SEJARAH PERIBADI MELAWAN GLULAW DAN KHAWARIJ


Ustaz Ridwan


 Dalam sejarah penglibatan saya di pentas dakwah dan politik, sudah banyak tempat dan acara saya sampaikan 'ucapan' ; dalam dan luar negara dan dalam pelbagai skala dan saiznya. 




Namun, bagi saya dua acara yang saya 'ter'libat yang amat meninggalkan kesan dalam perjalanan ini. 


1. Pada 17 Sept 2014, di Batu Pahat, Johor apabila saya mengambil risiko tampil menegur 'doa laknat' yang dilantunkan oleh Dr Azhar Yaakob (yang menggunakan nama samaran : Azhari Arifin), kesannya ? ; ada makian, perlian, kutukan bahkan sampai ada yang menghukum "paling kurang Zindiq" - kata seorang Maulana - . Dan inilah titik permulaan untuk bangkit melawan fikrah ghuluw dan 'pemakai' jubah ulama secara terbuka.


2. Pada 16 Sept 2015, di IDCC Shah Alam, saya telah diberikan peluang untuk mengacarakan Majlis Pelancaran Perdana Parti AMANAH Negara, ia menjadi 'momen' yang terpenting bagi 'mendokong' politik Islam yang Rahmah !. Kesannya ? ada yang bertanya "siapa nak sembahyangkan jenazah hang nanti?". 


Setelah 10 tahun, kesan dan nikmat 'Rahmah' mula merata di kalangan masyarakat umum. 


Dirgahayu AMANAHku 

1 Dekad | 1 Misi | 1 Hati



No comments: