JALAN PENYELESAIAN TERBAIK
JALAN PENYELESAIAN TERBAIK

Najib tanya ahli
parlimen BN mana sokong Muhyiddin?. Satu kenyataan tanpa nama mendakwa Ahli
Parlimen Barisan Nasional menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selaku
Perdana Menteri mengundang respons Najib Razak.
Bekas presiden Umno itu tertanya sejak bila beliau, yang juga
seorang wakil rakyat BN, berpaling daripada keputusan partinya.
“Eh…saya pun Ahli Parlimen BN. Sejak bila saya setuju langgar arahan Majlis Kerja Tertinggi Umno semalam?” katanya di Facebook.
Semalam,
Umno menyenaraikan tujuh sebab ia menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin,
semua berkaitan “kegagalan” kerajaan.
Antara
tujuh sebab itu adalah gagal menangani Covid-19 secara berkesan, tidak dapat
mengurus bantuan kepada rakyat dengan baik, dan memperkotak-katikkan titah Yang
di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang terpaksa berulang kali mengeluarkan
kenyataan media supaya Parlimen dibenarkan bersidang.
“Siapa
ada senarai penuh nama-nama yang dimaksudkan dalam kenyataan yang dikeluarkan
entah pihak mana ini?” soal Najib.
Seorang pembantu kepada Ismail Sabri Yaakob,
timbalan perdana menteri yang baharu dilantik, mengesahkan kenyataan berkenaan
“sahih”.
“Sila
beri senarai nama,” kata Najib.

Peguam Negara ni baca satu je ke kitab undang2?
Kan dah byk kes2 duluan (precedent cases) yg berlaku mengenai jatuhnya sebuah kerajaan dlm negara2 commonwealth.
Jgnlah nampak sgt nak mengampu.


Penerangan tentang politik terkini
NORMAN RADZUAN
KERAJAAN MAJORITI ATAU MINORITI
Terlampau byk yg PM dan call... Saya beri jawapan ringkas buat
semasa ini. Seperti kita tahu Peguam Negara kata kerajaan ini masih kekal. Ya
benar kekal kerana proses perundangan. Ingat ayat Peguam Negara 'buat masa
ini'.
Rakan2 dari PN yg whatsapp menyindir saya.. 'kerajaan tidak
tumbang pun'. Dari segi moraliti kerajaan ini sebenarnya sudah tumbang kerana
penarikan UMNO dari PN. Netayanhu PM Israel yg kita kata jahat itu sanggup
pertahankan moral dirinya utk melepaskan jawatan bila keabsahannya di Parlimen
dia hilang majoriti.
PN sewajar dgn segera mesti membuktikan keabsahan majoriti yg
mereka ada di Parlimen. Jika mereka masih mencukupi mereka boleh terus kekal
menjadi kerajaan. Kenapa tidak mahu ke Parlimen utk buktikan??? Berani kerana
benar!
Apakah kerajaan baru boleh dibentuk? Dia ada dua pilihan iaitu
secara majoriti atau minoriti. Berdasarkan majoriti sokongan MP atau SD. Lagi
satu secara blok. Berdasarkan kpd blok kita ada PH, PN, BN dan + PH (
Pejuang/Warisan/Muda). Jika berdasarkan blok kerajaan boleh dibentuk berdasarkan
jumlah terbanyak adalah PH iaitu 91.
Saya tidak pasti UMNO mewakili BN dlm penolakkan kerajaan PN.
Ini kerana tiada komen dari rakan komponen BN iaitu MCA dan MIC. Isu agak
complicated apabila saya melihat UMNO seolah olah ingin mengambil peluang utk mereka
menjadi Ketua Kerajaan. Sebab itu juga mereka mengatakan menolak Muhyiddin dan
bukan PN.
Tidak mustahil UMNO akn berunding dgn pimpinan PN utk jatuhkan
Muhyiddin dan melantik mereka menjadi Ketua Kerajaan yg baru dgn memberi
pilihan, sokong kami dan kekal menjadi kerajaan atau kami (UMNO) bersama PH dan
anda hilang jawatan Menteri.
Jika ia berlaku di situlah hebatnya UMNO daripada pembangkang,
menyertai pengkhianatan membentuk kerajaan dan mengambil alih mengetuai
kerajaan tanpa PRU. Tiada mustahil kerana politik itu dinamik. Jgn terkejut
juga jika berlaku PM Interim kerana situasi skg segala kemungkinan boleh
berlaku.
Ini kerana sukar pemimpin yg tercalit dgn korupsi mahu
bekerjasama dgn Anwar Ibrahim. Mereka sgt takut dgn Anwar Ibrahim kerana melihat
prinsip beliau yg hanya disokong rakyat tetapi bukan kalangan pemimpin2
politik.
Kesemua kita serahkan kpd kebijaksanaan Seri Paduka Baginda.
Ketika ini baginda yg mempunyai kuasa sepenuhnya. Saya rasa ia akn mengambil
masa seminggu dua atau sehingga tamat darurat.
Itu sedikit pandangan peribadi saya dan pandangan saudara Syed Shah Syed Osman.
Syed Shah akn membuat rakaman video dlm masa terdekat utk
memberi penerangan mengenai situasi semasa politik tanahair. Maaf saya tak
mampu nak jawab semua pertanyaan rakan2 FB secara personal kerana terlampau
ramai yg PM. Ini juga hanya pandangan peribadi secara ringkas mengenai situasi
politik negara. Barangkali betul atau barangkali tidak.
Buat TS Muhyiddin bagi saya berundurlah demi utk rakyat. Jika anda pertahankan jawatan yg sudah tiada majoriti bermakna anda mementingkan diri sendiri daripada kestabilan politik dan ekokomi rakyat.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu berasa “lega” dan “bersyukur” atas keputusan Umno untuk menarik balik sokongan kepada perdana menteri, walaupun beberapa teman seperjuangannya mengecam langkah itu.
“Rakyat sekarang tahu siapa dalam Umno yang layak dipanggil pemimpin dan siapa yang hanya berminat untuk menjaga kepentingan sendiri.
“Saya bersyukur kerana saya lega,” kata Redzuan Yusof, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.
Redzuan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), yakin sebahagian besar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan “mengambil tindakan tepat” dan terus menyokong Muhyiddin Yassin.
Katanya kepada FMT, beliau yakin keputusan Umno didorong individu-individu yang mempunyai kepentingan dan dirancang untuk meletakkan Ahli Parlimen parti dalam kedudukan sukar.
“Tetapi saya cukup kenal Ahli Parlimen BN dan saya harap mereka akan ikut kata hati nurani mereka dan mengelak daripada mencetuskan krisis politik, walaupun ada tekanan untuk menuruti keputusan parti.
“Mereka akan buat benda yang betul dan sokong kerajaan, supaya ia dapat terus menangani krisis Covid-19 dan mengembalikan ekonomi pada landasan,” katanya.
Redzuan juga berkata, keputusan Muhyiddin untuk menaikkan pangkat pemimpin-pemimpin Umno, Ismail Sabri Yaakob dan Hishammuddin Hussein, masing-masing sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan, adalah “langkah politik yang bernas” dan menuju ke arah yang betul.
“Dalam satu gerakan, beliau mengiktiraf pemimpin dalam Umno, siapa yang mampu memimpin parti dan memainkan peranan lebih besar dalam kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, sekarang ada kemungkinan kerajaan akan mendapat sokongan Ahli Parlimen yang menolak untuk dikaitkan dengan pemimpin Umno yang sedang dibicarakan.
Ini termasuk yang sejajar dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Warisan yang berpangkalan di Sabah.
“Mereka boleh jadi akan sokong kerajaan kerana saya percaya semua orang ingin fokus kepada Covid-19 dan ekonomi,” katanya.
Kata Redzuan, beberapa pemimpin akar umbi Umno memberitahunya, mereka melihat parti itu sedang mengalami transformasi untuk mengakhiri budaya “warlord”.
“Ini lah sebabnya, saya dimaklumkan, ramai menunggu-nunggu pemilihan dalam Umno, tetapi ia telah ditunda disebabkan Covid-19,” katanya.
Redzuan tidak membenci Umno, katanya, dan hanya mahu Perikatan Nasional (PN) bekerjasama dengan ramai pemimpin parti itu yang “tidak tercemar” demi kepentingan negara.
Beliau tidak bersetuju dengan pengkritik bahawa kerajaan gagal menangani krisis Covid-19, katanya, walaupun percaya ada ruang untuk pembaikan.
“Apa yang dihadapi kerajaan hari ini belum pernah terjadi sebelum ini. Banyak kerajaan di seluruh dunia berdepan cabaran serupa,” katanya.
“Covid-19 hari ini tidak sama dengan tahun lalu. Virus ini bermutasi dan wujud beberapa varian yang membimbangkan.
“Hakikatnya, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar sumber untuk memerangi Covid-19 dan mendukung masyarakat dan perniagaan, selain berusaha untuk mencapai keseimbangan antara nyawa dan mata pencarian.
Beliau percaya banyak sentimen antikerajaan yang dapat dilihat sekarang “sengaja dicipta” dan adalah hasil manipulasi.
Katanya, kerajaan sentiasa mencari cara untuk menyesuaikan dan menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menangani situasi yang berubah-ubah.
“Saya rasa kita juga harus sedar bahawa kejayaan mesti diukur dengan cara kita capai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi, bukan hanya dengan jumlah kes direkodkan,” tambahnya.
Ketika mula-mula diumumkan tentang keputusan MT UMNO menarik sokongan secara serta-merta terhadap Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin dua hari lalu, ramai yang kelihatan gembira dan cerita dengan berita itu.
Keputusan itu dilihat menunjukkan keberanian UMNO dalam membuat keputusan, sekaligus juga keberanian Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO merempuh segala rintangan dalam memuktamadkan ketetapan tersebut.
Dalam keadaan sokongan dimilikinya tidak solid, ditambah dengan sebahagian pemimpin UMNO sendiri lebih kemaruk mempertahankan jawatan dalam kerajaan berbanding memartabatkan perjuangan, mendapatkan dokongan majoriti untuk menyingkirkan Perdana Menteri bukanlah suatu perkara yang mudah.
Walaupun Mahiaddin bukan daripada UMNO, tetapi kerana kuasa Perdana Menteri yang dimilikinya, harus diakui lebih ramai manusia jadi terpesona dan ingin memeluk serta mencium tangannya berbanding disuruh memusuhi, apalagi menjatuhkannya.
Lantaran itu, keputusan MT UMNO yang akhirnya berjaya memuktamadkan ketetapan menarik sokongan secara serta-merta itu disambut dengan penuh rasa gembira.
Harapan awal banyak pihak, kalau pun dengan penarikan sokongan itu tidak menyebabkan Mahiaddin berundur dengan segera, setidak-tidaknya menteri dan timbalan menteri yang duduk dalam kerajaan akan secara sukarela meletak jawatan kemudiannya bagi memastikan keputusan MT itu benar-benar berhasil mencapai maksud yang diharapkan.
Tetapi, oleh kerana keputusan menarik sokongan itu tidak disertai dengan ketetapan Ahli-Ahli Parlimen dalam kerajaan mesti meletak jawatan, ternampaknya tiada siapa yang sedia meletakkan jawatan.
Bagi tujuan memaksa Mahiaddin meletak jawatan, sekiranya perkara itu tidak berlaku, langkah susulan yang sepatutnya diambil ialah semua Ahli Parlimen UMNO mesti menarik diri dan meletak jawatan daripada kerajaan.
Dengan itu, barulah Mahiaddin benar-benar hilang sokongan dan kerajaan akan tumbang, kecuali jika ada daripada 38 Ahli Parlimen UMNO yang enggan berbuat demikian dan mengambil keputusan keluar parti atau sedia untuk dipecat.
Malang sekali, selain tiada yang terlihat sedia meletak jawatan, sehari sebelum mesyuarat MT UMNO Selasa lalu, Ismail Sabri Yaakob sendiri telah menerima tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri yang ditawarkan Mahiaddin kepadanya.
UMNO pula dalam salah satu perincian mesyuarat MT pada malam tersebut turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ismail Sabri.
Dalam hal ini, apakah UMNO sudah terlupa dengan ketetapan MT sendiri pada Februari lalu yang membuat keputusan menolak sebarang tawaran dan tidak akan melobi bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri?
Di mana maruah UMNO, di sebalik sudah tersedia ketetapan menolak jawatan Timbalan Perdana Menteri, tetapi pemimpinnya sendiri menerima jawatan tersebut, bahkan parti sendiri mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri?
Apa sebenarnya perjuangan UMNO – pelahap jawatan atau mahu parti kembali dominan di persada kuasa dalam politik negara?
Dengan menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri yang bermakna UMNO atau setidak-tidaknya Naib Presidennya lebih merapatkan lagi pelukannya kepada Mahiaddin, apakah langkah itu mampu membawa parti kembali dominan atau bakal kekal sebagai penumpang kepada Bersatu?
Lebih buruk, keputusan MT UMNO menarik sokongan terhadap Mahiaddin itu juga dilemahkan lagi dengan ketetapan memberi kebebasan kepada Ahli-Ahli Parlimennya membuat pilihan dalam sebarang pengundian di Parlimen.
Ketetapan memberi kebebasan itu diterkandung dalam audio Zahid Hamidi di akhir mesyuarat MT yang tular di media sosial sejak semalam dan kemudian disahkan lagi melalui kenyataan media Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan kemudiannya.
Meskipun Ahmad Maslan berkata, kebebasan itu harus membuatkan Ahli-Ahli Parlimen menjadikan keputusan MT UMNO menarik sokongan terhadap Mahiaddin sebagai panduan, soalnya siapa yang mahu mengikutinya?
Bagi menteri, timbalan menteri dan Ismail Sabri khususnya yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri, panduan daripada jawatan yang dilantik oleh Mahiaddin dalam kerajaan pasti lebih kuat tarikannya berbanding panduan MT yang hanya sekadar panduan kosong semata-mata.
Kalau panduan agar tidak menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri pun senang-senang boleh dilanggari, di mana susahnya bagi Ahli-Ahli Parlimen yang berjawatan dalam kerajaan dengan gaji lumayan puluhan ribu sebulan atau bagi mereka yang takut diseret ke mahkamah untuk mengundi menyokong kerajaan di Parlimen?
Bahkan, belum sidang Parlimen diadakan pun sudah keluar kenyataan media yang mewakili Ahli-Ahli Parlimen BN menyatakan mereka tetap akan menyokong kepimpinan Mahiaddin.
Tidakkah semua ini memalu dan mengaibkan keputusan UMNO kerana dengan jelas Ahli Parlimen lebih menyokong Mahiaddin daripada ketetapan parti?
Hakikatnya, membuat ketetapan menarik sokongan terhadap Mahiaddin, namun tidak disertai arahan meletak jawatan dan kemestian mengundi dalam Parlimen mengikut kehendak parti, bukan saja menjadikan ketetapan itu tidak bermakna, bahkan umpana lawak jenaka mega.
Apa gunanya menarik sokongan terhadap Mahiaddin jika Ahli Parlimennya tetap diberi kebebasan dan tidak dihalang untuk menyokong Perdana Menteri?
Apa nilai parti yang tinggal akhirnya dalam keinginan untuk menumbangkan Mahiaddin kalau ia tidak disertai kewajipan patuh atau akur dengan keputusan yang telah dimuktamadkan tidak lagi menyokong Perdana Menteri?
Dalam hal ini, sebelum lebih teruk diketawakan, ada baiknya Zahid Hamidi dan MT UMNO batalkan saja keputusan menarik sokongan terhadap Mahiaddin itu.
Membuat keputusan menarik sokongan yang bertujuan menjatuhkan Mahiaddin, tapi tidak disertai dengan arahan meletak jawatan dan kemestian kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO untuk patuh kepada ketetapan parti hanya menjadikan keputusan MT tidak berguna apa-apa dan umpama kupang tembaga.
Bukan saja Mahiaddin terus boleh ketawa dengan keputusan karut itu, malah Annuar Musa dan Shahidan Kassim pun rasa-rasanya tak henti-henti mengekek mentertawakannya.
(ShahbudinHusin 09/07/2021)
Apa punya standard, dah terang-terang hilang sokongan, boleh
konar ke Parlimen pula, tapi Parlimen awak tutup sebab takut undi tak percaya.
Itu belum masuk part speaker dewan rakyat nanti seboleh-bolehnya
akan elak untuk lulus usul undi percaya yang secara kebetulan adalah saudara
kandung awak.
Tapi bila benda ini jadi baru kita nampak, bukan senang nak bagi
jatuh PM, banyak cara boleh buat tapi ada orang tu dengan rela hati letak
jawatan, lepas itu meroyan nak jadi PM kali ke 3.

Kita sedang perhatikan,
berapa nilai dan harga maruah pemimpin Umno. Apakah nilai mereka setaraf Jemin
semburit? Atau setaraf pemimpin lebai? Sekarang ini telah ada beberapa MP Umno
yang seperti durian longgok, harga murah kerana tiada kualiti dan akan dibuat
tempoyak oleh kerajaan PN.
W.FAUDZIN
Jika sesiapa masih
ingat ketika berceramah.Masa itu semua pimpinan PKR DAN SEANGKATAN melaungkan
HANCUR HANCUR HANCUR UMNO. Ianya akan dilaungkan diakhir ceramah. Sudah menjadi
trend pada masa itu, zaman Mahathir
memenjarakan Anwar. Zaman itu laungan seumpama itu tidak lagi menjadi
satu kesalahan. Malahan ianya adalah sesuatu yang wajib. 22 tahun dan hari ini
, kita lihat betapa Umno memang hancur. Bukan ditangan PH, tetapi disebabkan
Mahathir dan pimpinan Umno sendiri yang rasuah, politik wang dan akhirnya melemahkan
Umno sendiri. Pimpinan yang cerdik dan bijak disingkir. Ini zaman Mahathir dan
disambung oleh generasi pimpinan selepas Mahathir.Kini Umno benar benar
berpecah dan tidak lagi dapat dibaiki.pilihanraya nanti akan menyaksikan pertandingan
antara Umno , PH dan juga PN. Maka kehancuran itu akan menjadikan Umno akan
melukut ditepi gantang. Bagimana pula dengan penyokong. Penyokong Umno macam
juga penyokong Pas, selain tidak cerdik, politik wang dan sokong buta tuli akan
melahirkan penyokong yang dungu. Mereka akan memilih pemimpin walau pun tahu
pemimpin mereka tidak cerdik dan mengarut. Itulah spesisi yang ada dikalangan
penyokong dua parti Melayu isle yang sedang menghancurkan ekonomi,social dan
Negara .

Anwar Ibrahim
By
KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH)
mengingatkan Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin
dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan warkah ketua-ketua parti politik
yang menyokongnya.
Pengerusi MPPH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, turut memberi
sokongan kepada Muhyiddin ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,
yang telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 29 Februari 2020.
Jelas beliau, apabila Ahmad Zahid
mengumumkan menarik sokongan seperti berlaku sekarang, maka Perdana Menteri
telah hilang sokongan asas parti UMNO dan seterusnya hilang sokongan majoriti
Ahli Parlimen.
“Jelas sekali Peguam Negara bertindak lebih sebagai ahli politik
Perikatan Nasional (PN) daripada mempertahankan Keluhuran Undang-Undang.
“Oleh itu, Muhyiddin perlu meletakkan jawatan secara terhormat
kerana telah hilang sokongan dan keabsahan sebagai Perdana Menteri,” katanya
dalam kenyataan bersama kepada media, hari ini.
Idrus dalam kenyataannya hari ini
menyatakan, buat masa ini kerajaan PN tidak mempunyai apa-apa fakta jelas
menunjukkan Muhyiddin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan
Rakyat.
Kata beliau, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan
Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti
hendaklah ditentukan Ahli Dewan rakyat sendiri, bukan melalui kenyataan oleh
sesuatu parti politik atau mana-mana pemimpin parti politik.
Oleh itu, menurut Idrus, daripada segi undang-undang, Muhyiddin
dan Jemaah Menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa
eksekutif Persekutuan.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Presiden
PKR berkata, Pakatan Harapan (PH) akan terus memberi fokus kepada usaha
menyelesaikan masalah rakyat, pengurusan krisis Covid-19 dan program vaksinasi
yang lebih pantas.
“Di samping itu, mengambil langkah menghidupkan semula ekonomi
negara yang lebih baik melalui dasar yang diteliti dan diumum oleh jawatankuasa
PH.
“Kita perlu memberi lebih banyak tumpuan kepada usaha
menyelamatkan nyawa dan ekonomi rakyat berikutan krisis Covid-19 yang kian
meruncing, berbanding terus berpolitik demi jawatan dan habuan,” katanya.
Beliau berkata, Majlis Presiden turut berpendirian waktu ini
bukan masa sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri
(PRN) atau Pilihan Raya Kecil (PRK) memandangkan jumlah kes Covid-19 yang masih
tinggi dan prasarana kesihatan awam semakin tertekan.
Kenyataan MPPH itu turut ditandatangani Presiden Parti Amanah
Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. MG

Oleh FAZLI RADZI / July
9, 2021 MD
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilihat
selamba boleh singgah ke Zoo Melaka semalam.
Aksi
bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu memberi makanan berupa nanas kepada gajah
dikongsikannya sendiri di Twitter malam tadi.
“Saya
dimaklumkan juga haiwan di Zoo Melaka kekurangan bekalan makanan.
“Dalam kesempatan yang ada, kami
ke Zoo Melaka dan menyampaikan sumbangan kepada staf Zoo Melaka yang
memerlukan, juga haiwan-haiwan di sana,” katanya.
Terdahulu,
dia yang pernah dijangkiti Covid-19 tahun lepas memberitahu berada separuh hari
di Melaka meninjau rumah asnaf yang dibaikpulih oleh Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM) melalui projek Is’ad al-Usrah, di Kampung Tedong Darat,
Merlimau.
Walau
bagaimanapun, kunjungan menteri agama berkenaan ke zoo mengundang kritikan
orang ramai apabila dilihat bercanggah dengan portfolio.
Tindakannya
itu juga mengundang persoalan ketika ramai rakyat pada masa ini terkesan dengan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk terputus bekalan makanan sehingga
tercetusnya gerakan bendera putih.
Kerajaan
juga melarang aktiviti rentas negeri di seluruh negara pada masa ini kecuali
bagi tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan
pasangan jarak jauh.
Untuk rekod, Zulkifli
pada Mei lalu dikenakan kompaun RM2,000 kerana
melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara
(MKN) dalam mencegah penularan Covid-10 ketika majlis tahnik anak kedua
penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Kehadiran Zulkifli dalam
majlis tahnik selebriti popular berkenaan pada 26 April itu turut mengundang
kritikan pendakwah yang mengaitkan dengan soal fiqh al-waqi’ iaitu
fiqh realiti.
Bahkan, Zulkifli sebelum
ini dilihat sebagai menteri yang kerap ke sana dan ke sini sepanjang pandemik
Covid-19 termasuk gagal menjalani arahan kuarantin selama 14 hari selepas
pulang dari Sabah pada musim Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.
Orang ramai juga mempersoal kehadiran Zulkifli memberikan khutbah dan tazkirah ringkas pada hari pernikahan artis dan usahawan kontroversi, Neelofa, 32 dan Haris Ismail atau PU Riz, 26, pada Mac lalu yang melanggar SOP.

Menteri Agama merentas negeri singgah zoo selepas santuni asnaf.

PETALING JAYA: Negara ini akan menghadapi krisis politik dan perlembagaan jika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin gagal menguji sokongan terhadapnya di Dewan Rakyat selepas hilang sokongan Umno.
Begitu pandangan dua peguam, pakar perlembagaan Bastion Pius Vendargon dan Rafique Rashid Ali.
Menurut mereka, Muhyiddin tidak boleh mengetepikan keputusan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi malam tadi yang menarik sokongan parti itu terhadapnya sebagai perdana menteri.
Vendargon berkata, Muhyiddin juga mungkin perlu memanggil sidang tergempar Parlimen untuk menguji sokongan terhadapnya.
Tambahnya, Ahli Parlimen Umno tidak perlu menandatangani akuan berkanun sama ada menyokong atau menolak Muhyiddin.
“Pengumuman Umno itu kekal, melainkan Ahi Parlimen parti menyatakan tidak bersetuju dan sanggup membelakangkan arahan parti,” katanya.
Susulan itu, buat masa ini Muhyiddin perlu mengadakan sidang tergempar Parlimen untuk menguji sokongan terhadapnya.
“Jika tidak, negara ini akan menghadapi krisis politik dan perlembagaan,” katanya.
Katanya, mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, Muhyiddin perlu menyerahkan peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong jika tidak lagi mempunyai majoriti di Parlimen, selain menasihatkan baginda mengadakan pilihan raya atau melantik perdana menteri sementara.
Sementara itu, Rafique bersetuju Muhyiddin tidak boleh menutup mata terhadap keputusan Umno menarik sokongan, kerana ini mampu mengakibatkan krisis perlembagaan pada saat negara sedang berdepan krisis kesihatan dan ekonomi.
Mengikut Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan, Rafique berkata Peguam Negara Idrus Harun mempunyai kewajipan menasihatkan kerajaan dan Agong jika seorang perdana menteri hilang sokongan majoriti.
Rafique berkata, kini ada 77 Ahli Parlimen kerajaan susulan keputusan Umno menarik sokongannya.
Mengikut Institut Darul Ehsan, pembangkang kini mempunyai 143 Ahli Parlimen iaitu Umno (38), PKR (36), DAP (42), Amanah (11), Warisan (lapan), Pejuang dan Muda (lima), Parti Sarawak Bersatu (dua) serta UPKO (satu).
Mereka yang di dalam kerajaan adalah Bersatu (32), PAS (18), Star (satu), bebas (tiga), MIC (satu), MCA (dua), PBRS (satu), PBS (satu) dan Gabungan Parti Sarawak (18).
Menurut Rafique, Muhyiddin berdepan keadaan sama dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tahun lalu.
Mahathir menggunakan Perkara 43 (4) Perlembagaan dan meletak jawatannya serta Kabinetnya, kata Rafique.
“Muhyiddin perlu memaklumkan Agong bahawa bloknya telah runtuh seterusnya sama ada membubarkan Parlimen atau membuktikan beliau masih mempunyai sokongan majoriti,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, katanya Muhyiddin juga boleh mendapatkan sokongan Ahli Parlimen secara peribadi dan bukan menerusi parti.
Ini, katanya, mampu membuahkan “gabungan baharu berasaskan sokongan Ahli Parlimen secara individu.”
Muhyiddin boleh menguji sokongannya menerusi usul percaya di Dewan di bawah Peraturan 11 (3) Peraturan Majlis, katanya.
“Beliau boleh bertindak segera tanpa perlu menunggu sesi persidangan 26 Julai, atau mengambil jalan tengah dan meletak jawatan,” katanya.
Seorang lagi pakar perlembagaan, Gurdial Singh, berkata di bawah Perkara 43 (4) Muhyiddin wajib meletak jawatan jika terbukti beliau telah hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.
“Sebaik jelas Muhyiddin hilang majoriti, Perkara 43 (4) terpakai iaitu perdana menteri meletak jawatan,” katanya.
Katanya, mengikut Perkara 43(1), Yang di-Pertuan Agong lazimnya akan memanggil parti kedua terbesar untuk membincangkan siapa yang akan menjadi perdana menteri baharu.
Jika tiada satu parti yang jelas memiliki majoriti bagi mentadbir kerajaan, Gurdial berkata parti terbesar boleh mewujudkan gabungan untuk mendapatkan bilangan diperlukan.
Gurdial juga berkata, Muhyiddin boleh menguji sokongan terhadapnya menerusi usul percaya di Parlimen.