PKR TOLAK AL QURAN: NIK NAZMI LAPOR POLIS

Setpol Anwar gagal dikesan, pengadu tarik balik aduan






Farhash Wafa Salvador. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis yang masih gagal mengesan setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador yang merupakan suspek utama dalam siasatan kes rusuhan di Ampang pada 31 Ogos lepas meminta beliau menyerah diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata, pengadu yang membuat laporan polis terhadap Farhash bagaimanapun sudah menarik semula laporan tersebut pada 5 September lalu.
“Kes akan dirujuk kepada pejabat pendakwa negeri untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Fadzil berkata, sehingga kini polis sudah membuat 5 tangkapan, termasuk pengadu yang kesemuanya bekerja dalam bidang kejurulatihan Muay Thai.


Kesemua suspek sudah ditahan reman bagi membantu siasatan. Empat suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari ini.
“Manakala itu, seorang suspek akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Cheras kerana disenaraikan sebagai individu dikehendaki berkait kes dadah,” katanya.
Polis sebelum ini memaklumkan kejadian itu berlaku di sebuah kompleks sukan di Taman Dagang Permai dan melibatkan kira-kira 12 ke 14 orang.

Fadzil berkata, seorang pengadu mengalami kecederaan di bahagian tisu pinggang, luka di bahagian anggota badan dan sakit di bahagian kemaluan.


“Saya sedia untuk memberi kerjasama sekiranya perlu,” katanya.

Pada 4 Sept, 3 suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. Suspek terdiri daripada 2 orang lelaki Melayu berumur 35 tahun dan 28 tahun dan seorang lelaki India berumur 26 tahun..
FMT.





BOIKOT, PELABUR ASING AKAN TINGGALKAN MALAYSIA – PENGANALISIS

SAIFUDDIN ‘ NO KOMEN’ ISU GANTIKAN MUHYIDDIN YASSIN

BERGAMBAR : SAMA KETIKA BELIAU DI PERMATANG PAUH.ANWAR TETAP SAMA.ANWAR BERSAMA WARGA PORT DICKSON



Setiap kali di Port Dickson saya tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan ziarah.
Hari ini saya berkesempatan untuk menziarahi tiga buah keluarga di DUN Lukut bagi menyampaikan bantuan dan meluangkan masa bersama mereka
.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri dan dalaman


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri, orang berjalan, pokok, langit, tumbuhan, luaran dan alam


Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri

Melawat Loji Rawatan Kumbahan Serantau Sunggala selenggaraan Indah Water Konsortium (IWK) di Port Dickson bersama Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar.
Sebagai sebuah pusat pelancongan, saya menggesa semua pihak di Port Dickson untuk memainkan peranan dalam memanfaatkan sistem pembentungan demi penjagaan serta memelihara alam sekitar daripada pencemaran.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, sedang makan, duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan dalaman

Menunaikan solat Jumaat dan seterusnya menjamu selera bersama jemaah di Masjid Teluk Kemang, PD hari ini.
Saya juga sempat memaklumkan kepada mereka tentang beberapa projek pembangunan dan aktiviti buat rakyat yang akan digerakkan di Parlimen Port Dickson.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman

SEBELUM RANCANG HAPUSKAN PENCEN KAKITANGAN AWAM..HAPUSKAN DULU PENCEN MENTERI



Kerajaan dilaporkan dalam perancangan untuk menghapuskan skim pencen dengan lantikan baru penjawat awam di masa akan datang hanya akan dilakukan secara kontrak.
Lantikan kontrak itu adalah bagi menggantikan skim tetap dan berpencen yang menjadi amalan selama ini.
Dilaporkan bahawa perubahan ini dapat menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM5 bilion setahun di mana sekarang ini bayaran pencen yang ditanggung kerajaan mencecah RM28 bilion setahun.
Wajarkah cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam ini?
Sedarkah kerajaan bahawa majoriti penjawat awam ialah orang Melayu dan Bumiputera?
Apakah kerajaan benar-benar sudah ketiadaan wang atau PH yang menjadi kerajaan sekarang tidak lagi memerlukan undi penjawat awam yang berjumlah kira-kira 1.6 juta orang ramainya?
Jika masih memerlukan undi mereka yang kita tahu ramai daripada mereka menjadi pengundi PH dalam pilihanraya umum lalu, kerajaan mesti menolak cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam ini.
Cadangan ini langsung tidak praktikal dan hanya menunjukkan kelemahan PH yang baru 15 bulan menjadi kerajaan.
Ia secara langsung akan menyebabkan penjawat awam tidak lagi menyokong PH dan mereka akan beralih kembali mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.
Lagi pula, jika mahu menjimatkan wang kerajaan, bukan skim pencen untuk penjawat awam yang perlu dihapuskan.
Sebaliknya, kerajaan sepatutnya terlebih dahulu menghapuskan skim pencen untuk menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen yang selama ini layak menikmatinya jika mereka berkhidmat melebihi tempoh tiga tahun.
Sesungguhnya dengan hanya tiga tahun menjadi menteri, timbalan menteri atau Ahli Parlimen tetapi sudah layak menikmati pencen puluhan ribu setiap bulan selepas berusia 55 tahun, ini lagi merupakan suatu pembaziran yang nyata dalam perbelanjaan wang kerajaan.
Dalam tempoh tiga tahun berkhidmat, tidak memadai sumbangan mereka dalam khidmat kepada rakyat dan negara yang melayakkan untuk diberi pencen penuh dengan menggunakan dana kerajaan.
Seharusnya selepas berkhidmat sekurang-kurangnya dua penggal atau 10 tahun, barulah menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen layak menikmati pencen yang sama seperti kakitangan awam yang biasanya perlu mencurah bakti kepada kerajaan melebihi 25 tahun sebelum bersara. (Shahbudindotcom 07/09/2019)


NABI S.A.W BERURUSNIAGA DENGAN YAHUDI, BUKAN BOIKOT

AZMIN SUDAH JADI BEBAN, RAMAI MAHU BELIAU DIGUGURKAN DARIPADA KABINET



Rombakan kabinet adalah perkara yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia ketika ini setelah ramai semakin sakit hati melihat gelagat beberapa menteri sejak 15 bulan yang lalu.

Adalah dipercayai sekembalinya Tun Mahathir Mohamad dari lawatan rasmi ke Osaka, Jepun beberapa hari lagi, perkara itu pasti akan menjadi keutamaannya.

Ada juga cakap-cakap yang mengatakan, di ketika melawat Kemboja, kemudian Russia dan seterusnya Osaka, beliau akan menggunakan masa yang terluang, terutama ketika dalam penerbangan untuk memikir mengenai susunan kabinet barunya.

Walaupun Tun Mahathir dilaporkan hanya akan melakukan penyusunan semula ke atas portfolio beberapa menteri tanpa ada sesiapa digugurkan atau calon baru dibawa masuk, tetapi dalam banyak perbualan umum didapati masih ramai yang mengharapkan sebaliknya.

Harapan mereka, setidak-tidaknya dua tiga menteri yang tidak berfungsi dengan baik dan bermasalah serta menjadi liabiliti yang nyata kepada negara, adalah wajib digugur serta digantikan.

Mendahului senarai mereka yang paling dikehendaki untuk digugurkan ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun; Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik; Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy.

Menteri paling bermasalah dan seperti sudah menjadi biawak hidup untuk dipikul oleh Tun Mahathir pula ialah Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Nama yang paling dikehendaki dan diterima umum sebagai paling wajar dibawa masuk dalam kabinet ialah Mustapa Mohamad, Ahli Parlimen Jeli yang kini sudah bersama dengan Bersatu.

Meskipun nama Hamzah Zainuddin turut disebut-sebut sebagai bakal dibawa masuk sama, tetapi ramai yang menolaknya kerana beliau bukanlah menteri yang bagus ketika bersama BN dahulu, malah watak oppurtunis masa lalunya lebih dilihat sebagai faktor ketidaklayakannya.

Namun demikian, ahli gabungan PH iaitu DAP dikhabarkan menolak keras mana-mana pemimpin yang melompat parti dan bersama BN ketika PRU14 lalu untuk diberi sebarang jawatan kabinet.

DAP dikatakan berpendirian bahawa tindakan melantik mereka bererti mengkhianati pilihan pengundi yang telah menumbangkan UMNO dan BN.

Dalam kes Azmin, meskipun jika tidak dengan tersebarnya enam lagi klip video terbaru yang dikaitkan dengannya, beliau sebenarnya sudah pun dilihat sebagai beban kepada Tun Mahathir sejak beberaoa bulan yang lalu.

Dengan pengakuan Haziq Abdullah Abdul Aziz dan siasatan polis yang mengambil masa terlalu lama terhadapnya, ramai yang percaya Azmin seolah-olah cuba dilindungi.

Tetapi, semakin lama cuba dilindungi, penerimaan umum terhadapnya jelas dilihat makin merosot. Makin lama siasatan polis tertangguh, makin ramai yang percaya beliau terlibat dalam perkara itu.

Yang lebih buruk, makin cuba dilindungi, tempiasnya makin membasahi kedudukan Tun Mahathir sendiri.

Lebih buruk, Azmin sendiri dalam masa yang sama tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Tiada apa-apa pencapaian yang membanggakan sepanjang 15 bulan beliau memegang jawatan itu.

Tak usah diambil kira sumbangannya ke arah memulihkan ekonomi negara, menyelesaikan masalah Felda pun tidak ternampak perkembangannya lagi sehingga ini.

Di sebalik itu, kekerapan kerajaan memberi tugas sebagai menteri pengiring kepada Azmin menambah-burukkan lagi imej di mata dunia.

Misalnya, melantik beliau sebagai menteri pengiring kepada Yang Dipertuan Agong dalam lawatan rasmi baginda ke Indonesia baru-baru ini, sedangkan video beliau turut dihantar ke negara tersebut untuk dianalisa oleh Lokman Adam, ia akhirnya telah menjadikan dirinya persendaan media ketika lawatan diraja itu.

Dalam hal ini, tindakan Tun Mahathir memilih Azmin sebagai menteri pengiring ketika isu dirinya sedang membahang, selain menunjukkan ketidakpekaan Perdana Menteri yang sudah berusia 94 tahun, turut dilihat sebagai pengakuan Tun Mahathir secara tidak langsung bahawa Azmin bukanlah menteri yang penting dalam hal ehwal ekonomi negara.

Susulan itu, selain ramai yang mengharapkan agar Azmin digugurkan supaya Tun Mahathir tidak terus memikul biawak hidup dalam mengurus kerajaan, ada juga yang sinis mencadangkan suatu portfolio baru diwujudkan khas untuknya jika Perdana Menteri berasa terlalu sayang kepada Timbalan Presiden PKR yang selalu tidak hadir mesyuarat itu.

Portfolio itu ialah Menteri Pengiring Negara dengan tugas utama mengiringi pemimpin luar yang datang melawat Malaysia serta mengikut ke mana saja Perdana Menteri pergi mengelilingi dunia. (Shahbudindotcom 06/09/2019).

ANWAR SEDIA BERUNDING, KRISIS PKR AKAN BERAKHIR

ANWAR SEDIA BERUNDING, KRISIS PKR AKAN BERAKHIR

PIAGAM UMNO – PAS HANYA GIMIK POLITIK