Untuk aku sendiri, aku tak akan risikokan anak anak aku untuk kesekolah..sekiranya diteruskan , ibubapa boleh saman kerajaan kerana gagal mengawal wabak.
SEKIRANYA PKP DIHENTIKAN PADA 12 MEI NANTI...
● Semua orang akan berpusu-pusu keluar rumah dan memenuhi seluruh kawasan yang ada, untuk melihat dunia, sebab dah lama terperap. Tak tahu siapa yang ada di situ. Tak tahu siapa yang pembawa virus.
● Bangsa Melayu akan berpusu-pusu ke pusat membeli-belah untuk membeli kelengkapan Raya. Sogo akan sesak; Kompleks PKNS akan padat; Jakel akan sendat; Seksyen 7 Shah Alam akan padat. Maka bergesel-gesellah satu sama lain, sambil memindahkan virus dari satu badan ke satu badan.
● Masing-masing akan sibuk mencuba baju Raya. Lepas sorang pakai baju tu; sorang lain pakai pulak untuk cuba; lepas tu sorang lagi... dan lagi ... dan lagi ... Seronok virus tu melompat-lompat dari satu badan ke satu badan.
● Hari Raya berlangsung dengan meriah (ingat kita akan kisah dengan segala pesanan SOP - PKP?) Salam-salam Raya ... cium tangan ... peluk-peluk... cium-cium pipi ... nangis-nangis... kesat-kesat hingus ... segala virus yang dah memang melekat kat badan tu, laju aje dia main gelongsor pergi muka; tangan dan badan orang lain.
● Rumah terbuka di sini-sana, masing-masing "melepas geram" tak dapat jumpa sedara mara, rakan dan taulan. Kalau tak jemput ramai-ramai, tak meriah. Borak-borak, gelak-gelak... virus pun main terjun anjal dari lidah masing-masing, bersama air liur yang tersembur.
💥 Maka bermulalah kisah Kluster AidilFitri pulak...
🔗 dan kemudian kita akan di-PKP-kan lagi untuk tempoh entah sampai bila. Itupun kalau kita masih hidup lagi tak kena Covid 19. 🤔
🔆 Kalau Tak Boleh Nak Jadi Bijak, Jangan Jadi Bodoh!
#dudukrumahdiam2
#kitabelummenang
#perjalananmasihjauh
⛔ STAY AT HOME ⛔
Selamat menjalani ibadah puasa
Dari Abg Aim 😎