Pembelian Jet Baru Tidak Kena Masa

shahbudin.com


Buat seketika, ramai yang terperanjat dengan pendedahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengenai pembelian jet baru kerajaan, Airbus Corporate Jetliner atau ACJ320 yang didakwa untuk kegunaan Perdana Menteri, Najib Razak.

Tersentaknya rakyat dengan pendedahan itu bukan saja kerana kerajaan dipercayai sudah mempunyai sekurang-kurangnya enam jet eksekutif untuk kegunaan Perdana Menteri, Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja tetapi juga kerana isu jet yang melibatkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, sudah sering menjadi perbualan umum.

Kali terakhir itu jet melibatkan Rosmah diperkatakan ialah bilamana jet kerajaan ACJ319 didapati terus berada di beberapa bandar di Amerika Syarikat sedangkan ketika itu Najib sudah kembali ke tanahair untuk meninjau keadan banjir di Kelantan dan negeri-negeri lain. Najib yang sedang bercuti dengan keluarganya di Hawaii terpaksa pulang ke Malaysia dengan pesawat komersial hingga ke Hong Kong sebelum dijemput oleh jet TUDM.

Sudah tentu ramai yang bertanya, apa perlunya ditambah sebuah lagi jet?

Lebih mengejutkan juga ialah kerana pembelian jet itu dilakukan ketika rakyat berhadapan dengan pelbagai isu yang mencengkam kehidupan mereka seperti 1MDB, kejatuhan ringgit, ekonomi yang suram, hutang negara menjangkau RM740 bilion, beban sara hidup yang kian meningkat serta cukai GST yang bakal dilaksanakan 1 April depan.

Dalam keadaan negara bergelumang dengan banyak isu yang gagal diselesaikan serta kedudukan ekonominya ditakrifkan tidak begitu baik, tentu saja pembelian sebuah jet baru kerajaan mengundang rasa tidak puas hati serta keresahan rakyat.

Memburukkan lagi keadaan, Jabatan Perdana Menteri atau JPM juga agak lewat memberi penjelasan mengenainya. Hanya pada lewat petang semalam barulah JPM tampil dengan penjelasan bahawa pembelian jet ACJ320 itu ialah untuk menggantikan Boeing Business Jet atau BBJ yang telah berusia 16 tahun.

Dimaklumkan juga  melalui penjelasan JPM itu bahawa perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan sejak dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan yang semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan. 

Walaupun penjelasan JPM itu boleh diterima, khususnya atas faktor kos penyelenggaraan dan risiko keselamatan,  masa dan ketika pembelian  jet ini tetap dianggap tidak kena dan langsung tidak sesuai.

Ketika rakyat resah melihat pendedahan demi pendedahan mengenai 1MDB dan sedang bersiap-siap mencongak tambahan perbelanjaan berikutan perlaksanaan cukai GST, tentu saja pendedahan mengenai pembelian jet baru kerajaan dengan mudah mengundang kemarahan.

Ia ibarat seorang suami yang tiba-tiba hendak menikah lagi sedangkan di ketika yang sama isterinya sedang berada di hospital untuk melahirkan anak.

Memang menjadi hak dan dibenarkan oleh syarak untuk seseorang lelaki menambah isterinya, tetapi menikah lagi ketika isteri sedia ada sedang berada di hospital untul bersalin, adalah perbuatan purba yang tidak boleh diterima oleh sesiapa jua pun.

Begitu jugalah dengan pembelian jet ACJ320 ini, berdasarkan beban kos penyelenggraan dan risiko keselamatan,  membeli yang baru untuk menggantikan yang lama memang boleh diterima, bahkan dianggap suatu keperluan.

Cuma, masa dan ketikanya saja tidak berapa kena. Kerajaan sepatutnya memilih waktu yang sesuai untuk membeli dan menukar jet baru itu. Walaupun perbincangan sudah dilakukan sejak dua tahun lepas, tiada masalah jika pembelian itu ditanggungkan, sesuai dengan slogan kerajaan sendiri iaitu "rakyat didahulukan".

Dalam pada itu, selain kerajaan sudah mempunyai sekurang-kurangnya enam jet, diketahui juga bahawa Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja tidaklah sekerap Perdana Menteri mempunyai aturcara atau program di luar negara.

Pandangan umum ialah, kemudahan jet kerajaan itu lebih banyak digunakan oleh Perdana Menteri berbanding Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja.

Ditambah sudah banyak kali isu jet ini menjadi perbualan ramai berikutan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor juga ke sana ke mari menggunakan kemudahan tersebut, tanggapan umum juga ialah pembelian jet baru ACJ320 ini ada kaitan dengan kehendak Seri Perdana.

Inilah masalah Najib setiap kali isu jet ditimbulkan. (SH 17/03/2015)

Penangkapan Nurul Izzah jadi tajuk utama global

 mkini



Berita penangkapan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semalam telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia.

Pada jam 11 malam tadi, media yang menyiarkan berita tersebut termasuk Asahi Shimbun di Jepun, BBC di United Kingdom, New York Times di Amerika Syarikat, Sydney Morning Herald di Australia, The Hindu di India, Post Bangkok di Thailand dan Manila Times di Filipina.

Akhbar kewangan antarabangsa seperti Financial Times yang berpejabat di UK dan Wall Street Journal yang berpejabat di AS, turut memberi perhatian terhadap penangkapan Nurul Izzah itu.

"Anak ketua pembangkang yang dipenjara, ditangkap," bunyi tajuk utama New York Times. Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan dengan tuduhan liwat.

Juga ditekankan dalam banyak laporan itu ialah langkah kerajaan Malaysia yang terus menggunakan Akta Hasutan 1948, termasuk kemungkinan ia digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat politik.

Kebanyakan laporan itu dari perkhidmatan wayar seperti Reuters dan Associated Press, tetapi banyak organisasi berita yang lebih besar, menyiarkan laporan mereka sendiri.

Contohnya termasuk saluran TV Al-Jazeera, BBC, New York Times dan Financial Times.

Nurul Izzah ditangkap di Balai Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 3 petang semalam, apabila beliau tiba untuk memberikan kenyataan mengenai penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Nurul ditahan di bawah Akta Hasutan bagi membantu siasatan polis terhadap perhimpunan tersebut, dan ucapannya di Parlimen yang menyentuh sistem kehakiman negara.

Katanya, Nurul Izzah akan dibebaskan sebaik sahaja kenyataannya direkodkan, tanpa menyatakan bila.

Perhimpunan Kita Lawan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 7 Mac, telah menarik kira-kira 10,000 penyokong turun ke jalanan untuk menunjukkan solidariti dengan Anwar, yang telah dihukum penjara selepas disabitkan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Anwar tetap bertegas bahawa beliau tidak bersalah dan mendakwa tuduhan terhadapnya itu adalah satu konspirasi politik.

Ekoran perhimpunan tersebut, polis telah menahan ramai pemimpin yang terlibat. Nurul Izzah adalah orang yang kesembilan ditahan berkaitan dengannya.

Awal hari ini, Human Rights Watch mengeluarkan kenyataan media di Malaysia, mengkritik penangkapan ahli Parlimen Lembah Pantai.

KAKITANGAN AWAM ...INGAT JANJI NAJIB DAHULU.....CUEAPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI TAHUN INI



 

Cuepacs : Semakan Kenaikan Elaun Naik 2015 Penjawat Awam dan Gaji Kakitangan Kerajaan (252 Skim Baru). Setuju?

52
Tarikh Gaji 2015
Cuepacs : Semakan Kenaikan Elaun Naik 2015 Penjawat Awam dan Gaji Kakitangan Kerajaan (252 Skim Baru). Setuju? : Cuepacs yang menjadi pembela kepada 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia, terus menunggu dengan penuh sabar tindakan daripada pihak kerajaan Malaysia menerusi tuntutan “mendesak” yang perlu diberikan perhatian segera, antara lainnya ialah semakan kenaikan elaun kakitangan awam di Malaysia (iaitu sejumlah 231 elaun). Masakan tidak….
Masakan tidak dengan melihatkan gelombang kenaikan kos sara hidup dan harga barang di Malaysia serta keadaan inflasi di Malaysia menyebbakan ia sudah tidak relevan dengan sumbangan elaun yang diterima kakitangan awam hari ini. Setuju?
BACA BERITA INI : Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!

Senarai Semakan Kenaikan Elaun Naik Penjawat Awam 2015 di Malaysia?

Antara kenaikan elaun naik kakitangan awam yang perlu diberikan perhatian segera ialah :
  • elaun perumahan
  • elaun khidmat awam
  • elaun sara hidup (COLA)
  • elaun perjalanan
  • elaun hotel
  • elaun wilayah untuk mereka yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
Cuepacs Malaysia tidak mahu semua tuntutan elaun naik speerti di atas tertangguh terlalu sedangkan kos sara hidup rakyat Malaysia hari ini terus naik dan naik.

Semakan Gaji Kakitangan Awam Melibatkan 252 Skim Baru 2015?

Dan dalam pada masa yang sama Cuepacs berharap sangat agar semakan gaji melibatkan 252 skim baru dilaksanakan segera.

Dalam pada, semakan kenaikan elaun naik penjawat awam dan semakan gaji skim baru kakitangan awam 2015 kali ini mahu dilakukan, mungkin dalam pada masa yang sama Cuepacs boleh usulkan bersama staf dan kakitangan awam yang tidak produktif untuk tidak dipotong elaun mereka atas kesalahan yang muktamad. Supaya saiz penjawat awam yang besar adalah benar-benar berkualiti dan bukan sekadar kuantiti semata. Insyaallah. Amin.
Apa kata anda pula?

 

 BERITA 10 JUN TAHUN 2014...ANTARA ALASAN NAJIB.

 

Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!


Kenaikan elaun 2015
Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam penjawat awam : Suka atau tidak, bersedia atau tidak GST Malaysia tetap dilaksanakan bermula 1 April 2014. Melihatkan kata-kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah (SEPERTI DI SINI) yang mengatakan kenaikan harga barang, kos sara hidup seklaigus inflasi negara bakal berlaku, Datuk Seri Najib tampil dengan idea dan cadangan bagi meringankan beban kos sara hidup sebilangan rakyat Malaysia daripada 9 juta pembayar cukai GST kelak. Seperti….

Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam?

  1. Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan elaun naik 2015 bagi 1.4 juta kakitangan awam.

  1. Syaratnya, 9 rakyat Malaysia perlu berikan duit kepada kerajaan Malaysia melalui kutipan cukai GST Malaysia yang bakal dilaksanakan.

  1. Kerajaan Malaysia memerlukan bajet, hasil dan dana tambahan bagi membolehkan hasrat 1.4 juta kakitangan awam bagi menikmati kenaikan elaun naik 2015 penjawat awam bakal menjadi realiti tidak lama sahaja lagi selepas “tergantung” sekian lamanya.

  1. Dengan menggunakan sebahagian kutipan dana GST yang bernilai RM27 bilion setahun membolehkan kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan elaun naik 2015 kakitangan kerajaan tanpa meminjam daripada mana-mana institusi kewangan termausklah Bank Dunia yang bakal membawa negara ke arah bencana ekonomi. Siapa kata? Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak. Sekian.
Penantian satu penyiksaan. Adakah ini bermakna permintaan 1.4 kakitangan awam selama ini termasuk kenaikan elaun COLA dan rumah akan dipermudahkan dan kakitangan awam akan dihidangkan dengan pengumuman rasmi kenaikan elaun 2015 penjawat awam selepas ini?


PENGKISAHAN DEBAT KHALID SAMAD DAN ZUHDI....SIAPA KHIANAT SIAPA....

Teuku Zacharyah Iskandar

Sedutan debat KS vs Zuhdi

ADAKAH LAGI GANG UG NAK SAMBUNG CERITA SEDANGKAN WAKTU ITU KENCING PUN BERCABANG LAGI.....


Ceritanya lebih kurang begini..... (saya cuma dengar Khalid Samad bercerita sekali lalu sahaja)

Dalam tahun 2009, Haji Hadi, Hasan Ali, Mustafa Ali, dan Nasarudin Mat Isa telah berpakat dan merancang untuk bertemu dan berunding dengan Abdullah Badawi dan Khir Toyo, untuk membincangkan penggabungan PAS-UMNO di Selangor, dan pada dasarnya mereka semua telah sepakat untuk melantik Hasan Ali sebagai MB Selangor.

Kamarudin Jaafar, selaku S/U Agung PAS, telah memanggil Khalid Samad untuk datang ke Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, walaupun Khalid Samad bukan AJK PAS Pusat pada waktu itu...... Khalid Samad hanya timbalan pesuruhjaya PAS Selangor (selepas itu dia dipecat) dan Hasan Ali ialah Pesuruhjaya..... Tapi, Kamarudin Jaafar tetap memanggil Khalid Samad untuk datang..... Dan, kes KJ panggil KS itu lah yang merubah jalan sejarah...... Kalau tidak kerana itu, perjalanan sejarah politik negara sudah tentu akan jadi lain.

Apabila KS sampai, Haji Hadi belum tiba, tapi Hasan Ali telah ada..... KS pun pergi berhadapan dengan HA, dan berlakulah soal jawab.... KS tanya HA bertubi-tubi, kenapa nak jumpa Pak Lah dan Khir Toyo...? Untuk apa...? Apa yang nak dibincangkan....?
Akhir sekali, Hasan Ali tak nak bercakap.... Khalid Samad tanya dia tak nak jawab.... Akhirnya, Khalid Samad hilang sabar dan meninggikan suara, menjerit ke arah Hasan Ali : "DATOK!! BAGITAHU SAYA, KENAPA NAK JUMPA...? NAK BINCANG APA?"

Hasan Ali kata, "Bapak saya pun tak pernah cakap macam ni dengan saya."

'Sedutan debat KS vs Zuhdi

Ceritanya lebih kurang begini..... (saya cuma dengar Khalid Samad bercerita sekali lalu sahaja)

Dalam tahun 2009, Haji Hadi, Hasan Ali, Mustafa Ali, dan Nasarudin Mat Isa telah berpakat dan merancang untuk bertemu dan berunding dengan Abdullah Badawi dan Khir Toyo, untuk membincangkan penggabungan PAS-UMNO di Selangor, dan pada dasarnya mereka semua telah sepakat untuk melantik Hasan Ali sebagai MB Selangor.

Kamarudin Jaafar, selaku S/U Agung PAS, telah memanggil Khalid Samad untuk datang ke Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, walaupun Khalid Samad bukan AJK PAS Pusat pada waktu itu...... Khalid Samad hanya timbalan pesuruhjaya PAS Selangor (selepas itu dia dipecat) dan Hasan Ali ialah Pesuruhjaya..... Tapi, Kamarudin Jaafar tetap memanggil Khalid Samad untuk datang..... Dan, kes KJ panggil KS itu lah yang merubah jalan sejarah...... Kalau tidak kerana itu, perjalanan sejarah politik negara sudah tentu akan jadi lain.

Apabila KS sampai, Haji Hadi belum tiba, tapi Hasan Ali telah ada..... KS pun pergi berhadapan dengan HA, dan berlakulah soal jawab.... KS tanya HA bertubi-tubi, kenapa nak jumpa Pak Lah dan Khir Toyo...? Untuk apa...? Apa yang nak dibincangkan....? 

Akhir sekali, Hasan Ali tak nak bercakap.... Khalid Samad tanya dia tak nak jawab.... Akhirnya, Khalid Samad hilang sabar dan meninggikan suara, menjerit ke arah Hasan Ali : "DATOK!! BAGITAHU SAYA, KENAPA NAK JUMPA...? NAK BINCANG APA?"

Hasan Ali kata, "Bapak saya pun tak pernah cakap macam ni dengan saya."

Akhirnya Haji Hadi pun sampai..... maka bermesyuaratlah AJK PAS..... menurut plan asal, yang akan pergi mengadap Pak Lah dan Khir Toyo ialah Haji Hadi, Hasan Ali, dan Nasarudin Mat Isa..... tetapi telah dibantah oleh beberapa orang AJK yang lain, akhirnya mesyuarat membuat keputusan untuk menghantar Mustafa Ali, Khalid Samad dan Nasarudin Mat Isa....... Haji Hadi dan Hasan Ali tidak dibenarkan pergi.

Maka Khalid Samad, Mustafa Ali dan Nasarudin Mat Isa pun pergi lah ke tempat yang dijanjikan, iaitu di sebuah banglo tidak jauh dari bangunan parlimen.

Apabila orang UMNO nampak yang datang ialah Khalid Samad dan bukannya Hasan Ali dan Haji Hadi, maka UMNO pun dah tahu bahawa plan kali ini akan gagal.

Memang betul..... Bila UMNO bentangkan cadangannya, Khalid Samad terus bantah.... Nasarudin dan Mustafa hanya diam, tak kata apa-apa...... Maka, rancangan UG gagal lagi untuk kesekian kalinya.

Itulah yang saya kata..... Orang yang menyelamatkan PAS dan Pakatan Rakyat pada waktu itu ialah Kamarudin Jaafar....... Kalau dia tak panggil Khalid Samad hari itu, sejarah politik tentu akan jadi lain.' Akhirnya Haji Hadi pun sampai..... maka bermesyuaratlah AJK PAS..... menurut plan asal, yang akan pergi mengadap Pak Lah dan Khir Toyo ialah Haji Hadi, Hasan Ali, dan Nasarudin Mat Isa..... tetapi telah dibantah oleh beberapa orang AJK yang lain, akhirnya mesyuarat membuat keputusan untuk menghantar Mustafa Ali, Khalid Samad dan Nasarudin Mat Isa....... Haji Hadi dan Hasan Ali tidak dibenarkan pergi.

Maka Khalid Samad, Mustafa Ali dan Nasarudin Mat Isa pun pergi lah ke tempat yang dijanjikan, iaitu di sebuah banglo tidak jauh dari bangunan parlimen.

Apabila orang UMNO nampak yang datang ialah Khalid Samad dan bukannya Hasan Ali dan Haji Hadi, maka UMNO pun dah tahu bahawa plan kali ini akan gagal.

Memang betul..... Bila UMNO bentangkan cadangannya, Khalid Samad terus bantah.... Nasarudin dan Mustafa hanya diam, tak kata apa-apa...... Maka, rancangan UG gagal lagi untuk kesekian kalinya.
Itulah yang saya kata..... Orang yang menyelamatkan PAS dan Pakatan Rakyat pada waktu itu ialah Kamarudin Jaafar....... Kalau dia tak panggil Khalid Samad hari itu, sejarah politik tentu akan jadi lain.

·

Dua-dua muka ketat di LTDL,nampak jelas tak sehaluan.


 Fb sakri Othman


Masih segar dalam ingatan pada sambutan merdeka 31/8/1998 di Penang, dimana  inilah riak dan air muka Mahathir dengar Anwar diatas pentas. Pada 2hb Sept. Anwar dipecat. Kali ini Mahathir dengan Najib riak dan air muka yang sama,katanya Mahathir dalam masa 6 bulan mahu Najib letak jawatan PM,sebulan sudah berlalu.Tinggal 5 bulann lagi,kita sama-sama tunggu.

Shakri Othman's photo.
Awal tahun shahbudin.com ada membuat satu posting tentang nasib Najib ,dalam tahun ini dijangka akan ada ahli politik utama akan tersungkur dan tersembam.

 Satu telah berlaku Anwar telah di penjara. Presiden Pas sama ada jadi dengan projek UG atau perpecahan berlaku didalam PAS antara golongan ortodok dan moderat dan  pun tak lama lagi akan tahu juga akan kedudukanya samada masih kekal atau tersungkur.

Yang penting yang zalim mendapat hukuman setimpal dan rakyat dapat manafaatnya..eemmm
Shakri Othman's photo.
·
·

Rombongan Ke LIMA Langkawi Bersama "Bakal Perdana Menteri"



Kajian oleh Merdeka Center dengan kerjasama Malaysian Insider baru-baru ini yang mendapati Hishammuddin Hussein sebagai "Perdana Menteri masa depan" yang paling dikehendaki benar-benar membuatkan Naib Presiden UMNO nombor tiga itu berbunga-bunga hatinya.

Walaupun beliau cuba menafikan kajian itu dapat merangsang keghairahannya, malah menganggapnya sebagai percubaan melaga-lagakannya dengan Perdana Menteri, hakikat yang ditunjukkannya adalah sebaliknya.

Beliau kini nampaknya bersungguh-sungguh mahu memastikan kerusi Perdana Menteri dan kediaman di Seri Perdana itu tidak terlepas ke tangan orang lain.

Langkah awal yang diambilnya ialah mengembalikan semula Akbar Khan atau AK kembali berkhidmat dengannya bagi mengetuai jentera politiknya. 

AK sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen Libaran, Sabah dan kemudian sebagai Setiausaha Politik Hishammuddin ketika di Kementerian Pendidikan. Semua gerakan politik Hishammudin ketika itu diatur dan digerakkan oleh AK.

Selepas AK meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik, tempatnya digantikan oleh Markiman Kobiran selama beberapa tahun dan kini jawatan itu diisi anak saudara Hishammuddin, Onn Hafiz yang juga Exco Pemuda UMNO serta Ketua Pemuda Sembrong.

Sebaik berhenti berkhidmat dengan Hishammuddin, AK kembali menumpukan kepada perniagaan dan urusan peribadinya. Kini AK diambil semula bukan saja untuk mengembalikan prestasi Hishammuddin yang merudum dalam pemilihan 2013 lalu, tetapi juga untuk memastikan gapaian  kerusi Perdana Menteri yang diidamkan tidak terlepas begitu saja.

Dengan AK berkhidmat semula mengetuai jentera politiknya, tidak diragui lagi ia adalah langkah untuk Hishammuddin terus melonjak ke hadapan kerana AK memang dikenali mempunyai ciri-ciri terbaik bagi tujuan itu.

Hishammuddin juga,  melalui AK,  dalam masa yang sama mulai mengumpulkan rakan-rakan lamanya yang pernah menjadi Exco dan Ketua Pemuda bahagian-bahagian untuk terus berdampingan dengannya.

Dalam satu program UMNO Melaka baru-baru ini, sebahagian mereka dijemput hadir bersama mengiringi Hishammuddin ke negeri itu. Ini adalah sebagai persediaan awal "menjaga" mereka, selain untuk menunjukkan kekuatan sokongan yang dimilikinya.

Sementara itu, dalam Pameran Maritim dan Udara Langkawi atau LIMA 2015 yang bermula pada 17 hingga 22 Mac ini, dipercayai lebih ramai pemimpin UMNO dari seluruh negara akan diterbangkan ke pulau tersebut. Pameran LIMA adalah anjuran Kementerian Pertahanan di mana Hishammuddin adalah menterinya ketika ini.

Mereka dibawa menyaksikan pameran dua tahun sekali itu  untuk berjalan-jalan dan makan angin serta dengan harapan dapat memastikan sokongan yang diperlukan oleh Hishammuddin bagi perjalanan politik masa depannya terus bertambah.

Majoriti yang dibawa ke Langkawi ini adalah bekas ketua-ketua Pemuda bahagian yang mana mereka itu kini memegang pelbagai jawatan penting di peringkat bahagian dan juga negeri.

Berbanding ketika Ahmad Zahid Hamidi menjadi Menteri Pertahanan yang turut membawa ramai pemimpin UMNO seluruh negara ke Pameran LIMA, persiapan yang dilakukan oleh Hishammudin dalam melayan pemimpin-pemimpin bahagian ini jauh lebih teratur dan "first class" sifatnya.

Tidak seperti Zahid yang hanya menyediakan penerbangan dari Subang ke Langkawi untuk tujuan itu, Hishammuddin sebaliknya dikatakan menyediakan penerbangan daripada beberapa negeri terus ke Langkawi untuk pemimpin-pemimpin peringkat bahagian tersebut.

Untuk itu, adalah dipercayai juga kehadiran pemimpin UMNO dari seluruh negara di Langkawi untuk menyaksikan pameran LIMA kali ini turut lebih besar jumlahnya berikutan kemudahan penerbangan lebih menyeluruh yang disediakan oleh jentera politik Hishammuddin yang diketuai oleh AK.

Sebagaimana Hishammuddin yang sedang berbunga-bunga hatinya kerana dianggap lebih menjadi pilihan untuk menjadi Perdana Menteri berbanding pesaingnya yang lain dan sedang berusaha ke arah itu, pemimpin-pemimpin peringkat bahagian yang dibawa bak "rombongan cik kiah"  ini tentulah juga hadir dengan hati yang mekar untuk melihat anak Hussein Onn itu dapat menurut jejak sepupunya, Najib Razak sebagai anak bekas Perdana Menteri yang turut berjaya mendaki sehingga ke puncak Seri Perdana. (SH 16/03/2015)

Harun Din, Mursyidul Am yang Syubhah????



 Oleh:Tulang Besi



Sungguh misteri perlantikan Harun Din sebagai Mursyidul Am.

Misteri-misteri  tersebut adalah:

1) Perlantikan tersebut tidak diketahui oleh ramai orang. Pengumuman dibuat oleh media-meia  milik UMNO sementara Harakahdaily serta Harakah tidak tahu menahu

2) Pengumuman hanya di buat oleh Penolong Setiausaha PAS Pusat. Apakah SU PAS Pusat tidak mampu membuat pengisytiharan? Apakah SU Majlus Syura sendiri tidak mampu membuat pengumuman sedangkan dlm isu MB Selangor begitu galak SU Majlis Syura buat pengumuman.

3) Mengapakah berbuat keputusan melantik Mursyidul Am sedangkan Majlis Syura yang ada tamat tempoh pada 23 March 2015. Hanya ada kira-kira ada beberapa  hari sahaja lagi yang masih tinggal dalam tempoh Syura yang ada sekarang.

4) Melantik Mursyidul Am dengan Presiden PAS berada di luar negara sedangkan cadangan TGHH menjadi Mursyidul Am adalah cadangan yang amat popular di kalangan ahli-ahli  dan akar umbi

5) Dr Harun Din jelas tidak layak menjadi Mursyidul Am kerana beliaulah yang membawa najis UMNO ke dalam PAS. Beliaulah punca utama perpecahan dalam PAS sekarang ini

Maka, layaklah kita nyatakan bahawa Harun Din adalah Mursyidul Am yang syubhah.

Masih banyak lagi peluang untuk PAS Kawasan melantik Tuan Guru Haji Hadi sebagai Mursyidul Am dengan membuat usul di Muktamar.

Kalau ini tidak dilakukan alamat PAS akan hancur dan Majlis Syura Ulama hanyalah sebuah biro UMNO semata mata

TULANG BESI

cc Artikel Harakahdaily yg membuktikan tamat tempoh Majlis Syura boleh dibaca di sini

 

Guling Husam Halal. Guling Presiden PAS Haram 

Kurang dari 24 jam selepas keputusan PRU13, Mat Yaakob dan Nik Amar telah berjaya mengerah kesemua orang-orang mereka untuk angkat Sumpah sebagai MB dan Exco Kerajaan Negeri.

Husam Musa yang ketika itu berada di Putrajaya tidak tahu menahu lantas kerusi MB dan semua kerusi Exco diisi.

Alasan yg diberikan nama Husam dan YDP Kuala Krai tidak diperkenan Istana.

Dulu pun lepas 2008 Sultan Terengganu tak perkenan Derih Jusoh jadi MB. Tapi Pak LAh tak tukar calon MB dlm sekelip mata.

Dia tunggu jugak dekat seminggu sampai Istana sendiri panggil Mat Said dtg ke Istana angkat sumpah.

Lepas tu baru Pak Lah beri surat sokongan kepada Mat Derih.

Ni semua bukti Mat Yaakob dan Nik Amar bersubahat menggulingkan Husam Musa.

Atas sebab itu Tuhan nak tunjuk berlaku PRK dlm kawasan MB sendiri di Tumpat dan PAS kalah lebih teruk berbanding waktu calon PKR bertanding.

Padan muka. Sorang kena baling selipar. Sorang kena sepak.

Inilah wajah "kepimpinan ulama". Kepimpinan hasad dengki tamak haloba tikam belakang.

Ada hati nak cerita pasal ukhuwah konon.


KELANTAN HAMPIR PASTI TUMBANG KEPADA UMNO

Rahsia kekuatan PAS di Kelantan adalah perpaduan di kalangan ahli-ahli dan penggerak walaupun terdapat banyak perbezaan pendapat.

Perpaduan ini hancur luluh apabila Husam Musa digulingkan oleh geng-gang Mat Yaakob, Nik Amar serta keluarga Tok Guru Nik Aziz.

Sedangkan Husam Musa berpengaruh besar di kalangan PAS Kelantan serta pengundi-pengundi Kelantan.

Bukan stkt digulingkan, mereka yang diambil Husam bekerja dgn kerajaan negeri juga dibuang dan dipecat dgn tiada belas kasihan i.e Che Ibrahim Mohamed

Sedangkan orang-orang yang dikatakan rapat dgn Husam Musa ini banyak berjasa kepada PAS Kelantan.

Makanya, kalau Kelantan jatuh adalah kerana hasil kerja tangan ulama-ulamak Kelantan pimpinan Mat Yaakob dan Nik Amar yang berjasa memecah belahkan PAS Kelantan.

Syabas kerana ulama dah buat kerja untuk UMNO.

Sikap hasad, dengki, tamak, haloba puak-puak ulama Kelantaan bakal menumbanngkan kerajaan Kelantan dan menyerahkannya kepada UMNO
Ulama-ulamak yang sama ini jugalah yang ke hulu ke hilir bercerita pasal Ukhuwah.

Cakap tak serupa bikin

Mungkinkah Pihak UG Sendiri Yang Mahu Jatuhkan Haji Hadi?

Siapakah yang sebenarnya mahu menggulingkan Haji Hadi?

Gegak gempita Pesuruhjaya PAS Perak menghalau orang dari PAS sedangkan beliau sendiri hanya menjadi ahli PAS tahun 2010.

Dia jadi Pesuruhjaya pun atas hubungan rapat dengan menantu.

Zuhdi Marzuki pula belum lahir lagi waktu Tok Guru Nik Aziz meminta Dato Asri melepaskan jawatan Presiden (YDP Agung) secara terbuka dan dilaporkan oleh Berita Harian pada bulan Februari 1982.

Tapi dia boleh membuat jangakaan PAS akan berpecah.

Tidak hairanlah SU Agung Cikgu Mustafa Ali mengarahkkan beliau memberhentikan cirit birit mulut.

Sinar Harian pula menjadi corong pembesar suara kepada pemimpin2 taraf bawah PAS ini seperti Nik Abduh dsbnya.

Ia mungkin kerana pemilik Sinar Harian sendiri mahukan perpaduan PAS-UMNO menjadi realiti satu masa dulu.

Namun, siapakah sebenarnya yang mahu menjatuhkan Haji Abdul Hadi Awang.

Mengikut sumber dalaman UMNO yang Tulang Besi dapat mula-mula usaha menjatuhkan Hadi sebenarnya sedang rancak berlaku di kalangan geng UG sendiri.

Mengikut sumber dalaman tersebut, UMNO sudah hilang kesabaran dengan Haji Hadi Awang.

Walaupun Haji Hadi menyokong agenda Perpaduanwang dgn UMNO namun dia amat lemah dalam mengorak langkah ke arah perpaduwang.

Puak-puak UMNO sudah semakin bosan menunggu dan kesabaran mereka semakin hilang.

Namun, mereka telah mendapat nafas baru dari piihak-puak baru di Kelantan.

Tidak hairanlah panggilan mahukan Hadi naik ke Majlis Syura datang dari Kelantan dan bukan dari Kawasan-kawasan yang dilihat anti UG.

UMNO begitu yakin sehinggakan tidak pernah MB Kelantan dilayan sebegitu baik dan halus seperti yang dilayan kepada MB sekarang.


Makanya, tidak hairanlah blog-blog UMNO mempopularkan kesah ini:

Pendedahan : Kerajaan Najib PM ‘boros’ beli jet peribadi baru ????? – Kata Rafizi

Rakyat berlapar..PM beli jet..berapa banyak jet yang nak dibeli? GST nak kena lagi, semua rakyat kena....hang anak beranak kaya raya.....adoiiii awat la bodo macai dok sokong niiiiiiiii

KUALA LUMPUR 16 MAC : Sikap ‘boros’ Datuk Seri Najib Razak makin terserlah dengan pembelian terkini sebuah lagi jet peribadi baru bagi kegunaan perdana menteri.
newjet1 

Dalam satu pendedahan kepada Keadilandaily, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu pentadbiran Najib pada 1 Disember lalu membeli sebuah lagi jet peribadi yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd.

“Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia (seperti di dalam gambar yang disertakan membuktikan bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB,” kata Rafizi.

Ahli Parlimen Pandan itu turut merujuk kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 yang mana memaklumkan kerajaan telah memilik 5 jet peribadi termasuklah Boeing Businees Jet.

Sikap boros ini dilihat bertentangan dengan situasi yang dihadapi rakyat kini apabila berdepan dengan kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi bahan api.

Kesal dengan tindakan Najib itu, Rafizi turut mendakwa tindakan Najib ini juga mengesahkan lagi bahawa rakyat bakal berhadapan dengan satu bentuk cukai baru untuk membayar jet peribadi Perdana Menteri.

“Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.

page1“Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan.

Justeru, Rafizi menuntut pembelian jet peribadi ini dibatalkan kerana tindakan ini hanya akan membelakangkan kepentingan rakyat sekaligus Najib perlu memohon maaf atas tindakannya itu.

Sebelum ini, Najib dan Isterinya, Rosmah Mansor juga dilaporkan gemar berboros dan menghabiskan dana awam untuk tujuan peribadi. Tindakan ini juga turut mengundang kritikan banyak pihak yang memaksa Perdana Menteri itu berundur dan melepaskan jawatannya.

Gaji rendah paksa beberapa keluarga penjawat awam duduk serumah, kata Cuepacs


1......Malaysia. Hangpa sokong lagi.

Gaji kecil dan kesempitan hidup di bandar menyebabkan beberapa kakitangan awam terpaksa berkongsi menyewa rumah walaupun sudah berkeluarga, kata Cuepacs. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Mac, 2015.Gaji kecil dan kesempitan hidup di bandar menyebabkan beberapa kakitangan awam terpaksa berkongsi menyewa rumah walaupun sudah berkeluarga, kata Cuepacs. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Mac, 2015.






















Satu rumah, 3 keluarga, setiap satunya hidup berhimpit di dalam bilik kecil kerana ketua keluarga tidak mampu menyewa rumah di bandar besar dengan gaji kakitangan awan berpangkat rendah.
Ini realiti dihadapi ramai penjawat awam yang hidup di bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor Baru, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs), kumpulan yang mewakili kira-kira 1.5 juta pekerja sektor awam.

Presiden Ceupacs Datuk Azih Muda (gambar bawah) berkata, keluarga terbabit terdiri daripada pembantu pejabat dan pembantu am iaitu kelompok kakitangan awam yang terendah dan berpangkat Gred 11 (G11).


Memasuki perkhidmatan awam dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), gaji pokok mereka hanya dalam lingkungan RM805 dan RM820, kata Azih kepada The Malaysian Insider. Bahkan dengan elaun sara hidup (Cola) sebanyak RM300 dan perumahan RM180, secara kasarnya gaji bersih yang diperoleh mereka hanya sekitar RM1,285 dan RM1,300.

"Gaji mereka hanya cukup menyewa bilik di KL, JB, Shah Alam malah Klang," kata Azih merujuk kepada kadar bayaran sewa sekitar RM600 hingga RM800.

"Bukan saja bandar besar, sesetengah tempat seperti Bintulu (Sarawak) kadar sewa bilik adalah RM500 sebulan," katanya.
Azih berkata, kebiasaannya latar belakang keluarga mereka adalah golongan muda, hanya seorang saja yang menyara dan kebiasaannya suami, ada seorang anak atau tiada, dan berhijrah dari luar bandar.

"Jadi dalam satu rumah teres setingkat dengan 3 bilik tidur, 1 keluarga akan sewa satu katil. Suami, isteri dan anak semuanya bersempit-sempit dalam 1 bilik tidur.

"Apabila saudara mara keluarga A datang melawat dan perlukan ruang lebih besar, keluarga B atau C akan berpindah keluar sementara dan tinggal tempat lain.

"Apabila saudara mara keluarga B pula datang melawat, giliran keluarga A pula keluar," katanya.

Terdapat kira 300,000 kakitangan berpangkat G11 seluruh negeri, kata Azih.

Jumlah itu tidak termasuk guru, anggota polis, tentera dan kakitangan kesihatan, mereka adalah golongan majoriti di setiap jabatan kerajaan.

"Ini sebab kami sering mendesak supaya kuota rumah kos rendah dihapuskan bagi penjawat awam. Perumahan tidak boleh hanya diberikan kepada sektor swasta tetapi perlu dijadikan tanggungjawab sosial kerajaan," katanya.

Ceupacs sebelum ini sering menekankan isu gaji rendah penjawat awam.
November lalu, Azih menyeru gaji kakitangan awam dinaikkan 10% ekoran kenaikan kos sara hidup.

Minggu lalu, beliau turut mendesak kerajaan menilai semula elaun seperti Cola, perumahan, perjalanan dan daerah, supaya setimpal dengan kadar semasa harga barangan.

Azih pada 7 Mac lalu dilaporkan berkata, kerajaan masih belum mengumumkan sama ada mereka akan menyemak semula elaun walaupun perdana menteri membenarkan supaya satu kajian dilakukan.

"Tidak ada gunanya jika kamu ambil masa terlalu lama menyiapkan kajian kerana kos sara hidup semakin meningkat. Kerajaan perlu buat keputusan segera," katanya seperti dilaporkan Bernama. – 16 Mac, 2015.

Hadi dapat pencalonan pertama, dengan kelebihan 6 undi sahaja


Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendapat pencalonan pertama untuk jawatan presiden PAS apabila berjaya mengalahkan Ahmad Awang dalam mesyuarat agung kawasan Shah Alam petang ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Mac, 2015. 

Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendapat pencalonan pertama untuk jawatan presiden PAS apabila berjaya mengalahkan Ahmad Awang dalam mesyuarat agung kawasan Shah Alam petang ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Mac, 2015.Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendapat pencalonan pertama untuk jawatan presiden PAS apabila berjaya mengalahkan Ahmad Awang dalam mesyuarat agung kawasan Shah Alam petang ini.

Penyandang kerusi presiden itu mendapat 78 undi manakala bekas naib presiden PAS itu mendapat 72 undi pada satu proses pengundian yang dijalankan untuk pencalonan jawatan tertinggi dalam parti itu.

Pencalonan Ahmad yang sudah lama melepaskan semua jawatan dalam PAS itu disifatkan sebagai usaha mengenepikan Hadi ekoran perpecahan ketara yang sedang berlaku dalam PAS sekarang.

Sebelum ini, PAS Kota Baru mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala PAS Kota Tinggi mencalonkan Datuk Husam Musa untuk jawatan itu.
  PAS kawasan Parit Sulong dan Batu Sapi yang juga selesai mengadakan mesyuarat agung dipercayai akan mencalonkan nama selain Hadi sebagai presiden.

Kedua-dua kawasan itu setakat ini menyerahkan kepada ahli jawatankuasa yang baru dilantik bagi membuat pencalonan. Dalam mesyuarat tersebut, PAS kawasan Shah Alam mencalonkan Mohamad Sabu supaya dikekalkan sebagai timbalan presiden manakala Salahudin Ayub, Husam dan Tuan Ibrahim sebagai naib presiden.

Mesyuarat hari ini juga berjaya mengekalkan pimpinan peringkat kawasan sedia ada dengan Azli Yusof menang tanpa bertanding sebagai yang dipertua manakala Jamil Abdul Rahim sebagai naib yang dipertua.

Penyandang jawatan timbalan yang dipertua, Zulkefli Nani, juga menang selepas mengalahkan pencabarnya.

Terdahulu hari ini, akhbar Sinar Harian melaporkan Yang Dipertua PAS Pas Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yakin Ahmad yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Perak akan dicalonkan mencabar Hadi.

Rahim berkata, keyakinan itu disuarakan berikutan latar belakang bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) itu yang berpengalaman luas dalam PAS dan memiliki kriteria seorang tokoh agamawan.

Pada Isnin, PAS Kota Baru mencalonkan Tuan Ibrahim sebagai alternatif kepada Hadi tetapi pencalonan itu ditolak pada keesokan harinya oleh Tuan Ibrahim yang mengatakan beliau tidak layak untuk jawatan itu dan tiada keperluan untuk menukar presiden ketika ini.

Naib presiden itu kemudiannya pada Khamis berkata, beliau sedia bertanding jawatan timbalan presiden pada muktamar akan datang sekiranya mendapat pencalonan.

Hadi juga dilaporkan berkata, beliau bersedia dicabar pada muktamar tahunan parti ke-61 Jun depan sekiranya pertandingan itu mendapat sokongan anggota parti.

Katanya, selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan PAS, jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden hendaklah dipilih dan dilantik pada Muktamar Tahunan PAS setiap dua tahun. – 15 Mac, 2015.



BAGAIMANA GAMBAR KHALID SAMAD DI PERMAINKAN OLEH GANG UG?

INI ENTRY DARI


Usin UG Ceroi
w.facebook.com/pakatanrakyatforever?fref=ufi
 USIN UG CEROI

USTAZ AZHAR IDRUS BOHONG?
Tok pernah hadir kuliyah Us Azhar Idrus. Ada penonton yg kemukakan soalan, "apakah hukumnya kita pamirkan wajah kita atau wajah sesiapa yg di dalam keadaan terbuka aurat lebih2 lagi di dlm keadaan seksi di dlm FB?"

Ustaz Azhar jawab, "Haram kita dedahkan di dlm FB gambar yg terbuka aurat apatah lagi gambar seksi kita sendiri mahupun rakan2 kita atau sesiapa saja kerana ianya mengaibkan mereka". 

Sekarang baru tok faham, Ustaz Azhar ajar benda yg salah dan sesat. Mana ada haram? Kalau haram, takkan la Ketua Dewan Ulamak Pahang ni boleh buat? Ulamak macam ini la yg Tok suka....kita boleh tonton gambar2 seksi dlm FB mereka...nk jumpa dalam FB Tok Guru Nik Aziz takkan jumpa punya....Tul tak?

Jap...Tok perasan, dah la ostat ni pamir gambar seksi dlm FB dia, siap edit lagi. Gambar tu sebenarnya bukan berdua je...Ada dua org belakang YB Khalid tu lelaki pun ada, begitu juga belakang model wanita tu pun ade lagi orang. Tapi, ulamak tok ni dah semakin alim bab edit meng edit ni....hebat ulamak tok !!!


 
 

USIN UG CEROI

Tok nak belajar juga dgn mokhtar snake...macam mana nak edit, potong gambar tu kasi tinggal dua orang je? Ni gmbar asal yg tok dpt....

Abd Azizul Rahman Kidam Yang Ularmak ni ambil ganbar dengan wanita tak tutup aurat dan 1Malaysia tahu tak salah ke ?

VIDEO : IKUTI PERLAKSANAAN GST DAN KESAN- RAFIZI JAWAB MACAI BN













RAFIZI JAWAB SOALAN MACAI BN






RAFIZI KANTOIKAN MENTERI CAP AYAM A.K.A SEPUPU ROSMAH















DEBAT YB KHALID - DR ZUHDI MALAM TADI BONGKAR RAHSIA LAMA

 mandor.blogspot

Malam tadi ada forum menemukan YB Khalid Samad (MP Shah Alam) dengan Dr Zuhdi jentik-jentik.  Aku sempat mendengar live di Radio D'Pedas FM.  

Rengkasnya, malam tadi terbongkar sekali lagi bahawa;

1.  Memang wujud usaha PAS untuk bersama Umno pada tahun 2008 di Selangor dan melantik Dr Hassan Ali untuk menjadi MB Selangor.  Namun usaha itu gagal apabila dibantah oleh YB Khalid Samad sendiri yang hadir selaku Timb Pesuruhjaya PAS Selangor waktu itu yang beliau pun turut hadir bertemu Khir Toyo dan Pak Lah.  Pemimpin PAS yang hadir waktu itu adalah Us Nasa, ketika itu Timbalan Presiden PAS dan Mustafa Ali.

2.  Memang benar, tahun 2009 di Perak masih cuba diusahakan gabungan PAS - Umno ketika MB Perak waktu itu adalah YB Nizar.  Malang lagi, usaha itu gagal juga apabila dihalang oleh Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu iaitu Ustaz Ahmad Awang.  Turut membantah adalah Mursyidul Am Pas ketika itu, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.

Khabarnya yang menghubungi Pesuruhjaya PAS Perak untuk bergabung dengan Umno itu adalah yang sekarang katanya telah dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baru menggantikan Almarhum Tok Guru Nik Aziz.  Apakah sesuai untuk beliau?  Jawapannya memang sesuai sebab usaha untuk bersama dengan Umno tidak mustahil terhenti.

Alhamdulillah, bagusnya PAS ini adalah kerana tidak semua bodoh untuk bergabung dengan Umno.  Yang ingin bergabung itu mereka mahu cepat naik dan tidak mahu mengalami kesusahan dalam perjuangan.

“Jangan hanya jadi pemerhati, libatkan diri dan lakukan perubahan”

rafizi_ramli

SUBANG,  MAC: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan agar rakyat Malaysia tidak sekadar menjadi pemerhati terhadap isu-isu ketirisan, rasuah dan salahguna kuasa yang berlaku di negara ini, sebaliknya melibatkan diri secara langsung untuk melakukan perubahan.

“Antara pesanan yang paling saya ingat ketika di sekolah dahulu ialah, jangan sekadar menjadi pemerhati. Jangan hanya tengok.

“Dalam hidup ini kita kena terlibat (melakukan perubahan). Kadang-kala kita salah. Salah tak mengapa. Kena ambil pendirian.

“Dan kita kena cakap pada kawan-kawan, (bahawa) kamu takkan melakukan apa-apa perubahan dengan hanya menangis,” kata Rafizi dalam ‘Ceramah Isu Semasa’ di Dewan MPSJ semalam.

Jpeg 

Kira-kira 600 hadirin memenuhi Dewan MPSJ sempena program ‘Ceramah Isu Semasa’ anjuran DAP Subang Jaya.

Tambah Naib Presiden PKR itu, rakyat Malaysia perlu bangun, menyatakan pendirian dan melibatkan diri melalui cara masing-masing bagi menyebarkan maklumat dan pendedahan bermula dari lingkungan paling hampir.

Beliau turut memberikan contoh pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada semua golongan, sedangkan prinsip percukaian adalah bagi membela golongan tertindas melalui sistem perkongsian dan pengagihan.

“Apa prinsip moral tentang cukai? Percukaian adalah bagi mengangkat (kehidupan) orang-orang paling miskin.

“Tetapi GST ini terbalik. Orang-orang kaya yang jumlahnya 10 peratus ini pula yang akan ‘ditaja’ oleh 90 peratus yang lain. Apa akan jadi kepada mereka (orang miskin)? kata Rafizi.

“Dalam masa tiga minggu dari sekarang, Najib akan melaksanakan GST. Orang ramai pasti akan terasa kesannya mulai 1 April nantii.

“Ketika saya buat laporan polis tentang 1MDB, peliknya, saya pula yang ditahan,” kata Rafizi disambut ketawa hadirin.

Rafizi yang mengumumkan aset dan hutangnya kepada umum minggu ini, turut mencabar Perdana Menteri dan kabinet untuk melakukan perkara sama.

“Najib kena umumkan hartanya seperti mana yang saya lakukan. Kita ada hak untuk bertanya. Jika tidak, kita boleh nyatakan bahawa harta itu (dari sumber) haram.

“Sekarang ini UMNO dalam keadaan paling lemah. UMNO telah rosak sehingga ke terasnya. Siapa ada banyak wang, maka dia yang mengawal UMNO.

“Kalau Najib tak tumbang (kerana banyak wang), UMNO-BN yang akan tumbang,” kata Rafizi. – 


Roketkini.com


Ahmad Husni pemimpin tak ada tulang belakang – Mohd Ariff Sabri


 
Kenyataan Husni itu menunjukkan bahawa Najib dan Husni mencelakakan kabinet seolah olah mengatakan - pergi mampuslah.

ariff husniPETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP-Raub, Datuk Mohd Sabri Ariff Abdul Aziz menyifatkan Menteri Kewangan Dua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai pemimpin UMNO yang tidak ada tulang belakang.

Katanya, Ahmad Husni tidak akan berani membuat keputusan berkaitan portfolionya melainkan setelah mendapat kebenaran Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Dia seorang yang penakut,” dakwanya dalam entri terbaru blog sakmongkol.blogspot.com, dan seterusnya menyatakan, “Dan jika Husni buat kenyataan bahawa RM950 juta adalah standby credit-mestilah istilah itu dipersetujui oleh Bossman Najib. Dan Bossman Najib, satu Malaysia dah tahu-orang nya blur.”

Bekas ahli UMNO dan ADUN Pulau Manis itu berkata, rakyat perlu mengetahui kelentongan para pemimpin kerajaan semasa bercakap “akan melakukan yang terbaik untuk menegak benang basah dan menipu rakyat.”

Beliau mempersoalkan jawapan Ahmad Husni di Dewan Rakyat berhubung tunai RM950 juta untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tujuan kredit siap sedia, bukannya pinjaman atau bailout.
“Silalah nyatakan apa bezanya bila RM950 juta benar-benar digunakan oleh 1MDB? Bila ia digunakan bagaimana? Ia akan jadi hutang. Dan hutanglah yang diakui oleh CEO 1MDB, Arul Kanda (Kandasamy) yang mengesahkannya. Ia pinjaman dengan terma dan syarat pinjaman komersial,” katanya.