Jamzuri Ardani
Saya harap Anwar kekal jadi PM untuk penggal kedua dan terus melaksanakan penambaikan dalam pentadbiran negara dan terus memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Saya belum nampak tokoh lain yang boleh melakukan dengan lebih baik.
Beliau banyak kelemahan ... saya setuju. Beliau banyak lakukan kesilapan ... saya setuju. Dia tidak tunai sebahagian janji dia ... setuju. Adakala dia cakap lain buat lain ... ini pun saya setuju.
Tapi ... saya yakin siapa pun yang akan ganti dia nanti akan berhadapan masalah yang sama. Semua PM lain sebelum ni pun macam tu juga, malah mungkin lebih teruk. Adakalanya pihak yang hentam dia pun tidak sebaik mana. Ada banyak kelemahan lain yang mungkin lebih fatal untuk dijadikan pemimpin.
I have gone passed this naivity to believe that a political leader would free from those problems. Not before, not now, and not in the future.
Saya setuju Anwar ditegur dan dikritik. Pemimpin yang tidak ditegur dan dikritik adalah merbahaya. Walaupun pemimpin itu berwajah agama, dilihat alim ... jika tidak ditegur dan dikritik dia tetap seorang pemimpin yang merbahaya buat kesejahteraan rakyat.
Tegurlah Anwar. Kritiklah Anwar. Tapi ... kita perlu berusaha untuk memastikan beliau terus jadi PM untuk penggal kedua. Bila dia dah jadi PM penggal depan pun, teruslah kritik dia, tegur dia jika perlu ... dan pertahankan dia ketika perlu.
Politik perlu bebas dari kebencian peribadi dan juga bebas dari ketaksuban kelompok.
Politik adalah untuk kesejahteraan rakyat dan negara.
No comments:
Post a Comment