau tidak, goda isteri orang tu memang kerja salah. Kalau ikut filem P. Ramlee, sula je orang yang ganggu isteri orang ni.

Tapi yang aku persoal, kes ustaz liwat pelajar tahfiz, telah berlaku penetrasi. Tidak pula dia cakna. Masa tu tak pula kata kalau orang liberal yang bawa kes ini. Kenapa ekkk? Apa istimewa kes Ebit Lew berbanding kes liwat pelajar yang lebih besar itu?

Dan situlah persoalan aku. Bukan aku tak percaya Ebit Lew boleh buat benda terkutuk tu. Selagi dia bernama manusia, dia terdedah kepada dugaan syaitan. Kalau aku ada di tempat dia pun mungkin aku jadi macam dia. Aku sendiri tak berani nak kata aku takkan jadi seperti itu.

Cuma aku pelik kenapa kes ini yang dia bersungguh sungguh. Itu sahaja. Masa kes pelajar perempuan diugut rogol, dihina secara seksual oleh gurunya tak pula dia bersuara. Jadi aku sebenarnya lebih sangsi niat jenayah ini dibuka. Bukan sangsi ia benar. Tapi sangsi kalau pendedahan ini ikhlas.

Itu je...

Raja Gelap

.

 

Tak salah bermimpi. Siang hari pun okay. Janji mimpi...

 


May be an image of 6 people, headscarf and text that says "RMK12 " Purata pendapatan isi rumah dianggarkan sebanyak RM10,000 sebulan pada 2025.' YAB DATO' SRI ISMAIL SABRI YAAKOB PERDANA MENTERI #KeluargaMalaysia #RMK12 ismailsabri60"


Banyak perusahaan tutup, kadar pengangguran naik mendadak, gaji minimum RM1,200 sebulan pun tak tercapai, tiba-tiba nak pendapatan isi rumah purata sebulan RM10,000. Wow...

Masalah ekonomi tu satu hal. Yang jadi isu lebih besar, dengan sebegitu banyak masalah yang ada, tak kedengaran lagi pelan pemulihan yang mapan yang telah digariskan oleh kerajaan.

Sebab itu aku kata mimpi. Kalau bukan mimpi pun, menipu. Kenapa letak 2025? Supaya nanti bolehlah gosok cerita dongeng ini belakang pengundi bodoh untuk terus undi mereka.

Usah cerita 2025 la... Cerita yang dia, tiga bulan mendatang ini bagaimana mahu bantu rakyat survive. Itu dulu kemudian baru cerita yang jauh sikit. Baru nampak real.

Raja Gelap

 

JANGAN DENGAR NUSI. DIA SUKA MELAWAK DAN MENDAKWA YANG BUKAN BUKAN.DEMIKIANLAH NUSI

 


‘Pelik Sanusi, belanja rakyat bising, BN habis berjuta ringgit untuk ekspo, kenapa diam?’

Minggu lepas hangat diperkatakan dakwaan oleh Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengenai wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah berjumlah RM13 juta semasa Datuk Mukhriz Mahathir menjadi MB dipindahkan ke sebuah akaun bank di Kanada serta beg untuk kuih raya yang juga didakwa lebih mahal daripada isinya yang mencecah nilai hingga RM1.3 juta.

Menjawab dakwaan tersebut, Mukhriz telah mencabar Sanusi supaya membuat laporan polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan terbabit.

Terkini, dakwaan Sanusi diperjelaskan dengan panjang lebar oleh Mukhriz bahawa belanja besar waktu tersebut juga untuk membantu rakyat termasuk barisan hadapan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19.

“Sanusi mungkin tersilap kerana ketika itu adalah April 2020, bulan Ramadan dan tidak pernah menempah kuih raya sebanyak didakwa dan yang ditempah hanyalah kuih raya untuk diedarkan kepada kakitangan pejabat sahaja serta tidak sampai RM1.3 juta.

“Apa yang pejabat MB lakukan ketika itu ialah menyediakan beg bantuan barangan runcit untuk rakyat yang terkesan dengan Covid-19 semasa PKP 1.0 dan setiap beg bantuan bernilai RM35 serta setiap kawasan DUN diperuntukkan 1,000 beg.

“Kesemua 36 kawasan DUN menerima 36,000 beg bantuan termasuk kos penghantaran ke semua Pusat Khidmat Adun dan Penyelaras Dun di seluruh Kedah termasuk Langkawi,” ujar beliau melalui hantaran di Facebook Mukhriz Mahathir FC.

Manakala barangan runcit yang terdapat dalam setiap beg bantuan itu pula katanya mengandungi sebotol kordial, sekilogram beras pulut, dua kilogram tepung, dua kilogram gula pasir, sebotol minyak masak, sepaket kopi dan sebungkus bihun.

Selain itu jelasnya, beg ‘non-woven’ untuk mengisi barangan itu pula bernilai RM2.60 setiap satu dan sebanyak 36,000 beg digunakan untuk mengisi barang-barang dan bakinya disimpan di pejabat MB bagi kegunaan masa depan.

Ia kemudian di bawa ke mesyuarat Exco oleh pentadbiran baharu yang telah diluluskan pada November 2020 dan selesai pembayarannya, jelas Mukhriz.

Persoalan yang timbul, ujarnya, apakah ia satu kesalahan sekiranya pejabat MB ketika itu turut menyediakan makanan dua kali sehari kepada lebih 1,500 barisan hadapan Kedah bagi tempoh sebulan termasuk PDRM, RELA, ATM dan lain-lain agensi termasuk hospital yang turut menerima pek makanan tersebut.

“Sanusi berbangga dengan duit simpanan negeri Kedah yang kini berjumlah RM660 juta sedangkan sejak menjadi MB selama 17 bulan, hanya RM34.2 juta sahaja yang dibelanjakan untuk rakyat Kedah sedangkan perbelanjaan negeri-negeri lain telah pun mencecah ratusan juta ringgit. Maka, itu tidak hairanlah Kedah masih lagi berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

“Sanusi juga jangan berbangga apabila Zakat Kedah membelanjakan RM48 juta untuk bantuan kepada rakyat semasa pandemik kerana itu merupakan duit zakat yang asalnya adalah duit rakyat dan bukannya hasil kutipan kerajaan negeri.

“Pelik juga Sanusi, apabila orang berbelanja untuk rakyat dia bising, sedangkan pada tahun 2018 dahulu, semasa BN berbelanja berjuta-juta untuk penganjuran Ekspo Muafakat Kedah, beliau tidak pula bising, kenapa agaknya?,” soal Mukhriz lagi.

APA PUN ALASA..IANYA ADALAH PEMBOHONGAN YANG NYATA- KALAU DAH MENIKAH HARAM, MANA NAK JADI

 


RUU355: Timbalan Menteri Pas kata jangan ingat bila kahwin esok, terus dapat anak



RUU355: Timbalan Menteri Pas kata jangan ingat bila kahwin esok, terus dapat anak



Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 akan dibentangkan mengikut peringkat.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat tahap yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu, sebelum rang undang-undang (RUU) pindaan akta tersebut dibawa ke Parlimen.

“Bila dibawa ke Parlimen, itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan. Kemudian ia dibaca sampai jadi perundangan.

“Hukum-hakam ini wajib, bukan sunat. Kita mesti laksanakan undang-undang mengikut tahap.

“Jadi semua rantaian ini adalah pelaksanaan Islam. Sebagaimana seseorang itu kahwin, jangan pula kita sebut bila kahwin esok, kita hendak anak terus, dapat anak baru kahwin. Tidak, ia ada proses.

“Sama seperti RUU ini apabila Perdana Menteri kata akan dibawa ke Parlimen, itu adalah pelaksanaan Islam,” katanya dalam wawancara disiarkan Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanyakan sama ada RUU 355 mampu dilaksana sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dalam masa sama, Nik Zawawi yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II berkata, tahap pelaksanaan RUU 355 juga terserah kepada Allah.

“Insya-Allah kita akan buat satu program yang besar supaya kita mampu menerangkan kepada masyarakat majmuk.

“Itu pelaksanaan Islam, kita buat langkah demi langkah, jadi tahap mana yang kita mampu laksanakan sehingga PRU, kita serah kepada Allah,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan pada 14 September lalu memaklumkan cadangan meminda Akta 355 masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa siri mesyuarat telah diadakan sepanjang 2020 dan tahun ini.

Siri mesyuarat itu melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI).

Menurut Perdana Menteri, perbincangan itu melihat dari pelbagai aspek khususnya Perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak agar RUU 355 tersebut lebih komprehensif dan seterusnya dapat memperkasa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

“Bagi meningkatkan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah pula, kerajaaan juga sedang mempergiat usaha untuk mendraf Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 (RUU 355).

“Setelah RUU 355 dimuktamadkan kelak, RUU 355 tersebut akan dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil,” katanya dalam jawapan kepada pertanyaan lisan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.

Sebelum ini, isu RUU 355 dilihat menjadi senjata politik Pas dalam menyerang PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) termasuk aksi himpunan mega Pas di Padang Merbok di ibu negara pada 18 Februari 2017.

Bahkan, pernah seorang ketua kawasan Pas di Kedah dalam kuliah agamanya membawakan contoh, jika Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ketika itu Presiden PKR, tidak bersetuju dengan RUU 355 dalam pengundian di Parlimen, “dan selepas itu Kak Wan meninggal dunia, jasadnya kami kebumikan di jirat (perkuburan bukan Islam)”.

Walau bagaimanapun, beberapa kali usul berkaitan pindaan akta berkenaan dibawa Presiden Pas dalam sidang Parlimen tetapi tidak sempat dibahaskan.

Cadangan meminda Akta 355 diusulkan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016.

Beliau mencadangkan hukuman mengikut hukum syarak kecuali hukuman mati tetapi kemudian ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat berikutnya.

Pada 24 November 2016 pula, Hadi mengemukakan pindaan kepada usul pertama dibuat pada 26 Mei dengan mencadangkan hukuman denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebat 100 kali serta pindaan usul itu ditangguhkan.

Selanjutnya, pada 6 Mei 2017, usul itu dicadangkan semula dengan lebih mendalam Ahli Parlimen Marang dan diperjelaskan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan tetapi tidak dibahaskan kerana Dewan Rakyat menangguhkan usul itu untuk dibahaskan ke persidangan berikutnya.

Semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) tahun lalu, persoalan mengenai RUU 355 sekali lagi dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.

Pada 22 Julai 2020, dalam soalan lisan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom mengenai status pindaan Akta 355, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu, Ahmad Marzuk Shaary, memaklumkan ia memerlukan pertimbangan dan penelitian menyeluruh agar tidak bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam masa, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Dewan Rakyat pada 10 Ogos tahun lalu ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berharap, pindaan RUU 355 akan dapat direalisasikan sebelum beliau mati.

Hingga kini RUU 355 belum dibahaskan.

SEMOGA KALAH DAN DISAMAN AKIBAT MEMFITNAH.

 


MOHD MUKHLIS


Tengok ayat pun dah tahu fake, macam mana Mokhtar Dup ini boleh dapat title tuan guru? Benda ini patut straight forward, jenuh la tarsenik nak buktikan yang benda ini tak fitnah. Tabung milo dah siap-siap belum? Baik kutip dulu sementara Un pajak akal baru masuk gaji.

Takburrr

 



DIMANAKAH PIHAK BERWAJIB MEMBANTU INSAN INI ? PEMIMPIN AGAMA ..AHLI ULAMAK..PIMPINAN POLITIK...APAKAH NEGARA KITA SUDAH MUFLIS ?

 

JIKA ANDA  BOLEH MELIHAT RAKYAT DALAM NEGARA ANDA BEGINI..MAKA ANDA ADALAH PEMIMPIN YANG AMAT LEMAH



Hanya Beralaskan Kotak, Ibu Leka Timang Anak Bawah Jejantas Undang Sebak..







Kebahagian seseorang itu bukanlah terletak pada kekayaan ataupun kesenangan di dunia semata-mata. Apa yang lebih penting ialah hubungan kekeluargaan yang kekal utuh walau apa jua keadaan sekalipun. Tular di media sosial dua gambar yang memaparkan seorang gelandangan wanita sedang bergurau dengan anaknya di bawah jejantas dengan hanya beralaskan kotak.

Walaupun tidak dikurniakan harta berjuta, mereka mampu hidup bahagia dalam dunia mereka sendiri. Kereta yang bertali arus tidak dihiraukan seolah-olah ianya tidak wujud. Gambar tersebut sedikit sebanyak telah menyentuh hati netizen.

Rata-ratanya mengambil ia sebagai satu iktibar agar sentiasa memberikan kasih-sayang yang terbaik kepada anak-anak walaupun hidup serba kesusahan mahupun sibuk dalam mencari rezeki.

Sumber:cempedakchess



SITTAH TOBAT LAHOM-LEN KALI NAK BUKA AGAMA BARU KENA KURSUS DENGAN PENYOKONG PARTI EHEM EHEM- PUAK NI PAGANG KUNCI SYORGA

 May be an image of 1 person, headscarf and text that says "1:26 sinar harian All Posts People Groups Events Pho Sinar Sinar Harian was live. 2hrs … [LIVE] Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) Puan Masitah Ab Jalar, Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, lapor wartawan Sinar Harian, Farina Rauf dan jurukamera Yusrizal Yusuf. Sinar 2.3K 2.5K Comments 787 Shares Haha Comment Share"

ADA LAGI OKTOBERFEST RUPANYA

 May be an image of 1 person and text that says "10 MUGS DRAUGHT BEER RM 100 ©OSEFROM3 TIGER HEINEKEN GUINNESS Factory 57 Bar Bistro OKTOBERFEST 2021 RM100 for you think you can drink ? Sinar mugs DRAUGHT BEER PROMO ON ស TIGER HEINEKEN GUINNESS (While stock last) Anwar Ibrahim PM RAKYAT day long!! OPEN 12pm to 9pm daily Kenapa tak tutup kedai arak? free o CALL 088- 436121 or WHATSAPP for reservation PASdiamkitaON Y 26 EPTEMBER 2018 17:08 oktoberfest2021 KUALA LUMPUR Pas membidas #achillingplaceforeveryone #strictlyfollowSOP kenyataan Menteri Wilayah, Khalid #kitajagakita Samad berkenaan cadangan RUPANYA ADA LAGI OCTOBERFEST WALAU PAS DALAM KERAJAAN. INGAT TUTUP HABIS DAH KILANG"