KERAJAAN TAK PERLU BIMBANG SEBAB KETUA PEMBANGKANG KURANG CERDIK NAK BAHAS APA PUN.





 PENDIRIAN PN KEKALKAN HAMZAH TEPAT DAN WAJAR


26 Februari 2026


PN memutuskan kedudukan Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang adalah kekal buat masa ini.


Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat hari ini.


Menurutnya, ia berikutan tiada makluman rasmi dikemukakan kepada Parlimen mengenai sebarang perubahan bagi jawatan tersebut.


“Tiada apa-apa notifikasi daripada pembangkang mengenai kedudukan Hamzah sebagai ketua pembangkang,” katanya lagi.


Ahli Parlimen Kota Bharu itu menambah, beliau telah bertemu dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul untuk membincangkan soal itu dan merujuk kepada kenyataan awal Johari mengenai status Hamzah itu.


“Setakat ini Hamzah masih ketua pembangkang. Dia (Johari) setuju dan saya pun (setuju). 


“Setakat ini kedudukannya begitulah,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat.


Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, dengan itu aturan tempat duduk di Dewan Rakyat juga tidak berubah.


Sesungguhnya pendirian PN sebagaimana ditegaskan Takiyuddin ini adalah sesuatu yang wajar dan tepat.


PN tidak perlu mencipta masalah baru selepas isu jawatan Pengerusi gabungan itu berjaya diselesaikan dan kini dipegang oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden PAS.


Lagi pun, Hamzah masih menyokong dan setia bersama PN, walaupun keahliannya daripada Bersatu telah dipecat.


Lebih daripada itu, selain 5 lima Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat menyokong beliau, 13 lagi Ahli Parlimen Bersatu yang masih bersama parti itu juga turut bersamanya.


Maka itu, adalah lebih baik PN mengekalkan keharmonian sedia demi memastikan kemenangan pada PRU akan datang dapat dicapai.


Kepada pihak di luar Parlimen yang masih buat bising dan suka “nyet nyet” mempertikaikan kedudukan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang, PN sebaiknya tidak harus ambil peduli dengan mereka.


Suara mereka tidak perlu dilayan kerana kedudukan Ketua Pembangkang adalah kerja Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, PN sebagai blok pembangkang dan PAS yang merupakab parti yang memiliki kerusi terbanyak menentukannya.


Yang lain hanyalah suara-suara di pinggiran yang tiada nilai sama sekali. - ShahbudinHusin 26Februari2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1224843286305455&id=100063393840098





No comments: