Oleh:Tulang Besi
Sungguh misteri perlantikan Harun Din sebagai Mursyidul Am.
Sungguh misteri perlantikan Harun Din sebagai Mursyidul Am.
Misteri-misteri tersebut adalah:
1) Perlantikan tersebut tidak diketahui oleh ramai orang. Pengumuman dibuat oleh media-meia milik UMNO sementara Harakahdaily serta Harakah tidak tahu menahu
2) Pengumuman hanya di buat oleh Penolong Setiausaha PAS Pusat. Apakah SU PAS Pusat tidak mampu membuat pengisytiharan? Apakah SU Majlus Syura sendiri tidak mampu membuat pengumuman sedangkan dlm isu MB Selangor begitu galak SU Majlis Syura buat pengumuman.
3) Mengapakah berbuat keputusan melantik Mursyidul Am sedangkan Majlis Syura yang ada tamat tempoh pada 23 March 2015. Hanya ada kira-kira ada beberapa hari sahaja lagi yang masih tinggal dalam tempoh Syura yang ada sekarang.
4) Melantik Mursyidul Am dengan Presiden PAS berada di luar negara sedangkan cadangan TGHH menjadi Mursyidul Am adalah cadangan yang amat popular di kalangan ahli-ahli dan akar umbi
5) Dr Harun Din jelas tidak layak menjadi Mursyidul Am kerana beliaulah yang membawa najis UMNO ke dalam PAS. Beliaulah punca utama perpecahan dalam PAS sekarang ini
Maka, layaklah kita nyatakan bahawa Harun Din adalah Mursyidul Am yang syubhah.
Masih banyak lagi peluang untuk PAS Kawasan melantik Tuan Guru Haji Hadi sebagai Mursyidul Am dengan membuat usul di Muktamar.
Kalau ini tidak dilakukan alamat PAS akan hancur dan Majlis Syura Ulama hanyalah sebuah biro UMNO semata mata
TULANG BESI
cc Artikel Harakahdaily yg membuktikan tamat tempoh Majlis Syura boleh dibaca di sini
Guling Husam Halal. Guling Presiden PAS Haram
Kurang
dari 24 jam selepas keputusan PRU13, Mat Yaakob dan Nik Amar telah
berjaya mengerah kesemua orang-orang mereka untuk angkat Sumpah sebagai MB dan
Exco Kerajaan Negeri.
Husam Musa yang ketika itu berada di Putrajaya tidak tahu menahu lantas kerusi MB dan semua kerusi Exco diisi.
Alasan yg diberikan nama Husam dan YDP Kuala Krai tidak diperkenan Istana.
Dulu pun lepas 2008 Sultan Terengganu tak perkenan Derih Jusoh jadi MB. Tapi Pak LAh tak tukar calon MB dlm sekelip mata.
Dia tunggu jugak dekat seminggu sampai Istana sendiri panggil Mat Said dtg ke Istana angkat sumpah.
Lepas tu baru Pak Lah beri surat sokongan kepada Mat Derih.
Ni semua bukti Mat Yaakob dan Nik Amar bersubahat menggulingkan Husam Musa.
Atas
sebab itu Tuhan nak tunjuk berlaku PRK dlm kawasan MB sendiri di Tumpat
dan PAS kalah lebih teruk berbanding waktu calon PKR bertanding.
Padan muka. Sorang kena baling selipar. Sorang kena sepak.
Inilah wajah "kepimpinan ulama". Kepimpinan hasad dengki tamak haloba tikam belakang.
Ada hati nak cerita pasal ukhuwah konon.
KELANTAN HAMPIR PASTI TUMBANG KEPADA UMNO
Rahsia kekuatan PAS di Kelantan adalah perpaduan di kalangan ahli-ahli dan penggerak walaupun terdapat banyak perbezaan pendapat.
Perpaduan ini hancur luluh apabila Husam Musa digulingkan oleh geng-gang Mat Yaakob, Nik Amar serta keluarga Tok Guru Nik Aziz.
Sedangkan Husam Musa berpengaruh besar di kalangan PAS Kelantan serta pengundi-pengundi Kelantan.
Bukan
stkt digulingkan, mereka yang diambil Husam bekerja dgn kerajaan negeri
juga dibuang dan dipecat dgn tiada belas kasihan i.e Che Ibrahim Mohamed
Sedangkan orang-orang yang dikatakan rapat dgn Husam Musa ini banyak berjasa kepada PAS Kelantan.
Makanya,
kalau Kelantan jatuh adalah kerana hasil kerja tangan ulama-ulamak Kelantan
pimpinan Mat Yaakob dan Nik Amar yang berjasa memecah belahkan PAS
Kelantan.
Syabas kerana ulama dah buat kerja untuk UMNO.
Sikap hasad, dengki, tamak, haloba puak-puak ulama Kelantaan bakal menumbanngkan kerajaan Kelantan dan menyerahkannya kepada UMNO
Ulama-ulamak yang sama ini jugalah yang ke hulu ke hilir bercerita pasal Ukhuwah.
Cakap tak serupa bikin
Mungkinkah Pihak UG Sendiri Yang Mahu Jatuhkan Haji Hadi?
Siapakah yang sebenarnya mahu menggulingkan Haji Hadi?
Gegak gempita Pesuruhjaya PAS Perak menghalau orang dari PAS sedangkan beliau sendiri hanya menjadi ahli PAS tahun 2010.
Dia jadi Pesuruhjaya pun atas hubungan rapat dengan menantu.
Zuhdi
Marzuki pula belum lahir lagi waktu Tok Guru Nik Aziz meminta Dato Asri
melepaskan jawatan Presiden (YDP Agung) secara terbuka dan dilaporkan
oleh Berita Harian pada bulan Februari 1982.
Tapi dia boleh membuat jangakaan PAS akan berpecah.
Tidak hairanlah SU Agung Cikgu Mustafa Ali mengarahkkan beliau memberhentikan cirit birit mulut.
Sinar Harian pula menjadi corong pembesar suara kepada pemimpin2 taraf bawah PAS ini seperti Nik Abduh dsbnya.
Ia mungkin kerana pemilik Sinar Harian sendiri mahukan perpaduan PAS-UMNO menjadi realiti satu masa dulu.
Namun, siapakah sebenarnya yang mahu menjatuhkan Haji Abdul Hadi Awang.
Mengikut
sumber dalaman UMNO yang Tulang Besi dapat mula-mula usaha menjatuhkan Hadi
sebenarnya sedang rancak berlaku di kalangan geng UG sendiri.
Mengikut sumber dalaman tersebut, UMNO sudah hilang kesabaran dengan Haji Hadi Awang.
Walaupun Haji Hadi menyokong agenda Perpaduanwang dgn UMNO namun dia amat lemah dalam mengorak langkah ke arah perpaduwang.
Puak-puak UMNO sudah semakin bosan menunggu dan kesabaran mereka semakin hilang.
Namun, mereka telah mendapat nafas baru dari piihak-puak baru di Kelantan.
Tidak hairanlah panggilan mahukan Hadi naik ke Majlis Syura datang dari Kelantan dan bukan dari Kawasan-kawasan yang dilihat anti UG.
UMNO begitu yakin sehinggakan tidak pernah MB Kelantan dilayan sebegitu baik dan halus seperti yang dilayan kepada MB sekarang.
Makanya, tidak hairanlah blog-blog UMNO mempopularkan kesah ini: