Muslim Eropah rayu Anwar perangi Islamofobia di KL Summit 2019


Dec 24 2019
Pemimpin-pemimpin masyarakat Muslim Eropah merayu Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim untuk bersuara tentang Islamofobia pada sidang kemuncak KL Summit 2019.
Menurut Anwar, beliau baru sahaja bertemu Presiden Forum Muslim Eropah yang menyuarakan hasrat itu kepadanya, 14 Disember lalu.
“Saya sedang mengetengahkan isu-isu terkait Islamofobia dan sedang menggembeleng dukungan dari rakan-rakan dalam rencana ini.
“Kami akan mengutus surat dukungan dari pemimpin-pemimpin Muslim dan surat itu akan ditonjolkan pada sidang kemuncak di KL pada 19 Disember 2019 ini.
“Pemimpin-pemimpin Muslim Eropah melalui Presiden European Muslim Forum Abdul Vakhed Niyazov telah mengajukan kepada saya atas kapasiti sebagai mentor kepada Honorary Board European Muslim Forum untuk mengutuskan surat dukungan kepada kepala-kepala negara Malaysia, Pakistan dan Turki.
“Ketiga-tiga negara tersebut telah bersetuju untuk berpadu di dalam satu kesatuan bagi memerangi gejala Islamophobia di #UNGA (Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) tiga bulan yang lalu,” katanya.
Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 adalah satu wadah menghimpun pemimpin, cendekiawan, ulama dan pemimpin Islam untuk berkongsi idea dan mencari penyelesaian kepada masalah umat Islam.
Tiga orang pemimpin Islam mengesahkan kehadiran mereka iaitu Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Anwar: Kembalilah berdialog tentang Jawi

Anwar: Kembalilah berdialog tentang Jawi

Dec 24 2019 / Keadilan Daily
Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim hari ini menggesa kedua-dua pihak yang pro atau antitulisan Jawi supaya tidak menganjurkan sebarang sidang bagi meredakan suasana.
Bakal perdana menteri Malaysia kelapan itu gusar jika penganjuran mana-mana sidang berkenaan akan “menghangatkan suhu politik dan kaum”.
“Justeru itu, saya menggesa semua pihak termasuk Dong Zong untuk kembali ke ruang dialog.
“Penganjuran sidang anti-Jawi akan mengundang reaksi sidang pro-Jawi,” katanya.
Beliau merujuk kepada kongres kumpulan pendidikan Cina Dong Jiao Zong di Kajang, yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini.
Anwar juga menggesa “pertubuhan Melayu lainnya” tidak meneruskan agenda mereka, jika ada.
Anwar juga mengingatkan bahawa tulisan Jawi merupakan sebahagian dari khazanah budaya bangsa dan negara.
“Bahasa Melayu dan kini bahasa kebangsaan mula ditulis dalam huruf Arab yang diubah suai kepada tulisan Jawi,” katanya.
Justeru, katanya, Ikhtiar kerajaan perlu dilihat sebagai antara langkah menyemarakkan kesedaran merentasi budaya.
“Malaysia kekal sebagai negara pelbagai kaum dan budaya; dan kita harus berbangga dan menghormati kepelbagaiannya.
“Keutamaan bidang pendidikan adalah ke arah peningkatan mutu pelajaran,” katanya.

BANGSA UIGHUR..SIAPAKAH MEREKA.



1. Ramai yang telah berkongsi kisah masyarakat Uyghur di Xinjiang yang ditindas. Ramai yang beremosi dengan menzahirkan perasaan marah, sedih, geram dan berbagai-bagai lagi.       

2. Tapi hakikatnya tidak ramai yang mengetahui siap sebenarnya Uyghur? Kalau tuan puan jumpa Uyghur di depan mata mahukah tuan puan tolong mereka. Kalau kami sedang lindungi mereka daripada kezaliman kerajaan China mahukah tuan puan bantu kami membantu mereka dari dizalimi?    

3. Isu Ughyur bukan isu baru. Bukan baru tahun ini mereka dilarang berpuasa, tetapi telah berpuluh tahun. Bukan baru ini mereka dilarang dan dihalang dengan ibadah yang lain, tetapi larangan seperti memakai hijab bagi wanita, larangan bersolat dan berbagai bagai lagi telah berlaku sejak sekian lama.    

4. Tahukan tuan puan bahawa sebenarnya kaum Uyghur itu bukanlah etnik Cina? Dan Xinjiang itu sebenarnya bukanlah sebahagian dari China.

5. Hakikatnya bangsa Uyghur itu ialah satu bangsa tersendiri dan istimewa tiada kaitan keturunan dengan bangsa Cina!! Mahu buktinya? Tuan puan lihat gambar dibawah ini. Tiga orang bangsa Uyghur yang kami selamatkan dan melepaskan mereks daripada sebarang pertuduhan di Mahkamah Perundangan Malaysia. Ini rupa paras mereka tiada langsung rupa paras orang Cina! Rupa mereka hampir kepada rupa orang Turki dan mereka berbahasa Turki bukannya berbahasa Cina.   

6. Tetapi kenapa pulak Xinjiang dan China? Sebenarnya nama asal Xinjiang ialah Turkistan Timur. Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki. Orang Turki mereka berasal daripada sini iaitu Turkistan. Sehingga ke hari ini mereka masih berkongsi bahasa yang sama, agama yang sama dan budaya yang sama, selain wajah mereka juga hampir sama.

7. Turkistan adalah sebuah wilayah Islam, penduduknya ialah bangsa Ugyhur beragama Islam, dan beramal dengan Islam. Turkistan telah dijajah oleh China sejak sekian lama. Namun tahun 1955 Parti Komunis China telah secara rasmi menukar nama Turkistan Timur kepada Xinjiang (bermaksud “The new terittory” iaitu wilayah baru”). Hakikatnya Turkistan itu berbeza dengan China, mereka mempunyai bahasa sendiri, budaya sendiri, malah mereka mempunyai perlambagaan negara sendiri dan bendera sendiri. Bendera mereka berwarna biru sama seperti Turki yang berbendera merah.

8. Mulai tahun itu IDENTITI ISLAM dihilangkan. Nama negara Turkistan Timur ditukar kepada Xinjiang manakala nama penduduk turut ditukar (cth Salahuddin kepada Shalayiding).    

9. Mula tahun itu juga penindasan demi penindasan dialami mereka. Identiti Islam dilarang ditonjolkan seperti larangan menyimpan janggut bagi lelaki, dilarang memakai tudung bagi perempuan. Ajaran Islam tidak dibenarkan diamalkan di sesetengah tempat seperti dilarang solat, dilarang berpuasa, semua itu dilarang dan diharamkan.       

10. Kaum Uyghur turut ditangkap tanpa sebab, dipenjarakan,diseksa dan dibunuh selain kaum wanita pula dirogol.

11. Rekod kerajaan China terhadap Uyghur ini paling buruk sekali berbanding rekod layanan tentera Israel terhadap penduduk Palestine.         

12. Nasib penduduk Uyghur pula lebih malang berbanding penduduk Palestine. Palestine hanya tinggal Gaza yang sekangkang kera, sedangkan Uyghur sudah tidak bernegara. Turkistan pula sudah hilang dari peta dunia.   

13. Kerana itu orang Uyghur ini diibaratkan sebagai Palestine di Asia, hakikatnya lebih teruk dari Palestine.         

14. Selain dari penindasan, pembersihan etnik juga sedang dilakukan. Kaum Han dimaksudkan beramai ramai ke dalam Xinjiang bagi mengurangkan majoriti kaum Uyghur selain membunuh kaum Uyghur.

15. Zalimnya kerajaan komunis China ini lebih zalim daripada kaum Zionis. Bezanya kezaliman Komunis China terhadap Uyghur tidak diketahui pihak antarabangsa kerana polisi tertutup kerajaan Komunis China dengan menyekat access media seperti Facebook, YouTube dan internet.      

16. Malah mengikut rekod hak asasi manusia di peringkat antarabangsa juga menunjukkan bahawa kezaliman kerajaan Komunis China berada ditempat pertama diikuti oleh Zionis kemudian Amerika Syarikat.   

17. Maka adalah menjadi tanggungjawan umat Islam seluruh dunia mendedahkan situasi sebenar masyarakat Uyghur yang ditindas, diseksa, dirogol dan dibunuh di sebuah negara mereka yang dirompak Komunis bernama Xinjiang.

18. Oleh itu, marilah bersama sama kita memperbanyakkan doa agar Allah memelihara mereka dan memberilan keamanan buat mereka selain memberilan ketabahan dan kekuatan kepada mereka menghafapi telanan, cabaran dan rintangan datipada musuh- musuh Islam.         

Amin ya Allah.     

Yang benar. 
Mohd Khairul Anwar @ Abu Akhyar Al Qudsi.      
Peguambela& Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.      
Timbalan Presiden Abim Pusat


Kenyataan Media



Tindakan Kerajaan Negri Pahang menggunakan keganasan keatas pekebun sayur di CH adalah amat di kesali. Dan tidak seharusnya berlaku. Tambahan pula dimusim perayaan ini. 

Seharusnya Kerajaan Negri Pahang mengenalpasti tanah untuk di pajak jangka masa panjang oleh pekebun sayur yang bercucuk tanam secara kecil- kecilan ini. Supaya mereka boleh melabur dengan peralatan sewajarnya untuk hasil yang lebih baik serta demi pembangunan ekonomi negara. Mereka juga boleh di latih untuk menggunakan teknologi moden serta Good Agricultural Practises. Elak daripada menggunakan racun terlarang dan sebagainya. Kerajaan Negri Pahang seharusnya menggunakan cara rundingan menang- menang didalam hal ini.

Saya ambil maklum bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan tadahan air namun adalah lebih berperi kemanusiaan untuk menunggu hasil kebun mereka dituai dahulu. Sebelum memindahkan mereka secara rundingan dengan baik keatas lot yang di kenalpasti kerajaan negri. Tambahan pula waktu ini merupakan musim perayaan. Dan anak2 mereka akan mula bersekolah. Tentu sekali hasil tuaian mereka di perlukan untuk membiaya persekolahan awal tahun anak2 mereka nanti.

Hajah Fuziah Salleh
Pengerusi PH Pahang.


KISAH KAPIR JAHAT DAN SEMUA BANGSA ADA.

Oleh: miqdad zakaria.

Semalam ana singgah tempat wakil TM untuk daftar line Unifi Plan Unlimited untuk Mak.. 

Masa ana sampai kebetulan tak ada orang.. Dalam duk proses nak saftar.. Datang seorang Pak cik mengadu tempat dia line tak kuat.. Dan wakil TM bagi tahu dia.. "tunggu jap, kita settle yang ni dulu" sambil tunjuk kat ana.. 

Dalam duk menuggu tu.. Dia ambil kerusi duduk tepi ana.. Dan membebel pasal ucapan "Merry Christmas ".. Dia marah bila orang islam duk sibuk cerita pasal ni setiap tahun.. Kononnya perkara ini kecil sahaja.. Masih ada isu besar yang perlu dibicarakan.. Seperti isu umat islam diseksa dan dizalimi di China dan Palestine.. 

Peringkat awal ana malas nak masuk tajuk dia.. Hanya bagi "senyum tawar" je.. Tapi mulut dia masih duk sambung pasal orang kapir ramai yang jahat.. Kononnya di malaysia pun sama.. Tunggu mereka ada kuasa lebih sikit lagi.. Orang islam akan disembelih macam tempat lain.. 

Ana mula rasa cuping telinga panas.. Dalam hati.. "kalau aku jawab nanti kan.. Dua hari tak ada selera makan.. " ha ha.. 

Lalu ana mencelah.. Ana kata.. "maaf pok cik".. "kalau ikut logik ayat pok cik tadi.. Orang kapir kalau kuat dia sembelih habis orang islam.. Bermakna di eropah yang diperintah oleh orang kapir hari ni.. Tak ada seorang dah orang islam kat sana.. Hari ni pelik.. Orang kapir yang pok cik kata jahat tu.. Beribu setiap bulan masuk islam.. "

Dia mula terdiam.. Ana sambung lagi.. "pok cik.. Bab baik dengan jahat ni semua bangsa dan agama ada.. Bukan kata orang kapir.. Orang islam pun ada yang jahat dari orang kapir.. Orang islam ada yang bunuh orang.. Orang islam ada yang rogol anak dara orang.. Bukan tu saja.. Orang islam ada yang cabul kehormatan nenek orang.. "

Dia masih diam.. Ana sambung lagi..  "pok cik.. Anak kita sendiri yang semua keluar dari celah kangkang bini kita pun ada yang baik.. Dan ada yang tak baik.. Tu mari dari air mani kita sendiri.. "

Dia masih diam lagi.. Ana tambah lagi.. "Pok cik.. Anak Nabi nuh dan isteri Nabi Lut pun tak beriman.. Boleh pilih jadi kapir.. Tak nak ikut ayah dan suami dia sendiri.. Isteri Firaun yang mengaku Tuhan tu..  isteri dia sendiri boleh beriman.. "

Jadi.. "Bab baik atau jahat ni tak kira siapa.. Tak kira dia mari dari agama mana.. Bangsa apa.. "

Alhamdulillah urusan ana dah selesai.. Dia masih lagi diam membisu.. 

Sebelum ana pulang.. Ana sebut dengan nada lembut.. "Pok cik.. Akhir zaman ni bukan kata orang kapir je ada yang jahat.. Hatta ulamak islam pun ada yang jahat.. Ulamak su' yang Nabi sendiri takut kepada golongan ini kerana kerja mereka hanya menyesatkan ummat"..

Dia pandang wajah ana.. Mungkin dia baru perasan siapa ana.. Sebab selepas ana minta maaf dengan kata² ana.. Dia tanya "ustaz nak balik Rusila ke..?" ana kata "Tak".. "ana tidur umah mak malam ni"..

Itulah kisah semalam.. Dan kisah ini membuatkan ana lebih bersemangat untuk bertemu dengan semua lapisan masyarakat untuk mengembalikan fikrah sebenar yang diajar oleh islam.. 

Terima kasih pok cik.. 

Sekian.. 

😁😁

BAH TERMENUNG, MANGSA BANJIR SEGAMAT BELUM BOLEH PULANG

PBT SEDIA TEMPAT KHAS MEROKOK

NEGARA LUAR KURANG KERJASAMA TANGKAP JHO LOW – HAMID

ISU FITNAH ARMADA TERENGGANU



*Isu Fitnah ‘Armada PPBM Berjoli Sakan di London Lepas Dapat Projek ‘ dan ‘Siapa Datuk Husin ,Sapu Projek KBS ,beri Vellfire kepada Setiausaha politik ,Taja Armada ke Dubai -London’*

Assalamualaikum WBT , Alhamdulillah saya baru sahaja selesai membuat report polis dan diambil keterangan oleh pegawai penyiasat selama lebih 4 jam di Balai Polis Kemaman berhubung isu fitnah keatas saya dan rakan-rakan yang bertujuan memburukkan ,mencalarkan imej dan menjatuhkan kredibiliti saya dan rakan rakan sebagai pemimpin politik .

Saya telah memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat yang tepat sepanjang proses penyiasatan ke atas diri saya dan menafikan sekeras kerasnya segala tuduhan keatas diri saya seperti yang disebut oleh page ‘ Friends of BN ‘ dan laman web ‘ Sabahkini2.com ‘ .

Maka saya memberi masa selama 24 jam kepada pihak berkenaan bagi menarik balik dan memohon maaf kepada saya secara terbuka ataupun melalui mana mana medium . Jika gagal berbuat demikian maka tindakan saman akan dilakukan melalui peguam yang bakal dilantik . Siasatan forensik juga akan dilakukan kepada akaun berkenaan untuk mencari pemilik akaun tersebut dan siapa yang bertanggungjawab yang menjadi dalang kepada fitnah ini .

Saya tidak mengenali sama sekali individu ‘ Datuk Husin ‘ seperti yang dikaitkan dan perjalanan saya ke London bagi menghadiri Kongres Belia Melayu Eropah yang sepatutnya dirasmikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad adalah menggunakan duit sendiri dan bukan tajaan sesiapa termasuk Aizad Roslan , Datuk Husin mahupun mana mana badan yang terlibat . 

Saya juga bukanlah seorang ‘Tokan Besar Projek Kementerian ‘ seperti yang didakwa kerana sehingga ke hari ini saya tidak pernah sama sekali mendapat sebarang projek dari mana-mana kementerian di Malaysia dan jika terbukti ada salah laku yang saya lakukan maka saya minta untuk melaporkan diri saya terus kepada pihak SPRM dan bukanlah bertindak dengan memfitnah tanpa sebarang fakta yang jelas .

Saya mohon supaya siasatan dijalankan dengan telus dan adil supaya kebenaran akan terungkai dan sekaligus membersihkan nama saya , Armada dan juga rakan rakan yang terpalit sama . 

Semoga pelaku kepada fitnah ini akan dibawa kemuka keadilan . 

Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar , 

Kepada Allah saya berserah .

Syaiful Irfan Anang
Ketua Armada Bersatu Terengganu

TAKTIK TERBARU SCAMMER


ANWAR PM KE 8 PADA MEI 2020 - KENYATAAN TUN M UNTUK DUA TAHUN ITU "SAHIH"



Bukan kerana kehendak Tun M untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim, bukan juga kerana Anwar kemaruk untuk menjadi PM dan bukan kerana "servey" ini maka Anwar patut menjadi PM selepas Tun M.  Anwar dipilih oleh Majlis Presiden PH untuk menjadi PM ke 8 selepas Tun M.  Itu kita kena tahu.

Menamakan Anwar sebagai PM ke 8 dan Tun M adalah PM ke 7 sehingga Anwar dibebaskan dari penjara dan boleh aktif berpolitik dan diangkat untuk menjadi PM selepas Tun M merupakan janji yang PH berikan kepada rakyat Malaysia sebelum PRU14 lagi.  PH menang di dalam PRU14 adalah kerana rakyat menyokong penuh menamakan Tun M sebagai PM sementara menanti Anwar melepasi syarat dan kekangannya untuk berpolitik.  

Berkali2 Tun M menyebut tempuhnya hanya sekitar dua tahun.  Bahkan, di hadapan Anwar Tun M pernah berkata sedemikian, kecuali "Anwar izinkan lebih dari dua tahun", katanya sambil berseloroh.  Selepas itu, terdapat kata2 lain dari Tun M yang menyebut mungkin 3 tahun dan beliau pernah sebut selepas ekonomi pulih dan disebut lagi sehingga selesai persidangan APEC pada November tahun hadapan.  

Di dalam banyak riwayat kata2 Tun M itu, paling boleh diterima pakai atau "sahih"nya ialah janji beliau untuk dua tahun sahaja.  Selain daripada itu boleh dianggap "dhaif" yang tidak kukuh asasnya.  Maka, kita bersedia untuk menerima Anwar sebagai PM seterusnya adalah pada Mei 2020.  Pedulikan apa Pembangkang Umno dan Pas mahu sebut, abaikan juga beberapa geng Si Kitol mahu nyatakan tentang tempuh peralihan kuasa ini.  Rakyat tahu, yang banyak berkorban dan berjuang selama puluhan tahun itu adalah Anwar.  Mereka itu cuma menumpang tuah Anwar dan jenis tidak sedarkan diri.  

Rakyat masih yakin dengan kewibawaan Majlis Presiden untuk menunaikan janji ini.  Tg Piai sudah cukup jelas isyarat dari rakyat agar PH tidak bermain dengan kata2.  Sehubungan itu, Majlis Presiden diharapkan tidak mengecewakan kita semua.  Biarlah Umno, Pas dan Si Kitol yang kecewa.  Kalau musuh tidak suka Anwar jadi PM, itu satu isyarat jelas bahawa PH ada masa hadapan yang cemerlang sekiranya Anwar menjadi PM segera.  

WFAUZDIN NS


PANDANGAN MUFTI WILAYAH TENTANG SUMPAH LAHANAT.APA PULA KATA HADI AWANG?



Walaupun Najib Razak sudah beberapa hari melakukan sumpah laknat dan isu itu tidak banyak lagi diperkatakan sekarang ini, tetapi pandangan Mufti WP ini wajar sekali diberi perhatian oleh kita semua.
Sekurang-kurangnya dengan membaca pandangan Mufti WP ini kita lebih faham berkenaan dengannya, tidak mudah terjebak dalam kekeliruan dan seterusnya dapat mengelakkan kita terlalu taksub untuk bersumpah laknat untuk menyelesaikan kemelut kehidupan.
Maka, sama-samalah kita baca dan fahaminya. (ShahbudinHusin 23/12/2019)

NASEHAT EMAS DARI ; IMAM SYAFI'I




1. "Bila kau tak mau merasakan lelahnya belajar, maka kau akan menanggung pahitnya kebodohan" (Imam Syafi'i)

2. "Jangan cintai orang yg tidak mencintai Allah, kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu" (Imam Syafi'i)

3. "Barangsiapa yang menginginkan husnul khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia" (Imam Syafi'i)

4. "Doa disaat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran" (Imam Syafi'i)

5. "Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat" (Imam Syafi'i)

6. "Siapa yang menasehatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasehatimu. Siapa yang menasehatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu" (Imam Syafi'i)

7. "Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafan sedang di tenun" (Imam Syafi'i)

8. "Jadikan akhirat dihatimu, dunia ditanganmu dan kematian dipelupuk matamu" (Imam Syafi'i)

9. "Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang hina adalah suatu jawaban. Bukanlah artinya aku tidak mempunyai jawaban, tetapi tidak pantas bagi singa meladeni anjing" (Imam Syafi'i)

10. "Amalan yang paling berat diamalkan Ada 3 (tiga). 1. Dermawan saat yang dimiliki sedikit. 2. Menghindari maksiat saat sunyi tiada siapa-siapa. 3. Menyampaikan kata-kata yang benar dihadapan orang diharap atau ditakuti" (Imam Syafi'i)

11. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kemeralatannya, sehingga orang lain menyangka bahwa dia berkecukupan karena dia tidak pernah meminta" (Imam Syafi'i)

12. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain mengira bahwa ia merasa ridha" (Imam Syafi'i)

13. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengira bahwa ia selalu senang" (Imam Syafi'i)

14. "Apabila engkau memiliki seorang sahabat yg membantumu dalam ketaatan kepda Allah, maka genggam eratlah ia, jangan engkau lepaskan. Karena mendapatkan seorang sahabat yang baik adalah perkara yang sulit, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah" (Imam Syafi'i).

Semoga bermanfaat

DAIM SALAHKAN MAHATHIR? ATAU WAYANG?


Sebagaimana kita sedia maklum, Tun Mahathir Mohamad telah beberapa kali melabel orang Melayu sebagai pemalas dalam ucapan terbukanya.
Pada Kongres Maruah Melayu baru-baru ini pun beliau mengulangi lagi perkara yang sama.
Ketika ditanya kemudiannya, Perdana Menteri mempertahankannya dakwaannya itu.
“Saya ingin cakap kebenaran. Kalau saya dapati ada orang tak nak bekerja, bermakna dia tak ada minat.
“Kalau kita tak boleh tegur orang, macam mana nak betulkan mereka? Kalau dia buat salah pun kita puji, itu salah.
“Saya cuma kata, maruah orang Melayu ini akan dipulih semula oleh orang Melayu sendiri. Kita tidak boleh harap kepada orang lain, tidak juga boleh harap kepada kerajaan.
“Itu isi kandungan ucapan saya dan saya tak fikir saya buat sesuatu yang salah,” katanya pada wartawan di Bangunan Parlimen.
Bagaimanapun, hari ini Tun Daim Zainuddin nampaknya tidak setuju sama sekali dengan label yang diberi oleh Tun Mahathir kepada orang Melayu itu.
Kata Tun Daim, banyak cerita kejayaan orang Melayu yang sebenarnya boleh dibanggakan.
“Yang malas itu adalah mereka yang dapat kontrak, mereka yang dapat AP (Approve Permit), tetapi jual kepada pihak lain.
“Melayu sampai sekarang tidak malas. Kalau kita lihat kepada sejarah, Melaka dahulu jadi pusat pelabuhan yang berjaya. Itu semua (usaha) orang Melayu.
“Kita tengok yang naik LRT pagi-pagi, siapa? Orang Melayu. Yang jual nasi lemak, orang Melayu. Jadi kalau kata Melayu malas, itu tidak betul,” katanya lagi.
Adakah Tun Daim kini sudah berani menyanggah Tun Mahathir?
Kenapa?
Maka, majoriti orang Melayu setuju dengan siapa – setuju dengan Tun Mahathir atau Tun Daim? (ShahbudinHusin 22/12/2019

SUMPAH LAKNAT NAJIB SEKADAR MENJAGA KERJAYA POLITIK*



Baru-baru ni Najib melafazkan sumpah laknat di Masjid Jamek kononnya nak menafikan beliau terlibat dengan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaaribuu. Ni bukti Najib nampak sangat terdesak dan ghairah nak tunjukkan dirinya suci sehingga sanggup ketepikan peraturan dan larangan dengan menjadikan rumah Allah untuk mencapai kepentingan peribadi dan politik semata-mata. 

Menurut pengakuan Azilah, dia dan Sirul telah diarahkan Najib untuk menangkap Altantuya yang dikatakan perisik dari negara luar. Akibatnya sekarang ni Azilah telah disiasat dan dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan itu. Sekiranya benar apa yang Azilah katakan ini, dah pasti ini tak adil buat Azilah. Azilah hanya mengikut arahan Najib, jadi tidak adil hanya Azilah sorang saja yang kena, sedangkan Najib terlepas dari hukuman. 

Kalau betul Najib nak terlepas dari hukuman dan buktikan dirinya tak bersalah, Najib patut bela diri semasa perbicaraan kes di mahkamah. Bukannya senang-senang buat sumpah laknat di masjid pastu ingat dia dapat terlepas dari perbicaraan mahkamah. Senang lah kalau macam tu, mana-mana penjenayah, pembunuh nak lepaskan diri terkena hukuman, terus pergi masjid buat sumpah laknat.

Jadi, cakap macam mana sekali pun, sekarang ni lebih baik Najib berundur dari politik. Dalam kes Najib ni, sudah tentu semua orang sedia maklum bahawa kes bunuh ni punca kejatuhan Najib dan rakyat pun dah semakin menyampah dengan Najib.

LEBAI YANG MEMBUSUKKAN NAMA PAS





Ehhhh...
Suka ati engkau jer...ustaz natang mende mcm ni...

Ustaz Sharkawi b. Ishak @ ustaz rempit sewaktu menyampaikan kuliah Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kedah pada 16 Dis telah menyifatkan orang-orang yang keluar PAS masuk parti Amanah Negara adalah mereka yang lari dari Fuqaha dan Ulama, mereka meninggal dunia tanpa membawa iman. 

Ustaz Sharkawi beranggapan Fuqaha dan Ulama hanya ada dalam parti PAS sahaja. Oleh kerana itu, dia beranggapan siapa yang meninggalkan PAS bermakna orang itu telah meninggalkan Fuqaha dan Ulama! “Bila mati tak bawa iman, dia mati apa? Mati tak Islam, nampak tak? Kalau bahasa kasaknya, mati kapiak! Itu dia!” Kata Ustaz Sharkawi.

Siapa yang buat finah ,kan dah kena haha

Siapa yang buat finah ,kan dah kena haha

Ipoh: Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman mengesahkan tindakan Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menyita barangan dalam rumah miliknya selepas didapati gagal melunaskan bayaran ganti rugi sebanyak RM200,000 dalam satu kes saman fitnah membabitkan dirinya dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Hamidah bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung tindakan penyitaan barangan dalam rumahnya dan meminta sedikit masa untuk menenangkan diri.

"Betul (tindakan Mahkamah Tinggi menyita barangan rumah), saya mahu bertenang dahulu," katanya menerusia mesej di WhatsApp, hari ini.

Hari Ini Dalam Sejarah Malaysia:


*Sebut Gadai&Ali Baba Kawasan2 Lombong Timah...di Juarai oleh Melayu UMNO.

*Sebut Rembat Kawasan Balak dan Gadaikan kpd Taukeh2 mata sepet...Melayu UMNO Jutawan Segera.

*Sebut Jual dan Gadai AP,Permit ,Lesen,Kontrak,Konsesi,JV kpd Non Malay...Pemimpin2 UMNO.

*Sebut Jual Batu Pasir Tanah UTK Tambak Laut Singapore...Pemimpin2 UMNO Johor.

*Sebut Bolot Lesen Korek Pasir&Batu...Boss2 UMNO hingga ke Peringkat JKKK
*Sebut Rembat&Songlap Tanah2 Simpanan Melayu...Boss2,Barua2,Pencacai2 UMNO

*Sebut Sapu Tanah2 TOL dan Resab2 Kerajaan...Juak2 UMNO
*Sebut Songlap Lesen Lombong Emas,Boksite,Bijih Besi,Batu,Laterite dll Galian...Pemimpin2 UMNO

*Sebut siapa yg  Gagalkan Dasar Ekonomi Baru...Penyamun2 Rakus puak UMNO.

*Sebut Juara Makan Duit Kopi,Komisyen,Baksis,RASUAH...Org2 UMNO

*Sebut saja Pecah Amanah Salah Guna Kuasa...Gerombolan UMNO
*Sebut saja Pakar Pengubahan WANG HARAM...sudah pasti dari grup gang Bossku UMNO.

*Sebut saja Tragedi Pembunuhan&Kematian dlm Urusan Negara...tercatat dlm Hari ini dlm  Sejarah adalah Terpalit dgn Pemimpin2 Tamak Haloba umno.

*Sebut saja Rampasan Beg Tangan&Jam Tangan Berjenama Dunia,Barang Kemas&Hiasan Mewah...sudah Pasti isteri2 Pemimpin UMNO.

*Sebut saja Tokoh Pembuatan Filem Kos Tertinggi taraf Hollywood...sudah tercatat Pecah Sejarah anak Pemimpin UMNO
*Sebut saja Pengaliran Wang Haram ke dlm Akaun2 Peribadi...Jelas&Tuntas Akaun2 Pemimpin2 UMNO.

*Sebut saja suami yg belikan Jam Tangan bernilai hampir rm0.5juta setelah isteri Merajuk...dah tentu mantan Pemimpin MO1.

*Jangan lupa Sebut saja siapa Gadai Tanah 12,300ekar kpd Tauke Judi di Genting Highlands sebaik2 saja lepas Merdeka...Bapa&Atok Pemimpin UMNO.

*Cukup disini jika nak di Sebut segala Pecah Amanah Korupsi Penyelewengan Rasuah yg dilakukan oleh Puak2 UMNO yg RAKUS Tamak Haloba Kaki Sapu Rembat dan Songlap segala Kekayaan negara dan Kepentingan Melayu sejak Merdeka 44hari 44mlm pun tidak mampu khatam.Hasil Tangan2 Jahat Pemimpin2 UMNO-lah yg melahirkan Jutawan2&Billionwan2 negara ini semua Di Bolot oleh puak Mata Sepet yg kini di Cop golongan Kafir Harbi.Sesungguhnya Dosa2 Pemimpin2 UMNO akan di Kutuk oleh Generasi Mendatang yg menjadikan Melayu terus Bangsat&Hanyut jadi Gelandangan Berpelisiran di Tanah Air Sendiri dulu kini selamanya yg kini di Sekongkol pula oleh Golongan Penunggang Agama Party Ajaran Sesat.

AIR SELANGOR SUKAR...MB GEGAR VAGANZA



Seronokk yee MB Selangorrr nii layannn finall GV???

Masalahh airr Selangorr dahh selesaii kee Dato Serii???


Kesiann rakyatt Selangorr kenaa angkott airrr darii lorii kann...


Haaa tepokkk...


Tepokkk lagiii...

...

PAS PARTI BATU API RONSON



PAS parti BATU API !!!!! Itu jawapan aku bila ditanya seorang rakan FB, kenapa dah tak komen pasal PAS? Aku beritahu juga buat apa komen pada org bodoh. Nanti kita sekali jadi bodoh.

Sepanjang hampir 2 tahun PH memerintah kerja puak ni... jadi batu api. Kes Anwar suruh Anwar jalani ujian poligraf ( kes Hadi Awang ambil RM 90 juta tak mahu suruh buat ujian poligraf ), sibuk menentukan Tun jadi PM sepenggal ( PAS itu pembangkang bukan pembangang sibuk utk tentukan PM kerajaan ).

Sibuk tuduh DAP tolak Jawi ( yg tolak Jawi tu MCA), sibuk pasal buku Sugar Daddy ( iklan itu tidak mendapat kebenaran dan bukan dasar kerajaan pun. Lagipun sudah dibaw turun )...Fitnah kerajaan PP tak beri azan... bila mahu disaman baru mahu minta maaf.

Sibuk cerita pasal dividen. Sedangkan negeri yg diperintah setiap tahun defesit. Setiap tahun meminjam dari pusat. Bila beritahu kerana kerajaan dahulu boros tak mahu dgr tapi bila kerajaan beritahu alasan sama tahu mahu bising.Byk sgt kalau nak sebut kisah batu api depa ni.

Sebaliknya apa yg dia buat utk rakyat Kelantan? Di kala rakyat Kelantan diuji banjir pemimpin mereka ke Norway. Nasib baik ke New Zealand bocor dulu kalau tak ke sana pula mereka melancong. Rakyat Kelantan patut minta kerajaan negeri beri penjelasan berapa kos mereka ke sana?

Malah mana akhlak mereka. Di kala mereka menghentam kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat tetap berikan mereka royalti yg kerajaan BN tak pernah berikan pada mereka sebelum ini. Kemudian minta pada Cina DAP tu bantu ratusan juta utk gaji kakitangan awam.

Tidak cukup dgn itu fitnah Islam terancam di bawah kerajaan PH memerintah sedangkan negeri Kelantan jauh dapat peruntukkan lebih banyak dari beberapa negeri2 diperintah PH. Ada mereka berterima kasih wakil rakyat mereka juga turut mendapat peruntukkan dari kerajaan?

Sebab itu aku kata buang masa layan parti yg kerja pemimpinnya jadi batu api. Sdgkan negeri diuruskan miskin dan mengharap bantuan. Tapi pemimpin menaiki kereta mewah yg kerjanya bagi pandangan aku menjadi batu api utk mengaburi kemewahan dan kelemahan mereka memimpin.

Jadilah pembangkang bertanggungjawab. Boleh kritik tapi kritikan itu biarlah berfakta. Ajarlah pengikut kpd suatu yg bijak bukan sengajac memperbodohkan mereka.
 Risiko rakyat  bg rakyat kltan, Apabila  pileh pemimpin bodoh sombong, buto Politik buto kayu, belagak pandai tapi bodo banggang benggong mereka pembangkang tidak ada idea, modal mereka rasis, tak ada keja lain, melainkan fitnoh adu domba maki lawang dan kawang yang tidak separty.

LEBAI SUKA TUN M TERUS JADI PM SEHINGGA PRU15 UNTUK MEMUDAHKAN REJIM KLEPTOKRASI BERKUASA SEMULA



Dalam perjumpaan lebai dgn Tun M selepas persidangan negara2 islam yg gagal itu, sekali lagi lebai beri jaminan bahawa parti lebai akan sokong Tun M jadi PM sehingga PRU15, walaupun lebai pernah kata Tun M hanya layak jadi doktor klinik 1 Msia saja dan walaupun lebai sanggup sokong MCA di Tg Piai dan mengalahkan parti Tun M dengan kekalahan yg amat memalukan Tun M.  

Aku tidak pelik kalau lebai berkata sedemikian kerana lebai memang dikenali sebagai lidah bercabang dan mahir di dalam menjual agama demi kepentingan politik.  Kalau tidak, bagaimana lebai boleh duduk sekelambu dengan parti yg selalu dikapirkannya?  

Aku lebih pelik kalau Tun M terpedaya dengan tipu helah lebai.  Takkan la manusia sehebat Tun M terpedaya dengan lebai yg juga terpedaya dengan umno?  Umno gunakan lebai untuk bernyawa setelah nazak di dalam PRU14 yg lalu, manakala lebai pula cuba untuk memperdaya Tun M.  Kalau Tun M percaya dgn lebai, ertinya Tun M lebih bodoh dari lebai.  

Orang bijak akan berfikir, kalau musuh Tun M tiba2 sokong Tun M, maksudnya apa?  Maksudnya sokong bawa rebah.  Umno dan lebai suka Tun M terus jadi PM sehingga PRU15 kerana mereka ada peluang untuk jatuhkan PH angkara terlalu banyak kelemahan Tun M sekarang.  Lebih baik Tun M kekal lama sehingga PRU15.  

Kalau Tun M lalai dan termakan dengan kata2 mereka, kami di bawah tidak lalai dan tidak sebodoh itu untuk diperdaya.  Maka, kami akan pastikan apa yg umno dan lebai suka dan mahu lihat akan gagal.  Kami akan pastikan Tun M berundur selewatnya Mei 2020 bagi menentukan rejim kleptokrask terdahulu tidak akan berkuasa lagi.  Anwar yang digeruni oleh Umno/Bn serta lebai akan kami angkat menjelang Mei 2020.  

WFAUZDIN NS

KENYATAAN MEDIA DSAI


PENGUMUMAN


Sejak dua hari lepas,blog ini menghadapi masaalah untuk mengupload gambar dan juga kesukaran untuk pos artikel atau bahan. Masaalah sedang diuruskan sebaik mungkin bersama sifu webmaster Laman Marhaen. Sebarang kesulitan amat dikesali.

MENJELANG MASA

SANGGUPKAH KITA DITIPU OLEH SI MUNAFIK HANYA KERANA SUMPAH LAKNAT..



ENOUGH IS ENOUGH..

Sudah tak tertanggung lagi emosi kita.. akibat banyak sangat hujah2 bohong yang kita dengar dari si munafik bernama Najib..

Oleh itu.. untuk berlaku adil kepada semua warganegara yang cukup umur.. waras dan rasional diseluruh negara.. supaya tidak lagi dibelenggu penipuan demi penipuan..

Kes PEMBUNUHAN ALTANTUYA perlu dibicarakan semula dengan kadar segera.. melalui penghakiman yang baru..

Semua Hakim yang menghakimkan perbicaraan semula.. BUKAN lagi hakim yang mendengar perbicarakan kes pembunuh Altantuya yang terdahulu..

Begitu juga barisan Para Pendakwa mestilah yang baru.. bukan lagi barisan para pendakwa diperbicaraan yang dulu.. kerana mereka GAGAL membawa dan menjelaskan MOTIF yang sepatutnya menjadi ASAS mendakwa Azilah dan Sirul..

SAKSI penting seperti DSP MUSA SAFRI dan DEEPAK perlu di sapina.. yang mana mereka sebelum ini hanya di SEBUT namanya di mahkamah TETAPI tidak dipanggil sebagai SAKSI oleh mahkamah..

Sedangkan DSP Musa Safri adalah saksi yang mendengar secara langsung bersama Azilah ketika MEMBAWA Azilah bertemu dengan NAJIB sewaktu ARAHAN.. 'shoot to kill'..

Manakala Deepak adalah orang yang mendengar sendiri dari mulut Najib dan Rosmah.. bagaimana asalnya rancangan dan sebab2 kenapa perlu membubuh Altantuya..

Sapina2 juga perlu dibuat kepada semua pihak termasuk mereka yang berada di JAWATAN2 penting berkaitan dengan SIASATAN AWAL ketika trajidi pembunuhan itu berlaku..

KITA TIDAK MAHU PEMIKIRAN KITA DIBELENGGU OLEH SD DAN SUMPAH LAKNAT SEMATA-MATA..

Kita perlu bebas dari syak wasangka yang tidak membawa kita ke penghujung keputusan yang TEPAT dan konkrik..

Kita hanya menimba DOSA yang besar andainya tersalah dalam berhujah sesama sendiri.. iaitu selagi KEMELUT dari SD dan SUMPAH LAKNAT itu tidak dimulakan dengan PERBICARAAN SEMULA secara ADIL dan JUJUR.. demi AGAMA yang kita anuti.. serta demi NEGARA yang TERPALIT bersama ISU tersebut..

Kita tidak mahu lagi mendengar hujah2 yang bukan dari hujah DI MAHKAMAH..

Kerana sudah terlalu banyak hujah2 yang pro dan kontra mengenai isu SD AZILAH dan sumpah laknat NAJIB..

Yang pro sentiasa memihak kepada tertuduh dalam SD iaitu Najib.. dengan hujah yang dikuasai oleh EMOSI.. hujah tanpa FAKTA dari sumber pembacaan yang teliti dan tidak bersandarkan pada ilmu dan perbandingan sejarah yang rasional..

Manakala yang kontra.. walau pun berhujah berlandaskan pembacaan dan fakta yang rasional dan bersandarkan dari ilmu.. hujah mereka tetap menjadi bahan ejekan dari yang pro kepada tertuduh Najib..

CUKUP2LAH SETAKAT ITU SAHAJA MEREKA YANG PRO DAN KONTRA BERHUJAH..

SAMPAI MASANYA KITA SEMUA MEMOHON DAN MEMBIARKAN PIHAK YANG BIJAKSANA DALAM UNDANG-UNDANG BERHUJAH DIMAHKAMAH DIPERBICARAAN SEMULA KELAK..

Kita semua sudah TIDAK SANGGUP lagi ditipu oleh MUNAFIK hanya kerana si munafik telah melakukan SUMPAH LAKNAT..

Oleh itu..

SD AZILAH dan pembunuhan ALTANTUYA tersebut telah menjadi KEPENTINGAN UMUM untuk diberikan PERHATIAN DAN TINDAKAN dari pihak berwajib..

Mereka perlu menyiasat kesahihan SD Azilah dengan segera.. dan memulakan proses PERBICARAAN semula demi menegakkan KEADILAN terhadap rakyat.. terhadap keluarga2 mangsa dan keluarga kepada kedua azilah dan sirul serta keluarga Najib..

JANGAN BIARKAN MEREKA DIBELENGGU KEKELIRUAN.. DAN DIBIARKAN TANPA KEPUTUSAN PEMBELAAN YANG JUJUR DAN ADIL..

Kerana terlalu ramai yang menjadi mangsa EMOSI kalau tidak diberikan perbicaraan semula..

Secara logiknya..

Tanpa arahan.. TIDAK MUNGKIN Azilah dan Sirul membunuh seorang WANITA yang tidak ada KENA-MENGENA dengan hubungan kehidupan dan urusan harian mereka sebagai pengawal peribadi..

Tanpa arahan.. TIDAK MUNGKIN pihak Imigresen MEMADAMKAN senarai nama kemasukan Altantuya dari senarai komputer milik kerajaan..

Tanpa arahan.. TIDAK MUNGKIN Altantuya wanita kerdil dibunuh dan di LETUPKAN hingga BERKECAI seluruh daging dan tulang2nya..

Tanpa arahan.. TIDAK MUNGKIN C4 dapat dibawa keluar secara mudah oleh AZILAH dan SIRUL yang hanya PENGAWAL PERIBADI Najib..

Tanpa arahan.. TIDAK MUNGKIN Sirul boleh ke AUSTRALIA secara SAH melalui penerbangan yang diatur oleh KDN di zaman NAJIB UMNO BN..

Tanpa arahan.. TAK MUNGKIN Azilah boleh menulis secara DETAIL dan SEMPURNA.. semua detik demi detik.. cerita demi cerita ASAL yang membawa beliau dan Sirul bertindak MEMBUNUH..

Oleh yang demikian..

SD Azilah lebih penting dibicarakan.. manakala SUMPAH LAKNAT dari tertuduh yang memberi arahan BUKAN hujah yang benar dan tak perlu dipentingkan..

Kerana sumpah laknat bukan arahan agama.. itu hanya BUDAYA kebiasaan bagi tiap yang bersalah melepaskan tengkuk dari dituduh..

Sebab itu SD adalah pengakuan bersumpah dan boleh diterima pakai oleh mahkamah untuk dibicarakan..

Manakala sumpah laknat hanya satu budaya yang tidak diiktiraf sebagai hujah dan dibawa masuk kedalam mahkamah..

Sekian perihal SD dan BUDAYA BERSUMPAH..

Note: The trial will automatically involve His Majesty Razak.

EDDIE ADAM BENJAMIN..
Hanya warga biasa Malaysia..


NAIK TARAF LAPANGAN TERBANG P PINANG ATASI KESESAKAN