Sesuap bubur nasi buat ahli Bersatu…


Bersatu yang menguasai kerajaan selama 17 bulan, memberi laluan yang amat mudah untuk Umno kembali berkuasa.

Peralihan kuasa bukan saja mengecewakan akar umbi Bersatu, tetapi turut menimbulkan banyak persoalan, susulan kejutan demi kejutan yang melanda parti serpihan Umno itu sehingga memaksa presidennya Muhyiddin Yassin letak jawatan satu minggu lalu.



Ramai kalangan pemerhati yang bertanya (secara sinis) apakah masalah kesihatan mental yang banyak menyerang rakyat kerana terjejas oleh Covid-19, turut menimpa kalangan pemimpin Bersatu? Sehinggakan keputusan-keputusan yang diambil pucuk pimpinan parti itu jauh terpesong daripada objektif asal, dan matlamat penubuhan Bersatu sendiri.

Dalam tempoh yang cukup singkat, Bersatu kehilangan jawatan Perdana Menteri yang amat bernilai buat parti itu.

Kehilangan itu satu tamparan yang amat hebat kepada sebuah parti yang “kecil” dari segi bilangan ahli tetapi berkuasa besar, kerana dipimpin dua perdana menteri (Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin).

Namun, dalam sekelip mata, Bersatu bukan sahaja hilang status, kini asas perjuangannya yang mendapat sokongan rakyat pada PRU lalu juga melayang hilang entah ke mana.

Hilang hala tuju

Bersatu, ditubuhkan selepas Muhyuddin dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan juga Umno oleh Najib Razak pada 2016.

Ketika itu, isu 1MDB hangat diperkatakan. Bersatu didirikan oleh Muhyiddin dan Mahathir atas asas ‘melawan’ ketidakadilan, rasuah, ketirisan, dan keborosan.

Kempen Bersatu pada PRU-14 yang ditunjangi Mahathir, Muhyiddin, dan pemimpin lain bersandarkan isu-isu rasuah dan penyelewengan. Mereka bersama Pakatan Harapan turut menuntut pemansuhan akta-akta yang menekan aspirasi rakyat untuk perubahan dan pembaharuan.

Bersatu menampilkan diri sebagai parti seiring dengan denyut jantung rakyat, malah menyokong (dan memperolehi sokongan) gerakan pro-pembaharuan Bersih 5.0.

Tetapi lain ceritanya hari ini.

Selepas menerajui kerajaan campuran yang dinamakan Perikatan Nasional (PN) selama lebih 17 bulan, Muhyiddin akhirnya tersungkur kerana ‘lupa’ atau ‘buat lupa’ segala janji yang diberikan Bersatu kepada rakyat semasa PRU-14.

Beliau meminggirkan Parlimen, malah menutup institusi itu dengan memperalatkan Ordinan Darurat dan enggan melaksanakan pembaharuan-pembaharuan asas yang disokongnya sebelum ini.

Susulan Langkah Sheraton pada Februari tahun lalu, Bersatu pimpinan Muhyiddin hilang fokus dan hala tuju, justeru hilang sokongan rakyat.

Sebaliknya, tempoh 17 bulan itu banyak diguna untuk ‘bersilat’ dengan musuh-musuh dalam selimut, khususnya Umno yang akhirnya menarik balik sokongan kepadanya, sekali gus menjatuhkan beliau dan kerajaannya.

Tidak menghairankan, apabila ramai berpendapat bahawa Muhyiddin dan gerombolan pemimpinnya dalam Bersatu sudah hilang pedoman dan keupayaan untuk memerintah negara.

Kini, pemimpin Umno kembali menjadi perdana menteri, dalam keadaan Bersatu ‘sesat’ dan mungkin sengaja ‘disesatkan’. Hala tujunya tidak pasti ke mana. Yang pasti Bersatu sudah jauh tergelincir landasan perjuangan asal. Destinasi dan masa depannya juga amat kabur apa lagi dalam cuaca politik yang sukar, berubah-ubah, dan samar.

Strategi 7 perkara

Dua hari sebelum terpaksa meletak jawatan, Muhyiddin, dalam keadaan terdesak, mengajak pembangkang bekerjasama dengannya untuk menukar corak perlembagaan negara. Tawaran itu sesuatu yang tidak dijangka dan di luar pengetahuan ramai, termasuk ahli Jemaah Menteri beliau sendiri.

Tujuh perkara yang diutarakannya, berlandaskan reformasi yang agak radikal bagi ahli politik menerimanya.

Antara lain ia melibatkan hak mengundi automatik untuk mereka bawah umur 18 tahun, undang-undang mencegah wakil rakyat lompat parti, peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen pembangkang dan seseorang tidak boleh menjadi Perdana Menteri lebih daripada dua penggal.

Untuk merealisasikan semua tujuh perkara itu, Perlembagaan perlu dipinda dengan sokongan undi 2/3 di Parlimen, sesuatu yang Muhyiddin tidak punya. Justeru, beliau meminta sokongan Ahli Parlimen pembangkang.

Malangnya, tawaran Muhyiddin itu seharusnya dibentang di Dewan Rakyat, tetapi beliau sendiri yang memilih untuk menutup Parlimen. Ini mengecilkan fungsi Parlimen dan wakil rakyat.

Muhyiddin membuat tawaran itu ketika kemarahan Ahli Parlimen dan rakyat kepada pentadbirannya semakin memuncak. Justeru, tawaran ‘7 perkara’ oleh Perdana Menteri ketika itu hanya menambah rasa marah itu.

Ringkasnya, Muhyiddin silap pilih masa dan keadaan dalam membuat tawaran itu. Mungkin juga silap cara berkomunikasi yang lagaknya seperti tidak tulus dan tidak ikhlas.

Sekiranya pihak pembangkang bersetuju dengan cadangan tersebut, beliau akan memperolehi undi kepercayaan secukupnya untuk terus memegang jawatan Perdana Menteri.

Apakah resolusi 7 perkara itu mempunyai ‘udang besar di sebalik batu’ seperti mana Langkah Sheraton yang terkenal dulu? Tiada siapa yang tahu.

Apa pun, tawaran 7 perkara itu menyerlahkan siri kesilapan Muhyiddin dan Bersatu. Corak kepimpinan yang tidak nyata, falsafah parti yang kabur, dan langkah-langkah sumbang yang tidak mengambil kira naluri rakyat, akhirnya membawa padah kepada Muhyiddin dan Bersatu.

Walaupun tawaran 7 perkara oleh Muhyiddin mungkin murni dan hasil perubahan Perlembagaan tersebut berupaya membawa Malaysia ke era baru, ucapan beliau itu lemah dan tidak meyakinkan.

Dalam ucapan itu, beliau menyebut tekanan ke atasnya untuk mencampuri urusan mahkamah terhadap mereka yang diheret ke muka pengadilan. Apakah Muhyiddin tidak menjangka perkara sebegitu akan terjadi dan digunakan sebagai senjata politik?

Yang aneh, beliau sendiri belum memperjelaskan rekodnya sendiri dalam menawarkan jawatan GLC dan Jemaah Menteri kepada Ahli Parlimen untuk meraih sokongan. Juga tidak ada penjelasan mengenai audio suara miripnya bahawa jawatan-jawatan kerajaan boleh ditawarkan kepada Ahli Parlimen untuk meperolehi sokongan bagi membentuk kerajaan baharu (in the scheme of things)?

Persoalan yang timbul ialah kenapa Muhyiddin menunggu 17 bulan untuk menawarkan 7 perkara berkenaan? Kenapa tidak satu tahun atau enam bulan yang lalu, sebelum beliau menutup rapat pintu Parlimen?

Retorik politik

Persoalan pokoknya, apakah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri mahupun presiden Bersatu, benar-benar percaya kepada kenyataan yang beliau sendiri luahkan?

Atau ianya sekadar gimik politik yang ditulis untuk mengabui mata pembangkang dan memecahbelahkan mereka, supaya ada pihak (seperti beberapa kerat dalam DAP) yang benar-benar percaya dan memihak kepadanya?

Sekiranya beliau dan ahli Bersatu benar-benar percaya kepada tujuh perkara yang dicadangkan itu, kenapa tidak dicadangkan dari dulu lagi sewaktu dia mula-mula memegang jawatan Perdana Menteri.

Persoalan sama juga harus dimajukan kepada Umno, PAS, dan sekutu yang lain dalam Perikatan Nasional. Kenapa tidak jadikannya 7 perkara itu agenda nasional untuk memperkasakan Perlembagaan?

Sekiranya Muhyiddin benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan 7 perkara tersebut dan percaya bahawa ia akan memberi faedah besar kepada rakyat dan negara amnya, maka ianya mestilah didokongi oleh semua pihak yang terlibat dalam politik tanah air termasuk Bersatu sendiri.

Ini juga harus dijadikan ‘mantra’ Bersatu dan asas utama perjuangan Bersatu. Ia harus menjadi doktrin parti dan didokong semua ahli. Asas perjuangan ini akan memperkuatkan nadi dan nurani Bersatu, sebuah parti yang ditubuhkan untuk menghapuskan rasuah dan penyelewengan berleluasa.

Perjuangan anti-rasuah ini berupaya mengembalikan Bersatu kepada hala tuju yang amat positif dan mampu meraih sokongan merentasi kaum.

Tujuh perkara ini akan membezakan Bersatu daripada Umno. Dengan matlamat jelas untuk kesejahteraan negara dan rakyat, Bersatu berupaya diterima oleh lebih ramai masyarakat berbanding Umno atau PAS.

Tetapi malangnya, ucapan Muhyiddin nampaknya tidak lebih dari retorik politik yang diutarakan sewaktu beliau dalam keadaan terdesak dan diambang kejatuhan. Muhyiddin dan Bersatu senyap membisu mengenai keperluan menjadikan 7 perkara itu realiti dan asas perjuangan parti.

Rumusannya, tawaran 7 perkara itu diangkat oleh Muhyiddin sebagai senjata politik untuk menyelamatkan diri, bukan untuk menyelamatkan negara. Apabila beliau jatuh, Muhyiddin dan Bersatu ‘lupa’ terus akan pentingnya tawaran itu terus diperjuangkan, apa lagi kerana Bersatu masih ada kuasa utama dalam pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

Ini bermakna, sehingga ini perjuangan Bersatu semakin tidak jelas. Apa tujuan parti ini sebenarnya? Untuk berkuasa? Apakah asas-asas perjuangan yang mahu ditegakkan? Apakah perancangan untuk rakyat dan negara tercinta?

Sekiranya tidak ada, ramai pihak yang mencadangkan supaya Bersatu dibubarkan saja terus. Semua ketua dan ahli boleh masuk atau kembali kepada Umno.

Sekarang pun mereka bekerjasama dan menyokong Umno untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Jawatan Perdana Menteri diserahkan kepada Umno dengan begitu mudah tanpa sebarang perdebatan dalam Bersatu itu sendiri.

Kalau dulu, Umno terpaksa mengikut telunjuk Bersatu, sekarang Bersatu mesti mengikut telunjuk Umno. Ini realiti politik baharu susulan kejatuhan Muhyiddin dan naiknya Ismail.

Selepas Muhyiddin tunduk kepada tekanan Umno untuk meletakkan jawatan, Bersatu bertukar menjadi ‘pak turut’ dengan kembali menyokong Umno untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Inilah permainan kuasa politik yang agak aneh dan mengelirukan ramai ahli Bersatu dan rakyat amnya.

Dalam keghairahan untuk mengekalkan kuasa, Bersatu membelakangkan kepentingan rakyat dan pengundi. Akhirnya Bersatu kecundang kepada nafsu politiknya sendiri, sekali gus kehilangan bukan saja jawatan perdana menteri, tetapi juga hala tuju, matlamat perjuangan, dan paling penting sokongan rakyat.

Nasi sudah menjadi bubur. Tetapi apabila lapar, terpaksa disuapi jua.

Inikah perjuangan ahli-ahli Bersatu?

INGATAN MESRA UNTUK PAK LONG MAIL

 


Kes mahkamah Zahid Hamidi, Najib cabaran utama menanti PM


Sebaik mula memasuki pejabat Perdana Menteri hari ini, beberapa cabaran telah pun siap terhidang untuk membuatkan Ismail Sabri Yaakob mula pening kepala memikirkannya.

Selain menguruskan pandemik Covid-19 yang diharapkan rakyat pendekatannya berbeza dengan Mahiaddin Md Yasin dulu, ia juga adalah cabaran yang tentu saja tidak mudah dihadapi oleh Ismail Sabri yang merupakan sebahagian pasukan kerajaan gagal sebelum ini.

Kesan paling ketara jika pandemik ini gagal ditangani bukan saja menimpa Ismail Sabri selaku Perdana Menteri, tetapi juga kepada Umno, parti yang menaungi perjuangan beliau.

Sebelum ini, ketika Mahiaddin mengetuai kerajaan, Umno khususnya melalui kritikan yang dilakukan oleh Zahid Hamidi dan Najib Razak terhadap kegagalan menangani wabak tersebut, mereka sentiasa saja menyalahkan Perdana Menteri 100 peratus berkenaan dengannya.

Bagi mereka, oleh kerana Perdana Menteri datang daripada Bersatu, Umno tidak boleh dikaitkan sama sekali dengan kegagalan itu.

Namun, dengan sekarang Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, kegagalan kerajaan membawa khabar gembira buat rakyat dalam mendepani wabak tersebut, Umno bukan saja tidak boleh mengelak lagi, bahkan ia juga akan memberi kesan kepada PRU-15 akan datang.

Menyalahkan Ismail

Tidak mustahil selepas ini ada pemimpin Bersatu yang akan lantang bersuara menyalahkan Ismail Sabri dan Umno secara terbuka untuk membalas dendam perlakuan Zahid Hamidi dan Najib sebelum ini.

Cabaran seterusnya ialah untuk membentuk barisan Kabinet yang dapat diterima baik oleh rakyat, seterusnya menjadikan sama ada kepimpinan beliau diterima atau sebaliknya.

Jika ada pembaharuan dalam wajah barisan Kabinetnya, mungkin dengannya ada peluang untuk beliau meraih sedikit kepercayan, tetapi jika sebahagian besar menteri gagal dan tidak berfungsi sebelum ini terus dikekalkan lagi, tentulah padah besar bakal menunggunya.

Mengekalkan menteri-menteri gagal atau wajah lapuk yang penuh kontroversi sebagai anggota pasukannya dalam Kabinet hanya bererti Ismail Sabri sengaja menempah jalan sukar buatnya.

Lebih sukar dalam hal ini kerana pilihan Ismail Sabri juga amat terhad disebabkan Ahli Parlimen dan parti yang menyokongnya adalah sama dengan mereka yang menyokong Mahiaddin sebelumnya.

Kecaman rakyat

Kesukaran lain yang bakal dihadapi Ismail Sabri ialah sama ada harus mengekalkan jumlah 74 menteri dan timbalan menteri yang dilantik Mahiaddin atau bertindak mengecilkannya.

Mengekalkan jumlah tersebut pasti menimbulkan kecaman rakyat yang perlu meneruskan kehidupan susah di tengah-tengah pandemik Covid-19 serta memberi tanggapan beliau cenderung meneruskan amalan “scheme of things” Mahiaddin.

Tambahan lagi, ramai menteri dan timbalan menteri lantikan Mahiaddin dilihat tidak berfunsgi, tidak bekerja dan hanya makan gaji buta semata-mata. Adakah mereka mahu dikekalkan juga?

Mengurangkan atau menggugurkan mana-mana menteri dan timbalan menteri sebelum ini tentu pula akan memungkinkan mereka merajuk dan jauh hati, lalu mengalih sokongan, seterusnya merisikokan jawatan Perdana Menteri dalam undi percaya di Parlimen.

Tetapi, cabaran paling besar yang menjadi perhatian rakyat ialah kes mahkamah melibatkan beberapa pemimpin Umno, khususnya Zahid Hamidi dan Najib.

Jika mereka dibebaskan, rakyat pasti akan menuduh adanya campur tangan beliau dalam perkara itu dan sebagai membalas budi kerana menyokong pencalonannya sebagai Perdana Menteri.

Kecaman ini bukan saja akan datang daripada pelbagai kelompok rakyat dalam negara, bahkan juga oleh masyarakat antarabangsa.

Tambahan lagi ada kes melibatkan Zahid Hamidi dan Najib itu agak “straight forward” sifatnya dengan kesalahan yang sangat jelas telah dilakukan.

Kiranya Zahid Hamidi dan Najib tersangkut dalam kes yang sedang mereka hadapi, kemarahan kedua-dua pemimpin berkenaan beserta penyokongnya terhadap Perdana Menteri sudah pasti mencetuskan pergolakan yang bukan sedikit dalam Umno.

Ismail Sabri sendiri, jika tidak cermat dan tiada persiapan untuk berdepan dengannya, silap-silap boleh terpelanting pula dibuatnya.

Barangkali, ketika itu nanti, sebagaimana dialami Mahiaddin sehingga kejatuhannya, itulah yang akan menimpa Ismail Sabri.

Namun, jika Ismail Sabri siap sedia dengan segala perisai secukupnya, agar kelangsungan karier masa depannya tidak banyak gangguan dengan ugutan serta halangan, memastikan Zahid Hamidi dan Najib mendiami penjara untuk tempoh beberapa lama adalah jalan paling selamat buatnya.


JANGAN LA KUTUK DIA...PAK LEBAI SOLAT SUNAT BOH NO AKAUN OK JA....BAGI LA DIA NAK GLAMOUR UNTUK CALON PRU 15

Pemuda Pas tayang kerja amal dikritik selepas sindir #Lawan

Khairul Nadzir

Ketua Pemuda Pas Kawasan Bangi, Khairul Nadzir Helmi Azhar dihujani kritikan warganet selepas dilihat sempat menyindir #Lawan ketika ‘menayang’ kerja-kerja amal sayap parti itu.

“Cara budak-budak muda Pas #lawan. Kau ada?” sinisnya atas nama @khairul_nadzir di Twitter hari ini.

Dia turut berkongsikan empat gambar menunjukkan sekumpulan anak muda berpakaian Unit Amal Malaysia dan Briged Amal sedang membersihkan kawasan laluan air yang dipenuhi sisa kayu.

Khairul Nadzir bagaimanapun tidak menyatakan lokasi tersebut tetapi dipercayai di sekitar Yan yang baru-baru ini dilanda tragedi kepala air dari puncak Gunung Jerai.

APA KATA BAGI HADI JADI TPM..TAPI JANGAN BAGI DIA BUAT PC...TAKUT TANYA LAIN DIA JAWAB LAIN...KAH..KAH...

 

Jangan hidupkan semula kerajaan PN, ia sudah jatuh bersama Mahiaddin


WEEYYY ...JANGAN LA BAGI PAK LONG MAIL PENING KEPALA...SABAR SABAR LA NAK JAWATAN PUN....

 

Mesyuarat MKT ditangguh lagi, ahli MKT bimbang Ismail umum Kabinet tanpa bincang dengan pimpinan parti, kata sumber



Menurut sumber, sebelum ini Ismail Sabri Yaakob meminta mesyuarat MKT yang dijadualkan Sabtu lalu turut ditangguhkan.

PETALING JAYA: Kalangan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dikatakan “resah” dengan tindakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meminta mesyuarat MKT malam ini ditangguhkan sekali lagi dan bimbang beliau akan mengikut telunjuk Bersatu dalam menamakan barisan Kabinetnya.

Sumber dalaman Umno berkata, Ismail dikatakan mahu mesyuarat MKT ditangguhkan pada Khamis, iaitu sehari selepas beliau dijangka mengumumkan Jemaah Menteri pentadbirannya.

Menurut beliau, sebelum ini Ismail meminta mesyuarat MKT yang dijadualkan Sabtu lalu turut ditangguhkan.

Menurut sumber itu, kalangan MKT “amat bimbang” Ismail akan mengikut kehendak Bersatu dengan menamakan Azmin Ali sebagai timbalan perdana menteri.

“Kebimbangan besar Umno ialah Azmin disebut-sebut calon yang dipersetujui oleh Bersatu sebagai timbalan perdana menteri,” kata sumber itu.

Beliau berkata, kalangan MKT tidak akan bersetuju jika Ismail memilih Azmin, sebaliknya mahu jawatan nombor dua itu dikosongkan seperti mana dibuat oleh Muhyiddin Yassin apabila beliau membentuk kerajaan tahun lalu.

Hanya pada Julai lalu, Muhyiddin melantik Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

Sumber itu berkata, jika Ismail bertindak mengikut kehendak Bersatu dan melantik Azmin sebagai timbalannya, MKT bimbang Ismail menjadi perdana menteri boneka “seperti lembu dicucuk hidung” parti pimpinan Muhyiddin itu.

“Jika Azmin dilantik TPM ia akan membawa imej buruk kepada kerajaan baharu bawah Ismail…dan Umno sekali lagi akan terpalit seperti mana dengan imej ‘Kerajaan Gagal’ bawah Muhyiddin,” katanya.

“Lagi pun dalam mesyuarat MKT sebelum ini sudah diputuskan dengan jelas bahawa kerajaan baru ini mestilah tidak dilihat sebagai kerajaan Perikatan Nasional (PN) 2.0. Ini tugas berat kepada Ismail (iaitu) sama ada dia ikut pandangan parti atau ikut telunjuk Muhyiddin,” katanya.

Menurut sumber itu, kalangan MKT dan ketua bahagian Umno juga tidak mahu Ismail melantik beberapa pemimpin parti yang disifatkan “kontrovesi” dengan pendirian tertentu yang diambil mereka sebelum ini dalam hubungan antara Umno dan Bersatu.

Antara lain, beliau menamakan Annuar Musa, Shahidan Kassim, Nazri Aziz, Mahadzir Khalid, Hishammuddin Hussein, Tajuddin Abdul Rahman dan Ismail Mohamed Said.

Pembangkang gagal bersikap seperti pembangkang

 

Robin Augustin
 -

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Seorang penganalisis berkata, pimpinan pakatan pembangkang sepatutnya tidak dilihat sebagai ‘hak eksklusif’ Anwar Ibrahim atau Shafie Apdal.

PETALING JAYA: Masalah utama Pakatan Harapan (PH) ialah gagal menunjukkan mereka sebagai pilihan alternatif yang lebih baik, kata penganalisis politik berikutan kegagalan terbaharu gabungan itu untuk kembali berkuasa.

Wong Chin Huat berkata, pakatan pembangkang sering terperangkap dengan dakwaan Anwar Ibrahim atau Shafie Apdal bahawa mereka “mempunyai angka” walaupun Umno atau Gabungan Parti Sarawak tidak menyokong salah seorang daripada mereka untuk menjadi perdana menteri.

Katanya, ramai penyokong pembangkang cenderung mempercayai “cerita dongeng” yang dinyatakan pemimpin pembangkang kerana mereka takut PH tidak dapat memenangi pilihan raya umum akan datang dan mesti merebut kembali kerajaan bagi menikmati kelebihan sebagai penyandang jawatan dan meningkatkan peluang mereka.

“Adalah tragis apabila ramai pemimpin pembangkang masih ‘berusaha’ untuk mengembalikan mandat yang mereka terima pada PRU14 ketika kita sudah hampir dengan PRU15,” kata beliau.

Wong berkata, PH telah membazirkan 17 bulan ketika pemerintahan Muhyiddin Yassin setelah gagal menonjolkan diri sebagai kerajaan menanti walaupun memiliki ramai Ahli Parlimen yang berfikir sebagai pembuat dasar, termasuk bekas menteri dan timbalan menteri.

Beliau menambah, negeri yang dikuasai PH dapat menunjukkan bagaimana mereka menangani wabak dengan lebih baik, terutama di Selangor yang memiliki sumber untuk melakukannya walaupun terdapat kekangan struktur daripada peringkat pusat.

“Ketika pesakit Covid-19 dibiarkan tidur di kerusi atau lantai di hospital kerajaan di Selangor, itu bukan hanya kegagalan kerajaan pusat, tetapi juga kurangnya imaginasi dan usaha kerajaan negeri untuk menonjolkan diri sebagai satu alternatif.

“Adakah Selangor tidak mempunyai wang untuk membangunkan beberapa hospital modular dan melantik doktor dan jururawat tambahan untuk menangani isu pesakit yang ramai?” katanya.

Saranan untuk Jemaah Menteri bayangan diabaikan

Beliau berkata, tuntutan masyarakat dan kritikan terhadap PH supaya mereka mewujudkan barisan Jemaah Menteri bayangan diketepikan dengan pelbagai alasan.

Wong berkata, pimpinan pakatan pembangkang sepatutnya tidak dilihat sebagai “hak eksklusif” Anwar atau Shafie.

Tetapi buat masa ini, cabaran kepimpinan dapat diselesaikan dengan baik oleh Anwar dan Shafie yang berusaha mengatur barisan Jemaah Menteri bayangan masing-masing, dan meminta semua Ahli Parlimen memilih pasukan terbaik.

“Oleh kerana kedua-dua barisan itu mungkin melibatkan ramai Ahli Parlimen kanan daripada semua parti, kewujudan pertindihan akan membuatkan kem pembangkang boleh bersama selepas undian dilakukan,” tambah beliau.

Felo Majlis Profesor Jeniri Amir berkata, PH akan bergelut mendapatkan sokongan orang Melayu-Bumiputera selagi DAP berada dalam pakatan pembangkang kerana parti itu dilihat lebih dominan.

“Saya tidak fikir PH dapat melakukan perubahan kepimpinan sekarang dengan PRU15 yang tidak lama lagi akan diadakan. Mengemukakan muka baharu semestinya membantu pakatan pembangkang.

“Tetapi saya rasa apa yang penting bagi DAP mempunyai kepelbagaian dalam tampuk pimpinan, sebaliknya ia akan menjadi sukar kepada PH untuk memenangi undi daripada orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.

TAK PAYAH LA TERIMA...BAGI SAJA YANG ADA DALAM KERAJAAN MELAYU SONGLAP KLEPTIKRAT URUSKAN...PALING LAMA 8 BULAN.

 

Pemimpin PH bertemu bincang tawaran PM



Kepemimpinan PH juga mahu melihat kemungkinan diheret bersama ‘sekiranya kerajaan sedia ada melakukan kesilapan’ dalam mengurus wabak Covid-19. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dijangka mengadakan pertemuan bagi membincangkan tawaran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang mempelawa pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Menurut sumber dalam pakatan terbabit, pemimpin utama daripada PKR, DAP dan Amanah akan bertemu sama ada hari ini atau beberapa hari lagi.

“Susulan mesyuarat berkenaan, keputusan yang dibuat kemudiannya akan dibincangkan dengan parti pembangkang lain seperti Pejuang, Muda dan Warisan.

“Setakat ini, PH tidak membuat apa-apa keputusan dan berbincang berkenaan tawaran itu selepas mengambil kira ketidaktentuan untuk bekerjasama dengan kerajaan (dalam MPN dan Jawatankuasa Khas),” katanya kepada FMT.

Sumber dalaman itu berkata, mesyuarat dibuat selepas DAP menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Ismail, namun ‘pendirian PKR dan Amanah belum ditentukan’,” katanya.

Katanya, kepemimpinan PH juga akan berbincang sama ada tawaran itu membawa manfaat dan tidak mahu terheret “sekiranya kerajaan sedia ada melakukan kesilapan, kami tidak mahu diheret bersama dengan mereka”.

Beliau berkata, rakyat kini sedang menunggu maklum balas daripada PH berhubung tawaran terbabit dan mesyuarat dijangka memutuskan sama mereka menyambutnya atau tidak.

“Kepimpinan PH mahu teguh bersatu dalam membuat keputusan. Kami perlu menyatakan secara jelas alasan keputusan dibuat,” katanya.

Mesyuarat berkenaan juga akan membincangkan kemungkinan Ahli Parlimen pembangkang ditawar mengisi jawatan menteri.

“Ada khabar angin mendakwa beberapa Ahli Parlimen sudah dihubungi secara peribadi dan ditawarkan untuk bekerjasama dengan kerajaan.

“Ini juga akan dibincangkan,” kata sumber dalaman itu sambil menambah kenyataan media akan dikeluarkan jika keputusan dimuktamadkan.

FUYOOO BAKAL TPM SEKOLAHKAN UMNO...JANGAN MAIN MAIN

 


Panas! Peja sekolahkan pemimpin Umno, kalau ikut matematik ini kerajaan PN


Panas! Peja sekolahkan pemimpin Umno, kalau ikut matematik ini kerajaan PN


Seorang pemimpin kanan Bersatu menegaskan parti itu melihat kerajaan yang bakal dibentuk oleh Ismail Sabri Yaakob selepas ini kekal sebagai Perikatan Nasional (PN).

Menurut Ahmad Faizal Azumu, pandangan itu dibuat berdasarkan realiti “matematik” komposisi ahli parlimen yang ada dalam Dewan Rakyat ketika ini.

Justeru kata timbalan presiden Bersatu itu, mereka menganggap ia masih kerajaan PN.

“Pada kami (Bersatu), ia adalah kerajaan PN kerana boleh dilihat secara matematiknya.

“Kami ada 77 (ahli parlimen) dan kawan sebelah (BN) ada 41 (ahli parlimen)… kami percaya ia mewakili kerajaan PN,” katanya seperti dipetik BH Online hari ini.

Bekas menteri besar Perak itu ditemui selepas menghadiri mesyuarat PN di Kuala Lumpur petang ini. Ia dipengerusikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Turut hadir Ketua Penerangan merangkap Pengarah Pilihan Raya PN Azmin Ali dan Ketua Pemuda PN, Khairil Nizam Khirudin.

Isu nama kerajaan yang dibentuk selepas peletakan jawatan Muhyiddin kini menjadi polemik apabila jawatan perdana menteri kini diisi Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno.

Hubungan Umno dan Bersatu semakin tegang sebelum ini sehingga menyaksikan Muhyiddin kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Ia kemudian menyaksikan Malaysia mendapat perdana menteri baru untuk kali kedua tanpa melalui PRU.

Ahmad Faizal juga menegaskan PN sepakat memberikan dukungan padu kepada Ismail Sabri sebagai perdana menteri

“Kami sedang dan akan meneruskan usaha untuk mempersiapkan PN bagi menghadapi pilihan raya. Jentera dan kerjasama antara parti itu akan diperkukuhkan lagi,” katanya..

MAIL...JANGAN LUPA....

 

Dulu sebelum ada kuasa, ini antara perkara yang kuat dijeritnya, sekarang bila sudah ada kuasa jangan pula buat-buat lupa…




PUNYA LA MANGKAQ...DIA TAK LAKU KAWASAN DIA...MULA NAK LAGAKAN ORANG..SAMA ANAK SESARA DENGAN BAPA SEDARA....



Bila masa pkr terpecah 2 kerana umno? Kami dari awal pun tahu zahid mula membelit selepas dia bagi Surat pada istana kata sokong DSAI.


Yer lah orang bodoh jer Tak dapat baca bahasa tubuh zahid yg minta diselamatkan oleh DSAI dgn kes dia yg berguni tu.


DSAI Tak dapat janji apa2, dan dsai tahu perangai zahid. Tak dapat selamat kan tengkuk dia, pasti dia memusing.


Bercakap dari luar memang sedap, tapi kami yg dari dalam ni lebih tahu apa yg dsai buat. Kalau nak ikut atok silakan Tak ada paksaan untuk kalian sokong DSAI.


Kami tetap bersama sokong ph selagi mana pemimpin2 atasan bersama dan berusaha utk menang pru 15.


Kami Tak akan langgar coalition. Kami taat dgn nasihat DSAI. Dia suruh kami saling menghormati kawan dalam kumpulan maka itulah yg kami lakukan.


Tetapi once dsai kata kita langgar semua utk 222 maka kami akan langgar habis habisan tanpa menoleh lagi.


Buat masa sekrg saya dan semua ahli2 pkr menghormati kawan 2 semua dgn tidak membuat perkara yg menguris hati kawan. Tumpukan serang musuh utama Kita.


Jangan kita terluka akibat dilukai kawan sendiri. Cedera parah hati dan perasaan kerana berkali kali ditusuk dgn ayat2 tajam meyindir sesama sendiri. Itu adalah kebodohan yg jelas dan nyata.


JOM KITA PAKAT PAKAT REBUT JAWATAN TPM...AKU SOKONG KAU..AKU TOLONG KHIANAT KAU...MANA BOLEH.....

 

Pengumuman barisan kabinet dijangka minggu ini

 

Afiezy Azaman
Pengumuman barisan kabinet dijangka minggu ini
Ismail mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Tumpuan minggu ini terarah kepada pengumuman pembentukan kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baharu dilantik Sabtu lalu.
Ini termasuk pelaksanaan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, supaya Perdana Menteri yang dilantik perlu secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat bagi mengesahkan keabsahan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Antara yang menjadi perbincangan hangat sejak pelantikan Ismail Sabri ialah, individu yang bakal menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri, malah sama ada jawatan itu akan diwujudkan atau pun tidak, seperti mana ketika penubuhan kerajaan Perikatan Nasional pada awalnya.
Ini termasuk formula pembentukan kabinet sama ada legasi jawatan Menteri Kanan dan pelantikan Senator sebagai Menteri akan diteruskan atau tidak.
Jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri dipecahkan kepada 37 daripada UMNO, Bersatu (31), Pas (18), Gabungan Parti Sarawak (18), Bebas (empat), MCA (dua) dan masing-masing satu daripada MIC, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star).
Namun dengan 50 Ahli Parlimen, Perikatan Nasional merupakan rakan kongsi terbesar dalam pentadbiran Ismail Sabri yang mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen manakala BN mempunyai 42 Ahli Parlimen.
Hubungan antara beberapa pemimpin Bersatu dan UMNO dilihat masih longgar susulan perselisihan faham sesama mereka mengenai jenama kerajaan baharu yang bakal dibentuk itu sama ada mengekalkan jenama Perikatan Nasional atau sebaliknya.
Sementara itu, ramai pihak menggesa agar Ismail Sabri mengumumkan pelantikan kabinet baharu pada kadar segera bagi memastikan agenda pemulihan negara serta cabaran menangani COVID-19 dapat diselesaikan secepat mungkin.
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dalam ucapan sulungnya pada Ahad menyatakan negara telah melalui dua peralihan kerajaan dan dua Perdana Menteri dalam tempoh sepenggal dan ia merupakan landskap politik yang merugikan rakyat dan negara.
Justeru itu, beliau menawarkan solusi kerjasama rentas parti untuk mewujudkan kestabilan politik sekali gus menghilangkan keresahan dalam kalangan rakyat.
Maka dengan itu, Ismail Sabri menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.
Pada Sabtu, Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Pelantikan Ismail Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera, dibuat selepas beliau menerima sokongan majoriti daripada 114 Ahli Parlimen menerusi surat akuan (SD) yang diserahkan kepada Agong.
Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan pada 16 Ogos lalu.

Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri masih perlu dilakukan - Hanipa Astro Awani

 

Astro Awani
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri masih perlu dilakukan - Hanipa
Kata Hanipa, proses mengabsahkan pelantikan itu boleh dibuat di Dewan Rakyat dengan kadar segera melalui usul undi percaya daripada pihak kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat masih perlu dilakukan walaupun Datuk Seri Ismail Sabri telah mengangkat sumpah jawatan pada Sabtu, kata Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.
Menurutnya, sebarang kenyataan yang mengatakan usul itu tidak perlu adalah tidak wajar, mengelirukan dan tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Jelasnya, usul undi percaya di Dewan Rakyat seperti titah Yang di-Pertuan Agong adalah wajib dibawa kerajaan dan ia perlu menjadi agenda yang perlu disegerakan.
"Di atas kapasiti Ahli Parlimen Sepang, saya tidak ada sedikit masalah pun untuk mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabari di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan.
"Meskipun saya agak kritikal sebelum pelantikan itu atas dasar meragui sokongan yang beliau perolehi khususnya dari Bersatu itu adalah sah kerana kenyataan media Presiden Bersatu yang jelas hanya memberikan sokongan bersyarat dan tidak muktamad dan ia melanggar arahan jelas Yang di-Pertuan Agong, namun saya masih boleh menerimanya buat masa ini.
"Kini, timbul pula persoalan baru iaitu 'adakah wajar upacara pengangkatan sumpah beliau di istana pada hari ini (Sabtu) sebagai Perdana Menteri dilakukan?'" soalnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Katanya lagi, persoalan tersebut datang daripada pihak yang membangkitkan titah rasmi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, yang menyatakan Perdana Menteri dilantik hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.
"Saya tidak kata hujah tersebut langsung tidak bermerit sama sekali kerana titah Yang di-Pertuan Agong yang menggunakan istilah 'keabsahan' itu mungkin boleh ditafsirkan bahawa sebarang majlis pelantikan secara rasmi - angkat sumpah - mungkin tidak patut dibuat sehingga Parlimen mengabsahkan pelantikan PM tersebut," katanya.
Justeru, beliau berpendapat proses mengabsahkan pelantikan itu perlu dibuat di Dewan Rakyat dengan kadar segera melalui Usul Undi Percaya daripada pihak kerajaan.

BERITA PAGI!! ANWAR TERIMA KHABAR BAIK!! SESUATU YANG DINANTI-NANTI SELA...

Adakah 'kluster mahkamah' akan dicadangkan sebagai menteri? - Salahuddin

 

Astro Awani
Adakah 'kluster mahkamah' akan dicadangkan sebagai menteri? - Salahuddin
Salahuddin berkata, rakyat menunggu senarai barisan Kabinet yang akan dilantik oleh Ismail Sabri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ujian pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah memilih barisan jemaah menteri pentadbirannya, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Menerusi akaun Twitternya, Ahli Parlimen Pulai itu mempersoalkan adakah Ahli-ahli Parlimen yang dilabel sebagai 'kluster mahkamah' dan dianggap menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan dicadangkan sebagai menteri.
"Adakah kluster mahkamah dan mereka yang jelas menderhaka kepada titah YDPA akan dicadangkan sebagai menteri kabinet? Inilah ujian pertama kewibawaan PM ke 9. Rakyat memerhati dan menunggu," katanya.
Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan selepas penyandang jawatan tersebut Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan 16 Ogos lalu.

Pasca Ucapan Pertama DSIS : Singkirkan Makcik Gemuk Dan Setpol Botak

Steady Peja, bakal TPM….YEEEE HAAAA

 May be an image of ‎2 people and ‎text that says "‎Bahasa 中文 Daftar Log Masuk Berita ≡ Seksyen English ilיור Ini kerajaan Perikatan Nasional, kata Faizal Azumu Mohd Farhan Darwis Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 Aug 2021 1:15PM 0 Komen Afif INSIGHT Halim Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata, parti itu percaya demikian kerana majoriti ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri terdiri daripada komponen PN.- Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 22 Ogos, 2021.‎"‎‎

[[LIVE]] 22.8.2021: MENARIK! Rafizi ramal kerajaan ini 7 8 bulan!

KALAU TAK PEJA, ISMAIL SABRI PUJUKLAH MAHIADDIN JADI TPM



Selain mungkin sedang sibuk mencalonkan nama menteri-menteri, gabungan PN yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen terbesar iaitu 50 dalam kerajaan baru pimpinan Ismail Sabri Yaakob juga pastinya begitu mengidamkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Daripada 50 kerusi itu di mana Bersatu mempunyai Ahli Parlimen paling ramai – 31 orang tentu saja Ahli Parlimen parti itu yang paling layak diberikan jawatan tersebut.

Setakat ini dilaporkan tiga nama bersaing berebut sesama sendiri untuk jawatan itu – Azmin Ali, Hamzah Zainuddin dan Redzuan Mohd Yusof.

Ketiga-tiganya adalah menteri di era kepimpinan Mahiaddin Md Yasin sebelum ini.

Tetapi, mengapa hanya tiga nama itu saja disenaraikan?

Kenapa diketepikan nama Ahmad Faizal Azumu, bekas Menteri Besar Perak yang juga adalah Timbalan Presiden Bersatu?

Apa kurangnya kelayakan dan kemampuan beliau jika dibandingkan dengan Azmin, Hamzah dan Redzuan?

Jika ada yang cuba berhujah bahawa Redzuan paling layak kerana didakwa merupakan pejuang asal sejak Bersatu ditubuhkan, bukankah Ahmad Faizal atau Peja juga merupakan antara yang terawal bersama dengan Bersatu?

Tambahan lagi, dibandingkan dengan Redzuan yang kalah bertanding Naib Presiden Bersatu, Peja sebaliknya menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan lalu.

Dengan pengalaman sebagai bekas Menteri Besar Perak, ditambah kedudukan hireaki tinggi di bawah Mahiaddin dalam Bersatu, beliaulah sebenarnya paling layak digandingkan dengan Ismail Sabri memimpin negara ini.

Selain Redzuan hanya diberi jawatan lantikan dalam Bersatu iaitu Ahli MPT, Azmin dan Hamzah lebih rendah jawatannya dalam Bersatu jika dibandingkan dengan Peja.

Hamzah adalah Setiausaha Agung Bersatu dan Setiausaha Agung PN, sementara Azmin ialah Ketua Penerangan PN – kedua-duanya merupakan jawatan ihsan serta lantikan Mahiaddin semata-mata.

Azmin dan Hamzah juga bukan pejuang asal Bersatu, sebaliknya melompat daripada PKR dan UMNO.

Atas faktor tersebut, adalah sangat wajar dan munasabah untuk Bersatu dan PN menamakan Peja sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Begitu pun, kiranya Peja dirasakan terlalu muda dan belum sesuai memegang jawatan tersebut, orang yang paling layak sekali ialah Mahiaddin sendiri.

Meskipun beliau bekas Perdana Menteri, tetapi untuk memastikan dasar-dasar kerajaan sebelum ini diteruskan, terutama untuk mengekalkan jenama PN itu sendiri sebagai kesinambungan kerajaan, keberadaan Mahiaddin boleh dikata amatlah penting.

Dengan kedudukannya sebagai Presiden Bersatu, beradanya beliau dalam kerajaan bukan saja lebih memberi kestabilan kepada kerajaan PN, malah merupakan jalan damai antara pemimpin-pemimpin Bersatu yang berbalah mahukan jawatan nombor dua dalam kerajaan itu.

Ismail Sabri dalam hal ini boleh memainkan peranan dengan memujuk Mahiaddin sehabis baik agar setuju berada dalam kerajaan bersama-sama dengannya. – ShahbudinHusin

(SHAHBUDIN HUSIN 22/08/2021.)