TAKUT KUNING DAPAT KUNING

SHAH ALAM 15 JULAI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor terus menerima sindiran hebat masyarakat dunia ketika kunjungannya ke Buckingham, London.

Sindiran yang dimaksudkan ialah apabila pemakaian gaun dan tali leher kuning oleh Ratu Elizabeth dan Menteri Pengangkutan, Philip Hammond dalam dua pertemuan berasingan dengan Najib semalam.

Kolumnis Suara Keadilan, Hishamuddin Rais membayangkan tindakan itu sebagai kritikan terhadap dasar Najib.

“Dalam bahasa diplomatik, ini memperlekehkan Najib. Dalam bahasa diplomatik, ini mengkritik tindakan Najib yang menghambat peserta himpunan aman Bersih 9 Julai lalu.

“Sampaikan bunga di pasu dalam bilik pertemuan itu pun berwarna kuning. Tak mungkin Ratu Elizabeth atau Menteri di Britain tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia sepanjang minggu lalu,” katanya kepada KeadilanDaily.

Dalam pertemuan itu menyaksikan Najib bersalam dengan Ratu Elizabeth dan ada suara-suara yang mengatakan akhirnya Najib tunjuk kepada kuning berdasarkan gambar tersebut.

Malah paling ketara apabila kehadiran Perdana Menteri Malaysia itu tidak disambut dengan hamparan karpet merah sementara, Perdana Menteri Britain, David Cameron, malah membatal majlis makan tengah hari bersama Najib.

 Malah Najib terus menerima tamparan hebat hari ini apabila puluhan penunjuk perasaan turut berpakaian kuning menyambut kehadiran Najib ke United Kingdom hari ini.

Mereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Sambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, mereka boleh ditahan dan dinafikan hak untuk dibicarakan.

Malang Rakyat Malaysia Dapat PM Macam Najib-Khalid Samad





SHAH ALAM 15 JULAI: Rakyat Malaysia cukup malang mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak memandang berat nasib yang menimpa rakyat dan beranggapan menzalimi rakyat pada himpunan aman 9 Julai lalu adalah satu perkara biasa.

Paling teruk apabila seorang daripada peserta himpunan itu meninggal dunia ketika melarikan diri dari asakan polis dan ia disifatkan Najib Razak sebagai tindakan ringan yang harus dikenakan ke atas rakyat kerana berhimpun menuntut sebuah pilihan raya adil dan bebas.

Mengulas hal itu lagi, seorang mangsa keganasan polis pada hari kejadian , ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Najib cuba menafikan perkara yang sudah terbukti dan rakyat mampu menilainya.

“Saya rasa banyak gambar-gambar yang jelas menunjukkan keadaan yang sebaliknya.. Keadaan macam saya ini tidaklah seteruk macam Mat Sabu yang sampai dirempuh oleh polis.

" Lepas itu ada yang dalam video tu kita nampak kena pukul, yang berdarah-darah teruk,"kata Khalid yang mengimbas kembali kezaliman polis ketika menyuraikan himpunan aman di ibu negara 9 Julai lalu.

Najib dalam satu temu bual dengan CNN berkata, polis menggunakan tindakan sewajarnya dalam usaha menyuraikan himpunan aman di ibu negara 9 Julai lalu.

“Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik,” kata Najib dalam temu bual itu.

“Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum,” tambah beliau lagi.

Namun Khalid berpendapat, kenyataan Najib itu langsung tidak menggambarkan jawapan seorang pemimpin sebuah negara yang menuju status negara maju.

“ Saya rasa kalau di negara-negara yang lain kenyataan yang bodoh macam itu, rakyat sudah hukum dia,"kata Khalid lagi.

“Dia menunjukkan satu sikap yang tak ambil endah hak rakyat... hak rakyat dia tahan, dia halang, menyusahkan orang dan sebagainya. Walaupun dia lepaskan selepas sejam atau dua jam, ia tetap merupakan satu ketidakadilan terhadap rakyat yang tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana yang dianggap sebagai kesalahan adalah berhimpun (secara aman) dan memang terbukti aman. (Mereka) berjalan dengan lancar dan aman sehinggalah bila bertemu dengan polis,"kata Khalid lagi.

Dalam asakan polis ketika menyuraikan himpunan aman itu, kepala Khalid turut tercedera akibat tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis.
Puluhan mengalami kecederaan dan 1,667 ditahan polis.
Kerajaan pimpinan Najib sebelum ini dikritik media asing malah dibantah keras oleh masyarakat antarabangsa ekoran keganasan polis pada hari kejadian namun pentadbiran Najib menyokong tindakan polis berbuat demikian.
“Reaksi dari peringkat antarabangsapun semakin jelas menunjukkan bahawa tndakan Najib terhadap rakyat ini pun tidak boleh diterima oleh mana-mana masyarakat atau negara yang bertamadun,"ujar beliau.

Khalid juga menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang kebudak-budakkan dan tidak matang dalam berpolitik lantaran tindakannya memperlekeh-lekehkan kecederaan yang dialami Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“ Bagi dia sendiri (yang) tak pernah menghadapi kesusahan, tak pernah kena jentik, dia (pula) nak gelakkan Anwar kata Anwar buat lebih-lebih... itu saya rasa menunjukkan satu sikap yang kurang matang. Nampak cara dia buat itu buat orang naik meluat tengok dia,"tambah beliau lagi.

Tahan Bawah EO Satu Ketidakadilan Yang Dahsyat, Kata Kit Siang

KUALA LUMPUR 15 JULAI : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang melawat enam tahanan Ordinan Darurat (EO) Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Bukit Aman hari ini mengutuk tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan tangkapan itu.

Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyatakan tindakan itu sebagai ketidakadilan yang dahsyat kerana tiada justifikasi dalam penangkapan tersebut.

Beliau mengganggap penahanan ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu sebagai cubaan untuk mecemarkan gerakan himpunan Bersih 2.0.

"Tuduhan sebagai penggerak Bersih ialah satu ketidakadilan. 709 telah tunjukkan betapa bukan puluhan ribu penyokong Bersih yang lakukan keganasan dan huru-hara tetapi pihak berkuasa polis," kata beliau kepada para wartawan di hadapan Bukit Aman.

25 Jun lalu, 31 aktivis PSM ditahan di Pulau Pinang dan direman di bawah Seksyen 122 kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

2 Julai lalu, 6 daripadanya termasuk Dr. Jeyakumar dilepaskan tanpa tuduhan tetapi ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat sejurus menjejakkan kaki ke luar balai polis dan ditahan sehingga kini.

Kit Siang hari ini hadir bersama ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub memberitahu Dr. Jeyakumar dan yang lain dalam keadaan baik.

Sivarasa bagaimanapun menyatakan tahanan yang dilakukan itu jelas bermotif tidak baik.

Menurut Sivarasa lagi, fitnah dan dakwaan bahawa Dr. Jeyakumar terlibat dalam aktiviti subversif seperti yang diuar-uarkan sebelum ini nyata tidak dipercayai oleh masyarakat, khayalak politik, malah polis sendiri.

"Tuduhan terhadap mereka tiada asas. Semua tuduhan tersebut berniat jahat untuk mengutuk Bersih. Malah untuk seksyen 122 melancarkan perang, satu satunya rujukan ialah kes Al-Maunah.

"Ia tidak berhasil, tiada siapa yang percaya malah kerajaan sendiri tak percaya sebab itu tak ada dakwaan," tegas Sivarasa.

Salahuddin pula menyatakan atas sebab-sebab itu nyata sekali Dr. Jeyakumar dan mereka yang lain seharusnya dibebaskan untuk memulihkan imej negara.

"Yang ditekankan ialah isu Bersih dan menganjurkan Bersih. Adakah itu sebab beliau ditahan dibawah Ordinan Darurat? Jadi untuk itu, saya bagi pihak Pakatan Rakyat mendesak beliau dan yang lain dibebaskan kerana ia tidak menepati lunas kemanusiaan,"kata beliau lagi.

A Samad Said 'Boikot' Semua Jemputan Kerajaan

KUALA LUMPUR 15 JULAI : Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata beliau "tidak akan melayan" sebarang jemputan rasmi kerajaan termasuk membaca puisi dalam majlis anjuran mereka.

"Sebolehnya sekarang, saya tidak menerima jemputan daripada kerajaan," katanya ketika ditanya reaksi kawan-kawannya dalam kerajaan selepas menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

"Saya tidak fikir, (saya) dipulaukan. Tetapi kalau dijemput sementara ini, saya tidak akan layan. Kalau oposisi menang, saya layan,"katanya dalam temu bual khas bersama Malaysiakini.

Bagaimanapun, sasterawan 76 tahun itu berkata, sekiranya berlaku pertukaran kerajaan daripada BN kepada Pakaran Rakyat, beliau akan menerima jemputan tersebut.

Ditanya sama ada tindakan beliau sebagai 'mogok seni' kali kedua, A Samad yang terkenal dengan novel Salina itu berkata:

"Saya tidak tahulah tu. (Saya) tak tahu," katanya sambil ketawa sinis.

Pakai Baju Bersih,MP Bakri Ditahan Kali Kedua

MUAR 15 JULAI :Gara-gara terus mahu memakai baju T Bersih 2.0, ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa sekali lagi ditahan polis kira-kira jam 8.30 malam semalam.

Pemimpin DAP itu ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke program memperingati mendiang Teoh Beng Hock di Muar, Johor dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Muar sambil membawa kekwa putih dan bunga raya.

Ketika dihubungi, Er berkata beliau dan kumpulanya yang kira-kira 20 orang baru sahaja keluar dari pusat khidmat DAP Muar dan dalam perjalanan tiga buah trak FRU sedia menunggu di kawasan itu.

“Polis tidak benarkan saya terus kerana saya pakai baju Bersih. Tetapi apabila rakan saya beri baju lain, dan saya sarungkan baju itu, tapi polis tangkap saya juga,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Er beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Muar dan hanya dibebaskan pada kira-kira jam 1 pagi tadi. Beliau dikehendaki melapor dirinya sekali lagi pada 15 Ogos nanti.

Baju Bersih miliknya itu juga dirampas.

Er pernah ditahan pada 3 Julai lalu beserta lima ahli DAP kerana mengedarkan risalah berkenaan himpunan BERSIH yang telah diadakan pada 9 Julai lalu.

Mereka ditahan di Pasar Awam, Taman Sri Tebrau, ketika mengadakan kempen kebersihan gotong-royong sambil mengedarkan risalah antara lain tertera “Membersihkan sampah-sarap negara”.

Kumpulan itu memakai baju-T berwarna kuning dengan perkataan “Negara BERSIH Rakyat Bertuah” serta gambar penyapu dan penyodok.

Sifatkan Anwar Pengkhianat, Bukti Ketakutan Perkakas Umno

SHAH ALAM 14 Julai: Mereka yang terpalit dengan penyelewengan, salah guna kuasa dan berimej tidak bersih dalam menjalankan tugas, bukanlah orang yang paling layak untuk mengkritik orang lain, apatah lagi menggelarkan seseorang sebagai pengkhianat negara, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Hatta ujar beliau, perbuatan itu nyata keterlaluan dan jelas bersikap membuta tuli dalam membuat sesuatu tuduhan.

“ Bila tuntutan itu datang daripada orang macam Rahim Noor, Musa Hassan, memang tak boleh dipakailah. Macam Rahim Noor adalah seorang penjenayah dan tidak pernah ada Ketua Polis Negara yang masuk penjara kecuali Rahim Noor. Dan orang penjenayah macam ini kita tak ambil kisahlah.

" Dan sudah tentulah mereka ini akan menjadi orang yang lebih sudu daripada kuah apabila ia adalah usaha untuk menganiayai Datuk Seri Anwar Ibrahim sebab mereka banyak membuat kesalahan,"kata Rafizi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik respon bekas pegawai-pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk dua bekas Ketua Polis Negara yang penuh kontroversi, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Kedua-dua mereka menggambarkan Anwar sebagai pengkhianat negara apabila memberi kenyataaan kepada media Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan Bersih 2.0.

Musa adalah seorang pegawai penyiasat dalam kes liwat Anwar pada tahun 1998 dan Rahim adalah individu yang telah menumbuk Anwar sehingga menyebabkan mata kiri beliau lebam.

Menurut Rafizi, bekas pegawai tertinggi kerajaan itu hakikatnya merasa panas dan bimbang sekiranya Anwar mengambil tindakan ke atas mereka sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir negara.

Sementara itu, mengulas tindakan Utusan Malaysia yang terus menggiatkan usaha menjatuhkan imej ketua Pembangkang, Rafizi berkata, tindakan itu pada akhirnya hanya akan merugikan Utusan dan Umno-Barisan Nasional.

“ Kalau tanya saya sepintas lalu, saya alu-alukan Utusan Malaysia nak teruskan sandiwara dan permainannya seperti ini. Sebab ia memberi keuntungan kepada kita,"kata beliau.

Tambahnya, Utusan Malaysia dan media perdana lain sudah memainkan peranan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sejak tahun 2008, namun tindakan mereka memberikan simpati rakyat terhadap Anwar.

“Tahun 2008 apabila makian yang melampau macam ini dalam media perdana terutama Utusan Malaysia, RTM dan TV3 itu menimbulkan kebencian rakyat. Dia timbulkan kebencian Anwar Ibrahim itu satu perkara, persoalan yang lebih besar masyarakat kita sudah berubah dan mahukan politik yang lebih bersih, lebih beradap.

"Jadi bila Utusan Malaysia menggila dengan cacian dan makian mereka. Dia memang menimbulkan simpati kepada Datuk Seri Anwar dan pada yang sama kebencian kepada Utusan Malaysia,"kata Rafizi.

Tindakan terdesak akhbar milikan Umno itu yang menjadikan masyarakat Melayu sebagai target pembaca mereka juga bercanggah dengan keperibadian pembacanya.

Katanya, masyarakat Melayu yang terkenal dengan kehalusan budi pekerti, bersikap lemah lembut dan berlapik dalam menyampaikan sesuatu perkara, tidak akan tertarik untuk membaca Utusan Malaysia.

“Kalau Utusan Malaysia teruskan buat macam ni, saya yakin makin ramai orang Melayu yang akan jelek dengan Utusan Malaysia dan Umno dan itu adalah kelebihan kepada kita,"kata beliau lagi.





KITA TUNTUT YANG WAJAR

SPR JANGAN ANGKUH

Keadilan Buat Allahyarham Baharuddin Akan Dipastikan- Surendran

SHAH ALAM 14 JULAI : Peguam hak asasi manusia, N. Surendran menegaskan pihaknya akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan keadilan kepada mangsa keganasan polis sehingga meninggal dunia pada Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Mangsa, Baharuddin Ahmad yang dikatakan sebelum ini pengsan dalam cubaan melarikan diri dari asakan polis ketika berarak di hadapan KLCC, turut dikatakan mungkin warga emas sama yang dihenyak oleh polis pada hari kejadian.

Oleh itu tegas Surendran, jika benar kematian Allahyarham berpunca daripada kezaliman polis dan kerajaan Malaysia, maka tidak ada sebab kerajaan dan agensinya harus terlepas dari tanggungjawab tersebut.

"Kementerian Dalam Negeri dan polis perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan jangan berpura-pura kononnya kes kematian ini tidak ada kaitan dengan mereka.

"Kita akan perjuangkan kes ini bagi keluarga mangsa untuk mendapat keadilan kerana mangsa menemui ajal semasa memperjuangkan hak rakyat Malaysia dan keadilan,"kata beliau kepada TV selangor.

Portal Malaysiakini semalam memetik seorang pelajar yang menyaksikan sendiri seorang warga emas dihenyak oleh polis dalam cubaan menyuraikan himpunan aman berkenaan di hadapan KLCC dan merasakan mangsa adalah Allahyarham Baharuddin.

"Saya rasa itulah pakcik yang meninggal itu. Saya nampak dia jatuh, kemudian saya nampak polis tengah hurung dia, tapi itu saya tak sempat rakam sebab saya tengah lari.

"Saya tak pasti tapi saya rasa dialah. Orang itu memang kena lanyak,"kata pelajar itu.

Menurut pelajar itu lagi, beliau melihat polis memegang kedua-dua belah tangan lelaki berkenaan dan menghenyak lelaki itu ke permukaan jalan.

"(Warga tua itu) dah jatuh, kemudian polis hurung dia. Saya nampak macam mereka henyak dia, saya nampak macam guna kaki. Yang saya nampak polis ada lima orang polis yang hurung," katanya lagi.

Mengulas lanjut insiden yang menyayat hati itu, Surendran berkata, kejadian tidak diingini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya polis bertindak mengikut etika dan berperikemanusiaan dalam menjalankan tugas.

"Sekiranya polis tidak menggunakan kekerasan dalam menyuraikan perhimpunan secara aman, kematian seumpama ini tidak mungkin akan berlaku,"katanya.

Namun apa yang dikesalkan kata Surendran, pihak polis tampil memberi alasan seperti skrip lama dengan menyatakan mereka tidak ada kena mengena dengan kes kematian Baharuddin.

Malah, polis mendakwa mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan bukan akibat dari terdedah kepada gas pemedih mata walaupun laporan perubatan mangsa belum dikeluarkan oleh pihak hospital.

Selain Baharuddin, malah puluhan lagi mengalami kecederaan akibat tindakan ganas polis. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadi beliau, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Mohamad Sabu dan ramai lagi mengalami kecederaan akibat tindakan ganas polis.

Ditanya TvSelangor sama ada pihaknya mahu membawa kes ini ke mahkamah, Surendran menjelaskan usaha tersebut bergantung kepada keluarga mangsa dan apa yang perlu diperjuangkan sekarang ialah mengheret pihak yang bertanggungjawab untuk dikenakan hukuman sewajarnya di bawah undang-undang jenayah.

"Sama ada kes ini dibawa ke mahkamah atau tidak ianya terpulang kepada pihak keluarga mangsa kerana ia adalah inisiatif keluarga dan ianya boleh dilakukan pada satu masa selepas ini.

"Apa yang penting sekarang kita akan pastikan tindakan dibawah undang-undang jenayah diambil kepada kesemua polis yang terlibat menggunakan kekerasan ke atas rakyat,"tambah beliau lagi.

A Samad Said ; Najib 'Memang Kejamlah'



KUALA LUMPUR 14 JULAI : Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, A Samad mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.

Kepimpinan 'bangsawan'

Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.

"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".

Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu.

Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".

"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat).

"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi.

TV SELANGOR DIGODAM LAGI...


Selangor- TVS atau stesen Tv selangor yang beroperasi bagi sekian lamanya kini telah di godam unuk kali ke 2. beberapa bulan lepas ,TVS yang menyiaran berita dan video bagi Pakatan Rakyat didapati menyiarkan berita yang menyeleweng , sehingga betita yang disiarkan bercanggah seperti kebiasaannya. namun hari ini kesukaran bagi mendapatkan web TVS telah menyebabkan para pelayar sukar untuk mengekses berita dari website tersebut dan dipercayai telah di serang.

Menurut maklumat dalaman, TVS telah di serang lagi,dan sehingga jam 3 petang tadi ianya beroperasi seperti biasa , namun sehingga jam 4 petang tadi, website tersebut telah tidak kelihatan dan pihak pengurusan mengambil tindakan dengan menutup server kerana ingin membaikinya akibat di godam.


Punca utama kenapa ianya di godam disebabakan TVS menjadi pemangkin kepada berita bukan sahaja meliputi negeri selangor, malahan menyeluruh dan disebabkan semua berita tersebut berserta dengan video, maka ianya menjadikan berita bergambar dan menarik para pengekses dan pelayar mendapatkan maklumat.Sehingga jam 5 petang ini, website tersevut tidak lagi muncul di internet.

ROSMAH, CINCIN DAN SPRM....

SPRM digesa siasat dakwaan Rosmah beli cincin RM73j

Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinKetua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga US$24.4 juta (RM73 juta) itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga barangan itu diletakkan pada US$24,458,400, dakwanya.

Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:

Nama Barangan:
Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA

Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.

"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

Bersih 2.0 :Tung Shin "Mangsa" Sindrom Penafian Kerajaan, Kata Tian

KUALA LUMPUR 14 JULAI : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua menyifatkan kenyataan Hospital Tung Shin menafikan hospital itu menjadi sasaran tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia polis pada perhimpunan Bersih Sabtu lalu sebagai hasil tekanan kerajaan.

Penafian oleh Lembaga Pengarah hospital itu dibuat ekoran pertemuan mereka dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai Isnin lalu.

Tian berkata ratusan rakyat menjadi saksi dan menyaksikan apa sebenarnya yang berlaku hari itu di Hospital Tung Shin apabila Polis mengepung peserta Bersih yang berlindung di kawasan hospital berkenaan.

"Saya anggap mereka (Kerajaan) cuba intimidasikan pihak hospital. Yang mereka tidak boleh tukar ialah kenyataan yang berlaku. Ratusan rakyat yang ada di Hospital (Tung Shin) dan kita ada video dan gambar.

"Apa yang Liow Tiong Lai atau Chua Soi Lek cakap... pihak Tung Shin tak kan menafikannya," kata Tian ketika dihubungi TV Selangor.

Presiden MCA Dr Chua Soi Lek kelmarin mendakwa gambar dan video rakaman tentang Polis menembak gas pemedih mata kedalam kawasan Hospital Tung Shin tidak semestinya menceritakan kejadian yang sebenar kerana ianya boleh dimanipulasi.

Pengerusi Lembaga Pengarah Ng Beh Tong pula semalam menafikan dakwaan sebuah berita portal bahawa gas pemedih mata dan meriam air yang dilepaskan oleh polis untuk meleraikan perhimpunan haram Sabtu lepas, memasuki kawasan hospital itu sebepas bertemu dengan Tiong Lai.

Tian yang turut menyertai dan ditangkap pada himpunan Sabtu lalu menyifatkan pembohongan Kerajaan Pusat hanyalah menipu diri sendiri sedangkan laporan sebenar tersebar di internet dan media asing.

"Mereka (Kerajaan) seperti burung unta yang menanam kepala sendiri ke dalam pasir kerana cuba menafikan rakyat telah bangkit menuntut Pilihan Raya bersih dan telus.Mereka cuba nafikan bahawa polis telah lakukan kekerasan terhadap orang awam. Ini tidak akan mengubah apa yang terpahat di kepala rakyat yang hadir pada hari itu," tegas beliau.

Bersih 2.0 : Umno, Utusan Malaysia Penderhaka Sebenar

KUALA LUMPUR, 13 JULAI : Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan media kawalan Barisan Nasional (BN),Utusan Malaysia dan Umno adalah “penderhaka kepada Sultan” yang sebenar apabila cuba menghalang serta mencetus provokasi ketika perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berlangsung Sabtu lalu.

Kit Siang menegaskan tuduhan yang dilemparkan terhadap pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat bahawa mereka tidak akur perintah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah tidak bertanggungjawab.

“Ia tuduhan yang tidak bertanggungjawab, tidak benar dan liar dilakukan Utusan Malaysia yang menuduh Pakatan Rakyat Selangor tidak mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor kerana bertindak meneruskan sokongan terhadap Himpunan Bersih 2.0," katanya.

“Utusan Malaysia adalah suara kepada pemimpin Umno. Adakah Utusan dan pemimpin Umno menganggap puluhan ribu rakyat Malaysia yang terpaksa berdepan dengan risiko ditangkap, dicederakan, ditembak dengan gas pemedih mata dan meriam air kerana menuntut pilihan raya bersih dan adil adalah tidak setia dan pengkhianat kepada Sultan dan negara,” tegas Lim dalam satu kenyataan medianya.

Sebaliknya tegas beliau, Utusan Malaysia dan pemimpin Umno yang “tidak setia dan pengkhianat kepada Sultan dan negara.

“Jika mereka amat tidak bertanggungjawab dan bertindak melulu kerana membuat tuduhan liar terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 sebagai tidak setia dan menderhaka kerana memberikan sokongan - mereka (Utusan Malaysia dan Umno) yang bertanggungjawab memutarbelitkan keadaan supaya rakyat menderhaka.

“Ini kerana Utusan Malaysia ketinggalan zaman, mereka tidak faham atau berasa empati terhadap insiden yang berlaku dalam perhimpunan itu,” katanya.

Justeru katanya, tuduhan yang dilemparkan Utusan Malaysia jelas membuktikan bahawa apa yang dikatakan profesor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin adalah benar sama sekali.

Kelmarin Shamsul Amri berkata, pentadbiran Najib tidak lagi boleh menggunakan taktik era Perang Dingin dalam berhadapan dengan bangkangan dan menguruskan aspek sekuriti negara.

Ini kerana jelas beliau, musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat.

Oleh demikian Shamsul Amri mencadangkan agar Putrajaya perlu beralih daripada pendekatan tradisional kepada bukan traditional, yang menurutnya mempunyai lima komponen iaitu tenaga atau kuasa, air, makanan, kesihatan dn pendidikan.

“Shamsul Amri telah mengingatkan BN bahawa musuh mereka bukan lagi komunis yang berperang dalam hutan tetapi adalah pergerakan awam yang melibatkan politik kelas pertengahan yang membawa isu-isu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ‘perang ugutan’ yang dilakukan akan memberikan kesan kerana rakyat Malaysia sudah tidak takut kepada pasukan keselamatan,” ujarnya.

Susulan Bersih pertama tahun 2007, perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara di sebalik tahap keselamatan ketat.

Penganjur Bersih 2.0 mendakwa telah dapat menghimpunkan 50,000 orang, tetapi angka ini dinafikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengatakan hanya sekitar 6,000.

Seminggu sebelum menjelangnya Himpunan Bersih 2.0, Putrajaya telah mengisytiharkan badan yang dianggotai 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai satu badan yang haram haram sekali gus mengumumkan segala lambang dan barang terbitan membawa mesej Bersih 2.0 juga adalah haram.

Malah, sebanyak enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput juga turut ditahan di bawah Ordinan Darurat atas dakwaan cuba menghidupkan kembali fahaman komunis.

Dalam kenyataan itu, Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata beliau akan memakai pakaian berwarna kuning pada setiap Sabtu sebagai tanda sokongan terhadap lapan tuntutan Bersih 2.0.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“Bermula dari minggu ini saya akan memakai pakaian kuning pada setiap hari Sabtu sehingga enam ahli PSM yang ditahan dibawah Ordinan Darurat dilepaskan, pengharaman Bersih ditarik balik dan lapan tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan,” katanya lagi..

Sabtu lalu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan ahli-ahli politik kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ditahan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu.

Bersih 2.0 : Umno, Utusan Malaysia Penderhaka Sebenar

KUALA LUMPUR, 13 JULAI : Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan media kawalan Barisan Nasional (BN),Utusan Malaysia dan Umno adalah “penderhaka kepada Sultan” yang sebenar apabila cuba menghalang serta mencetus provokasi ketika perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berlangsung Sabtu lalu.

Kit Siang menegaskan tuduhan yang dilemparkan terhadap pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat bahawa mereka tidak akur perintah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah tidak bertanggungjawab.

“Ia tuduhan yang tidak bertanggungjawab, tidak benar dan liar dilakukan Utusan Malaysia yang menuduh Pakatan Rakyat Selangor tidak mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor kerana bertindak meneruskan sokongan terhadap Himpunan Bersih 2.0," katanya.

“Utusan Malaysia adalah suara kepada pemimpin Umno. Adakah Utusan dan pemimpin Umno menganggap puluhan ribu rakyat Malaysia yang terpaksa berdepan dengan risiko ditangkap, dicederakan, ditembak dengan gas pemedih mata dan meriam air kerana menuntut pilihan raya bersih dan adil adalah tidak setia dan pengkhianat kepada Sultan dan negara,” tegas Lim dalam satu kenyataan medianya.

Sebaliknya tegas beliau, Utusan Malaysia dan pemimpin Umno yang “tidak setia dan pengkhianat kepada Sultan dan negara.

“Jika mereka amat tidak bertanggungjawab dan bertindak melulu kerana membuat tuduhan liar terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 sebagai tidak setia dan menderhaka kerana memberikan sokongan - mereka (Utusan Malaysia dan Umno) yang bertanggungjawab memutarbelitkan keadaan supaya rakyat menderhaka.

“Ini kerana Utusan Malaysia ketinggalan zaman, mereka tidak faham atau berasa empati terhadap insiden yang berlaku dalam perhimpunan itu,” katanya.

Justeru katanya, tuduhan yang dilemparkan Utusan Malaysia jelas membuktikan bahawa apa yang dikatakan profesor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin adalah benar sama sekali.

Kelmarin Shamsul Amri berkata, pentadbiran Najib tidak lagi boleh menggunakan taktik era Perang Dingin dalam berhadapan dengan bangkangan dan menguruskan aspek sekuriti negara.

Ini kerana jelas beliau, musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat.

Oleh demikian Shamsul Amri mencadangkan agar Putrajaya perlu beralih daripada pendekatan tradisional kepada bukan traditional, yang menurutnya mempunyai lima komponen iaitu tenaga atau kuasa, air, makanan, kesihatan dn pendidikan.

“Shamsul Amri telah mengingatkan BN bahawa musuh mereka bukan lagi komunis yang berperang dalam hutan tetapi adalah pergerakan awam yang melibatkan politik kelas pertengahan yang membawa isu-isu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ‘perang ugutan’ yang dilakukan akan memberikan kesan kerana rakyat Malaysia sudah tidak takut kepada pasukan keselamatan,” ujarnya.

Susulan Bersih pertama tahun 2007, perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara di sebalik tahap keselamatan ketat.

Penganjur Bersih 2.0 mendakwa telah dapat menghimpunkan 50,000 orang, tetapi angka ini dinafikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengatakan hanya sekitar 6,000.

Seminggu sebelum menjelangnya Himpunan Bersih 2.0, Putrajaya telah mengisytiharkan badan yang dianggotai 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai satu badan yang haram haram sekali gus mengumumkan segala lambang dan barang terbitan membawa mesej Bersih 2.0 juga adalah haram.

Malah, sebanyak enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput juga turut ditahan di bawah Ordinan Darurat atas dakwaan cuba menghidupkan kembali fahaman komunis.

Dalam kenyataan itu, Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata beliau akan memakai pakaian berwarna kuning pada setiap Sabtu sebagai tanda sokongan terhadap lapan tuntutan Bersih 2.0.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“Bermula dari minggu ini saya akan memakai pakaian kuning pada setiap hari Sabtu sehingga enam ahli PSM yang ditahan dibawah Ordinan Darurat dilepaskan, pengharaman Bersih ditarik balik dan lapan tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan,” katanya lagi..

Sabtu lalu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan ahli-ahli politik kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ditahan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu.

Tutup Operasi Esso Di M'sia, Bukti Kegagalan Najib Yakinkan Pelabur Asing

SHAH ALAM 13 JULAI : Desas-desus Exxonmobil mahu melupuskan pegangannya di dalam Esso Malaysia sekali gus menutup operasi runcitnya di negara ini kerana mempunyai margin keuntungan yang rendah merupakan faktor utama kegagalan pentadbiran Najib meyakinkan pelabur asing berhubung keadaan ekonomi semasa Malaysia.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, tindakan Exxonmobil itu bukan saja menunjukkan bahawa kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mengekalkan pelabur sedia ada, malah ia menjadi kayu pengukur kepada tahap kemampuan Perdana Menteri menguruskan negara.

"Esso telah bertapak dinegara kita lebih 50 tahun, kenapa tiba-tiba mereka mahu tarik diri dari melabur? Mesti ianya bersebab?," soalnya.

"Mereka tidak yakin dengan kepimpinan dalam negara kita yang dilihat semakin bertambah buruk dan tidak cekap dari segi pengurusan," katanya memberitahu Tvselangor.

Memetik laporan media kawalan Umno, Utusan Malaysia hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berharap Esso Malaysia tidak akan menutup operasi runcitnya di negara ini.

Bagaimanapun menurut Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekiranya syarikat itu masih berhasrat berbuat demikian, beliau berharap operasinya akan diambil alih oleh syarikat tempatan.

Esso Malaysia dimiliki oleh Exxonmobil International Holdings Inc.

Syarikat minyak antarabangsa itu juga didakwa mahu memberi fokus kepada penerokaan dan pengeluaran minyak berbanding perniagaan runcit.

Mengulas lanjut berhubung tindakan kerajaan memberi milikan operasi runcitnya kepada syarikat tempatan, Azan berkata, ia tidak berasas.

Katanya, sedangkan syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dan pengalaman juga mengalami margin keuntungan yang rendah, bagaimana pula sebaliknya nanti?.

"Kita bimbang oleh kerana ketidakcekapan ini akan menyebabkan pengguna akan teraniaya kerana kos pengurusan yang teruk itu akan terbeban kepada pengguna," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau mengesa agar Najib segera mencari jalan penyelesaian terbaik ini kerana sekiranya Najib bertegas untuk memberi milikan kepada syarikat tempatan ia dikhuatiri mempunyai kepentingan politik pemerintah.

"Ada beberpa perkara yang perlu dijawab dan tidak boleh disembunyikan oleh kerajaan sekarang, kenapa perkara seumpama ini berlaku sedangkan kita sedia maklum ia akan memberi kesan serta merta kepada rakyat (pengguna) iaitu menanggung beban kos yang lebih mahal,"katanya.

"Soal kepentingan pemilikan diberi kepada syarikat kroni, itu perkara biasa dilakukan oleh kerajaan, tetapi persoalannya kenapa kerajaan tidak mahu memikirkan nasib yang bakal ditanggung rakyat,"tambahnya lagi.



170,000 Pelayar Facebook Desak Najib Berundur

KUALA LUMPUR 13 JULAI : Petisyen Facebook bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan telah mendapat sokongan daripada 170,000 orang.

Laman "100,000 People Request Najib Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Razak berundur) ditubuhkan Sabtu lalu, iaitu hari yang sama polis menangkap lebih 1,600 orang yang terbabit dalam perhimpunan bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

Menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit yang menekan butang like (suka) dengan sasaran mendapatkan 100,000 penyokong tercapai pada Isnin lalu.

Jumlah itu dikatakan terus meningkat dan mencapai 172,868 "likes" pada pagi ini.

Pada perhimpunan aman empat hari lalu, rakyat yang berhimpun secara aman terpaksa menongkah serangan gas pemedih mata dan menahan dipancut air berkimia daripada meriam air polis.

Ramai yang mendakwa diri mereka dikasari.

"Saya tidak faham mengapa polis perlu memukul dan melepaskan gas pemedih mata,” kata seorang penyokong BERSIH 2.0 Sofie Muhammad di laman itu.

"Orang ramai langsung tidak membaling batu ke arah kedai. Mengapa kerajaan takut? Kami hanya mahu pilihan raya yang bebas.”

Tidak kurang juga yang menyalahkan Najib atas tindakan polis itu.

"Najib mula hilang pengaruh. Beliau tidak memahami keperitan terkena gas pemedih mata dan kesakitan akibat air berkimia ataupun ketika ditendang dan dipukul pleh polis,” kata Longyao Phang dalam tulisannya di blog itu.

Bersih 2.0 : Tindakan Polis Cabuli Hak Asasi, Kata Suhakam





SHAH ALAM 13 JULAI : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengecam kekerasan dan keganasan yang dilakukan polis ketika bertindak menangkap peserta Himpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, sambil menyifatkan ia pencabulan hak asasi manusia.

Pesuruhjayanya Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, oleh yang demikian semua mangsa yang dizalimi polis pada hari kejadian dinasihatkan agar tampil ke depan bagi mengemukakan aduan secara terus supaya Suhakam boleh memperkukuhkan bahan bukti yang diperolehi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS.

Katanya, ini kerana tindakan yang dilakukan polis untuk menangani peserta perhimpunan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab malah ia merupakan tindakan penyalahgunaan kuasa dan ia jelas bertentangan dengan hak asasi manusia.

"Kalau pihak lain soal pun kami ada bukti yang tidak boleh dinafikan," katanya memberitahu Tvselangor.

Pada Sabtu lalu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat ditahan.

Bagaimanapun kesemua peserta yang ditahan dilepaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu.

Sha’ani yang turut memantau perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menegaskan tindakan polis menangkap peserta dan menempatkan mereka di Balai Polis Jinjang dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) juga merupakan satu pencabulan.

Dalam pada itu, beberapa peserta himpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu yang ditemui Tvselangor berkesempatan menceritakan detik-detik cemas mereka ketika dikasari, diherdik malah dihertet ke dalam trak polis.

Rata-rata peserta yang ditemui, kesal dengan tindakan ganas polis ketike berdepan dengan perhimpunan aman Bersih sambil mempersoalkan kegagalan
pihak berkuasa itu dalam menjamin keselamatan rakyat di negara ini.

"Saya tidak nampak apa kesalahan yang dia(peserta Bersih 2.0) buat, saya rasa dia (polis) hilang ingatan masa itu," kata seorang pembantu doktor, Abu Bakar Abdul Rahman yang kesal dengan tindakan anggota polis apabila dilihat dengan sengaja menendang salah seorang peserta Bersih 2.0 ketika sedang bersujud bagi memohon keredhaan Allah S.W.T diatas sebatang jalan raya.

Katanya lagi, beberapa peserta himpunan juga turut kelihatan dibelasah pihak berkuasa hingga patah kaki namun tiada sebarang bantuan dihulurkan oleh anggota polis yang berada disekitar kawasan terbabit.

Turut sama berkongsi cerita Himpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu ialah pengerusi Angkatan Warga Aman Malaysia (AMAN), Rajaretinam Armuggan yang juga merupakan salah seorang saksi kejadian ketika Allahyarham Baharuddin Ahmad menghembuskan nafas terakhirnya akibat terkena semburan gas pemedih mata dan water canon.

"Dua anggota polis yang berada di depan kami hanya melihat sahaja arwah dalam kesusahan, namun apabila saya minta bantuan polis tersebut untuk memanggil ambulan, ia tidak diendahkan dan hanya melihat kami ini sebagai pesalah. Kesilapan saya tidak ambil nombor (baju) polis tersebut," katanya dengan kesal.

Tambah Mazwan Johar seorang peguam PAS, tindakan polis memakai baju pelindung seragam ketika melakukan penangkapan bukan saja menyukarkan peserta himpunan untuk mendapatkan nombor anggota terbabit malah ia sengaja berbuat demikian.

"Jaket tersebut menutup tanda nama dan pangkat mereka. Kami sebagai peguam yang tahu apa yang perlu dibuat pun, tidak dapat berbuat apa-apa (sebab tidak tahu identiti polis itu)," ujarnya dengan nada kesal.






MAK AI MAHAL NYA CINCIN....

GEORGETOWN 13 JULAI : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini digesa menyiasat dakwaan bahawa isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor mengimport sebentuk cincin berlian bernilai RM24 juta tanpa cukai dari Amerike Syarikat April lalu.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin membuat laporan kepada SPRM di Pulau Pinang bersabit dakwaan itu dengan mengemukakan apa yang disebut beliau sebagai salinan dokumen import yang diperolehi daripada sebuah sumbernya.

Badrul yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata cetakan dokumen itu daripada skrin komputer mengandungi maklumat terperinchi mengenai cincin berkenaan dan butiran penuh mengenai pengimportnya.

Antara maklumat tertera adalah cetakan komputer itu adalah :

Nama Barangan : Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot : Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot : Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot : 6-04-2011
Tempat Impot : KLIA

Sehubungan dengan itu, Chegu Bard menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.
"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolhi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.
"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.
Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.
Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisythiaran Kastam yang diperolehi.

Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.
"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam websitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor,"katanya.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan diatas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu," tanya beliau.

Nik Aziz: Saya sokong Bersih 3.0 jika tuntutan tak dilayan

July 13, 2011

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong idea mengadakan Himpunan Bersih 3.0 jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih berkeras untuk tidak melaksanakan tuntutan dikemukakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Nik Aziz (gambar), yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perhimpunan itu perlu diadakan bagi memastikan keadilan dan ketelusan dalam sistem pilihan raya negara.

Tegas beliau, sistem pilihan raya yang bersih dan adil perlu diadakan kerana ia dituntut dalam Islam, selain melibatkan soal pentadbiran negara.

“Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal... apa lagi soal mentadbir negara,” katanya dipetik HarakahDaily hari ini.

Semalam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi mengingatkan SPR agar melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0 sekiranya tidak mahu berdepan dengan satu lagi — Himpunan Bersih 3.0.

Jelas beliau, empat daripada lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih kepada SPR boleh dilaksanakan agensi itu dengan serta-merta.

Mengenai dakwaan media arus perdana yang mengatakan Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlaku mengalami kecederaan ketika menyertai Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu, Nik Aziz berkata, “hanya rakyat yang boleh menjadi hakim.”

“Orang Umno memang begitu, suka menafikan, dia tuduh kita (PAS) tetapi rakyat yang akan menjadi hakim, insya-Allah,” katanya.

Kata pemimpin veteran ini, perhimpunan yang didakwa disertai 50,000 peserta akan berjalan secara aman sekiranya pihak keselamatan tidak diperalatkan Umno yang mahu menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.

“Perasaan manusia bila dia yakin, seperti air hujan dari langit akan turun dengan baik dan sekiranya disekat umpama air banjir mengganas menghanyutkan apa sahaja yang ada dihadapan. Kiranya ada cadangan untuk buat lagi, saya setuju selagi sistem pilihan raya di negera ini tidak berjalan lancar.

“Mentadbir negara yang diangkat secara bersih adalah kerja agama dan ia perlu disokong oleh semua, selagi pilihan raya di negara ini berjalan tidak cara bersih, memang saya sokong atas nama apa sekalipun.

“Mentadbir negeri adalah ajaran Islam seperti ianya menjaga diri sendiri, mata, bercakap, makan cara bersih, kerana itu ingin menjaga Kelantan cara bersih,” ujar Nik Aziz.

Jelas beliau, pentadbiran Najib perlu memberi jaminan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil sekiranya tidak mahu menerima balasan buruk di akhirat.

Menurutnya, peniaga yang dikatakan mengalami kerugian besar akibat perhimpunan itu disebabkan tindakan Barisan Nasional (BN) yang membuat provokasi.

“Cuba tidak menakutkan mereka atau memberi laluan demonstrasi bersih cara baik, orang akan beli air sana, air sini dan hasil jualan akan laku,” ujarnya.

Perbicaraan Anwar, Hakim Tetapkan 8-26 Ogos Depan

Perbicaraan Anwar, Hakim Tetapkan 8-26 Ogos Depan

KUALA LUMPUR 13 JULAI : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan bagi mendengar perbicaraan kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas kes tersebut dibawa untuk sebutan hari ini.

6 Julai lalu, Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Mohamad Zabidin sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Bagaimanapun, peguambelaKetua Pembangkang itu, Karpal Singh dan Sankara Nair menegaskan pihaknya akan membuat permohonan bagi menemubual dan mendapat senarai saksi yang dipanggil pada perbicaraan akan datang.

"Perbicaraan ditetapkan pada 8 hingga 26 Ogos depan, tetapi kami akan buat permohonan untuk menebual saksi, " kata Karpal kepada media lobi kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Anwar menyatakan kekecewaanya kerana masih tidak diberi peluang itu walaupun sering dituduh kerajaan cuba melambatkan kes.

"Kita nak sediakan pembelaan Þkita tapi mereka masih tak beri saksi," kata beliau.

Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, merupakan orang pertama memberi keterangan dikandang saksi pada yang perbicaraan bermula 8 Ogos depan.


Laporan penuh menyusul...

Pakai Kuning Setiap Sabtu Sebagai Sokongan, Ajak Ambiga





KUALA LUMPUR 12 JULAI : Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 hari ini mencadangkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memakai pakaian berwarna kuning setiap Sabtu untuk menunjukkan sokongan secara berterusan dalam usaha mereformasikan proses pilihan raya di negara ini.

Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan pada satu sidang media di ibu negara hari ini.

"Sehingga reformasi pilihan raya dilakukan, kita meminta rakyat memakai warna kuning setiap hari Sabtu. Tak kiralah baju, atau sarung tangan atau apa-apapun yang berwarna kuning," kata beliau.

Sabtu lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia hadir berhimpun untuk menyokong tuntutan reformasi pilihan raya tersebut di pusat bandar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kerajaan pusat dan polis bertindak ganas dalam menyuraikan mereka dan seolah-olah cuba 'melenyapkan' perkara tersebut di media arus perdana.

Lapan tuntutan tersebut adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.

Ambiga turut menyambut baik tawaran untuk berbincang dengan Pemuda Umno mengenai sistem pilihan raya di Malaysia.

Menurut Ambiga, ia satu perkara yang sihat dan menyatakan Bersih bersedia menjemput sesiapa sahaja untuk mengadakan perbincangan terbuka termasuk Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) mengenai tuntutan mereka.

"Kami bersedia untuk berbincang dan berdebat secara terbuka dengan sesiapa pun. Saya rasa ia perkara yang sihat," kata beliau.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya menjemput Bersih untuk berdebat mengenai tuntutan tersebut.

Khairy turut menyatakan beliau dijadualkan mengadakan dialog bersama SPR dalam masa dua minggu dan menyatakan ianya lebih berkesan dari apa yang dilakukan Bersih.

Khairy pada hari sama dengan Bersih, memimpin 500 pemuda Umno yang dinamakan Patriot berarak sejauh 200 meter di Bukit Bintang bagi membantah himpunan Bersih 2.0.

Mat Sabu : Malaysia Masih Terperangkap Dalam Dunia Primitif

SEBERANG JAYA 12 JULAI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengungkapkan negara Malaysia masih berada di alam primitif dunia ke tiga berikutan kecenderungan pihak berkuasa mengasari rakyat bagi melindungi kepentingan pemimpin.

Sehubungan dengan itu beliau merayu kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar menjaga keselamatan rakyat dan bukan menjadi alat Umno-Barisan Nasional (BN).

Beliau yang cedera di lutut kiri ekoran tindakan ganas polis pada perhimpunan gabungan Bersih di ibu negara Sabtu lalu menyamatarafkan corak diktator pemerintahan di Malaysia dengan Burma.

Katanya, kebanyakkan negara rantau Asia Tenggara telah mengorak langkah memperbaiki sistem perundangan dan gerak kerja pasukan polis berlandaskan prinsip menjaga keselamatan rakyat dan negara.

"Ketua polis Jakarta kata kepada rakyat (Indonesia) kalau mahu sertai himpunan tunjuk rasa, sila keluar awal. Ikut laluan yang telah ditetapkan...... jaga lalu lintas dengan baik," ujarnya.

Namun ujar beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, apa yang terjadi di Malaysia adalah sebaliknya di mana kerajaan pemerintah memperhambakan polis untuk menyakiti rakyat demi mengekalkan kuasa mereka.

" Bilakah hendak keluar dari alam primitif ini?,"soal beliau.

Mat Sabu sebelum itu menceritakan kepada pengunjung tentang kejadian ditangkap polis ketika sedang membonceng motosikal menuju ke Masjid Negara untuk menunaikan solat Zohor pada 9 Julai lalu.

Menurutnya, ketika itu beliau bersama rakan yang menunggang motosikal tiba-tiba dirempuh kereta polis dari arah tepi hingga menyebabkan beliau tercampak ke jalan raya.

Ekoran itu, doktor hospital swasta mengesahkan ligamen lutut kanan beliau telah koyak dan akan menjalani pembedahan pada Jumaat nanti, jelas beliau lagi.

"Kamu dapat melukakan lututku, tapi tidak dapat lukakan otakku," ujar beliau disahut gelak ketawa hadirin.

Terdahulu, Mat Sabu menduduki tempat kedua senarai individu yang dilarang masuk ke Kuala Lumpur pada 9 Julai selepas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga.

Beliau seterusnya mendakwa senarai larangan tersebut telah dikeluarkan oleh Umno-BN kepada polis untuk mengekang kepimpinan badan bukan kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat daripada mengepalai perhimpunan itu.

Mat Sabu kemudian tidak menolak dakwaan bahawa anggota polis telah disuntik doktrin perkauman oleh Umno-BN.

Tuduhan itu dilemparkan apabila mendapati sesetengah anggota polis yang mengarahkan supaya kaum Melayu untuk tidak mengikut telunjuk Ambiga yang berbangsa India menyertai perhimpunan Bersih.

" Kami bukan kira siapa Ambiga yang ketuai kami, kami melihat kepada tuntutan lapan perkara (yang dibawa Bersih)," kata Mat Sabu.

Dalam pada itu beliau menuduh Najib sebagai seorang pembohong dan hanya layak untuk menjadi suami kepada Rosmah Mansor.

Kenyataan tersebut diungkap berdasarkan respon Perdana Menteri itu yang tidak berpegang kepada kata-kata apabila gagal membenarkan rakyat berhimpun di Stadium Merdeka walaupun telah mendapat pekenan Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Najib bohong, Najib bohong, Najib Perdana Menteri bohong, Najib Perdana Menteri bohong," tempik beliau sambil disambut oleh kira-kira lima ribu rakyat yang hadir ke Tapak Exco Seberang Jaya, malam tadi.

Sementara itu, pada sidang media di ibu negara hari ini, Mat Sabu berkata, gambaran yang cuba diberikan oleh media arus perdana tentang kerugian yang dialami oleh peniaga pada himpunan Bersih, hakikatnya tidak akan berlaku sekiranya kerjasama baik diberikan oleh kerajaan dan polis.

“Bayangkan kalau pihak polis bekerjasama memberi tiga jam misalnya... rakyat berkumpul secara aman berjalan dari Dataran Merdeka ke Istana Negara sudah tentulah himpunan aman.

"Peniaga-peniaga di Kuala Lumpur akan bergembira dengan kehadiran ratusan ribu rakyat yang akan berbelanja di sini tetapi semua berlaku kucar-kacir kerana tindakan polis yang dihantui oleh Umno yang sedang lemas," kata beliau kepada media.

P'raya Bersih: Tubuh Suruhanjaya DiRaja, kata Ambiga

KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mahukan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuh untuk menambah baik proses pilihanraya secara menyeluruh sebelum Pilihanraya Umum ke-13.
Presidennya Ambiga Sreenevasan berkata penubuhan RCI itu akan menjadi agenda utama Bersih setelah gabungan itu berjaya menghimpunkan puluhan ribu orang di Kuala Lumour Sabtu lalu untuk menuntut pilihanraya yang adil dan telus.
"Kami percaya langkah terbaik untuk terus maju ke hadapan adalah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja di mana ahli-ahlinya dipilih dan diterima rakyat," kata beliau dalam satu sidang media di sini.

Beliau merujuk kepada laporan Berita Harian hari ini bahawa sebarang perubahan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dibuat atas inisiatif badan itu sendiri dan bukan kerana akur kepada tuntutan Bersih 2.0 Sabtu lalu.
Ambiga berkata SPR harus membuktikan kesungguhan mereka untuk merealisasikan hasrat rakyat yang mahukan pilihan raya adil dan bebas.

"Kami menyeru supaya perkara berikut dilaksanakan. Pindaan ke atas proses pilihan raya yang telah dicadangkan oleh SPR kepada pihak kerajaan yang tidak dilulus harus diumumkan kepada orang ramai. Dan dialog umum dengan SPR berkenaan dengan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0," perlu dilakukan kata Ambiga.

Beliau juga kesal dengan tindakan polis yang secara terus-menerus membuat gangguan terhadap mereka yang menyokong Bersih atas alasan ia sebuah organisasi haram.

Semalam, beberapa orang di Johor Bharu dan Sandakan telah ditangkap kerana memakai baju kuning berlogo Bersih.

Ambiga menyatakan Bersih kini sedang meminta campur tangan mahkamah bagi mencabar arahan Menteri Dalam Negeri itu.

"Mereka melakukan tangkapan atas arahan KDN kerana mendakwa kami tidak sah. Oleh itu kami failkan permohonan di mahkamah untuk cabar arahan menteri," katanya.

Tunaikan Tuntutan, Atau Hadapi Bersih 3.0- Mat Sabu

KUALA LUMPUR 12 JULAI : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan lapan tuntutan Bersih jika tidak mahu berhadapan dengan Bersih 3.0.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, empat daripada tuntutan yang dikemukan Bersih kepada SPR itu hakikatnya boleh dilaksanakan oleh agensi itu pada bila-bila masa sahaja.

“Bersih kemukakan lapan dan empat tuntutan boleh dilakukan janganlah berdolak-dalih, kalau pilihan raya adil Barisan Nasional (BN) nak menang sampai bila pun, menanglah... kami tiada masalah terima kekalahan, yang kami tidak mahu adalah penipuan berlaku.

“Jika SPR tidak mahu buat perubahan segera, kami akan cadangkan kepada Bersih untuk buat perhimpunan sekali lagi... ada tuntutan yang boleh disegerakan SPR dan kalau tiada perubahan, kami akan desak Bersih buat perhimpunan yang lebih besar,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bersih 2.0 menuntut lapan perkara iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Laporan lanjut menyusul........

Anwar : Perjuangan Tak Akan Berakhir Selagi Pilihan Raya Tak Bersih

SEBERANG JAYA 12 JULAI: Pakatan Rakyat yang mendokong perjuangan gabungan Bersih 2.0 dalam menuntut reformasi pilihan raya tidak akan berhenti mendesak sehingga perubahan menjadi kenyataan, menurut Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kelunturan tatakelola dalam negara mengkibatkan rakyat tidak boleh bergantung kepada sistem kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan hak di tanah air.

"Kita telah cuba hantar memorandum, sidang parlimen, perhimpunan dan kita tidak akan berhenti selagi tidak berubah," kata beliau.

Berucap di hadapan lebih 5,000 hadirin di ceramah penerangan kerajaan negeri Pulau Pinang semalam, Anwar menggambarkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak gagal memperbaiki sistem pilihan raya walaupun setelah 54 tahun memerintah.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dikawal sepenuhnya oleh rejim Umno-BN untuk mengekalkan monopoli kuasa.

Kehadiran Anwar bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu disambut baik oleh ribuan penyokong yang membanjiri tapak expo Seberang Jaya.

Dalam ucapanny,a beliau menggesa agar rakyat menghayati tuntutan gabungan Bersih 2.0 yang bertujuan menambahbaik sistem pilihan raya memandangkan terdapat banyak bukti yang diperolehi memamparkan kegagalan SPR bertindak sebagai badan bebas di bawah Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, terlalu banyak laporan menyatakan wujud lebih daripada sepuluh nama pengundi didaftarkan pada sebuah rumah termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat, Azmin Ali.

"Angkuhnya SPR sehingga rumah pemimpin dijadikan pusat pengundi hantu," ujar beliau.

Ketua Pembangkang itu berkata, Perdana Menteri Najib Razak selepas perhimpunan Bersih Sabtu lalu terpaksa bertindak membayar penyokongnya bagi menampilkan imej bahawa parti Umno masih relevan di negara ini.

Justeru beliau menyeru supaya kebangkitan rakyat dijadikan tunjang perubahan sistem di negara ini dan bukan terletak kepada kepimpinan.

Gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan perhimpunan aman "Berjalan Untuk Demokrasi" Sabtu lalu mendapat respon baik daripada masyarakat seluruh negara.

Ianya turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang rata-ratanya golongan pertengahan dan rendah yang menagih sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

Namun perhimpunan yang pada mulanya aman bertukar menjadi ganas apabila polis menggunakan sepenuh tenaga untuk melakukan kekasaran kepada rakyat bagi menghalang gelombang perubahan terus mara.

Akibat daripada itu seramai 1,667 orang ditangkap dan puluhan yang lain cedera termasuk pemimpin Pakatan Rakyat.

Anwar sebelum itu menjelaskan kepada hadirin tentang bagaimana polis dengan sengaja menembak gas pemedih mata ke arah beliau sehingga mendatangkan kecederaan pada Sabtu lalu.

Susulan kejadian yang berlaku, ahli parlimen Permatang Pauh itu terpaksa dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami masalah tulang belakang.

Beliau yang hadir dengan memakai pemaut leher kelihatan masih lesu namun yang lebih mengecewakan menurut beliau, kepimpinan Najib menuduh dirinya segaja dicederakan untuk mendapat simpati rakyat.

"Najib kamu boleh pukul, dera tapi tidak boleh tahan hati rakyat. Hati yang luka itu akan bangkit," tambah beliau disahut laungan gemuruh penyokong yang hadir.

Anwar turut mengecam tindakan polis yang melakukan kekerasan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pada perhimpunan di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Jelasnya, beliau berpegang teguh kepada nasihat Hadi yang tidak keberatan untuk turun sekali lagi bersama rakyat menentang kezaliman kerajaan Umno-BN.

Dakwaan mengatakan kaum Cina tidak menyertai perhimpunan itu adalah meleset menurut beliau berikutan respon daripada kaum itu amat mengalakkan terutama di kalangan generasi muda.

 Melihat kepada sambutan penyokong berbilang kaum yang hadir semalam, ternyata rakyat kini mula mendapat gambaran sebenar tentang reformasi yang dilaung-laungkan oleh badan bukan kerajaan dan Pakatan Rakyat.

Tujuannya hanya satu iaitu untuk menagih sistem demokrasi tulen di negara ini tanpa ditekan mana-mana pihak.

Malah ada di antara mereka yang menggelarkan semalam adalah 'Bersih 3.0' ekoran kehadiran ramai pada siri ceramah itu.

Keganasan Bersih 2.0 : Amnesty International Desak UK Tekan Najib

KUALA LUMPUR 12 JULAI : Amnesty International mendesak Britain memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menghalang Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu yang memperlihatkan tindakan keras pihak berkuasa ke atas peserta himpunan.

Menurut Timbalan Pengarah Asia Pasifik Amnesty International Donna Guest, selain menahan peserta perhimpunan, pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada perhimpunan dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.

Malah Guest menambah, ramai peserta himpunan yang telah dikasari.

“Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.

“Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan,” katanya.

Oleh itu kata Guest, kerajaan Britain pimpinan David Cameron harus campur tangan dengan menasihatkan pentadbiran Najib berhubung keganasan pihak keselamatan ke atas peserta Himpunan Bersih 2.0.

Najib memulakan lawatan rasmi sulung ke Britain sejak menjadi perdana menteri hari ini.

“Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran terhadap keganasan ini dengan menghamparkan karpet merah untuk perdana menteri Malaysia.

“David Cameron harus memberitahu perdana menteri Malaysia bahawa ia adalah pencabulan ke atas peserta perhimpunan aman dan ia tidak boleh diterima,” katanya.

Selain itu, kata Guest, beliau juga berharap Vatican dapat memberi tekanan kepada Najib supaya menghormati hak asasi manusia ketika pemimpin nombor satu Malaysia itu melawat ke Rom minggu ini.

“Kerajaan Perdana Menteri Najib telah bertindak ke atas ribuan rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk berkumpul secarta aman.

“Keganasan yang dilakukan pihak berkuasa bertentangan dengan hak asasi manusia dan ia tidak boled dibiarkan. Mana-mana perhimpunan selepas ini patut dibenarkan dan pihak berkuasa harus menghormatinya,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru tegas Guest, pihaknya menuntut pentadbiran Najib menyiasat kegagalan pihak keselamatan memberi bantuan segera kepada Baharuddin sebelum dia menemui meninggal dunia.

“Ia termasuk dakwaan mengatakan ambulans tiba di tempat kejadian satu setengah jam selepas Baharuddin jatuh pengsan,” katanya.

Pada perhimpunan Bersih 2.0, 1,667 telah ditahan termasuk pimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.

“Penggunaan keganasan oleh pihak keselamatan secara berlebihan ini sepatutnya tidak perlu kerana ia akan menakutkan rakyat,” kata Guest lagi.

Majoriti Senyap sudah Bersuara, Mahu Najib Letak Jawatan




SHAH ALAM 11 JULAI : Di sebalik gesaaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya "majoriti senyap" yang menentang himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu bersuara di ruang siber, sebuah profil baru di Facebook yang menggunakan identiti "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur) kian mendapat sambutan rakyat.

Hanya 48 jam selepas identiti itu diwujudkan, sudah 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka).

Malah jumlah itu sudah melepasi sasaran 100,000 yang ditetapkan sebelum ini.

Najib semalam berkata, ramai rakyat yang digelarkannya sebagai "majoriti senyap" itu mendiamkan diri dan hanya bertindak sebagai pemerhati.

Namun katanya, kini sudah tiba masanya bagi mereka berhenti dan menyuarakan pandangan masing-masing.

Laman itu dimulakan pada Sabtu, hari yang sama dengan perhimpunan Bersih 2.0, sebagai landasan untuk pengguna internet menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung pencipta laman itu dipamerkan.

Penyokongnya yang rasa terkejut dengan sambutan luar biasa itu sekarang meletakkan sasaran baru untuk mencapai angka satu juta orang.

Laman itu juga memberi ilham dan merintis kepada beberapa laman lain yang menggunakan judul sama.

Ini bukan kali pertama tindakan politik menyebabkan kemarahan di alam maya, lapor Malaysiakini.

Tahun lalu pengumuman kerajaan untuk membina menara seratus tingkat juga meletus apabila mereka beranggapan tindakan itu bakal membazirkan wang rakyat.

Laman itu - "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" (1M rakyat Malaysia tolak menara seratus tingkat) - kini disukai 300,000 orang.

Sekarang Zaman Siber Tapi Najib Masih Guna Cara Lama Tipu Rakyat







SHAH ALAM 11 JULAI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih menggunakan cara lama hanya untuk mengaburi mata rakyat Malaysia yang tinggal di kampung- kampung tanpa menyedari beliau hakikatnya memalukan diri sendiri ke seantero dunia.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, meskipun mengetahui akan keganasan yang dilakukan polis pada perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu sehingga mengakibatkan kecederaan dan seorang meninggal dunia, namun masih berkeras menidakkan hal itu demi memastikan mereka yang tiada akses kepada media baru terus memihak kepada kerajaan.

Namun malang sekali, taktik Najib itu kata Khalid, tidak terpakai kepada masyarakat metropolitan yang jauh lebih ke depan sehingga menyebabkan reputasi Najib terus merudum.

"Dia ingat dia masih boleh gunakan taktik lama untuk menipu rakyat tapi rakyat sudah tahu. Hari ini berlaku, hari ini juga keluar berita di Youtube, Facebook, Malaysiakini, TV Selangor dan semua media alternatif apa sebenarnya yang berlaku .

"Dia tak sedar dia kini dalam penafian dan hidup dalam satu zaman yang sudah berlalu samalah dengan zaman BN, zaman media dikuasai,dimonopoli oleh kerajaan pun sudah berakhir. Sekarang ini dengan Twitter, Facebook, rakyat boleh dapat maklumat.Ini yang akan membuat kejatuhan mereka," kata Khalid kepada Tv Selangor.

Khalid antara puluhan yang turut mengalami kecederaan di kepala akibat tindakan ganas polis menembak gas pemedih mata secara semberono pada Sabtu lalu.

Dalam insiden yang berlaku di Stesen Sentral Kuala Lumpur, Ketua Pembangkang dan pengawal peribadi beliau turut dikejarkan ke hospital.

Manakala seorang ahli PAS disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hsopital Kuala Lumpur selepas pengsan di perkarangan KLCC akibat lari menyelamatkan diri dari serangan polis.

“Dia cukup tahu apa yang berlaku. Hakikatnya dia nak menafikan apa sebenarnya yang berlaku dan memberi gambaran kepada rakyat Malaysia yang tidak mendapat berita daripada sumber alternatif seolah-olah semua yang hendak dilakukan oleh Bersih gagal, nak dapatkan orang ramai pun tak ramai hanya 6 ribu orang... selepas itu polis layan dengan baik macam kenduri kahwin dan sebagainya. Ini semua boleh dikatakan sebagai penafian tapi hakikatnya semua orang tahu apa yang sebenarnya yang berlaku,"kata Khalid.

Tambah beliau, tindakan polis menyembur air kimia dan melepaskan ledakan gas pemedih mata secara membabi buta jelas membuktikan keganasan polis ketika menjalankan tugas.

“Keganasan itu memang berlaku kerana bila disembur dengan air kimia, ditembak dengan gas pemedih mata dan sebagainya itu semua adalah keganasan. Kalau dia tak percaya, waktu dia masuk ke pejabat, kita minta FRU sembur, nak tengok ganas tak ganasnya bila ditembak dengan gas dan sebagainya," selar Khalid kepada kenyataan sinis Najib yang memperlekehkan kecederaaan yang dialami termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Khalid, penipuan yang dilakukan oleh Najib adalah kaedah lama Umno-Barisan Nasional bagi menutup kelemahan kerajaan dan cuba memikat hati rakyat yang kurang berpengetahuan, sedangkan bagi orang ramai yang terdedah dengan teknologi terkini, fakta itu hanya di hujung jari mereka.

Oleh itu, beliau menggesa kerajaan pusat supaya berani dan bersedia memberi peluang kepada pihak pembangkang mengadakan himpunan secara sah dan berpermit bagi mendengar suara rakyat.

“Saya sebenarnya mengharapkan bahawa kerajaan ini akan mempunyai keberanian untuk membenarkan sekali saja satu himpunan diadakan secara halal, berpermit anjuran pihak yang selain daripda kerajaan dan Barisan Nasional. Buat satu himpunan dan kita tengok bagaimana sokongan rakyat terhadap program-program yang bukan daripada Barisan Nasional,"katanya.

Skandal Scorpene : SUARAM, Peguam Anjur Makan Malam Dedah Misteri Komisyen Jutaan Ringgit

KUALA LUMPUR 11 JULAI : Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Peguam Perancis, William Bourdan yang mengendalikan kes skandal kapal selam Scorpene akan bersama-sama badan bukan kerajaan itu untuk menganjurkan siri kempen dan makan malam bermula 20 hingga 24 Julai depan.

Menurut Pengarah Eksekutif SUARAM, Cynthia Gabriel, program empat hari itu adalah lanjutan daripada usaha membongkar dan mendedahkan lebih terperinci kepada rakyat mengenai kes yang melibatkan pembayaran komisyen hampir RM500 juta kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Perimekar Sdn Bhd.

"Ini penting kerana ia akan membongkarkan lebih banyak maklumat terbaru mengenai skandal ini berhubung status terkini siasatan kes ini di Perancis.

"Selain itu ianya juga akan mendedahkan individu-individu berprofil tinggi yang terlibat secara langsung dengan kes ini kepada rakyat,"kata beliau.

Cynthia berkata demikian dalam satu sidang media di Dewan Himpunan Cina Wilayah dan Selangor hari ini.

Terdahulu, dua komisyen didedahkan pihak berkuasa Perancis hasil dari serbuan yang dibuat ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, laman web Rue89 melaporkan, sebanyak 114 juta Euro yang menjadi komisyen dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dibayar kerajaan Malaysia, bukannya Armaris, sebuah syarikat di Perancis.

Rue89 juga mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar kepada Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Justeru untuk menerangkan maklumat-maklumat itu dengan lebih terperinci, menurut Cynthia, kempen dan majlis makan malam di bandar-bandar utama itu amat penting.

Ia juga bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membiayai perjalanan kes.


Berikut senarai lokasi kempen dan makan malam tersebut :-


1. OPS Scorpene's Dinner 21 Julai jam 8 malam - 11 malam
Sunshine Square, Bayan Lepas Pulau Pinang.

2. OPS Scorpene's Dinner 22 Julai jam 8 malam - 11 malam
Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya Selangor.

3. Forum dan Kutipan Dana 23 Julai jam 8 malam - Ipoh (lokasi masih belum diputuskan)


Menurut Cynthia, majlis makan malam dan forum penerangan oleh William Bourdon itu turut akan dihadiri oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Turut hadir pada sidang media sama Sekteriat SUARAM, Fadiah Nadwa Fikri.

Fadiah yang juga seorang peguam berkata, program anjuran SUARAM itu sedikit sebanyak membantu untuk menampung dana dalam membiayai perjalanan kes.

"Dana yang terkumpul itu kami akan gunakan untuk membiayai kos guaman dan perjalanan kes, seperti sedia maklum kes seumpama ini memerlukan sebuah dana yang besar,"katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melawati laman sesawang SUARAM dan pembelian tiket untuk majlis makan malam di tempat yang dinyatakan boleh dibuat dalam bentuk tunai ataupun cek kepada suaram.

Sumbangan orang ramai juga boleh disalurkan ke akaun SUARA INISIATIF SDN BHD, A/C NO: 0300 0065 200, Hong Leong Bank.

Kenapa cubit kalau kita boleh tumbuk?


Zunar


Di Malaysia, akhbar, TV dan radio dikuasai oleh kerajaan melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Undang-undang ini mensyaratkan setiap pemilik media untuk memohon lesen pernerbitan setiap tahun. Pihak kerajaan berhak melulus atau menolak permohonan ini tanpa perlu memberi sebarang alasan.

Dan keputusan kerajaan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Ini menutup jalan kepada penyiaran sebarang bahan-bahan alternatif atau pandangan berbeza terhadap kerajaan, termasuk kartun editorial. Kartunis independen terpaksa bergantung kepada media alternatif seperti internet untuk terus berkarya.

Saya melukis untuk portal berita Malaysiakini dan juga untuk akhbar Harakah. Di samping itu saya juga menerbitkan buku. Setakat ini saya telah menerbitkan Cartoons on Tun, 1 Funny Malaysia, Cartoon-O-Phobia, Even My Pen Has a Stand, Gedung Kartun, Perak Darul Kartun and tiga volume Isu Dalam Kartun.

Matlamat saya ialah untuk menggunakan kartun sebagai senjata melawan korupsi dan salahguna kuasa oleh kerajaan Malaysia. Melalui kartun, saya mengenengahkan isu-isu yang tidak disiarkan oleh media arus perdana.

Ini termasuk rasuah oleh Perdana Menteri dan kabinetnya, isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, kekuasaan isteri Perdana Menteri, skandal Scorpene, pembaziran, antara lain.

Falsafah saya adalah jelas: Untuk sesuatu karya mendapat impak, kita mesti melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Cara saya ialah mengkritik mereka yang paling berkuasa dengan cara yang paling keras. Why pinch when you can punch! (Kenapa cubit kalau kita boleh tumbuk).

Sepanjang bekarya, saya sentiasa hadapi tekanan, gangguan dan ugutan dari kerajaan. Pejabat saya selalu diserbu. Kerajaan mengharamkan semua buku-buku saya. Kilang-kilang pencetak juga diserbu dan diberi amaran agar tidak mencetak buku-buku saya di masa akan datang.

Pekedai-pekedai di seluruh negara juga diugut agar tidak menjual buku-buku saya. September tahun lepas, sepuluh anggota polis menyerbu pejabat saya beberapa jam sebelum pelancaran buku terbaru saya, Cartoon-O-Phobia. Mereka turut merampas 66 buah buku tersebut juga sebuah sebuah lukisan kartun asli.

Saya ditangkap dan di bawa ke tujuh balai polis sebelum dilokap di bawah Akta Hasutan, yang membawa hukuman tiga tahun penjara jika didapati salah.

Saya diletakkan dalam lokap yang sama bersama dengan penjayah-penjenayah lain seperti perompak dan penagih dadah. Kerajaan mahu mereman saya lebih lama, tapi mahkamah membebaskan saya pada keesokan hari.

Period ini merupakan saat yang sukar bagi saya. Pengharaman buku mengakibatkan kerugian RM80,000 (lebih kurang USD35,000). Akta Hasutan masih lagi tergantung ibarat "pedang Damocles" di atas kepala saya.

Melukis kartun politik merupakan satu kesalahan jenayah di Malaysia. Melawan korupsi adalah kesalahan jenayah di Malaysia. Ini bertentangan sama sekali dengan prinsip Islam. Kata Saidina Ali: "Patriotisma paling tinggi ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim."

Sebagai kartunis editorial, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menentang ketidakadilan. Di Malaysia, dan juga di negara-negara dunia ketiga serta Timur Tengah, kartunis menghadapai cabaran lebih berat.

Kita mesti bersedia menghadapi sebagai risiko. Kita mesti terus bangun. Kita mesti terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir. Jika kita berundur, bererti kita mengorbankan prinsip kita menentang kezaliman. Apabila melukis kartun merupakan kesalahan jenayah, petanda pengusa mula goyah.

Saya memfailkan saman terhadap kerajaan untuk mencabar pengharaman buku-buku saya. Untuk kes ini, hakim akan memberi keputusan pada 14 Julai depan.

Saya juga memfailkan satu lagi saman untuk mencabar kerajaan kerana menangkap saya secara tidak sah tahun lepas. Untuk kes ini, mahkamah belum lagi memberi keputusan.

Cabaran yang berat bukan sahaja di hadapi kartunis-kartunis di Asia dan Timur Tengah, tetapi juga dibahagian lain di dunia. Kartunis-kartunis Amerika memberitahu saya bahawa mereka menghadapi risiko kehilangan pekerjaan akibat ekonomi merudum dan kebangkitan internet. Saya bersimpati dengan mereka.

Saya rasa, sudah sampai masanya untuk kita, kartunis-kartunis di seluruh dunia bersatu, merapatkan hubungan dan mengadakan lebih banyak dialog supaya lebih memahami isu bersama.

Sekali lagi, terima kasih CRNI atas anugerah ini. Ia memberi kekuatan baru kepada saya, "seperti Popeye mendapat spinach."

Terima kasih.

*Ucapan Zunar ketika menerima anugerah "2011 Award in Editorial Cartooning" oleh Cartoonist Rights Network International (CRNI) St Petersburg, Florida, 7 Julai 2011

A Samad Said : PRU-13 Ada Sinar Harapan Baru

KUALA LUMPUR 11 JULAI : Di sebalik perkembangan sosiopolitik semasa, Datuk A. Samad Said yang dilihat sebagai “ikon baru” berkata, sudah tiba masa tampuk kepimpinan negara memperlihatkan perubahan dengan diterajui oleh kalangan rakyat dan pilihan raya umum ke-13 akan membawa sinar harapan.

“Sudah tiba waktunya, rakyat pula yang berada di tampuk kuasa,” kata beliau pada satu ceramah di Taman Melewar dekat sini malam tadi.

Kata Sasterawan Negara itu, “selagi (golongan) bangsawan yang berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai oleh rakyat.”

Sehubungan itu, seniman berusia 76 tahun ini yang menjadi tumpuan ketika perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara baru-baru ini menambah, pilihan raya umum ke-13 pasti akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan tersebut.

Samad juga berkata sepanjang lima dekad Malaysia hanya dipimpin oleh golongan bangsawan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Razak Hussein — kesemuanya golongan yang mempunyai harta dan pangkat.

Malaysia kini dipimpin oleh perdana menteri yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Razak, anak kepada Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masing-masing merupakan perdana menteri keempat dan kelima.

Dalam ceramahnya, Samad juga berkata, seorang sasterawan tidak perlu hanya menulis semata-mata tetapi mereka juga perlu bertindak, lapor portal The Malaysian Insider.

Oleh itu jelas beliau, sebagai seorang sasterawan, mereka tidak perlu takut dengan penulisan yang dihasilkan, yang mampu bertindak ke atas sesuatu isu.

“Seorang sasterawan, tugasnya ialah mencipta dan merakamkan apa yang berlaku dalam masyarakat. Itu yang saya lakukan lebih 50 tahun. Merakam sahaja. Saya tidak berapa suka untuk merakam sahaja apa yang berlaku. Saya cemburu dengan masyarakat yang boleh bertindak dalam sesuatu perkara,” katanya.

Justeru kata Samad, apabila beliau dijemput menyertai Himpunan Bersih 2.0 secara rasmi, beliau menulis puisi yang bertajuk “Unggun Bersih”.

Samad berkata beliau ada dua lagi karya yang dihasilkan berkaitan Himpunan Bersih 2.

Samad telah membacakan sebuah puisi “Unggun Bersih” pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu di ibu negara, sekali gus membawa kepada tindakan pihak berkuasa menyoal siasat beliau atas dakwaan menghasut.

Di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 kelmarin, Samad merupakan antara beberapa personaliti bersama 600 penyokong gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya tiba di Stadium Merdeka di sebalik halangan dan sekatan ketat pihak polis.

Beliau menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai “satu kejayaan besar” kerana dapat menarik kehadiran begitu ramai, didakwa dalam lingkungan 50,000 orang.

Polis menganggap hanya 6,000 orang hadir kelmarin.

Takut Kebangkitan Rakyat, Najib Pusing Cerita.Anwar cabar Najib adakan pilihanraya














PETALING JAYA 10 JULAI : Setelah dunia semalam menyaksikan kebangkitan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menuntut sebuah pilihan raya yang adil, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya melemparkan tuduhan fitnah bahawa Ketua Pembangkang yang menjadi dalang supaya rakyat bersuara menuntut keadilan.

Malah terdesak untuk menutup tuntutan rakyat, Najib mendakwa ia adalah usaha terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunaikan hasrat menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Najib yang juga Presiden Umno turut berkata, Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan sehingga sanggup menganjurkan himpunan besar-besaran demi menjatuhkan imej negara di mata dunia.

Walau bagaimanapun hujah Najib itu mudah dipatahkan oleh Anwar yang ditemui media selepas menghadiri Dialog Ekonomi Profesional Muda di Hotel Crsytal Crown, di sini hari ini.

" Itu memang strategi Najib dan Rosmah, mereka tidak lihat pada isu pokok, yang mereka tahu mahu salahkan saya, dan saya adalah orang yang paling awal diserang dan sudah tentu saya orang yang paling awal yang terpaksa berundur, saya sebelum pukul 3 petang terpaksa dibawa ke hospital," jelas Anwar yang ditembak polis menggunakan gas pemedih mata ketika mahu memulakan perarakan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Jelas Anwar, kenyataan Najib itu jelas satu reaksi terdesak oleh seorang pemimpin yang merasakan kedudukannya terancam oleh kebangkitan rakyat.

Paling penting, perhimpunan Bersih 2.0 sudah dijelaskan dari awal lagi dianjurkan oleh 62 badan bukan kerajaan dan Pakatan Rakyat hanya bertindak menyokong inisiatif Bersih.

Dalam insiden semalam, Anwar mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu.

Tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri bagaimanapun telah menyelamatkan Anwar daripada kecederaan lebih teruk.

Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut.

Tidak cukup dengan cubaan mengaitkan Anwar sebagai dalang perhimpunan, media arus perdana termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar turut membohongi rakyat dengan fakta dan berita tidak telus demi kepentingan pemerintah.

"Penipuan angka peserta himpunan yang dilaporkan kononnya hanya 6,000 sahaja, ramai yang sudah tahu, dan pembohongan yang lain ialah laporan tidak ada yang tercedera, saya sendiri ditembak dari jarak dekat dan pengawal saya cuba bantu yang akhirnya mukanya pecah dan kini dia di hospital untuk jalani pembedahan besar esok,"kata Anwar.

Lebih malang dari itu, seorang daripada peserta himpunan Bersih 2.0 juga meninggal dunia ketika polis mengepung laluan perhimpunan berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar turut mencabar Najib membubarkan parlimen disebalik keangkuhan pemimpin kerajaan itu kononnya boleh menang mudah pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya mencabar Najib untuk sama-sama bertanding dalam satu pilihanraya yang adil, dan Najib perlu pastikan ianya dijalankan dengan adil dan bersih, jangan menipu dalam pilihan raya,"tegas Anwar.

Najib hari ini selain meremehkan kuasa rakyat, dengan penuh keyakinan berkata pihaknya akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen sebaik sahaja parti pimpinannya sudah bersedia.

Ironinya, kenyataan Najib itu umpama membuka pekung di dada bahawa gagasan itu masih belum bersedia manakala Pakatan Rakyat pula sedari awal lagi bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.