Video Seks : Motif Politik Amat Jelas




EDITORIAL : Sekurang-kurangnya kes video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sahih.

Soal kesahihan ini bukan sahaja membabitkan pembikinan video seperti yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar Ismail tetapi apa yang lebih sahih ialah isu siapa yang mengusahakannya.

Berbeda dengan dua kes konspirasi yang juga berbaur seks yang cuba dipalitkan ke atas Anwar sebelum ini, kes kali ini jelas digerakkan oleh orang politik.

Dalam kes pertama Anwar dihukum bersalah kerana “salah guna kuasa” untuk lindungi apa yang dikatakan perbuatan seks sumbangnya. Beliau dipenjara enam tahun.

Namun Mahkamah Persekutuan yang merupakan badan kehakiman tertinggi Negara kemudian mendapati kes itu tidak benar dan membebaskan Anwar.

Yang jelasnya, walaupun dapat dihidu umum kes itu adalah satu konspirasi politik untuk menjatuhkan wibawa kepemimpinan Anwar, tangan-tangan politik yang terbabit cuba disorokkan oleh pelbagai institusi – polis, mahkamah dan juga media – daripada dikenalpasti umum.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berselindung di sebalik kedudukan politiknya dan enggan memberi keterangan di mahkamah tetapi tidak pernah lelah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Anwar (termasuk yang terbaru dalam Memoir yang bercambah kesalahan fakta).

Begitu juga kes tuduhan liwat kedua. Berhempas pulas institusi yang sama cuba melindungi perancang-perancang di sebalik tuduhan terhadap Anwar.

Seberapa boleh biarlah Anwar terpaksa berhadapan dengan pihak kehakiman, media dan juga polis sahaja. Sehingga kes bersambung semula pertengahan bulan ini, akan dapat disaksikan pula betapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bersilat enggan ke mahkamah.

Kes ketiga ini lain sedikit. Mungkin kerana silap langkah dan disergah oleh beberapa pihak yang pada mulanya menjadi sasaran untuk mengukuhkan rencana jahat mereka – Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ketua Solidariti Anak Muda, Badrul Hisham Shaharin -- pihak penganjur drama politik video seks ini tidak sempat dan dapat mengelak diri.

Ketiga-tiga mereka terpaksa mengaku pembabitan dalam kisah video seks ini. Mereka menggelarkan diri kumpulan Datuk T (satu nama pelik yang terpaksa direkacipta setelah tembelang mereka diketahui umum) dan, mendapat nasihat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Maka oleh kerana ketiga-tiga Datuk T ini orang politik dan mempunyai rekod yang kurang cemerlang dalam soal keluhuran amalan politik mereka, maka sahih ada unsur politik dalam konspirasi ini.

Lebih penting lagi amat mudah sekali kes ini dikaitkan dengan motif politik – jatuhkan Anwar.

Hakikat ini apabila ditokok dengan musim pilihanraya Sarawak, maka suluhan terhadap motif politik yang digerakkan orang-orang politik Umno yang masih enggan pencen ini amat ketara.

Bahawasanya mereka ini dipacu oleh dendam kesumat politik peribadi dan kepartaian adalah amat jelas.

Soal adakah dendam kesumat Rahim, Shuib dan Eskay Abdullah sahaja yang menjadi pendorong kepada usaha menggunakan perencah seks untuk menjatuhkan Anwar? Tentu tidak. Ada pihak lain yang lebih berkepentingan yang yakin bahawa hanya fiksyen seks yang boleh meranapkan kerjaya politik Anwar.

Sudah tentu entiti pendengki dan bacul ini adalah Umno.

Sebagai gerakan politik yang sudah hampir lumpuh dan yang hanya mampu mengatur langkah bila disogok wang ringgit, Umno nampaknya makin ketandusan idea untuk menang dalam persaingan politik.

Betapa tidaknya, tema untuk menjatuhkan musuh hanya mampu dikaitkan dengan seks. Memang benar pepatah orang dahulu kala, “alah bisa tegal biasa” dan “turutkan nafsu lesu.”

Kelesuan politik Umno ini nampaknya juga membawa kesuraman kepada daya pemikiran dan tindakan institusi lain yang memang sebelum ini juga bertolak-tolak tidak mahu dikenalpasti rakyat sebagai tangan-tangan yang terbabit dalam konspirasi skala besar ini terhadap Anwar ini.

Cara laporan media misalnya, jelas tidak berdaya lari daripada usaha cuba mensensasikan rekayasa konspirasi.

Dengan mengulang pendekatan yang sama dari kes fitnah seks satu hingga tiga, ia sekaligus mengisytiharkan betapa dangkal dan lemahnya daya fikir pengendali media arus perdana.

Mungkin kerana mereka sendiri tidak mampu mengendali naluri seks masing-masing, maka merekapun merumuskan bahawa kisah-kisah seks mampu membantu jualan akhbar dan melonjakkan “ratings” televisyen mereka.

Begitu juga dengan cara penyiasatan polis. Yang disiasat ialah orang yang mengadu difitnah dan teraniaya.

Dengan menggunakan taktik yang condong kepada pengesahan cerita-cerita fitnah, ketiga-tiga kes disiasat menggunakan pendekatan sebegitu. Kes terakhir yang segera disiasat bukan kesalahan memiliki, menayang video lucah serta identiti pelaku adegan seks tetapi ketulenan video!

Motif Rahim jelas. Dia kehilangan kerusi Ketua Menteri Melaka pada 1994 sebab terpalit kes rogol gadis bawah umur. Motif Eskay pula adalah kerana terlepas imbuhan berjuta ringgit kerana Anwar tidak mahu menjadi saksi kes tuntutan komisyen dalam projek Jambatan Bengkok.

Motif Shuib pula adalah dendam Perkasa sebuah badan yang mahu Melayu terus Perkasa dalam politik Malaysia (hanya kerana ia mendakwa Melayu) tetapi gerun bersaing dengan orang lain kerana kurang yakin pada kebolehan sendiri.

Motif institusi yang bersengkongkol apa pula? Takut! Ya takut hilang kedudukan dan jawatan kerana kecurangan ketua-ketua silam.

Jika mengaku pemimpin institusi seperti polis, kehakiman dan media sebelum ini curang dan culas, kedudukan sendiri akan diperkecil masyarakat. Jadi atas nama untuk memelihara keluhuran institusi, mereka pun meneruskan tradisi dan politik usang dengan harapan rakyat tidak dapat membaca pembabitan mereka. Maka yang sahih, kes kali ini adalah kes konspirasi politik skala tinggi.

Dalang Video Lucah Tandus Modal Politik, Kata Ku Li







KUALA LUMPUR 2 APRIL : Tengku Razaleigh Hamzah membidas pihak yang mendalangi fitnah video lucah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menegaskan rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya. Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," tambah mantan Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno itu.

Dalam wawancara esklusif dengan TVSelangor, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' menegaskan rakyat, khususnya masyarakat Melayu, menolak cubaan mana-mana pihak menyerang keperibadian pihak lain semata-mata untuk mencari kelebihan politik.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.

"Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," tambah beliau

Ku Li berkata biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri.

"Kenapa kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.

Tiga individu - Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Shazryl Eskay mengakumendalangi penayangan video itu kepada umum pada 21 Mac.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan berjumpa Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak selepas identiti mereka dibongkar oleh pejabat Parti Keadilan Rakyat.

Anwar membuat laporan polis bagi membolehkan polis menyiasat siapa pelaku dalam rakaman itu.

Beliau menegaskan pada malam rakaman itu dibuat, beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitternya.

Pejabat PKR mengemukakan sembilan pesanan Twitter Anwar, bagi menyokong hujah Ketua Pembangkang itu.

Semalam, Ketua Polis Negara Ismail Omar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengisytiharkan video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.

Beliau berkata hasil siasatan sudah di fasa terakhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.

Kenyataan Ketua Polis Negara itu menimbulkan pelbagai kecurigaan kerana adalah difahamkan polis tidak mengambil keterangan daripada pihak-pihak yang relevan
untuk memperakukan keterangan Anwar sebelum ini.

Contohnya keterangan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang menghuraikan sembilan catatan Twitter Anwar yang membuktikan Ketua Pembangkang tidak terbabit dalam perlakuan sumbang yang dituduh oleh Rahim dan dua rakannya itu.

Ku Li berkata perbuatan mencantas ahli politik dengan taktik-taktik keji seperti menayangkan video seks "bukan budaya" Melayu mahupun Islam kerana ia amat keji.

"Saya tak tahu dimana kita belajar perkara ini. Di Amerika pun orang kata politiknya kotor. Saya rasa ia bergantung pada kita. Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau.

Ku Li : Cabaran Getir Namun Pakatan Mampu Buat Kejutan Di Sarawak




KUALA LUMPUR 2 APRIL : Kekangan logistik dan sumber kewangan akan menjadi halangan terbesar kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Sarawak. Namun gagasan itu mampu menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga pada pilihanraya negeri bulan ini, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Tokoh Umno itu yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, apa yang jelas adalah Sarawak tidak lagi boleh dianggap sebagai "simpanan tetap" Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasanya di Putrajaya.

Pilihanraya Sarawak akan diadakan pada 16 April dengan hari penamaan calon pada 6 April. Adalah dijangkakan sebilangan besar daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri akan menyaksikan pertembungan satu dengan satu antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Ku Li berkata aliran politik semasa menunjukkan BN akan mengekalkan kuasa di Sarawak, namun kemenangan selesa seperti pilihanraya negeri yang lalu tidak akan berulang.

"Kalaulah dalam keadaan biasa, kemungkinan BN akan mengekalkan kuasa tapi bukan dengan majoriti dua pertiga sepertimana sebelum dibubarkan Dewan Undangan Negeri. Sekiranya keadaan kempen dan pergerakan dijalankan seperti biasa, kemungkinan BN akan mendapat majoriti mudah untuk terus berkuasa di Sarawak," kata bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno itu.

Namun tokoh politik veteran itu memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat akan menghadapi pelbagai rintangan dalam usaha untuk menamatkan pemerintahan 30 tahun BN di bawah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ku Li berkata BN, seperti di masa-masa lalu akan mencari kemenangan mutlak dengan "menggunakan banyak wang dan dengan logistik" untuk meraih sokongan pengundi yang bertaburan merentasi sebuah negeri yang saiznya hampir sama dengan Semenajung Malaysia.

Mantan Menteri Kewangan itu berkata BN dijangka membolot segala kemudahan pengangkutan yang ada di Sarawak untuk memberi tekanan kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau nak kemana-mana di Sarawak kena ada bot dan kapal terbang. Kalau semua orang dah sewa bot dan kapal terbang, macam mana nak berkempen. Dan kalau semua minyak sudah dipajak atau dibeli di stesen minyak, nak bergerak pun susah. Saya rasa kalau keadaan seperti ini berlaku, sukar bagi mereka menghadapi BN di Sarawak," kata Ku Li.

Pakatan Rakyat mengharapkan sentimen pengundi yang menolak kepemimpinan Taib yang diselubungi dengan dakwaan-dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, tuduhan pemimpin BN merampas Tanah Adat Orang Asal dan kemiskinan luar bandar sebagai pemangkin untuk membuat kejutan pada pilihanraya negeri kali ini.

Ku Li berkata jika Pakatan berjaya menafikan majoriti dua pertiga kepada BN di Dewan Undangan Negeri Sarawak, ia membawa implikasi tersendiri kepada kelangsungan gabungan itu sendiri di peringkat kerusi Parlimen.

'Sudah tentu (ia mempunyai impak) kerana keadaan di bawah tentukan keadaan di atas. Oleh sebab itu, keadaan ini akan tentukan kedudukan Parlimen dan Kerajaan Pusat,' tambah beliau.

BN kini menguasai 62 daripada 71 kerusi DUN Sarawak dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pimpinan Taib memegang 35 kerusi, manakala Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mempunyai 12 kerusi dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) masing-masing memegang lapan kerusi.

Pakatan Rakyat memenangi tujuh kerusi pada pilihanraya negeri lalu dengan DAP merangkul enam kerusi dan PKR satu.

Ku Li menjangka jika Pakatan Rakyat berjaya menafikan BN majoriti dua pertiga di Sarawak, ia akan memberi kesan kepada sentimen pengundi di Sabah.

Negeri jiran Sarawak itu juga menghadapi masalah kemiskinan kronik, di samping pimpinan kerajaan negeri diselubungi dakwaan-dakwaan membolot kekayaan balak dan sumber asli negeri.

"Apa juga yang berlaku di Sarawak akan mempengaruhi keadaan di Sabah. Kalau keadaan BN tak baik di Sarawak ia juga akan pengaruhi keadaan tak baik di Sabah. Itu yang lazimnya,' kata Ku Li.


APA KHABAR ORANG PAHANG: Ratusan Mayat Di Zon Larangan Nuklear Jepun





JEPUN 1 April – Kira-kira 1,000 mayat mangsa gempa bumi dan tsunami masih tidak dikutip dalam kawasan zon larangan di sekitar loji nuklear kerana kebimbangan terhadap kesan radiasi, kata laporan hari ini.

Memetik sumber polis, Kyodo News berkata, pihak berkuasa berhasrat menghantar mayat keluar daripada zon larangan 20 kilometer di sekitar loji Fukushima tetapi menimbang semula rancangan berkenaan.

Mayat itu sudah “terdedah dengan kesan radiasi tinggi selepas kematian”, kata laporan itu memetik sumber.

Polis tempatan memutuskan untuk tidak mengutip mayat-mayat berkenaan kerana kebimbangan terhadap radiasi.

Kira-kira 28,000 orang disahkan mati atau disenaraikan sebagai hilang sejak gempa bumi dan tsunami melanda pada 11 Mac lalu di timur laut Jepun serta melumpuhkan operasi loji nuklear berkenaan dan berlaku kebocoran sehingga menyebabkan kesan radiasi. - AFP

PDRM Memang Pilih Bulu, Kata Khalid Samad








SHAH ALAM 1 APRIL : Sikap 'pilih bulu' Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dalam hal-hal yang melibatkan pimpinan Pembangkang, jelas tergambar melalui perkembangan terbaru hasil siasatan polis berhubung fitnah video lucah membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan pihak berkuasa yang tidak menumpukan kepada laporan polis Anwar bahawa dirinya telah difitnah sebaliknya lebih berminat tentang soal ketulenan video, jelas mengambarkan institusi polis di negara ini dikongkong oleh parti pemerintah, kata Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

" Sebab itu, kami dapati polis ini banyak memberi kelonggaran dan keistimewaan, kalau bandingkan video seks Chua Soi Lek, pihak polis memberikan amaran
kepada sesiapa yang memiliki, mengedar dan menayang termasuk yang melihat boleh disabitkan kesalahan dan dikenakan tindakan undang-undang, tetapi dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, nampaknya undang-undang itu berbeza," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di pejabatnya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata, pihaknya sudah mengesahkan ketulenan video lucah yang didakwa membabitkan Anwar.

Ujar beliau, pihaknya telah mengesahkan ketulenan video seks itu dengan bantuan pakar-pakar tempatan bahawa ianya bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Namun Ismail tidak menjawab kepada persoalan utama, siapakah identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam rakaman video seks berkenaan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat selama ini.

" Soal ketulenan video itu adalah soal yang kedua kerana walaupun ianya bukan palsu, persoalannya benarkah pelaku seks dalam video itu Anwar, kalau nak tahu
kebenarannya, perlu dijelaskan di mana tempat berlaku, pukul berapa Anwar datang, dengan apa Anwar datang, siapa yang mengiring dan sebagainya serta perlu
diselidik pada masa yang sama, Anwar berada dimana.

" Hakikatnya sama ada ia video tulen atau pun palsu ianya tidak cukup untuk mendakwa, sebaliknya mereka perlu bukikan Anwar memang berada di situ pada waktu
itu,"tegas Khalid.

Khalid Dakwa Umno Dalang Komik



SHAH ALAM 1 APRIL : Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendakwa individu yang terlibat dalam penyebaran komik "Kisah Juara Raja Lawak" untuk mengaibkan Ketua Pembangkang, didalangi oleh Pemuda Umno Shah Alam.

Khalid mendedahkan hal itu pada sidang media khas yang diadakan di pejabatnya hari ini.

"Saya mendapat makluman, ini adalah kerja Umno bahagian Shah Alam, walaupun ianya tidak dinyatakan bahawa ianya adalah kerja mereka tetapi dari sumber yang saya terima ianya adalah kerja Pemuda UMNo Shah Alam dan saya minta pihak Umno khususnya ketua bahagiannya untuk mengutuk dan menafikan tindakan ini,"kata Khalid.

Terdahulu satu laporan polis mengenai komik berkenaan dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Komik bertajuk “Kisah Juara Raja Lawak” yang mengandungi 16 halaman itu memaparkan karikatur lucah Anwar dalam pelbagai aksi.

Mengulas hal itu, Khalid menyifatkan tindakan individu yang mendalangi penyebaran komik berkenaan sebagai mengamalkan politik jijik.

"Ini adalah corak politik paling menjijikkan dan ianya bukanlah satu perkembangan yang dialu-alukan kerana kes ini daripada mulanya jelas berbaur politik apabila kaedah pendedahan ini dilakukan seperti mana yang dilaporkan,"katanya lagi.

Tambahnya lagi, pihaknya mendapat makluman pengedaran komik tersebut daripada sebuah kilang di Shah Alam dan mendapati ia tersebar luas di kawasan kilang sekitar seksyen 15 dan 23.

"Kita dapat aduan dari pihak pengurusan kilang di Shah Alam yang mendapati komik ini diedarkan di kalangan kakitangan mereka, melihat pada kandungannya jelas menburukan Anwar Ibrahim dengan menggunakan teknik 'super impose' serta jelas usaha mengaibkan dan menimbulkan masalah di kalangan ahli keluarganya,"tambah Khalid lagi.

Video Seks : Ketua Polis Negara Tidak Faham Mengapa Anwar Buat Laporan?


Oleh Wira Arjuna

Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ‘tulen’.

Malah Ismail membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.

Persoalannya : Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.

Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu?

Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik.

Laporan polis dibuat oleh Ketua Pembangkang itu untuk membolehkan Bukit Aman sendiri menyiasat sama ada pelaku dalam video itu adalah Anwar atau bukan.

Jika bukan, maka jelas fitnah besar-besaran berlaku. Justeru identiti pelaku dalam video itu amat penting dan adalah kunci kepada segala-galanya.

Namun persoalan ini tidak dijawab oleh Ismail. Beliau lebih menjurus kepada hasil siasatan yang mendapati video itu adalah tulen berasaskan penelitian pakar-pakar video tempatan.

Persoalan asas tidak dijawab – siapa pelakon dalamnya. Lebih mengejutkan ialah kenyataan Ismail bahawa hasil siasatan kini “di tahap akhir”, akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.

Mungkinkah siasatan itu boleh dianggap hampir selesai TANPA polis mengambil keterangan daripada Anwar atau pihak-pihak yang dapat membantu siasatan polis.

Mereka yang dimaksudkan adalah :

-Ahli Keluarga Anwar dan kakitangan yang dapat mengesahkan Ketua Pembangkang itu berada di rumah pada malam 21 Februari – hari rakaman itu dikatakan dibuat.

- Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengemukakan urutan 9 pesanan Twitter yang dihantar oleh Anwar pada malam itu.

- Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan bekas Ahli MPT PKR Badrulhisham Shahrin yang menonton video itu dan yakin pelakunya bukan Anwar berasaskan susuk tubuh dan “bahasa tubuh” pelaku.

Selang sehari video itu didedahkan, pejabat Parti Keadilan Rakyat membongkar identiti pihak yang mendalangi rakaman itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Hanya selepas identiti mereka terbongkar, gandingan Datuk T tampil mengakui mereka di sebalik penayangan video berkenaan, itupun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen pada 22 Mac.

Rahim, Eskay dan Shuib hanya mengambil masa kurang lima jam untuk menyerahkan bukti dan memberi keterangan kepada polis susulan laporan yang dibuat Anwar.

Selang seminggu kemudian, Ketua Polis Negara mengumumkan siasatan sudah hampir selesai untuk Peguam Negara mengambil tindakan susulan!

Jelas banyak ruang-ruang tertinggal dalam “siasatan adil dan telus” yang dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Kenyataan bingkas beliau dan Perdana Menteri Najib Razak menafikan polis tidak langsung terlibat dalam isu fitnah video seks “Tiga Datuk” kini menimbulkan lebih banyak kecurigaan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara hari ini.

LAGI NAK KELUAR PARTI BERSEMPENA LAWATAN PM.....PI MERAMBUIHHH


Tindakan Disiplin terhadap M. Ngnana Sagaran (Ahli Cabang Bayan Baru)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Bersama-sama dengan ini dikepilkan satu surat tunjuk sebab dan penggantungan ke atas ahli Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru En. M. Ngnana Sagaran a/l Muthusamy berkuatkuasa 31 Mac 2011.

En. Sagaran dilaporkan akan bertindak keluar parti sempena program bersama Perdana Menteri 2 April 2011. Tindakan beliau telah melanggar disiplin Parti. Maka Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pusat Dato' Dr. Tan Kee Kwong telah menjalankan tindakan disiplin terhadap beliau. Keahlian beliau digantung dengan serta merta sehingga satu keputusan muktamad dibuat oleh Parti.

Sila rujuk Notis yang dikepilkan bersama email ini.

Sekian Terima Kasih

Ikhlas,
YB Maktar Shapee
Setia Usaha Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang

Jangan Sampai Nasib Rakyat Sarawak Sama Macam Bangladesh







KUCHING 1 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negeri Sarawak yang kaya amat jauh bezanya dengan keadaan negara Bangladesh yang dilanda kemiskinan.

Bagaimanapun negeri Bumi Kenyalang ini akan mengalami nasib sama sekiranya pemimpin Barisan Nasional dibenarkan terus merompak hasil mahsulnya.

Oleh yang demikian, Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat mahu rakyat Sarawak mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat di negara Mesir dan Tunisia yang telah menumbangkan penguasa zalim dan rasuah.

" Dunia semua sudah tolak kalau pemimpin itu ambil kekayaan,banyak susahkan rakyat, negeri kaya tetapi rakyat miskin, semua sudah tukar kerajaan, Indonesia sudah tukar, Mesir dan Tunisia pun sudah tukar, tinggal Sarawak sahaja yang belum," kata Anwar pada majlis pertemuan dengan masyarakat Melayu di Kampung Bako dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Demak Laut, malam tadi.

Menurut Anwar lagi, dengan adanya persaingan sengit dari Pakatan Rakyat pada pilihanraya negeri Sarawak pada 16 April ini, diharap ia mampu mengubah landskap politik di negeri ini.

" Ini sarawak bukan Bangladesh, sebab apa saya kata Sarawak sebab minyak gas untung banyak, setahun untung berlion ringgit. Kalau sesebuah negara untung satu tahun minyak RM80 ribu juta ringgit, tapi di sini? Ini sahaja yang kita minta, jadi kita akan tonjolkan calon Keadilan di sini, bagi lah peluang, biar dia (BN) rasa tergugat sikit,"katanya lagi.

Sarawak tegas Anwar, memerlukan wakil rakyat yang benar-benar memperjuangkan hak rakyat dan bukannya seperti BN.

" Ini duduk di Dewan, kita hendak ambil tanah di Demak Laut,sokong! Kita hendak ambil balak,sokong! Itu tak payah belajar.

" Nak jadi wakil rakyat Barisan Nasional senang, dia guna 2 perkataan, yang pertama, saya sokong, ambil tanah saya sokong! Ambil kontrak saya sokong.

" Di parlimen tenggok kita gugat, sebab itu saya kena gantung. Saya Ketua Pembangkang tak boleh masuk parlimen. Saya Ketua Pembangkang tak boleh masuk Parlimen anda tahu sebab apa? Sebab saya cakap soal minyak naik, harga barang naik, dia tak mahu kita cakap macam itu. Dia nak orang Barisan Nasional cakap sokong minyak naik," kata Anwar lagi.

Selangor Negeri Pertama Lulus Enakmen Kebebasan Maklumat

Selangor Negeri Pertama Lulus Enakmen Kebebasan Maklumat
01/04/2011 Share


SHAH ALAM 1 APRIL : Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini mencatat sejarah apabila menjadi dewan perwakilan pertama yang meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (2010).

Rang undang-undang itu dikemukakan untuk bacaan kali ketiga hari ini oleh Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.

Cadangan rang undang-undang itu juga disokong oleh ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar dan diluluskan sebulat suara ahli dewan tanpa sebarang pindaan.

Elizabeth dalam ucapanya pada sidang dewan pagi tadi berkata, enakmen baru ini merupakan hasil keberanian rakyat dan keyakinan mereka dalam memilih Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Tambah Elizabeth, rang undang-undang kepada enakmen itu telah melalui pemerhatian satu jawatankuasa pilihan DUN Selangor dan tidak akan melampaui kuasa perlembagaan.

Berikut adalah kenyataan penuh Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010:

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (NEGERI SELANGOR) 2010

Apa itu kebebasan maklumat?

Undang-undang kebebasan maklumat menetapkan peraturan dalam pemerolehan maklumat yang dipegang oleh badan-badan kerajaan. Undang-undang ini menjelaskan proses perundangan yang mewajibkan maklumat kerajaan dibuka kepada orang awam.

Tujuannya untuk menggalakkan ketelusan dan menangani rasuah. Lebih dari 70 negara di dunia, termasuk negara China, India dan negara Thai telah melaksanakan undang-undang kebebasan maklumat, dan banyak lagi dalam proses untuk berbuat demikian. Malaysia merupakan antara negara terakhir yang masih belum memperkenalkan undang-undang kebebasan maklumat.

Apakah Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010?

Enakmen ini bertujuan untuk “mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam, untuk memberi kepada setiap individu peluang untuk akses kepada maklumat yang dibuat oleh setiap jabatan Kerajaan Negeri.” Enakmen ini hanya berkuatkuasa kepada Kerajaan Negeri Selangor dan jabatan-jabatan di bawahnya. Jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan walaupun bertempat ataupun bertugas di negeri Selangor tidak termasuk dalam enakmen ini. Maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) juga tidak termasuk.

Bagaimanakah permohonan untuk maklumat dibuat?

Setiap jabatan kerajaan akan melantik seorang Pegawai Maklumat yang berfungsi sebagai perantara jabatan dengan orang awam dalam permohonan maklumat. Permohonan perlu dituju kepada Pegawai Maklumat yang berkenaan, dan maklumbalas wajib diberi dalam masa 30 hari ataupun 7 hari dalam kes-kes kecemasan. Sebab dan tujuan mendapatkan maklumat perlu dinyatakan dan bayaran fi yang munasabah mungkin dikenakan.

Adakah maklumat peribadi dilindungi di bawah rang undang-undang yang dicadangkan?

Maklumat peribadi orang perseorangan pihak ketiga memang dilindungi. Sesuatu jabatan berhak menolak permohonan maklumat peribadi pihak ketiga seperti alamat rumah, maklumat yang boleh menyebabkan satu tindakan pecah kerahsiaan yang boleh didakwa, dan rahsia-rahsia perniagaan. Walau bagaimanapun, pengecualian akan dibuat jika pihak ketiga memberi kebenaran.

Bolehkah orang kurang upaya (OKU) ataupun mereka yang buta huruf membuat permohonan?

Ya. Permohonan secara lisan boleh dibuat oleh mereka yang tidak dapat memohon secara bertulis.

Apakah had terhadap maklumat yang dapat diperolehi?

Jika maklumat yang dipohon tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, seperti OSA, maka akses kepada maklumat tersebut juga akan tertakluk kepada undang-undang yang sama. Walau bagaimanapun, kebanyakkan maklumat kerajaan tidak tertakluk di bawah OSA. Rang undang-undang ini memudahkan akses kepada maklumat yang tidak menjejaskan operasi Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya. Permohonan boleh ditolak jika pemohon didapati tidak berhak memperolehi maklumat tersebut, maklumat tersebut tidak wujud ataupun berada di luar bidangkuasa jabatan. Permohonan yang menyusahkan, tidak munasabah atau berulang juga boleh ditolak.

Bolehkah rayuan dibuat ke atas penolakkan permohonan?

Ya. Satu Lembaga Rayuan yang terdiri dari bekas hakim, dan/atau peguamcara dan peguambela yang mempunyai pengalaman yang berkaitan akan ditubuhkan. Rayuan mesti dibuat dalam tempoh 21 hari selepas tarikh penerimaan keputusan.

Bilakah rang undang-undang ini akan dilaksanakan?

Proses rang undang-undang ini adalah seperti berikut:

1) dibentangkan untuk Bacaan Pertama dan Kedua di Sidang Dewan pada Julai 2010;

2) perundingan awam, penyelidikan dan kajian melalui Jawatankuasa Pilihan Khas;

3) Jawatankuasa Pilihan Khas akan membentangkan keputusan, cadangan dan/atau pindaan di Dewan

untuk Bacaan Ketiga pada bulan April 2011.

Maka rang undang-undang yang bakal diluluskan merupakan hasil cabang eksekutif, perundangan dan rakyat Selangor.


NAMPAK SANGAT MAMAT NI TAK RETI.....







Bekas Presiden Majlis Peguam Minta Nazri Faham Kes Sebelum Jadi Rujukan




SHAH ALAM 1 APRIL: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sepatutnya membaca fakta dan keputusan kes mahkamah Pilihanraya Kecil Pengkalan Kota, Teoh Teik Huat Lawan Lim Kean Siew dan Lain-Lain pada Februari 1981 sepenuhnya, berhubung keputusan membenarkan ‘pemberian’ kepada pengundi ketika pilihanraya.

Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan ketika dihubungi Tv Selangor menjelaskan, memang terdapat kes seperti yang dirujuk Nazri namun kesimpulan di penghujung penghakiman perlu dipandang serius.

" Memang ada kes seperti yang dinyatakan oleh Nazri tapi harus dibaca secara keseluruhannya. Ada amaran dihujung penghakiman yang dibuat.

" Jika kes ini dibacakan sepenuhnya ada satu kesimpulan keputusan di akhir kes ini yang mengatakan bahawa kes ini diputuskan atas fakta sendiri dan ada satu caveat (amaran) yang diberikan oleh hakim bahawa kes ini tidak bermakna sesuatu pihak (boleh) melanggar undang-undang dan bukanlah sesuatu yang begitu jelas,"jelasnya.

Nazri sebelum ini merujuk kepada kes mahkamah 1981 yang memutuskan bukan menjadi kesalahan jika kerajaan yang memerintah mengumumkan peruntukan tidak kira sama ada ketika pilihanraya atau tidak.

Namun menurut Ambiga, keputusan mahkamah terbabit bukanlah satu 'lesen' untuk membenarkan mana-mana pihak untuk menabur janji semasa pilihanraya.

“Kes ini tidak boleh digunakan sebagai lesen untuk melanggar undang-undang,” tambah beliau.

Beliau juga berpendapat, amalan rasuah yang belaku semasa kempen pilihanraya di negara ini merupakan satu kesalahan mengikut undang-undang pilihanraya.

“Pada pendapat saya, apa yang dilakukan sebelum ini pada pilihanraya daan sebagainya melanggar undang-undang pilihanraya,” katanya.

Terdahulu badan pemantau Transparency International Malaysia (TI-M) membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam
memastikan proses pilihan raya negara ini adalah bebas dan adil.

Selain presiden TI-M, Datuk Paul Low, timbalan presidennya Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan turut berpandangan rasuah ketika kempen pilihanraya adalah ibu
kepada semua rasuah.

ADUN Lenggeng Didenda RM20,000, Tiga Tahun Penjara

SEREMBAN 1 APRIL : ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

Mahkamah sebelum ini mendapati beliau bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman kerana peguambela mahu membuat rayuan.

Pada 5 Mac lalu, pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi beliau masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun, jika Mustafa dilucutkan, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.

IGP Kata Video Seks "Tulen", Berdiam Mengenai Identiti Pelakon


KUALA LUMPUR 1 APRIL : Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan rakaman video seks yang didalangi oleh "Datuk T" adalah "tulen" namun tidak memberi penjelasan sama ada pelakon di dalam rakaman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih mengejutkan, beliau mengumumkan siasatan kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan lanjut.

Setakat ini Anwar sendiri tidak dipanggil untuk memberi keterangan sungguhpun siasatan polis adalah berasaskan laporan Anwar bahawa beliau difitnah oleh Datuk T menerusi rakaman itu pada 21 Mac lalu di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur.

Datuk T merujuk kepada bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul rahim Thamby Chik yang kini Pengerusi Risda, ahli perniagaan Shazryl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim yang mendakwa kononnya video itu menunjukkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumour pada 21 Febuari lalu.

Anwar menafikan fitnah itu dan menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya semasa rakaman itu dikatakan dibuat. Pejabat Parti Keadilan Rakyat mengemukakan catatan sembilan Twitter oleh Ketua Pembangkang itu untuk membuktikan Anwar berinteraksi menerusi alam siber pada malam berkenaan.

Pengumuman ismail bahawa polis sudah hampir selesai menyiasat kes itu mengejutkan kerana setakat ini difahamkan polis tidak mengambil keterangan bersabit penjelasan Anwar itu, atau mengambil kenyataan kakitangan dan ahli keluarga Anwar mahupun pejabat PKR sendiri mengenai pesanan Twitter beliau pada malam berkenaan.

Ismail hanya mengatakan pakar-pakar tempatan mengesahkan video itu tidak diubahsuai, justeru ia dianggap tulen.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nadzmi Nik Ahmad berkata pihak yang menyaksikan video itu tidak pernah mempertikaikan bahawa rakaman itu tulen, tetapi mempersoalkan sama ada pelaku dalam itu adalah Anwar sebagai yang di dakwa oleh Datuk T.

Antara lain, bahasa badan dan susuk tubuh pelaku dalam video itu adalah berlainan dengan Datuk Seri Anwar, Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul dan bekas Ahli Majlis Pimpinan PKR Badrulhisham Shahrin yang menyaksikan video itu memberitahu wartawan sebelum ini.

Mereka juga tidak dipanggil oleh polis untuk memberi kenyataan.

PR Pulau Pinang untuk Semua Guan Eng: Wifi juga untuk Semua

"Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang untuk semua, Wifi untuk semua" dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri wifi pertama di Malaysia yang berani dan inovatif dalam inisiatif memperluaskan kepintaran digital untuk seluruh rakyat Pulau Pinang. Sebagai negeri yang pertama di Malaysia menyediakan wifi percuma di tempat tumpuan umum, beberapa keperluan dan penjelasan diperlukan dalam usaha untuk melaksanakan konsep baru ini.

Kerajaan negeri Pulau Pinang ingin menekankan di sini bahawa kita bersedia untuk mempertimbangkan mana-mana syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia yang mempunyai lesen perkhidmatan ICT, sepertimana syarat yang telah ditawarkan kepada Redtone International Bhd. Dalam erti kata lain, syarikat-syarikat ini mesti bersedia untuk memasang dan menyenggarakan 1,500 kawasan hotspot wifi percuma untuk dibekalkan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang selama lima tahun dengan kos RM8.5 juta yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

Sebagai bukit komitmen terhadap inisiatif wifi percuma, mana-mana syarikat itu hendaklah mengikut jejak langkah Redtone, iaitu dalam memasang dan menyenggarakan sebanyak 750 kawasan hotspot yang pertama atas kos pembiayaan sendiri. Ini bermakna Kerajaan Negeri tidak akan mengeluarkan walau satu sen perbelanjaan untuk fasa pertama ini.

Sekiranya syarat diatas dipenuhi, barulah syarikat tersebut layak untuk ditawarkan fasa kedua iaitu pemasangan tambahan 750 lagi kawasan hotspot yang akan ditanggung sebahagiannya oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab Barisan Nasional yang telah mengelirukan dasar yang diamalkan dengan menuduh kerajaan negeri PR Pulau Pinang mengenepikan dasar tender terbuka kerajaan negeri. Jelas, BN hipokrit dengan mengkritik Pakatan Rakyat tidak mengamalkan tender terbuka sedangkan BN sendiri gagal melaksanakannya.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa dasar tender terbuka merupakan keutamaan urustadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Atas urustadbir CAT dan dasar tender terbuka yang senantiasa diamalkan ini, Pulau Pinang telah pun menjadi negeri pertama yang dipuji oleh Transparency International.

Urustadbir CAT sememangnya berdasarkan sistem tender terbuka tetapi mustahil Pakatan Rakyat untuk melaksanakan sistem tender terbuka sekiranya hanya satu syarikat tersenarai yang sudi memenuhi syarat yang ditetapkan.

Syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia akan ditawarkan dengan syarat yang sama sepertimana yang dikenakan kepada Redtone International Bhd untuk memasang dan menyenggarakan 1,500 hotspot wifi percuma untuk seluruh rakyat Pulau Pinang selama lima tahun dengan kos RM8.5 juta.

Inisiatif wifi percuma di Pulau Pinang ini melibatkan dua fasa. Fasa pertama melibatkan pemasangan 750 hotspot wifi percuma di tempat tumpuan umum oleh syarikat tersenarai dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat tanpa mengenakan satu sen pun kepada Kerajaan Negeri. Pelaburan syarikat tersebut akan ditebus balik melalui pulangan pengiklanan.

Pada fasa pertama, kerajaan negeri hanya membantu menyediakan kemudahan dalam proses pemasangan. Hanya satu syarikat (Redtone) yang menyatakan kesudian dalam menyediakan 750 hotspot wifi percuma di tempat tumpuan umum dengan kos pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat. Tiada syarikat lain yang berminat untuk tampil menyediakan perkhidmatan 750 wifi percuma dengan kos pembiayaan sendiri.

Oleh kerana tahap pertama adalah tawaran pemasangan secara percuma, Kerajaan Negeri tidak dapat memaksa Redtone untuk meliputi seluruh kawasan di Pulau Pinang. Inilah sebabnya beberapa kawasan terpaksa diketepikan termasuk kawasan Parlimen Bukit Gelugor, Pengerusi DAP Karpal Singh.

Untuk memastikan liputan wifi percuma merangkumi semua kawasan, Kerajaan Negeri harus membiayai fasa kedua, iaitu pemasangan dan penyenggaraan 750 hotspot wifi tambahan untuk ditempatkan di tempat tumpuan umum dengan bayaran RM8.5 juta untuk tempoh lima tahun. Fasa kedua ini bukan sahaja meningkatkan jumlah hotspot wifi percuma kepada 1,500 malah akan memastikan bahawa semua kawasan di Pulau Pinang mempunyai liputan wifi percuma ini. Fasa kedua ini jugalah yang menyebabkan BN terus mengkritik kerajaan negeri kononnya kerajaan negeri tidak mengamalkan dasar tender terbuka.

BN seperti hilang arah untuk terus mengkritik tanpa asas. Tanpa mengambil keseluruhan fasa 1 dan fasa 2, BN mengabaikan terus fasa 1 dan hanya mengambil kira fasa kedua. Ini salah. Untuk layak ke tahap 2, syarikat tersenarai harus memenuhi syarat menyediakan 750 hotspot wifi percuma di peringkat fasa pertama dengan kos ditanggung sepenuhnya tanpa bayaran walau satu sen pun oleh kerajaan negeri. Maka hanya itu dapat memenuhi syarat bagi membolehkan Kerajaan Negeri meluluskannya untuk ke fasa kedua.

Pada permulaan, ketika mencari syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan ini, tidak ada syarikat yang berminat kecuali Redtone. Oleh itu, disebabkan hanya Redtone yang layak dan sudi memenuhi syarat yang dikenakan, mustahil kerajaan negeri melakukan tender terbuka dalam inisiatif ini.

Kerajaan negeri Pulau Pinang masih bersedia untuk mempertimbangkan syarikat-syarikat tersenarai yang lain, selagi mereka sudi memenuhi syarat menyediakan 750 hotspot wifi percuma dengan kos ditanggung sendiri. Syarat untuk fasa kedua adalah seperti berikut:

Nota Penting Perjanjian Kerjasama untuk Perkembangan Intenet Mudah Alih antara PDC Telecommunication Serviced Sdn Bhd (PDCT) dan Redtone International Berhad (Redtone)

Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk semua, Wifi juga untuk Semua

Syarat Umum
- Perjanjian adalah untuk pemasangan 750 hotspot wifi percuma di tempat tumpuan umum dibiayai oleh kerajaan negeri melalui PDCT.
- Sebanyak 750 hotspot wifi telah dipasang oleh Redtone Internatiomal Bhd (Redtone) di tempat tumpuan umum. Dengan tambahan 750 hotspot wifi percuma yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, keseluruhannya 1500 hotspot wifi percuma akan dipasang di kawasan-kawasan tumpuan umum meliputi seluruh negeri Pulau Pinang.
- Redtone juga akan menyediakan 50 hotspot tambahan di atas 750 yang sudah tertera dalam kontrak fasa kedua, di mana PDCT tidak akan dikenakan bayaran lebih lanjut bagi sebarang pemasangan atau penyelenggaran.
- Pemasangan 750 hotspot yang dicadangkan dan tambahan 50 kawasan baru harus diselesaikan dalam masa 12 bulan dari tarikh perjanjian.
- Redtone perlu menyediakan 50 Mbps sebagai "backhaul" untuk perkhidmatan internet di 750 kawasan pertama dan 750 kawasan baru.

Syarat Bayaran
- Perjanjian ini mengambil tempoh lima tahun dengan jumlah RM8.490.000. Selepas lima tahun, baik PDCT mahupun Kerajaan Negeri mempunyai pilihan untuk meneruskan perkhidmatan ini untuk tahun-tahun berikutnya dengan bayaran RM900, 000/- per tahun.
- Penyenggaraan ke atas 750 kawasan hotspot yang siap dipasang oleh Redtone harus dilakukan secara percuma tanpa membabitkan kos kepada PDCT. Sekiranya Redtone gagal untuk menjaga kawasan liputan, Redtone telah dianggap melanggar perjanjian.
- Dalam hal pelanggaran perjanjian, PDCT mempunyai hak mutlak untuk menuntut pemilikan penuh ke atas 750 kawasan hotspot yang sedia ada, 750 kawasan hotspot baru dan 50 kawasan tambahan selain pampasan/ kerosakan dari Redtone.

Lokasi
- Semua 40 daerah di Pulau Pinang harus diliputi sekurang- kurangnya 10 wifi.

Pembahagian Pendapatan
- Pendapatan bersih yang diperolehi dari perkhidmatan pengiklanan harus dibahagikan antara PDCT dan Redtone.

Naik taraf Teknologi
-Setiap pengguna wifi percuma Pulau Pinang diberikan sambungan intenet 1 mbps dan apabila perlu, pengguna boleh meningkatkan sambungan sehingga 5 mbps, 10 mbps atau sehingga 54 mbps oleh Redtone International tanpa kos tambahan.

Baca: Ketua Pemuda Gerakan Kedah: PR gagal laksana tender terbuka bagi SEMUA projek

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Surendran: Siasatan polis terhadap Anwar bermotif politik

Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoal siasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.

Polis, secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali (gambar kiri). Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967. Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun.

Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.

Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengetatkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa. Di dalam sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan dan menyediakan peranan "semak dan imbang" ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar, mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita. Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.

Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana kedudukan ataupun kuasa mereka.

Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan, menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah.

*Kenyataan media oleh N Surendran (gambar kanan) selaku Naib Presiden PKR.

Hasil Mahsul Bumi Sarawak Bukan Milik Elit Pemerintah, Kata Anwar


SAMARIANG 31 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata misi utama beliau berkempen sepanjang pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan pada 16 April ini adalah untuk membuka minda masyarakat seterusnya membebaskan mereka dari cengkaman penindasan Barisan Nasional.

Ujarnya, sudah sekian lama rakyat Sarawak hidup dalam kesengsaraan dan melihat pimpinan rakus Taib Mahmud bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa sehingga kekayaan negeri dipunggah sesama kroni.

"Negeri ini negeri kita, tanah ini tanah kita, balak negeri ini balak rakyat kita, minyak dan gas negeri ini, minyak dan gas rakyat kita,bukan hak dua tiga kerat pemimpin di atas,"ujar Anwar ketika merasmikan bilik gerakan N7 di Samariang, malam tadi.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR menambah, setelah 48 tahun di bawah pentadbiran rakus BN, rakyat Sarawak harus bangkit untuk mengambil hak mereka kembali.

Justeru, beliau menyifatkan pilihan raya peringkat negeri ke-10 di Sarawak ini adalah pertembungan antara rakyat yang ditindas dan golongan penguasa yang zalim.

"Rakyat kalau jadi hamba kita kalah, kalau tak pernah (jadi) hamba (kita) tak pernah menang,tapi kalau rakyat itu merdeka, ada jiwa yang merdeka, anak muda yang berfikir, anak muda yang rasa bebas maka kita boleh bawa perubahan,"kata Anwar lagi.

Beliau juga turut mengkritik pentadbiran BN yang tidak mampu memberi hak kepada rakyat sebagaimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan separuh abad lamanya.

"Bagi ruang rakyat fikir, kita dah 50 tahun merdeka jaganlah perbodohkan rakyat takkan lah tak boleh fikir,tak boleh bincang, apa yang kerajaan Barisan Nasional kata hukumnya adalah benar berlaka, "politik kita,politik pembangunan" ya betul taniah, pembangunan untuk siapa?,"soal Anwar.

Oleh itu katanya, untuk merealisasikan politik untuk membangunkan negara, beliau menyeru pengundi menjadi golongan cerdik dan berfikir untuk membuat keputusan terbaik demi masa depan mereka.

" Mana ada manusia sokong rasuah, ambil tanah kita (tapi kita masih) sokong, itu bodoh namanya,sebab dapat RM400 masa pilihanraya. Ini apa? Mana fikiran kita?," tegas Anwar mengingatkan rakyat Sarawak akan kezaliman yang dilakukan regim BN selama ini.

Mahasiswa Khuatir Skim Rumah Pertamaku Tambah Beban Hutang Graduan


SHAH ALAM 31 MAC : Skim Rumah Pertamaku (SRP) dikhuatiri akan membebankan graduan yang ingin memulakan kehidupan baru selepas tamat pengajian.

Hal ini kerana, tawaran menarik yang disediakan kepada golongan muda mampu mencairkan hati mereka tanpa menyedari akan terikat dengan beban hutang yang tinggi walaupun baru bergelar pekerja.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Hilman Idham ketika dihubungi TV Selangor, tawaran SRP ini sekaligus membebankan lepasan graduan yang sepatutnya memberi tumpuan untuk membangunkan negara dan bukannya memikirkan tentang beban hutang yang ditanggung.

"Saya melihat skim ini, yang pertama dia meletak kebertanggungjawaban kepada pemerintah.

" Walaupun skim ini dilihat baik tapi dalam masa yang sama sangat membebankan mahasisiwa kerana mahasiswa akan juga dibebankan dengan hutang-hutang tambahan yang lain seperti hutang pinjaman yang harus dibayar seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sebagainya," katanya.

Meskipun tidak menolak kebaikan skim yang disediakan oleh kerajaan ini, namun menurut Hilman, kerajaan perlulah memikirkan hutang-hutang lain yang ditanggung
oleh graduan yang mengambil pinjaman pelajaran untuk menanggung sesi pengajian mereka.

Jelas Hilman lagi, selain memberi tawaran pinjaman 100 peratus, tangga gaji RM3,000 ke bawah yang melayakkan golongan ini disifatkan tidak selari dengan tawaran gaji yang diberikan syarikat untuk mereka yang baru bekerja.

"Tingkat gaji yang diletakkan RM3000, saya tak fikir jumlah graduan yang baru grad hari ini boleh mencapai tahap gaji yang sebegitu tinggi, paling mewah pun boleh dapat hingga RM 2,000, maksudnya mereka memang benar-benar mahu graduan ambil skim ini dan kemudian terbeban lagi,"tambah Hilman.

Beliau turut menyarankan kerajaan supaya membuat kajian terperinci mengenai permohonan yang dibuat graduan sebelum memberi kelulusan untuk mengelakkan mereka menanggung bebanan hutang yang banyak.

"Kerajaan juga harus lihat apakah pemohon mempunyai hutang dengan PTPTN, hutang bank, kad kredit dan sebagainya, itu juga harus disemak dan saya fikir yang mampu milik ada individu yang tidak mempunyai hutang atau bebanan kepada negara yang tinggi," ujar beliau.

Skim Rumah Pertamaku diumum Najib dalam pembentangan Bajet 2011, tahun lalu.

Skim ini mendapat kerjasama 25 institusi kewangan untuk rumah berharga antara RM100,000 dan RM200,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 30 tahun.

Shuib Akui Dalang Sebenar Video Fitnah


KUALA LUMPUR 31 MAC : Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul.

"Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin “melindungi bossnya”.

Rakaman video 21 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'.

Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib.

Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh.

Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah.

"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi.

"I nak sembunyi dah. I dah nak lari,” katanya sambil bergelak.

Pimpinan Umno Hanya Pertahan Agama Bila Ada Kepentingan




SHAH ALAM 31 MAC : Sikap membelakangkan peranan dan teguran dari mufti dan pemimpin agama jelas menunjukkan wajah sebenar Umno dalam meneruskan kelangsungan politik mereka yang kian dilupakan rakyat, kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty.

Menurut Muhammad, walaupun teguran dan peringatan telah diberikan dari kalangan ahli agama kepada parti pemerintah namun sikap tidak ambil pusing yang dipamerkan membuktikan, pimpinan Umno-BN hanya mendokong agama apabila ia selari dengan agenda mereka.

"Mereka hanya memperalatkan mufti, mereka tidak menghormati mufti pada hakikatnya, apabila kepentingan mereka memihak kepada politik, mufti tidak digunakan, apabila kepentingan dari segi agama, (barulah) mufti diutamakan," katanya.

Muhammad berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegaskan pendedahan rakaman video seks yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaibkan Ketua Pembangkang itu kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

Pendedahan mengenainya dibuat oleh tiga individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "Datuk T" pada 21 Mac lalu.

Mereka terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Shuib dalam perkembangan terbaru mengakui bahawa beliau bertanggungjawab dalam pendedahan video seks fitnah ke atas Anwar.

Selain Harussani, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya juga menggesa umat Islam menyiasat dahulu akan kesahihan klip video 21 minit itu sebelum membuat tuduhan membuta tuli dan menjatuhkan maruah individu lain.

"Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu.

"Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti,"kata Dr Juanda yang dipetik dari portal Malaysiakini.

Mengulas kenyataan mufti yang tidak mendapat respon balas dari pimpinan Umno-BN, Muhammad berkata, ia perbuatan normal bagi mereka yang hanya mengejar kekayaan dunia, pangkat dan darjat sehingga sanggup melakukan apa jua untuk menjatuhkan seteru mereka.

"Mereka tahu Anwar tidak melakukan perkara itu, tetapi oleh kerana mereka rakus dengan politik untuk menjatuhkan karier poltik Anwar di bumi Malaysia, memang Umno tidak kisah dosa pahala demi kepentingan kegelojohan, ketamakan dan kerakusan politik, mereka sangup buat apa sahaja," katanya.

Muhammad turut menyatakan kekesalannya terhadap media di negara ini yang dilihat semakin terhakis ketelusannya apabila hanya memberi liputan yang memihak kepada parti pemerintah.

"Media itu tidak lagi menjunjung kebenaran, media bukan lagi alat untuk memperkatakan lagi kebenaran, sebaliknya ahanya menjadi alat kepada warga politik Umno yang rakus, inilah hakikatnya di negara kita sekarang, ianya amat mendukacitakan,"tambahnya lagi.

Selangor dapat pelaburan industri tertinggi . Pulau Pinang di tempat kedua

Kejayaan yang di capai oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha menarik pelaburan bukan sahaja di cemburui oleh kerajaan negeri pimpinan Umno yang selama ini dilihat terlalu kerap melabur fitnah mengenai keadaan kewangan kerajaan negeri pimpinanPakatan Rakyat.

Usaha ini bukan sahaja mendedahkan betapa usaha kerajaan Pakatan Rakyat bagi mendapatkan kejayaan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat malahan ianya di lihat sebagai satu usaha memburukkan keadaan dimana kejayaan yang di capai oleh pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat membuktikan kejayaan pimpinan kerajaan negeri dan seterusnya menafikan usaha Barisan Nasional untuk menawan kembali kerjaan yang telah di rampas.



SHAH ALAM, 30 Mac: Selangor telah mencapai jumlah nilai pelaburan perindustrian yang tertinggi iaitu sebanyak RM29.3 billion bagi tempoh 2008 hingga 2010 berdasarkan data Malaysia Industrial Development Authority (Mida).

"Ini merupakan nilai pelaburan yang tertinggi di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri yang lain," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok Suh Sim.

Katanya, Selangor diikuti oleh Sarawak dengan jumlah nilai pelaburan perindustrian yang berjumlah RM27.6 billion dan Pulau Pinang dengan RM24.6 billion.

Beliau menambah, Selangor juga telah berjaya mencapai bilangan projek perindustrian tertinggi iaitu 905 projek dan bilangan peluang pekerjaan yang tertinggi dengan jumlah 80,000 berbanding dengan negeri-negeri lain bagi tempoh yang sama.

Menurutnya, empat negara pelabur asing yang utama di Selangor dalam tempoh tersebut ialah Amerika Syarikat dengan jumlah modal pelaburan RM4.7 billion, Jerman (RM3.5 billion), Japan (RM3.4 billion) dan Singapura (RM1.8 billion).

“Data Mida ini jelas menunjukkan bahawa tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak bahawa pelaburan di Selangor telah jatuh semenjak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor adalah tidak berasas,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Kesimpulannya, tegas beliau ekonomi Selangor masih lagi mantap di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan masih lagi merupakan destinasi pelaburan nombor satu bagi pelabur asing dan tempatan.

Jumlah modal pelaburan perindustrian yang diluluskan mengikut negeri bagi tempoh 2008 -2010

Negeri

2008

2009

2010

Jumlah

Selangor

11,870,910,013

6,759,590,951

10,641,835,401

29,272,336,365

Sarawak

15,168,880,681

8,450,751,719

3,945,046,973

27,564,679,373

Pulau Pinang

10,156,301,413

2,165,240,934

12,237,958,878

24,559,501,225

Johor

11,711,672,847

4,063,441,520

7,464,914,643

23,240,029,010

Sabah

964,375,892

5,664,295,498

1,325,610,877

7,954,282,267

Perak

3,130,017,250

893,872,874

3,039,706,315

7,063,596,439

Melaka

3,634,515,677

892,711,918

1,631,129,805

6,158,357,400

Kedah

2,567,345,854

1,496,062,950

1,960,636,097

6,024,044,901

Terengganu

992,259,227

505,834,968

2,327,931,930

3,826,026,125

Negeri Sembilan

1,115,791,287

857,598,018

1,292,607,042

3,265,996,347

Pahang

1,080,749,835

604,841,416

1,038,737,181

2,724,328,432

Kelantan

83,600,000

126,929,520

169,555,000

380,084,520

W. P. Kuala Lumpur

117,786,590

155,664,320

55,046,132

328,497,042

Perlis

170,250,000

0

31,440,000

201,690,000

W. P. Labuan

20,540,508

0

14,866,935

35,407,443

Jumlah

62,784,997,074

32,636,836,606

47,177,023,209

142,598,856,889

Data projek-projek pelaburan perindustrian yang diluluskan bagi negeri Selangor bagi tempoh 2008 - 2010

Tahun

Projek

Peluang Pekerjaan

Pelaburan Tempatan (RM)

Pelaburan Asing

(RM)

Jumlah Modal Pelaburan

(RM)

2008

302

30,980

2,866,163,788

9,004,746,225

11,870,910,013

2009

278

20,753

2,752,526,768

4,007,064,183

6,759,590,951

2010

325

27,865

5,494,986,553

5,146,848,848

10,641,835,401

Jumlah

905

79,598

11,113,677,109

18,158,659,256

29,272,336,365

Pelaburan asing yang melabur di Selangor bagi tempoh 2008 - 2010

Negara

Projek

Pekerjaan

Jumlah Modal Pelaburan (RM)

1. United State

21

15,320

4,709,718,393

2. Germany

19

2,462

3,510,271,205

3. Japan

56

4,039

3,385,845,663

4. Singapore

62

4,795

1,839,575,053

5. United Kingdom

27

2,143

802,077,346

6. Thailand

8

1,121

483,361,299

7. Others

76

8,589

477,532,941

8. Sweden

9

434

366,317,970

9.Netherlands

19

1,155

289,096,542

10. Switzerland

8

652

249,024,246

11. India

11

573

204,538,458

12. British Virgin Islands

6

473

190,915,611

13. United Arab Emirates

8

252

181,019,460

14. Hong Kong

6

1,226

175,636,364

15. Iran

3

168

163,838,933

16. Taiwan

20

1,474

125,882,298

17. Finland

1

12

123,795,000

18. China

24

1,295

122,871,206

19. Korea, Rep

9

459

112,428,428

20. Cyprus

3

225

104,308,500

21. Australia

16

505

101,577,031

22. Denmark

6

243

92,668,603

23. France

6

174

62,015,177

24. Austria

4

189

51,199,500

25. Cayman Islands

2

37

40,600,000

Azmin Cabar Polis Saman Muhyiddin






AMPANG 30 MAC : Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mempersoal tindakan berat sebelah polis yang membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin untuk berceramah di Kampung Pandan, semalam .

Walhal katanya, ceramah anjuran Pakatan Rakyat sebelum ini yang diadakan di Taman Melawati, Gombak Jumaat lalu, mendapat tentangan hebat pihak polis, malah turut mendapat ancaman keras dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

" Mengapa tidak ada sebarang laporan polis dibuat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimana melakukan perhimpunan politik secara terbuka di Kampung Pandan malam tadi?

"Program yang saya anjurkan itu adalah satu program yang aman di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, iaitu di pejabat saya sendiri dan bukan di tempat yang terbuka seperti mana yang dianjurkan Muhyiddin,"

"Tetapi soalan ini tidak dapat dijawab oleh polis," katanya.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu hadir di IPD Ampang pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung ceramah yang diadakan di Gombak, Jumaat lalu.

Hadir sama memberi kenyataan kepada polis ialah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Batu Caves, Amiruddin Saari.

Jumaat lalu, polis bertindak ganas apabila menyerbu dan menghalang ceramah kempen ‘Tolak Fitnah’ anjuran Pakatan Rakyat di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar berucap 15 minit sahaja, sebelum mematikan pembesar suara dan memaksa Ketua Umum itu turun dari pentas, sehingga menimbulkan kemarahan hampir 5,000 yang hadir.

Selasa lalu, sepasukan polis ‘mengepung’ rumah Azmin di Ampang bagi menyerahkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah supaya beliau memberi keterangan kepada polis berhubung ceramah tersebut.

Kerajaan Selangor Fail Tangguh Prosiding Pekeliling Terhadap SPRM



SHAH ALAM 30 MAC : Kerajaan Selangor memfailkan permohonan untuk menangguh sementara perbicaraan melibatkan surat pekeliling yang menghalang kakitangan kerajaan negeri Selangor disoalsiasat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar waktu pejabat, sehingga selesai siasatan Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) kematian bekas setiausaha politik EXCO Selangor, mendiang Teoh Beng Hock.

Permohonan ini disertakan dengan afidavit yang disokong oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Permohonan menangguh prosiding tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi.

Menerusi afidavit ini, Khalid menjelaskan terma rujukan dan inkuiri yang dijalankan RCI mempunyai kaitan langsung sama ada SPRM bertindak secara sah dalam menjalankan penyiasatan khususnya dalam soal siasat individu sewaktu menjalankan tugas- tugas statutorinya.

Afidavit ini juga menyatakan berdasarkan laporan media massa, keterangan telah diberikan kepada RCI berkenaan kekurangan dan pelanggaran yang berlaku sewaktu SPRM menjalankan tugas- tugas penyiasatan khususnya ketika menyiasat mendiang Teoh.

“Saya percaya bahawa laporan RCI adalah sangat material dan relevan kepada isu- isu yang dipertikaikan," kata Khalid.

Khalid turut berkata mahkamah akan mempunyai rekod bahawa, setakat ini siasatan yang dilakukan SPRM tidak mengikut lunas undang- undang.

"Mahkamah akan mempunyai fakta bahawa prosedur siasatan SPRM yang setakat ini tidak ikut lunas undang- undang,” ujarnya lagi.

Khalid juga menyatakan maklumat ini perlu untuk memutuskan sama ada pengeluaran Pekeliling oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, yang mengehadkan pemeriksaan pegawai pada waktu pejabat sahaja, adalah sah.

Peguam Negara memfailkan permohonan itu bagi memohon mahkamah mengisytiharkan Pekeliling No 4, 2009 bertarikh 28 Julai itu adalah batal dan tidak sah kerana melanggar Akta Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru dikuatkuasakan.

Kumar menang pusingan 1 kes peruntukan ahli parlimen

Kes ini telah difailkan ekoran kerajaan pusat menolak peruntukan tahunan RM1 juta ke kawasan pilihan raya yang diwakili pembangkang. Lapuran oleh Ravin.

Setelah beberapa kali menangguhkan kes, akhirnya pada 25 Februari 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran kepada permohonan ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar untuk mendapatkan semakan kehakiman.

Ini boleh dikatakan satu kemenangan awal kepada seluruh rakan seperjuangan Parti Sosialis Malaysia.

Permohonan ini boleh dikatakan kes pertama dalam sejarah Malaysia dimana seorang Ahli Parlimen pembangkang berani tampil ke hadapan dan mencabar serta mengheret kerajaan ke mahkamah. Yang lebih memeranjatkan semua pemerhati, adalah PSM berjaya mendapatkan ‘leave’ kebenaran. Walaupun ini hanya kemenangan pusingan pertama tetapi ia signifikan kerana ia membolehkan PSM membongkarkan isu peruntukan ahli parlimen pembangkang yang dinafikan hak selama ini.

Kes ini telah difailkan ekoran kerajaan pusat menolak peruntukan tahunan RM1 juta ke kawasan pilihan raya yang diwakili pembangkang. Tetapi, yang anehnya, peruntukkan hanya diberikan kepada wakil rakyat BN/Umno. Jadi, kenapa pula kerajaan mengatakan ini adalah negara demokrasi sedangkan mereka tidak berkelakuan sedemikian.

Menurut Dr.Jeyakumar, beliau sebenarnya terkejut dengan keputusan tersebut kerana ia bukannya seperti yang dijangka. Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat turut hadir dan melibatkan diri mereka, ini termasuklah Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar dan Yusmadi, yang juga menjadi pemerhati, kerana kes tersebut turut mempunyai implikasi di kawasan yang mereka wakili.

Dalam perbicangan tersebut, Hakim Datuk Aziah Ali berpendapat Dr Jeyakumar telah membuktikan ada kes untuk diberi pertimbangan yang sewajarnya dan oleh itu hakim tersebut telah membenarkan permohonan kebenaran mendapatkan semakan kehakiman.

Peguam Datuk S Ambiga, yang mewakili Dr Jeyakumar, memberitahu pemberita bahawa mahkamah telah menetapkan 18 Mac yang akan datang untuk pengurusan kes bagi mendengar penuh permohonan semakan kehakiman itu.

Dalam mengambil tindakan ini, Dr. Jeyakumar telah berkata permintaan untuk dana harus diberikan kepada beliau kerana semua projek yang dipohon merupakan peruntukan khas untuk kawasan pilihan raya.

Beliau mendakwa pihak responden menggunakan kuasa atau budi bicara untuk memberikan peruntukan secara tidak adil dengan memihak kepada Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dan prejudis terhadap ahli parlimen dari parti pembangkang.

Tambahan pula, Dr Jeyakumar juga menuntut perisytiharan bahawa peruntukan tersebut mesti disediakan secara saksama selaras dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, beliau juga menuntut perintah ‘mandamus’ bagi memaksa responden menperjelaskan kuasa mereka dalam meluluskan dana dari Peruntukan Khas Kawasan Parlimen mengikut budi bicara serta menyatakan prosedur peruntukan dana sejak 2008.

Beliau menuntut writ ‘quo warranto’ (permohonan yang mencabar kesahihan pelantikan perjawatan) dikeluarkan yang memerintahkan pihak responden untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat mengenai kuasa mereka dalam mengguna, melulus dan mengeluarkan dana daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Secara konklusinya, kerajaan harus sedar bahawa duit yang akan diperuntukkan bukannya untuk kegunaan wakil rakyat itu sendiri, tetapi itu merupakan duit rakyat dan mereka harus dan mereka mempunyai hak untuk menikmati kemudahan di negara ini. Langkah yang diambil oleh ahli parlimen PSM dalam menyaman kerajaan telah menggegarkan mereka dan langkah ini harus dipraktikkan oleh semua wakil rakyat terutamaya wakil rakyat pembangkang supaya rakyat akan mendapat kebaikan.

Turut bersama menyambut kemenangan ini adalah Pengerusi Nasiaonal PSM Dr Nasir Hashim, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan dan bendahari Kehormat Sdr A Sivarajan.

Kornologi Ringkas

29 Oktober 2010 – Dr Jeyakumar telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi memperoleh perisytiharan bahawa peruntukan khas kawasan Parlimen mesti dibekalkan dan disediakan kepada semua ahli parlimen secara saksama tidak mengira daripada parti pemerintah ataupun parti pembangkang. Inilah yang harus dipraktikkan oleh kerajaan pemerintah pada masa ini.

10 Januari 2011 – PSM yang diketuai oleh Dr Jeyakumar telah membuat laporan polis berkenaan dengan penyelewengan dalam isu peruntukkan. Dalam surat bertarikh 21 Oktober 2010, Pegawai Pembangunan Negeri Perak telah memaklumkan bahawa sebanyak RM1.72 juta telah disalurkan untuk kegunaan 56 projek di Sungai Siput. Tiga daripada projeknya diutarakan oleh Dr Kumar untuk Anak Yatim Nurul Ihsan dan dua buah sekolah. Malangnya, apabila diperiksa, jumlah yang disalurkan kepada dua buah sekolah adalah sangat sedikit. Ini lebih teruk apabila tiada bantuan diberikan kepada Anak Yatim Nurul Ihsan. Namun, Pegawai tersebut membidas dan mengatakan bahawa RM1.72 juta dibelanjakan untuk beberapa program seperti RM 1.1 juta untuk masjid dan sebagainya. Tetapi, tiada penjelasan kenapa tiada bantuan disalurkan kepada Anak Yatim Nurul Ihsan. Dimanakah silapnya?

Dr Jeyakumar yang merupakan seorang pakar jantung, menamakan Ketua Pengarah bagi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pengarah Pejabat Pembangunan Perak dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.

Ravin ialah pemberita PSM

Lebih 100 aktivis anjur demo anti-sisa radioaktif

SEKIRANYA TIADA BANTAHAN DARI SESIAPA PUN MAKA KITA AKAN MELIHAT LOGI NUKLEAR INI AKAN MENJADI KENYATAAN DAN SUDAH TENTULAH IANYA AKAN MEMBERIKAN KESAN NEGATIF JIKA BERLAKUNYA SESUATU YANG TI DAK DIINGINI..




Kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan simpang masuk ke bangunan parlimen bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.

Mereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi.

Sebanyak empat buah bas membawa membawa aktivis yang membantah pusat penapisan yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp.

Penunjuk perasaan ini tiba di persimpangan parlimen sekitar jam 9.20 pagi. Mereka kemudian mengadakan perbincangan dengan seorang pegawai polis.

NONEHasil perbincangan, seramai 10 orang dibenarkan masuk ke parlimen, manakala penyokong lain dibenarkan berbaris di sepanjang jalan tanpa menganggu lalulintas.

Mereka juga mengibarkan poster dan kain rentang yang berbunyi: "Stop Lynas", "Hentikan Lynas".

Kumpulan itu berbaris sehingga jam 10 pagi.

Kira-kira 40 anggota polis mengawal jalan masuk ke parlimen.Pada 23 Mac lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif di Gebeng, itu adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.

NONEKatanya, sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas itu hanya mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah.

"Berdasarkan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sisa seperti ini ditakrifkan sebagai bukan sisa radioaktif tetapi merupakan sisa industri yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi,” kata Ongkili.