Mana ada rugi, bukankah dah dapat yang dicita-citakan setelah plan berbulan-bulan untuk bentuk kerajaan pintu belakang?
Bukankah sejak kamu perintah, kamu dapat duit banyak dan kamu belanjakan duit itu macam 'santa clause" sehinggakan ada wakil-wakil rakyat pun dapat bantuan BPN? Duit yang kamu belanjakan sehingga lebih RM260 bilion itu semua kamu perolehi sendiri sebab kerajaan PH dahulu mana ada tinggalkan duit kan?
Takkan rugi, mana boleh rugi sebuah kerajaan melayu bergabung dengan pak-pak lebai tanpa Dap boleh rugi? Mustahil... takkan pak-pak lebai tu tak buat solat hajat atau berdoa agar kerajaan tak rugi?
Mustahil kerajaan rugi setiap hari. Kalau rugi, takkan lantik menteri sampai 70 orang, tidak termasuk duta-duta khas bertaraf menteri dan para-para penasihat 20 persen? Macam sebuah syarikat, kalau syarikat itu rugi setiap hari, adakah dia akan menambahkan para pekerja di syarikatnya? Kecuali kalau pengurus syarikat itu otak dia sembab, lembam DAN bodoh.
Kalau sehari kerajaan rugi RM2.4 bilion, bayangkan sekarang sudah berapa hari? Berbaloikah tebuk atap untuk jadi PM seperti jadi mahu jadi tokey ikan yang setiap hari rugi? Bukankah itu satu kerja bodoh?
Apa pun bersyukurlah, para elit sudah boleh main golf, berjogging dan berbasikal. Taikun-taikun besar boleh mulakan bisnes. Mak Cik Kiah tidak perlu jual goreng pisang lagi sebab Mak Cik Kiah sudah jadi kaya kerana pendapatannya di saat kerajaan rugi adalah sebanyak RM4 ribu hingga RM8 ribu sebulan.
Persidangan Parlimen? Satu hari je cukup untuk dengar ucapan perasmian dari Agong. Alaaahh... lagi pun bersidang di Parlimen tidak penting bagi kami kerana kami naik jadi kerajaan pun bukan melalui proses demokrasi yang sah di Parlimen dengan mandat rakyat pun. Apa khabar tok peti yang sokong pengkhianat? -
Wfauzdin Ns, edited by papa Bob