Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara mengadap Agong pagi ini

 

Firdaus Azil
Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara mengadap Agong pagi ini
Sesi hari ini merupakan rentetan kepada siri-siri pertemuan Baginda dengan ketua-ketua parti politik serta pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Persekutuan sebelum ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sesi sembah maklum kedua-dua Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim di Istana Negara bermula jam 11 pagi ini.
Terdahulu kenderaan rasmi yang membawa Azhar, dilihat memasuki Pintu 2, Istana Negara kira-kira pukul 9.30 pagi
Astro AWANi difahamkan, selain Azhar dan Rais, sesi itu juga disertai Timbalan-timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon, serta Timbalan Speaker Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.
Sesi sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini merupakan rentetan kepada siri pertemuan baginda dengan ketua-ketua parti politik serta pegawai-pegawai tertinggi kerajaan persekutuan sebelum ini.
Azhar dan Rais dijangka menyampaikan dapatan dan kajian mereka kepada Tuanku tentang tarikh pembukaan Parlimen secara hibrid, selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Proklamasi Darurat.
Selain itu, media juga difahamkan, mereka akan menyampaikan keperluan mengadakan sidang khas kedua-dua Dewan bagi membolehkan sesi Parlimen Hibrid dijalankan.

Moratorium dan subsidi sewa: Apakah penyewa dapat manfaat dari moratorium?

 

Moratorium dan subsidi sewa: Apakah penyewa dapat manfaat dari moratorium?

1- Tadi baca tajuk berita Kerajaan akan melaksanakan Moratorium, Pada asasnya ia baik, Tetapi masih belum bersasar, Aku konsisten bersetuju dengan konsep Subsidi sewa yang diamalkan di German dan Singapura. Kalau aku mahu Populis..Aku Sokong saja seperti Najib..sebab aku pun dapat manfaat..Tetapi aku melihat realiti sosio Ekonomi di Malaysia..

2- Sudah pasti Bank tetap Untung, seperti kata Menteri bankers, Setiap tindakan Kerajaan ada kos dan Pampasan yang perlu dibayar, Lim Guan Eng sendiri mengakui, Kos Moratorium ini bernilai RM 6.4 Billion, Kalau dibahagikan 640 ribu orang akan dapat RM 10K seorang yg terjejas..Tapi bankers mesti bantu Bank dari mereka yg kehilangan pendapatan…

3- Disamping itu bagi Bank mereka masih dapat keuntungan faedah yg disembunyikan dengan mengstruktur semula bayaran seperti tahun lepas..Kerajaan sebenarnya membantu Bank dan membantu Industri Riba dengan cara tersebut lalu mengabaikan mereka yg benar benar terjejas..

4- Soalnya Apakah Penyewa dapat Manfaat dari Moratorium ? Ini yang patut jadi medan perbahasan.. Biarlah aku berterus terang, Kebanyakan Premis, Gedung Membeli belah, Apartment atau kediaman dimiliki kelompok M40 dan T20.. Terutama pemilikan bukan Melayu.. Orang melayu dan miskin ramainya menyewa, samada kediaman dan Perniagaan..Itu realitinya..

5- Sudah pasti mereka ini yang dapat Manfaat termasuk yang masih kekal berpendapatan.. Tetapi apakah kos sewa kepada Hartanah mereka dikecualikan ? Jawapannya kebanyakannya Tidak.. Itu sebab banyak Negara tidak melaksanaka dasar ini semborono.. Penyewa lot Perniagaan, Penyewa rumah terjejas kekal bermasalah..

6- Di Singapura, hatta German tidak melaksanakan Dasar ini.. Aku pelik bila Menteri kewangan, hatta Kerajaan berbangga Malaysia satu satunya negara berani laksanakan dasar ini.. Lebih teruk Lim Guan Eng juga bersetuju dengan Konsep ini, Sudah pasti dari sudut Politik, taikun dan Pemilik hartanah akan berterima kasih kepada LGE..

7- Di Singapura dan German, Parlimen digunakan mengubal Akta, Penyewa yang tak mampu membayar sewa, mereka yang terpaksa Ditutup Perniagaan, terjejas boleh tidak membayar sewa selama setahun, Dari sudut Undang2 Mereka dilindungi dan tidak boleh dihalau untuk membantu aliran tunai. Di german dan Singapura mereka bagi Gantian Pendapatan untuk orang mampu bayar sewa..

8- Di Malaysia ? Masalah peniaga tetap kekal..Masalah orang dibuang Kerja yang menyewa..Tetap kena bayar sewa, Depa tak peduli pun pada Nasib penyewa biarpun mereka dapat manfaat Moratorium.. Yang dibantu sebenarnya adalah Bank dan industri Riba..

9- Kalau Kerajaan nak laksanakan Moratorium sepatutnya Kerajaan Kena letakkan Syarat kepada pemilik hartanah dan gedung membeli belah wajib memberikan Penyewa premis dan gedung mereka turut diberi Moratorium, mesti mengecualikan Sewa hartanah kepada penyewa mereka yang terjejas..

10- Seperti aku tulis sebelum ini..Sekali lagi jika penyewa tidak dilindungi dari kebanyakan mereka yang tak mampu memiliki rumah dan hartanah.. Maka wujudnya Jurang bagi yang kaya dan tak berkemampuan..

11- Nampaknya sekali lagi Kerajaan tidak dapat membezakan Mereka yang berpendapatan dan Hilang Pendapatan.. Mereka masih meletakkan kategori B40,M40.. dan akhirnya bagi aku, masalah kekal sama.. maka seronoklah taikun dan pemilik hartanah yang boleh melaburkan wang lebihan ini..

12- Maka selepas ini makin dalam Jurang bagi mereka yang berpendapatan dan tidak berpendapatan, Percaya cakap aku..Masalah Ekonomi akan kekal teruk, Yang Berpendapatan ada lebihan wang, malah tambahan dari sewa, yang terhimpit yang tidak ada pendapatan dan kelompok bawahan yg tidak mampu memiliki hartanah..

13- Apa Boleh buat.. Sekali lagi RM 6.4 Billon yang patut membantu mereka kehilangan kerja, Pendapatan, Sewa Peniaga Keciil digunakan membantu Industri Riba seperti bank..PH pun takda solusi dan cadangan Berbeza… Maka kekallah kita menempuh kemelesetan Ekonomi yang bakal Menjelma.. 🙂

Ipohmali

Tidak perlu merayu, tidak perlu malu, rakyat Malaysia lancar #KempenBenderaPutih


Asyraf Roslan
Tidak perlu merayu, tidak perlu malu, rakyat Malaysia lancar #KempenBenderaPutih
Kebanyakan yang menyertai kempen menyatakan, rakyat yang susah tidak perlu berasa malu dan perlu elak daripada melakukan perkara yang boleh merugikan diri sendiri dan keluarga. - Foto Twitter @saidussyahiran_
KUALA LUMPUR: PADA saat ini, semua rakyat Malaysia berada di dalam keadaan yang tertekan.
Ada yang kehilangan sumber pendapatan, tidak kurang juga yang terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kehidupan pada saat getir ini.
Realitinya sekarang, kita dapat lihat, yang senang menjadi susah dan susah makin merana, dek kerana wabak COVID-19 yang mula menular di negara ini awal tahun lalu.
Kita sedar tidak ramai yang berani tampil ke hadapan dan mengaku mereka kini dalam keadaan yang susah, membuatkan mereka memilih untuk mendiamkan diri.
Terkini, rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #KempenBenderaPutih yang meminta orang ramai yang dalam kesusahan menaikkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan.
Daripada gambar yang dikongsi, kebanyakan mereka menyatakan, rakyat yang susah tidak perlu berasa malu dan perlu elak daripada melakukan perkara yang boleh merugikan diri sendiri dan keluarga.
Antara pengguna Twitter, @saidussyahiran_ berkata, dia menyokong penuh kempen ini kerana ia merupakan satu inisiatif yang sangat baik buat mereka yang dalam kesusahan.
Ini antara respon lain pengguna sosial media berkenaan #KempenBenderaPutih
Warganet memohon kepada jiran tetangga yang melihat bendera putih ini agar membantu mereka sebaik mungkin.
Tidak ketinggalan, pengacara terkenal Malaysia, Datuk Aznil Nawawi juga menyokong kempen ini dengan memuat naik status #KempenBenderaPutih di laman Twitternya.
Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil turut menyatakan langkah ini adalah yang terbaik untuk memberitahu wakil rakyat di kawasan masing-masing supaya datang menghulurkan bantuan.
Kepada anda di luar sana, pada saat getir ini, jangan lakukan perkara-perkara yang tidak membawa manfaat malah merugikan atau memudaratkan diri dan keluarga anda.
Ingatlah, ini bukan pengakhiran, jangan pernah mengalah.
Masih ada yang akan membantu anda, percayalah.
.

Moratorium lulus sahaja automatik, tapi kena mohon dulu, kata Muhyiddin

 Moratorium lulus sahaja automatik, tapi kena mohon dulu, kata Muhyiddin


Kerajaan inilah yang mula-mula sekali mencadangkan pelaksanaan program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran semasa pandemik COVID-19. Kita telah menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan inisiatif seumpama ini.

Alhamdulillah, ia memberi kesan positif dan amat membantu aliran tunai rakyat sehingga kini. Maka dengan itu, bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yangterjejas akibat PKP, KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra. Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Hakikatnya ini merupakan keputusan sukar kerana Kerajaan sedar, ini adalah simpanan hari tua rakyat, dan penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini, dan pulangan yang wajar bagi ahli ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran.

Selanjutnya, saya ingin mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman yang boleh dimanfaatkan oleh semua dalam tempoh yang sukar ini.

Bagi membantu para peminjam pendidikan, sukacita saya umumkan bahawa beberapa agensi Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran antaranya:

Pertama: memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN;

Kedua: menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan;

Ketiga: menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah 100 ringgit selama 12 bulan; dan

Keempat: menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan.

Nilai keseluruhan inisiatif ini dianggarkan berjumlah 400 juta ringgit dan akan memanfaatkan seramai 1.6 juta rakyat.

Selanjutnya, pemegang polisi insurans dan takaful yang terjejas juga boleh memohon penangguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful (secara opt-in) yang akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
Inisiatif ini merangkumi pemegang polisi dan sijil insurans hayat dan takaful keluarga. Lebih 1 juta rakyat dijangka memperoleh manfaat daripada pelanjutan ini. Jumlah keseluruhan nilai premium dan sumbangan yang ditangguhkan dianggarkan sebanyak 2.6 bilion ringgit.

Akhir sekali, tentunya berhubung pelaksanaan moratorium bayaran balik pinjaman bank. Semasa pengumuman pakej bantuan PEMERKASA Tambahan, Kerajaan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan pihak bank telah melaksanakan inisiatif bayaran balik pinjaman secara bersasar. Setakat ini, lebih daripada 250 ribu peminjam yang layak telah mendapat kelulusan secara automatik. Mereka hanya perlu memilih sama ada untuk mendapatkan moratorium selama 3 bulan atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama 6 bulan.

Kerajaan faham keresahan rakyat pada masa ini. Ramai yang terjejas dan ini bukanlah melibatkan golongan B40 sahaja. Saya banyak mendengar dan membaca rintihan yang sama daripada golongan M40 dan T20 yang turut mengalami peningkatan tanggungan kerana mereka juga membantu ahli keluarga atau saudara mara yang terjejas akibat COVID-19.

Oleh itu, sukacita saya umumkan, dengan kerjasama pihak bank, moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro. Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. Anda Cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Saya berharap inisiatif moratorium ini dapat sedikit sebanyak membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini. Walau bagaimanapun, saya juga ingin berpesan gunalah tawaran ini dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, janganlah membuat tambahan komitmen kewangan lain.

Muhyiddin tak reti beza Belanjawan dan Pakej Bantuan mereka yang terjejas, ulang kegagalan yang sama

 Muhyiddin tak reti beza Belanjawan dan Pakej Bantuan mereka yang terjejas, ulang kegagalan yang sama

1- Aku tak nampak apa apa dasar yang tepat membantu Mereka yang Kehilangan Pendapatan dan Perniagaan Terjejas..Tidak ada, Yang ada ulangan bantuan RM 500.. untuk apa RM 500 mereka yang bergaji hari hilang RM 50-100 sehari sudah sebulan..Bagi Perniagaan saja, Kos sewa premis saja sudah berpuluh ribu..Mereka derita hari ini..Mahu dibantunya pada Ogos dan November..

2- Nampaknya Kerajaan betul betul tidak faham apa masalah sebenar negara, Sebagaimana dia tangani wabak covid-19,begitulah juga cara dia tangani Ekonomi..Sama seperti dia laksana Lockdown, Dia bantu benarkan Sektor Kilang, Dah abaikan Peniaga Kecil terjejas yang tidak merupakan faktor besar Kluster Covid-19..

3- Samalah hari ini, Yang Dapat Manfaat terus itu Mereka yang Berpendapatan, Takrif B40 dan M40 masih diguna pakai, Tidak ada satu bantuan Khusus mereka yang hilang Pendapatan dan Terjejas Perniagaan..Tidak ada.. hatta melibatkan masalah aliran tunai dan sewa mereka..

4- Mungkin tak lama lagi akan keluar surat dari kayangan dan bangsawan meminta semua Ahli parlimen menyokong pakej Pemulihan ini.. Maka berulanglah Tragedi tahun lepas, Semua terpaksa akur bangun duduk dan sokong, maka terselamat lah mereka yang merampas kuasa..

5- Samalah seperti sidang parlimen..Itu yang Kita minta, tulah yang kita dapat… hanya yg bijaksana dapat membaca tipudaya sang bangsawan ini..marilah kita sama sama ulangi Kegagalan Yang Sama.. 🙂

Ipohmali


PN KERAJAAN PAHAT DENGAN PENUKUL


 Sedar tak sedar, kita sebenarnya telah pun melalui tempoh PKP penuh ini selama 49 hari lamanya.

PKP 3.0 mula dikuatkuasakan pada 12 Mei, disambung dengan apa yang disebut Perdana Menteri sebagai total lockdown mulai 1 hingga 28 Jun dan bermula hari ini pula ia dijenamakan sebagai sebahagian daripada fasa satu PPN atau Pelan Pemulihan Negara.

Tiada tempoh masa diberikan bila fasa satu PPN yang sedang kita lalui ini akan berakhir.

Keseluruhan PPN pula dirangka sebanyak empat fasa semuanya.

Jadinya, dengan angka kes harian Covid19 masih lagi di sekitar 5,000 setiap hari ketika ini dengan kilang-kilang masih banyak bebas beroperasi dan menunggu ke detik fasa keempat tiba, tak usahlah kita nak membayangkan dapat kembali kepada kehidupan normal dalam waktu terdekat ini.

Janganlah juga bermimpi nak menyambut Hari Raya Haji sambil menjenguk keluarga dan ibu bapa yang sudah tua dan mungkin sebahagiannya tinggal bersendirian di kampung halaman.

Dari segi kerajaan, meskipun pemberian moratorium automatik, lanjutan pengeluaran KWSP, bantuan tunai, diskaun letrik, bakul makanan dan pelbagai jenis bantuan telah diumumkan semalam di bawah pakej rangsangan PEMULIH oleh Mahiaddin Md Yasin, hakikatnya semua itu hanya diberikan setelah rakyat melalui kehidupan yang sengsara selama 48 hari lamanya.

Kenapa Mahiaddin dan kerajaan tidak mahu melakukannya lebih awal dan berdolak-dalik sejak sekian lama, meskipun setiap hari rakyat menjerit mengenai kesusahan mereka?

Tidakkah kerajaan sedar rakyat sudah melalui detik sengsara akibat perlaksanaan PKP demi PKP yang bersambung-sambung selama ini sehingga setiap hari ada saja kes bunuh berlaku?

Malah, sebenarnya juga tuntutan moratorium automatik telah pun disuarakan sejak perbahasan Belanjawan 2021 pada November 2020 lagi dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kemudiannya sentiasa saja berdalih untuk memberinya, termasuk dengan mengatakan kerajaan tidak memiliki bank-bank dan tidak boleh sesuka hati memberi arahan kepada mereka.

Mengapa pula sekarang ia boleh dilaksanakan?

Di mana Tengku Zafrul yang dijoloki sebagai wakil bank dan bukan wakil rakyat dalam kerajaan nak letak muka sekarang?

Itu pun apa yang diumumkan oleh Mahiaddin semalam, moratorium yang dikata automatik itu bukanlah sepenuhnya automatik di mana peminjam masih perlu membuat permohonan kepada bank serta menandatangani perjanjian baharu berkaitan syarat-syarat pindaan.

Sekali lagi, di mana sebenarnya keprihatinan kerajaan kepada rakyat dan perasaan ingin menolong mereka, melainkan tetap memberi kelebihan kepada bank mengaut faedah tambahan daripada peminjam?

Mengapa tidak dilaksanakan moratorium yang benar-benar automatik sepertimana PKP 1.0 tahun lalu?

Begitu juga dengan lanjutan pengeluaran KWSP yang kini boleh dilakukan melalui i-citra bagi menggantikan i-lestari dan i-sinar sebelum ini, mengapa hanya setelah bertalu-talu desakan dibuat rakyat, baru ia hendak dilaksanakan?

Inikah juga sebuah kerajaan yang prihatin kepada sengsara dan hidup mati rakyat?

Kenapa kerajaan PN ini umpama pahat dengan penukul, perlu kena ketuk dan kena pukul terlebih dahulu baru mampu bergerak dan berbuat sesuatu?

Bukankah sepatutnya setelah melihat kesusahan rakyat, kemudahan itu diberikan sejak awal lagi tanpa perlu rakyat membuat desakan dan permintaan yang bertalu-talu?

Lagi pula, duit dalam KWSP itu adalah wang pencarum juga, bukannya wang kerajaan pun.

Secara umumnya, khusus berkaitan moratorium, pengeluaran KWSP dan sebagainya, ia bukanlah dilaksanakan kerana kerajaan prihatin kepada sengsara rakyat, tetapi semata-mata kerana desakan demi desakan sudah tidak boleh dielak dan ditahan lagi.

Soalnya, kenapa sampai perlu rakyat membuat desakan tidak berhenti-henti dan memikirkan apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan, barulah ia hendak dijadikan kenyataan?

Apa yang Mahiaddin dan menteri-menteri dalam kerajaan PN yang menerima gaji lumayan puluhan ribu setiap bulan buat dan fikir untuk rakyat selama ini?

Tidak mampukah dengan gaji lumayan yang diterima setiap bulan daripada peluh dan keringat rakyat itu, mereka berfikir sendiri untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat?

Kalau sudah sekian kali asyik rakyat saja yang berfikir bagi pihak kerajaan dan pemimpin tentang apa yang harus mereka lakukan, apa gunanya keberadaan mereka itu di sekeliling kita?

Jawapan mudahnya – kerajaan PN, Mahiaddin dan menteri-menteri yang ada ini memang tidak berguna pun.Adanya mereka bukan boleh diharapkan untuk membantu atau menolong kita, sebaliknya hanya menyusahkan, menambahkan stress dan menyesakkan nafas hidup kita saja. 


(ShahbudinHusin 29/06/2021)



PEMBOHONG

 

Rakyat mana yang selesa dengan #KerajaanGagal ?

Apa Kata Anda...

SR

 May be an image of 1 person, headscarf and text that says "ANDA PERCAYA? Utusan Malaysia Harakahdaily BERITA EKONOMI TERKINI Ekonomi negara semakin pulih -Abdul Hadi Berita Rakyat selesa dengan PN -Nuridah August 28, 2020 ABDUL HADI AWANG DehJUANIMUNIRABUB BAKAR 29Apr am Senator Ustazah Nuridah Moho Salleh SR APA PERSAMAAN MEREKA?"

Hakikatnya Parlimen sudah terbubar secara automatik – Zaid By Manzaidi Mohd Amin - 29 June 2021


Zaid Ibrahim

Zaid Ibrahim


KUALA LUMPUR – Parlimen pada dasarnya telah terbubar secara automatik setelah tidak bersidang selama enam bulan, suatu tempoh dan pernyataan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengamal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, ini bermakna Malaysia perlu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa 60 hari.

Beliau yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) turut menggesa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memberi penjelasan mengenai perkara itu.

“Orang yang sepatutnya beri nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, kepada Perdana Menteri ialah Peguam Negara, bukan Menteri Undang-Undang (Datuk Seri Takiyuddin Hassan).

“Peguam Negara tahu perkara diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan mengenai tempoh sidang Parlimen dan Dewan Rakyat terbubar secara automatik kalau tidak diadakan persidangan dalam masa tertentu.

“Saya nak tanya Peguam Negara, kalau kerajaan tidak panggil Parlimen sebelum 1 Ogos ini, bukankah Parlimen itu akan bubar secara automatik? Adakah rakyat dan negara bersedia untuk adakan PRU?, katanya menerusi rakaman video, semalam.

Tegas Zaid, kenyataan Takiyuddin bahawa Parlimen hanya akan kembali bersidang selepas darurat berakhir 1 Ogos ini adalah tidak betul.

Katanya, pandangan menteri itu sangat mengelirukan kerana Parlimen boleh bersidang dari dahulu lagi, walaupun kerajaan isytiharkan darurat.

Sebab itu, kata beliau, Perlembagaan meminta kerajaan yang isytihar darurat bawa perkara itu ke Parlimen untuk dibahas dan ditetapkan, tidak betul kalau Takiyuddin kata dalam masa darurat Dewan Rakyat tidak boleh bersidang

“Yang membimbangkan saya, kalau dia kata akan panggil mesyuarat Parlimen selepas 1 Ogos, selepas darurat berakhir, ia seolah-olah memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa saranan Majlis Raja-Raja Melayu itu tidak mustahak, tidak penting,” katanya.

Beliau menjelaskan, Menteri Hal Ehwal Undang-Undang bukan penasihat rasmi kerajaan daripada segi undang-undang, sebaliknya tugasan itu bawah tanggungjawab Peguam Negara.

“Mungkin sekarang ini ada percanggahan kepentingan, tetapi apapun masalah dalaman, Menteri Undang-Undang tidak boleh beri nasihat undang-undang kepada kerajaan kerana mengelirukan.

“Nak elak masalah ini berlaku, ikutlah sahaja cadangan Yang di-Pertuan Agong. Panggillah Palimen bersidang minggu depan. Elakkan daripada automatik Parlimen dibubarkan,” katanya.

Najib, Guan Eng mahu moratorium tanpa faedah

 

Dua bekas Menteri Kewangan, Najib Razak dan Lim Guan Eng mahu kerajaan memberikan moratorium tanpa faedah selain ada beberapa kekurangan perlu ditambah baik dalam pelaksanaan PEMULIH.

PETALING JAYA: Dua bekas menteri kewangan mahu moratorium pinjaman individu yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dilaksanakan tanpa faedah.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata beliau kecewa dengan pengumuman kerajaan itu manakala Najib Razak berkata masih ada beberapa kekurangan yang perlu ditambah baik.

Dalam catatan di Facebook, Najib berkata institusi perbankan tidak akan rugi satu sen jika melaksanakan moratorium automatik tanpa faedah malah akan mengaut lebih keuntungan.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri menjelaskan peminjam masih perlu menandatangani perjanjian pindaan syarat baharu, menyaksikan tempoh bayaran peminjam bakal dilanjutkan bertahun lagi ekoran tindakan bank tidak mengecualikan sebarang caj faedah.

“Ini adalah antara aduan yang diterima sejak tahun lalu oleh peminjam yang rasa tertipu dengan bank yang mengambil kesempatan dalam kesempitan.

“Sebab itu, Perdana Menteri suruh fikir baik-baik sebelum memohon moratorium ‘automatik’ ini sebab ianya akan tambah komitmen pada peminjam,” katanya.

Mengulas mengenai skim i-Citra yang membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan caruman mereka sehingga RM5,000 dengan bayaran RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan yang hanya dibayar bermula Ogos, Najib berkata, jumlah itu tidak memadai terutama bagi isi rumah M40 kerana hutang sedia ada mereka sudah pun tinggi.

“Perlu ingat bahawa sekiranya bayaran pertama RM1,000 ini dibuat pada 1 Ogos, pemohon terdesak sudah bertahan selama dua bulan 21 hari sejak PKP 3.0 seluruh negara bermula pada 12 Mei.

“Saya percaya ramai akan mempunyai tunggakan komitmen yang lebih besar apabila sampai tarikh 1 Ogos sebab sudah berkurung hampir tiga bulan tanpa pendapatan atau dengan pendapatan yang berkurang,” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan skim itu ditambah baik dengan bayaran pertama sebanyak RM2,000 dibuat seawal Julai.

“Bayaran berikutnya sebanyak RM2,000 dibuat pada Ogos dan baki RM1,000 pada September,” katanya.

Adakah Makcik Kiah akan pulih

Sementara itu, dalam catatan di Facebook, Lim meluahkan kekecewaan terhadap jumlah suntikan fiskal sebanyak RM10 bilion bawah inisiatif PEMULIH berjumlah RM150 bilion.

Beliau turut mengkritik pakej bantuan berkenaan yang gagal mengumumkan bantuan subsidi sewa menyeluruh kepada semua peniaga.

Malah, beliau mendesak kerajaan menyediakan lebih banyak geran serta subsidi upah dan utiliti, sambil mempersoalkan sekiranya kontrak pegawai perubatan dan ahli farmasi akan diserapkan kepada jawatan tetap untuk memerangi Covid-19.

“Adakah Makcik Kiah akan pulih daripada ‘total lockdown’ yang tidak berpenghujung ini?,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkata bantuan “one-off” sebanyak RM3,000 kepada operator sukan terlalu sedikit, memandangkan perniagaan gimnasium dilaporkan mengalami kerugian lebih RM110 juta sejak Mac tahun lalu.

Mahu lebih banyak bantuan disalurkan kepada sektor sukan, bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata industri berkenaan menyediakan lebih 15,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini, termasuk pelatih, tenaga pengajar dan terapis sukan yang sudah pun hilang punca pendapatan sejak sekian lama.

Ahli Parlimen DAP itu mengulangi gesaannya agar Putrajaya mewujudkan dana tambahan sebanyak RM100 juta bagi menyelamatkan industri sukan, dengan subsidi bulanan sehingga 50% untuk sewa bulanan, atau maksimum RM5,000, kepada perniagaan dalam industri sukan yang terpaksa tutup semasa PKP 3.0.

Kumpulan perniagaan tak teruja pakej PEMULIH

 


Presiden Persatuan PKS Malaysia, Michael Kang, berkata 40%-50% PKS dijangka menutup atau menutup sementara perniagaan kerana tidak mampu membayar gaji dan sewa.

PETALING JAYA: Bimbang hilang pekerjaan dan perniagaan perlu membayar faedah tertunggak pinjaman sekali gus, antara kebimbangan besar dibangkitkan dua kumpulan perniagaan selepas kerajaan mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Michael Kang, berkata pakej RM150 bilion itu tidak membabitkan jaminan pekerjaan antara PKS yang sedang tenat, bergelut untuk bertahan ketika pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Satu lagi gabungan pengusaha perniagaan kecil menggelarkan diri mereka Business Survival Group (BSG) berkata, syarat dan peraturan moratorium automatik enam bulan yang ditawarkan masih belum jelas.

Presiden Protemnya Abdul Malik Abdullah berkata, “Kami sedang berjuang untuk mendapatkan moratorium penuh selama ini dan kami gembira akhirnya kerajaan mendengar luahan rakyat, tapi kami bimbang dengan faktor kadar faedah yang akan dikenakan.

“Kami bimbang bank akan mula mengenakan caj faedah terkumpul dan mendesak pembayaran dibuat secara pukal pada 2022, dan peniaga terpaksa membayarnya. Kami juga mahu tahu jika yuran penstrukturan semula dikenakan,” katanya.

BSG adalah kesatuan 262 persatuan perniagaan dan lebih 900,000 ahli perniagaan seluruh negara yang mewakili 3.2% daripada PKS sedia ada di Malaysia.

Moratorium automatik yang diumumkan hari ini diberikan kepada peminjam individu dan usahawan mikro, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau turut mengumumkan lanjutan empat bulan program subsidi upah dan membuang syarat kelayakan gaji bulanan maksimum sebanyak RM4,000 sebulan.

Malik berkata, beliau mengalu-alukan penarikan syarat gaji terhad kepada maksimum RM4,000 kerana ketika PKP banyak perniagaan yang ditutup, tetapi mahu lebih fokus kepada industri seperti hospitaliti dan pelancongan yang bergelut sejak PKP yang dilaksanakan setahun lalu.

“Ia menjejaskan kesihatan mental dan orang semakin murung, tertekan dan membunuh diri. Saya rasa kerajaan merasai apa yang rakyat rasa.

“Kami rasa bersyukur tetapi sekali lagi, sebahagian daripada industri tetap tidak dibenarkan beroperasi jadi lebih penekanan sepatutnya perlu pada hal itu,” katanya.

Awal bulan ini, Persatuan PKS malaysia memberi amaran kira-kira 50,000 atau lebih PKS akan menutup perniagaan jika PKP disambung hingga enam bulan lagi dan sebanyak 100,000 syarikat sudah pun “gulung tikar”.

Kang berkata, pengumuman hari ini oleh Muhyiddin tidak cukup membantu PKS, sambil menyatakan kebanyakan PKS ketika ini “tidak mempunyai pendapatan langsung”.

Beliau juga menjangkakan bahawa sekurang-kurangnya 40-50% PKS akan tutup atau menutup sementara perniagaan pada bulan hadapan kerana tidak mampu membayar sewa dan gaji pekerja.

“Saya harap kerajaan akan melihat dengan serius bagaimana cara untuk membantu PKS menjana pendapatan dan mengekalkan pekerja mereka,” kata Kang.

“Saya bimbang lebih ramai akan hilang kerja. Siapa yang akan menderita jika perniagaan terhenti untuk enam bulan? Pekerja. Adalah baik untuk membenarkan perniagaan kembali beroperasi, atau tutup sementara dan berikan pekerja RM1,000 sebulan, sekurang-kurangnya mereka ada makanan untuk makan,” katanya.


'Pembentukan jajaran baharu bergantung keputusan Zahid Hamidi' - Abdullah Sani

 

Astro Awani
'Pembentukan jajaran baharu bergantung keputusan Zahid Hamidi' - Abdullah Sani
Abdullah mendakwa, Presiden UMNO itu boleh menggunakan MKT untuk meminta Ahli Parlimen parti itu keluar dari kerajaan PN. - Gambar fail/ Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada pembentukan jajaran baharu UMNO bersama Pakatan Harapan (PH) boleh berlaku dalam tempoh terdekat atau sebaliknya, bergantung kepada keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahli Parlimen PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa, Presiden UMNO itu boleh menggunakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk meminta Ahli Parlimen parti itu keluar daripada kerajaan sekiranya tuntutan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar sidang Dewan Rakyat dipanggil dalam tempoh 14 hari tidak dipenuhi.
"Ahmad Zahid boleh mengambil peranan itu. Bagaimanapun saya tidak boleh mencampuri urusan UMNO, tetapi merasai kebertanggungjawaban itu perlu digalas semua pihak.
"Jadi selepas Ahmad Zahid membuat keputusan, maka tidak ada masalah jajaran baharu boleh dibentuk demi negara dan rakyat. Terpulang kepada Ahmad Zahid untuk membuat keputusan, semua bergantung kepada beliau.
"Kita sentiasa bersedia bila-bila masa saja... juga tidak sabar untuk bersama UMNO atau tidak kira siapa sahaja atau mana-mana parti sekalipun termasuk Bebas," dakwanya dalam kenyataan hari ini.
Abdullah sebelum ini melihat kemungkinan kerjasama antara PH dan UMNO pada masa akan datang.
Abdullah berkata, kemungkinan itu sesuatu yang perlu diambil kira, jika UMNO akhirnya keluar daripada Perikatan Nasional (PN).
Dalam pada itu dakwanya, Kerajaan PN akan runtuh sekiranya UMNO mengumumkan penarikan diri.
"Ahmad Zahid juga pada peringkat awal telah menzahirkan bahawa beliau tidak boleh menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong sesiapa.
"Kalau sekiranya Ahli-ahli Parlimen UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Alhamdulillah. Kita mengharapkan sedemikian. Apabila Ahmad Zahid menyebut jajaran baharu yang diperkenalkannya, tentulah langkah kepada pembinaan semula dan menyelamatkan negara," katanya.
Ahmad Zahid sebelum ini pernah dilaporkan berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen parti itu untuk mengambil keputusan menyokong Anwar yang berhasrat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Ini kerana, kata beliau, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen PN.

Burung hudhud kembali bertelur di Taman Tasik Taiping


Bernama
Burung hudhud kembali bertelur di Taman Tasik Taiping
Pasangan burung jantan dan betina spesies itu mula dikesan membuat sarang di Pokok Jemerlang pada 5 April lepas. - Gambar/ Facebook Jamil Mat Isa
TAIPING: Pasangan burung hupo atau nama saintifiknya Upupa epops longirostris yang membuat sarang dan menetaskan tiga ekor anak di dalam lubang sebatang pokok di Taman Tasik Taiping di sini pada April lalu, kini kembali bertelur di pohon sama.
Pengarah Zoo Taiping & Night Safari, Kevin Lazarus berkata, pihaknya mengesan kemunculan semula burung itu yang menjadikan lubang sarang di pokok jenis pokok Jemerlang atau dikenali sebagai Yellow Flame berkenaan, untuk bertelur sejak dua minggu lalu.
"Kita mendapati anak burung hudhud itu sudah menetas, berdasarkan bunyinya kedengaran di dalam lubang sarang di pohon itu.
Tiga ekor anak burung itu yang menetas dalam sarang berlubang berkenaan telah terbang meninggalkan sarang sejak 14 Mei hingga 17 Mei dan spesies burung hijrah yang berasal dari kawasan Afro-Eurosia iaitu sekitar Eropah, Afrika dan Asia tersebut, adalah spesies yang berjaya membiak di negara ini.
Dalam pada itu Kevin berkata, pasangan burung hijrah itu dipercayai tidak pulang ke negara asalnya kerana memilih untuk bertelur lokasi berkenaan, namun orang ramai tidak dibenarkan berkumpul di kawasan itu disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.
"Kita membuat pengawasan bagi mengelak kawasan itu diceroboh, selain memastikan pembiakan burung berkenaan dapat dikawal," katanya.
-- BERNAMA