HARI KE 2 KEMPEN SABAH

 


Hari kedua lawatan saya di Sabah bermula dengan bertemu lebih 50 pengamal media Sabah dan Semenanjung bagi mendengar pandangan, teguran serta menjawab persoalan isu-isu semasa.










Menjawab isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), saya tegaskan pendirian tuntas Kerajaan MADANI terhadap pelaksanaan Pemberian Khas Sabah berdasarkan 40 peratus hasil. Kerajaan juga telah memutuskan untuk menambah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak bagi memperkukuh prinsip perwakilan yang adil dalam sistem demokrasi negara.


Saya tersentuh mendengar luahan wakil media Sabah mengenai isu kebajikan dan kadar pendapatan rendah, termasuk kes wartawan berpengalaman hampir sedekad tetapi hanya menerima kadar sekitar gaji minimum. 


Keadaan ini tidak harus berlarutan. Saya akan meneliti perkara ini secara dekat untuk mencari pendekatan yang sesuai bagi menjaga kebajikan pengamal media di Sabah dan seluruh negara.


Peranan media amat kritikal ketika ini tatkala kebanjiran maklumat palsu, fitnah dan manipulasi politik menular. Media yang beretika dan berimbang adalah benteng kebenaran serta pemangkin kepercayaan rakyat. 


Saya amat menghargai dedikasi dan sumbangan kalian dalam menegakkan kebenaran. Terima kasih setulusnya buat pengamal media yang teguh berpegang pada pelaporan yang jujur, berimbang, profesional dan bertanggungjawab.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI



No comments: