HARAPN MUNCUL BUAT FLOTIILA

 


Selepas serangan yang dahsyat ke atas flotilla semalam, akhirnya satu lagi cahaya harapan muncul.





Kerajaan Sepanyol mengumumkan bahawa mereka menghantar kapal tentera laut, Furor, dari pangkalan Cartagena untuk mengiringi dan melindungi Global Sumud Flotilla dalam misi kemanusiaan ke Gaza.


Kapal ini mempunyai krew hampir 50 orang, termasuk 8 anggota pasukan perubatan.

Lengkap dengan helikopter, dron pemantauan, peralatan kecemasan dan boleh menampung sehingga 80 orang sekiranya perlu selamatkan penumpang flotilla.


Kapal ini tidak datang untuk berperang, tetapi sebagai perlindungan, sokongan, dan penyelamat jika berlaku kecemasan.


Bayangkan… selepas tekanan rakyat, suara solidariti, doa umat Islam & insan berjiwa kemanusiaan seluruh dunia, akhirnya Sepanyol ikut langkah Itali, turun ke laut bersama kita.


Flotilla kini tidak lagi sendirian. Laut Mediterranean sudah ada saksi baru negara Eropah yang berani menyatakan: “Kami bersama Gaza!”


Walaupun harapan kita kepada adik-beradik sendiri belum berhasil. Tapi masih ada yang sudi bersama.


Dr Saleha Idris

Menanti berita gembira






No comments: