Firdaus Wong
Pada 11 September lalu, media melaporkan Aswadi Bin Yah atau dikenali dengan nama panggilan ‘Abuya’ dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Pasir Mas atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki dan memiliki gambar lucah pada Jun 2024 hingga 20 Ogos lalu.
Dia telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM45,000.
Malam semalam, individu yang sama telah ditahan polis Terengganu untuk siasatan atas dakwaan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz berusia 14 tahun beberapa bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata semakan mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes seksual luar tabii dan penganiayaan terhadap kanak-kanak.
Pagi ini, individu ini telah direman lima hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan.
Polis mengesahkan individu ini memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes seksual luar tabii & penganiayaan terhadap kanak-kanak tetapi bagaimana institusi agama boleh membenarkan individu membuka madrasah?
Adakah madrasahnya berdaftar dengan institusi agama? Jikalau ya, apakah tiada penyemakan status jenayah dilakukan sebelum mereka dibenarkan beroperasi?
Adakah madrasahnya mempunyai akaun yang telah diaudit?
Tujuh pertuduhan dan direman sekali lagi pagi tadi. Adakah itu sahaja mangsa-mangsanya atau ada lagi mangsa lain?

No comments:
Post a Comment