MENARIK UNTUK KITA RENUNGKAN : PKP BERSYARAT.BERANIKAH ANDA LALUINYA?


1. Semalam PM ,  umumkan mulai 4 Mei 2020, Malaysia akan masuk fasa PKP bersyarat. Maknanya hampir semua sektor ekonomi akan dibuka dan orang akan mula bekerja. Katanya, ekonomi perlu bergerak. Kalau teruskan MCO, Kerajaan rugi banyak.

2. Saya paham, Kerajaan terdesak. Bukan senang nak balance kan ekonomi dan risiko pandemik. Beliau pun cakap, kalau ada gelombang baru, Kerajaan dah bersedia. Banyak katil dan hospital dah dibuka. Ini menunjukkan satu, Kerajaan terpaksa memilih kelangsungan ekonomi daripada impak kesihatan awam. Apa yang dibuat sekarang, ialah persediaan menghadapi gelombang baru.

3. To be honest, saya rasa a bit premature untuk kita ease out PKP ni. Satunya, kes bukan turun secara stabil. Masih ada naik turun. Dulu kelmarin 30 lebih. Semalam dah naik balik ke 50 lebih. Ia bukan single angka lagi. Keduanya, testing rate kita sangat rendah. Kita bukan buat macam Korea dan Singapore. Mereka kejar Rakyat untuk buat testing. Tu sebab nombor case mereka tinggi tapi kadar kematian tak setinggi negara lain.

4. Ketiganya, kita masih ada kluster yang boleh jadi time bomb. Kluster pekerja asing. Kes di pasar-pasar dah mula ada. Banyak melibatkan warga asing. Berapa yang ada kita tak tahu. Seingat saya dulu, perhimpuan tabligh pun ada libatkan warga Rohingya. Apa cerita diaorg lepas test, kita takde data.

5. Mind you, populasi pekerja asing kita antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Kalau sektor ekonomi dibuka sepenuhnya, mereka inilah yang bekerja. Kita tengok Singapore, kes warga asing la yang paling banyak, sampai mereka tak menang tangan sekarang. Tu pun sebab diaorg buat sendiri testing dan contact tracing atas pekerja asing. Kita ?

5. Bukan tujuan menakut-nakutkan, tapi tak salah kalau kerajaan berwaspada. Banyak negara lain yang kita boleh belajar. Contohnya di Jepun. Salah satu negerinya dah jadi rujukan seluruh dunia. Hokkaido antara yang terawal buat lockdown. Pertengahan Februari. Tak sampai sebulan, kes turun ke single angka. 2-3 kes sehari. Maka dibukanya ekonomi. Lepas 26 hari, ditutup balik. Sebab kes dan kematian makin meningkat. Gabenor nya pun menyesal buka awal.


6. Di New Zealand pula lain cerita. Walaupun kes dah langsung hampir tiada, PM nya masih umum
buka ekonomi secara berperingkat. Ke level 3 dari level 4. Cuma 75% ekonomi dibuka dan orang asing masih lagi susah masuk border. Rakyat pula diberi masa 2 minggu untuk adjust ke new normal. Kes dah hampir takde pun, mereka masih berpada-pada.

7. Cara lockdown pun berbeza. Kat sana tapau pun tak boleh. Kena masak semua sendiri di rumah. PM nya means business. Menteri langgar lockdown pun kena dan disuruh letak jawatan. Strict daripada awal. Dia buat testing dan contact tracing punya banyak, lagi banyak dari UK. Walaupun populasinya lebih kecil. Maka boleh dicakap NZ dah menang lawan Covid-19.

8. Tapi PM nya masih ambil pusing. Katanya, NZ masih perlu berhati2. Kes baru boleh jadi balik bila2 masa saja nanti. Beliau kata kemungkinan NZ akan kekal lama dengan Level 3 lockdown. Impak ekonomi akan dipikirkan belakang.


9. Makanya, bagi Malaysia, adakah kita belajar? Saya lebih selesa ekonomi dibuka bila mana:

i. kes turun ke single angka;
ii. case testing ditingkatkan terutamanya di kalangan pekerja asing;
iii. Ekonomi dibuka secara berperingkat, jangan hampir semua. Mungkin 3-4 industri seminggu dan kita tengok macam mana.
iv. Bagi masa untuk Rakyat adjust ke new normal. Paling tidak tunggu sampai PKP sekarang habis pada 12 Mei. Kenapa nak tergesa-gesa?

10. Yang pastinya, memang kita kena embrace the new normal. Displin kendiri paling penting. Ini pesanan saya pada diri sendiri. Kerajaan pun kena walk the talk. Jangan la Rakyat saja yang kena, VIP dan anak VIP pulak suka hati depa. Tupun satu hal juga.

11. Makanya, nak taknak kita kena hadap. Bersama-sama gerakkan ekonomi dan bantu mana yang boleh. Kalau la kes naik balik, PM dah cakap petugas kesihatan dah sedia katil. Kita rakyat biasa, perlu banyak berdoa. Moga Allah lindungi kita dan keluarga dari gelombang ketiga.

Wallahu a’lam.
Salam hormat,


Liyana Marzuki




Tunda Parlimen pada 18 Mei bukti PN tidak stabil, rapuh dan gusar

Tunda Parlimen pada 18 Mei bukti PN tidak stabil, rapuh dan gusar



Penundaan mesyuarat pertama penggal ketiga, Parlimen ke-14 pada 18 Mei ini membuktikan kerajaan ‘tebuk atap’ PN merasa tidak stabil, rapuh, gusar dan bimbang usul undi tidak percaya pihak lawan.
Malah penundaan ini memberi peluang kepada PN untuk mengukuhkan kuasa dan ruang penguasaan yang ada dalam kerajaan.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad.
Soal beliau, apakah perlu dihadkan sesi Parlimen dan hanya agenda terpilih sahaja dibentangkan ekoran penularan wabak Covid-19?.
“Strategi melawan Covid-19 dan pendekatan penggalakan kesihatan awam disamping Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat(Prihatin) sepertimana yang diumumkan merupakan agenda penting yang perlu dibahaskan.
“Namun begitu untuk menghadkan tempoh satu hari bersidang, tiada sesi pertanyaan jawab lisan dan waktu pertanyaan menteri serta juga usul maka ianya adalah amatlah tidak wajar sama sekali serta mencacatkan proses demokrasi negara dan amalan persidangan ‘Westminister’,” tegas beliau.
Kata Dr Roslan lagi, melihat kepada fasa-fasa PKP, sidang parlimen berada dalam fasa V dan mengikut jangkaan serta pelapuran MKN dan KKM drkawal dan zon hijau akan bertambah.
Sejajar dengan itu ujarnya sudah pasti larangan PKP akan dilonggarkan sepertimana jumlah penumpang dalam kereta, pergerakan dan penghantaran pelajar IPT balik kampung dan tindakan MITI meluaskan jenis perniagaan dan membenarkan ahli parlimen bergerak dan persidangan dilangsungkan untuk tempoh yang lebih panjang bukanlah suatu isu sebab penjarakan sosial, pemakaian penutup muka dan pematuhan PKP masih dikuatkuasakan.
“Perbahasan isu-isu mendesak dan relevan dengan Covid-19 sepatutnya diadakan. Manakala rakyat yang terhimpit disebabkan PKP perlu dibantu dan dan dibela serta pakej rangsangan yang diberikan haruslah menepati sasarannya.
” Implikasi kepada ekonomi semasa dan pasca Covid-19 tentunya memeritkan kerana beberapa industri terutamanya penerbangan, perhotelan, pelancongan, industri kecil dan sederhana kemungkinan besar akan gulung tikar.
” Bibit-bibit ini sudah jelas kelihatan dan kesan sosial perlu ditangani melalui dasar-dasar yang lestari dan berkesan serta kerancakan membantu rakyat dengan agihan barang keperluan seharusnya menjadi prioriti sepertimana rancaknya pengagihan jawatan Pengerusi GLC kepada ahli-ahli parlimen,” ujarnya.
Tambahnya, negara ini harus melihat ke hadapan dan pengalaman negara-negara lain, normal baharu persidangan parlimen adalah dengan penggunaan teknologi.
Kata beliau, pakar perlembagaan Australia, Anne Tworney telah mengkaji dari dimensi undang-undang dan perlembagaan bahawa kemungkinan mesyuarat parlimen Australia diadakan secara maya adalah dibolehkan.
“Parlimen Eropah membenarkan ahli untuk terlibat secara langsung dari jauh dalam aktiviti parlimen dan buktinya sebagai contoh ‘Welsh Assembly’ telah bermesyuarat pada 1 April secara video langsung.
“Brazil juga meluluskan resolusi membenarkan ahli parlimen menghadiri sesi dan boleh mengundi dari jauh serta Maldives semasa sidang pertama pada 30 Mac dihadiri oleh 71 dari sejumlah 87 ahli parlimen.
“Sementara itu parlimen Sweden yang telah pun bersidang dari 16 hingga 30 Mac menghadkan jumlah ahli parlimen yang boleh hadir mengundi 55 (dari 349). Oleh itu pendekatan baru ini juga boleh diamalkan oleh parlimen Malaysia tanpa apa jua alasan kerana infrastruktur ICT negara adalah lebih baik dari negara lain,” saran beliau lagi.


Umno cabar Bersatu bubar DUN jika berani, jangan cakap banyak


Umno cabar Bersatu bubar DUN jika berani, jangan cakap banyak


KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Umno Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengingatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri itu supaya mencermin diri sendiri dahulu sebelum boleh `cakap banyak’ menguar-uarkan kepentingan mereka dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
Malah, tegas Nur Jazlan, kalau pun ada cadangan Bersatu untuk menggantikan Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad dari Umno, ia tidak memberi sebarang makna kerana parti itu tidak ada majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selain kerjasama yang rapuh dengan Pakatan Harapan (PH).
“Bersatu ni jangan cakap banyak. Lebih baik Tuanku bubar DUN. Dan keputusan itu akan jadi domino untuk kerajaan negeri lain tumbang dan akhirnya Kerajaan Pusat.
“Sebenarnya dia orang harap Bersatu boleh diterima balik dengan syarat untuk gabung dengan Umno. Tapi buat apa, pasal dia orang tak ada grassroot (akar umbi) pun.
“Kalau dia orang nak, kita (Umno) boleh terima Tan Sri Muhyiddin seorang saja yg boleh sambung jadi Perdana Menteri. Yang lain masuk balik Umno tanpa syarat.
“Kalau dia orang masih berkeras nak Bersatu masih wujud, kita lawan masa pilihan raya negeri dan pilihan raya umum. Umno nothing to lose. Dah jatuhkan PH pun,” kata Nur Jazlan, lapor Suara Merdeka.
Isnin lalu, Setiausaha Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri meminta parti lain yang membentuk kerajaan PN agar tidak memandang enteng keberadaan mereka dalam gabungan berkenaan.
Kata Mohd Solihan, sebelas wakil rakyat parti itu serta seorang wakil bebas dalam DUN mempunyai peranan penting untuk menentukan gabungan PN terus utuh sehingga pilihan raya umum akan datang.
Nur Jazlan berkata, kedudukan dan peranan Bersatu dalam kerajaan PN juga bukan isu kerana beberapa pemimpin UMNO sebelum ini pun sudah menjelaskan setakat hari ini tiada perjanjian rasmi dalam menubuhkan gabungan PN.
“Ya, macam Najib, Zahid dan Mat Hassan cakap. Mana ada agreement rasmi tubuh Perikatan Nasional ini, lainlah Muafakat Nasional ada piagamnya,” kata beliau.
Pada 25 April lalu, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menegaskan bahawa parti itu tidak pernah menyertai PN kerana gabungan itu tidak berdaftar seperti Barisan Nasional (BN).
Kata Mohamad, hubungan Umno dengan PN hanya berbentuk persefahaman bagi “menyelamatkan Malaysia” daripada kemelut politik dicetukan kelompok tertentu dalam PH.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu juga menegaskan, mana-mana parti yang di luar Muafakat Nasional – yang dibentuk bersama Pas dan BN tidak strategik untuk kelangsungan Umno.
Sebelum ini, ahli Majlis Tertinggi parti Umno, Tan Sri Noh Omar berkata, selepas dilantik semula ke jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, tumpuannya adalah untuk mengukuhkan Muafakat Nasional di negeri itu.
Beberapa insiden membabitkan pemimpin Bersatu juga mengundang kritikan daripada Umno, termasuk kejadian membabitkan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali yang menghadiri majlis makan di maahad tahfiz exco Perak di Lenggong baru-baru ini.

Muhyiddin Membenarkan Apa yg PH Buat Sebelum Ini



Kerajaan PH tidak mengenakan Kawalan Pergerakan yang ketat waktu menghadapi gelombang pertama dan kedua. Namun, mereka berjaya mengawal merebaknya wabak sehingga kes aktif hanya berjumlah 22 kes sahaja. Tanpa perintah berkurung, kerajaan PH telah berjaya mengawal kluster pelancong China dan orang2 Malaysia yang mendapat jangkitan dari China.


Walaubagaimanapun kerajaan PH telah digulingkan akibat pengkhianatan Muhyiddin Yaasin dan Azmin Ali maka terdapat dua minggu di mana keadaan Covid 19 tiada pantauan yang khusus dan jitu yang telah menyebabkan Kluster Tabligh.


Perdana Menteri baru sahaja mengisytiharkan pelongaran PKP yang akan berkuat kuasa 4 May 2020. Pada waktu ini, kes aktif berjumlah 6000 dan setiap hari ada kes baru.


Ini bererti langkah terbaru Muhyiddin Yaasin ini lebih berisiko tinggi berbanding kaedah dan cara kerajaan PH dahulu. Ramai yang berpendapat kaedah yang digunakan oleh Muhyiddin Yaasin ini akan gagal dan hanya akan memaksa kerajaan mengulangi semula PKP.

Ini kerana keadaan masih genting dan kadar jangkitan masih tinggi walaupun sudah menurun sedikit.

Namun, dilihat Muhyiddin Yaasin begitu tergesa gesa kerana tampaknya Malaysia sudah tidak mampu menanggung kos PKP kepada ekonomi Malaysia. Dianggarkan ekonomi Malaysia kerugian RM2.6 billion setiap hari ketika PKP berlangsung.

Namun, sekiranya kadar jangkitan bertambah selepas kelongaran ini, maka kos ekonomi yang bakal ditanggung akan jauh lebih besar dari sekarang.

Akhir kata, tindakan Muhyiddin yang terbaru ini mengesahkan kebenaran cara dan kaedah kerajaan PH dahulu dalam menangani wabak Covid19 di Malaysia.

Kalau tidak disebabkan oleh tindakan rakus Langkah Sheraton saya percaya keadaaan Covid19 tidak serius seperti sekarang ini. Inshaalah.

Kaedah yang PH laksana dalam mengendali wabak Covid19 adalah seperti menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Dalang utama tersebarnya wabak Covid19 adalah Langkah Sheraton. Angkara langkah itu, selama dua minggu wabak ini tersebar tanpa ada kerajaan memantau dan mengawal secara aktif supaya wabak tidak tersebar.


*TULANG BESI*


SEKIRANYA PKP DIHENTIKAN PADA 12 MEI NANTI...


Untuk aku sendiri, aku tak akan risikokan anak anak aku untuk kesekolah..sekiranya diteruskan , ibubapa boleh saman kerajaan kerana gagal mengawal wabak.


SEKIRANYA PKP DIHENTIKAN PADA 12 MEI NANTI...

● Semua orang akan berpusu-pusu keluar rumah dan memenuhi seluruh kawasan yang ada, untuk melihat dunia, sebab dah lama terperap. Tak tahu siapa yang ada di situ. Tak tahu siapa yang pembawa virus.

● Bangsa Melayu akan berpusu-pusu ke pusat membeli-belah untuk membeli kelengkapan Raya. Sogo akan sesak; Kompleks PKNS akan padat; Jakel akan sendat; Seksyen 7 Shah Alam akan padat. Maka bergesel-gesellah satu sama lain, sambil memindahkan virus dari satu badan ke satu badan.

● Masing-masing akan sibuk mencuba baju Raya. Lepas sorang pakai baju tu; sorang lain pakai pulak untuk cuba; lepas tu sorang lagi... dan lagi ... dan lagi ... Seronok virus tu melompat-lompat dari satu badan ke satu badan.

● Hari Raya berlangsung dengan meriah (ingat kita akan kisah dengan segala pesanan SOP - PKP?) Salam-salam Raya ... cium tangan ... peluk-peluk... cium-cium pipi ... nangis-nangis... kesat-kesat hingus ...  segala virus yang dah memang melekat kat badan tu, laju aje dia main gelongsor pergi muka; tangan dan badan orang lain.

● Rumah terbuka di sini-sana, masing-masing "melepas geram" tak dapat jumpa sedara mara,  rakan dan taulan. Kalau tak jemput ramai-ramai, tak meriah. Borak-borak, gelak-gelak... virus pun main terjun anjal dari lidah masing-masing, bersama air liur yang tersembur.

💥 Maka bermulalah kisah Kluster AidilFitri pulak...

🔗 dan kemudian kita akan di-PKP-kan lagi untuk tempoh entah sampai bila. Itupun kalau kita masih hidup lagi tak kena Covid 19. 🤔

🔆 Kalau Tak Boleh Nak Jadi Bijak, Jangan Jadi Bodoh!

#dudukrumahdiam2
#kitabelummenang
#perjalananmasihjauh

   ⛔ STAY AT HOME ⛔

Selamat menjalani ibadah puasa
Dari Abg Aim 😎



LIHAT INI PUNCA KEGAGALAN NAFAS COVID 19



PKP bersyarat boleh sebabkan gelombang jangkitan ke-3, kata pakar kesihatan


Pakar kesihatan berkata lebih banyak ujian diperlukan sebelum sekatan PKP diringankan.
PETALING JAYA: Pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan terhadap langkah meringankan perintah kawalan pergerakan dengan membenarkan perniagaan dibuka semula bermula minggu depan, memberi amaran ia boleh membawa kepada gelombang baru jangkitan Covid-19.
Azrul Mohd Khalib, pengarah eksekutif di Pusat Galen untuk Kesihatan dan Dasar Sosial berkata, orang ramai dalam membut persediaan boleh terkeliru dengan tatacara operasi standard yang dikeluarkan dalam rangka masa yang pendek, dan mengingatkan juga tentang ketidakpatuhan.
“Ini boleh mengakibatkan Malaysia beralih dari satu PKP kepada PKP lain beberapa bulan kemudian,” katanya kepada FMT.
Mengatakan Putrajaya secara mendadak keluar daripada PKP semasa daripada membentangkan suatau pelan tindakan yang jelas dan padu, beliau berkata lebih baik juga pengumumman dibuat selepas 12 Mei, apabila lanjutan terbaru PKP dijadualkan tamat.
“Ini akan memberikan sekurang-kurangnya 1 minggu untuk buat persiapan.”
Membandingkan pengumuman hari ini dengan pengumuman PKP sebelum 18 Mac, beliau berkata keputusan pertama menyebabkan keadaan kelam-kabut kerana notis pendek dan orang ramai tidak faham.
Perkara itu berlaku “juga dalam kalangan pihak berkuasa yang menguatkuasakan PKP,” tambahnya.
Mengenai langkah terbaru, katanya, SOP harus boleh didapati dengan mudah di satu laman sesawang untuk rujukan dan kegunaan orang ramai.
“Kekurangan dari segi persediaan akan menyebabkan pelaksanaan SOP kurang berjaya, meningkatkan risiko, kekecewaan, konflik, ketegangan dalam masyarakat, dan paling penting, peningkatan jangkitan dan penularan penyakit.”
Dr Ng Kim Fong, presiden Persatuan Doktor-doktor Johor yang mengutip dana untuk pengeluaran kelengkapan pelindung diri (PPE) untuk petugas barisan depan, juga bimbang dengan potensi gelombang ke-3 kes Covid-19.
Beliau berkata meringankan sekatan PKP akan menyebabkan peningkatan kes.
“Masalahnya, kita perlu buat lebih banyak ujian,” tambahnya.
Ng, seorang ahli kardiologi di sebuah hospital di Johor, antara negeri yang teruk terkesan dengan pandemik virus itu, berkata PKP harus diteruskan sehingga 12 Mei mengikut jadualnya.
“Kebanyakan pekerja penjagaan kesihatan bimbang,” katanya. “Bagaimanapun, ini akan jadi normal baru.”
“Orang ramai mesti terus mengamalkan penjarakkan sosial, pakai topeng, dan basuh tangan dengan kerap.”


PD TERUS BERKHIDMAT


Petugas-petugas Pejabat Parlimen Port Dickson ketika sedang membungkuskan barangan-barangan dapur untuk diagihkan kepada warga Port Dickson.
Ini adalah komitmen pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk terus berkhidmat dan membantu rakyat PD yang kesempitan.

KALAU KENA KE PH , AYAT TAK GINI RASANYA

NORSHIDAH MOHD DAUD

Kalau PH yang jadi gov & uturn, ayat dia xkan lunak sebegini ðŸ˜Š
Tipu pun tipula
Melayu tipu Melayu x hancing sangat bau dia
Kalau cina DAP LGE tipu Melayu baru hancing
Dop gitu?

N E G A R A R U G I ? M U S T A H I L . . .


Mana ada rugi, bukankah dah dapat yang dicita-citakan setelah plan berbulan-bulan untuk bentuk kerajaan pintu belakang?
Bukankah sejak kamu perintah, kamu dapat duit banyak dan kamu belanjakan duit itu macam 'santa clause" sehinggakan ada wakil-wakil rakyat pun dapat bantuan BPN? Duit yang kamu belanjakan sehingga lebih RM260 bilion itu semua kamu perolehi sendiri sebab kerajaan PH dahulu mana ada tinggalkan duit kan?
Takkan rugi, mana boleh rugi sebuah kerajaan melayu bergabung dengan pak-pak lebai tanpa Dap boleh rugi? Mustahil... takkan pak-pak lebai tu tak buat solat hajat atau berdoa agar kerajaan tak rugi?
Mustahil kerajaan rugi setiap hari. Kalau rugi, takkan lantik menteri sampai 70 orang, tidak termasuk duta-duta khas bertaraf menteri dan para-para penasihat 20 persen? Macam sebuah syarikat, kalau syarikat itu rugi setiap hari, adakah dia akan menambahkan para pekerja di syarikatnya? Kecuali kalau pengurus syarikat itu otak dia sembab, lembam DAN bodoh.
Kalau sehari kerajaan rugi RM2.4 bilion, bayangkan sekarang sudah berapa hari? Berbaloikah tebuk atap untuk jadi PM seperti jadi mahu jadi tokey ikan yang setiap hari rugi? Bukankah itu satu kerja bodoh?
Apa pun bersyukurlah, para elit sudah boleh main golf, berjogging dan berbasikal. Taikun-taikun besar boleh mulakan bisnes. Mak Cik Kiah tidak perlu jual goreng pisang lagi sebab Mak Cik Kiah sudah jadi kaya kerana pendapatannya di saat kerajaan rugi adalah sebanyak RM4 ribu hingga RM8 ribu sebulan.
Persidangan Parlimen? Satu hari je cukup untuk dengar ucapan perasmian dari Agong. Alaaahh... lagi pun bersidang di Parlimen tidak penting bagi kami kerana kami naik jadi kerajaan pun bukan melalui proses demokrasi yang sah di Parlimen dengan mandat rakyat pun. Apa khabar tok peti yang sokong pengkhianat? - 

Wfauzdin Ns, edited by papa Bob

BUKAN MASA LAGI ATAU NAK KENA PIJAK KEPALA

Ibrahim Mat Isa

Hj Salahuddin nampak jalan balik ke tak? Dah hanyut jauh dah ni.. cuba berhenti dari jadi pak turut boleh tak. Orang dah pijak kepala pun nak main budiman lagi.. bukan masanya beb!

RAMAI PUN DAH AGAK...MEREKA AKAN KATA GABENOR DAN KAKITANGAN YANG SALAH...



Nampak tak, Ramai kelompok PAS dan UMNO cuba salahkan Bank Negara, Sampaikan Menteri kewangan kayangan pun salahkan komunikasi Bank Negara.. mereka cuba jadikan Gabenor Bank Negara sebagai kambing hitam..

Sebelum ni depa cuba kambing hitamkan KSU Kementerian KPDNK isu permit kilang arak Henieken.. lepas tu salahkan KSN dalam isu jemputan Mesyuarat COVID-19.. kali ni Bank Negara..sedangkan dasar itu datang dari Kerajaan,Kementerian kewangan..

Dalam temubual Awani Menteri Kayangan Tg Zafrul dan Azmin Ali sendiri jelas , mereka  sendiri menyebutkan Kompaun keatas faedah, Dan faedah itu dikecualikan,.. ada bukti video kenyataan mereka..hari ini menteri kewangan sendiri cuba salahkan komunikasi dari Bank Negara atau sebenarnya yang salah itu komuniaksi dari Menteri Kewangan dan Menteri ekonomi(MITI) tebuk atap ?

Depa cuba kaitkan kononnya Gabenor bank negara  Nor Shamsiah Mohd Yunus kononnya dia dilantik Lim Guan eng..sedangkan dia bukan orang Politik..dia mmg layak sebagai gabenor..Dia bekas Timbalan gabenor Bank Negara sebelum berkhidmat dengan IMF..

Apakah ada cubaan politik untuk gantikan Gabenor Bank Negara pulak.. Mana tahu, Ada kelompok Kapitalis Bank..kelompok kayangan yang dahagakan rezab tunai Bank Negara.. apakah Gabenor Bank Negara sekarang menjadi penghalang ?

Jangan lupa, Sebelum ini pernah didedahkan..Bagaimana Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum PH yang dituduh  membeli  tanah seluas 55.79 ekar pada nilai RM 2 bilion dari kerajaan ..bayangkan Bank Negara beli tanah yang takda sebarang keperluan dari Kerajaan pada harga yang tinggi..masa tu orang kaitkan dengan 1MDB..

Agaknya dalam keadaan ekonomi yang tenat ni..depa perlukan Gabenor Bank Negara yang baru kut.. :)

Ipohmali

PELAJAR BIJAK RUMAH USANG.HANGPA SANGGUP LIHAT SAHAJA KAH


AZRIL AZIZ
Imej mungkin mengandungi: luar
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri dan luar
1 Mei 2020 - Kecoh apabila kisah seorang pelajar UTM Skudai yang sedang mengikuti program Ph.D dalam jurusan kejuruteraan awam balik ke kampong halamannya di Malan, Dangi diviralkan oleh pemandu kenderaan IPD yang menghantar beliau balik malam tadi. Pelajar tersebut, Maznah Binti Ismail yang terkandas dalam kampus sejak penularan wabak Covid 19 dibenarkan balik ke kampong bersama pelajar lain selepas larangan PKP dilonggarkan oleh Kerajaan.
Tinggal bersama dalam khemah usang itu ialah Abang kandungnya, Radzuan bin Ismail bersama isteri dan 6 orang anak beliau. Radzuan bekerja di Kilang Sawit di Batu 10, tidak mampu mendirikan rumah baharu. Gajinya hanya RM1200 sebulan sedangkan beliau terpaksa menyekolahkan enam orang anak. Anaknya yang sulung berusia 22 tahun sedang belajar di UIA, Gombak.
Dengan tersebarnya berita mengemparkan ini, YTM Dato' Hj. Muhammed Bin Hj. Abdullah, Undang Luak Johol telah meminta Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Undang Johol untuk meninjau keadaan sebenar dan ingin mendapat laporan terperinci mengapa Maznah dan abang beliau sekeluarga terpaksa tinggal di dalam khemah begitu rupa. YTM juga telah mengirim sedekah peribadi dan sedikit barang keperluan asas harian.
Maznah menceritakan rumah asal yang terbakar pada 20 Oktober 2015 itu dibina oleh arwah ayah beliau yang meninggal pada tahun 2011. Rumah itu telah dipindahmilik oleh arwah ayah kepada Maznah pada tahun 2010. Pada tahun 2018 Maznah dengan rela hati telah memberikan rumah dan tanah tersebut kepada abangnya Radzuan setelah ibunya kembali ke Rahmatullah.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, luar dan alam
Untuk makluman, Radzuan (sebelum itu Maznah) telah memohon untuk mendapat sebuah rumah PPRT daripada pihak berwajib. Malangnya, permohonan tersebut tidak menjadi kenyataan sehingga ke hari ini.
Sebagai wakil Yayasan Undang Johol, saya akan menyediakan laporan terperinci kisah yang dihadapi oleh Maznah dan abangnya, Radzuwan mengenai karenah birokrasi yang mereka alami bagi mendapatkan sebuah rumah PPRT kepada YTM Dato' Undang Hj. Muhammed. Ia melibatkan beberapa Jabatan dan agensi kerajaan dan tidak wajar dilaporkan disini.
YTM Dato' Undang, sebagai pemerintah Luak Johol, pasti tidak mahu melihat rakyatnya tinggal dalam keadaan daif seperti itu. YTM pasti akan meminta Jabatan/agensi kerajaan yang terlibat untuk mengambil tindakan segera bagi membantu keluarga malang ini mendapatkan sebuah rumah PPRT.



Parliamentary Roundtable #1: Next Normal for Jobs (Labour Day Special)



Anwar Ibrahim: U-Turn & Flip-Flop Every Other Day, This Only Reflect The Incompetence Of The System



SIARAN DARI PEJABAT SETIAUSAHA AGONG PKR