IDUP DAP..KAMI PERTAHAN NEGARA TAPI TIDAK BERMUKA MUKA.

 


DAP Pulau Pinang teguh mempertahankan keamanan dan keharmonian di negeri ini, selaras dengan semangat patriotisme yang menjadi kebanggaan kita semua.




Isu bendera terbalik di Kepala Batas telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk disiasat dan diurus mengikut undang-undang. Tiada ruang untuk mana-mana pihak ketiga mengambil kesempatan atau mengapi-apikan keadaan.


Sekiranya ada pihak yang hadir untuk mengugut atau mengganggu penduduk Pulau Pinang dalam isu ini, DAP Pulau Pinang akan turun ke lapangan, berdiri bersama rakyat, menyambut puak yang membuat provokasi dengan mengedarkan Jalur Gemilang sebagai simbol perpaduan dan kasih sayang kepada negara.


Jalan ke hadapan bukanlah melalui keganasan, provokasi perkauman, atau maki hamun, tetapi melalui tekad bersama setiap rakyat Malaysia, tidak kira kaum dan agama, untuk memelihara perpaduan, mengukuhkan keharmonian, dan menyuburkan rasa cinta kepada tanah air tercinta, Malaysia.




No comments: