Anwar lancar ILMU, AI pertama Malaysia dibangunkan anak tempatan


 

Hari ini, tercatat detik bersejarah dalam landskap teknologi Malaysia apabila Perdana Menteri meluncurkan sebuah kecerdasan buatan (AI) iaitu ILMU, merangkap model bahasa besar (LLM) pertama negara yang dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan.


Peluncuran tersebut berlangsung di pentas Sidang Kemuncak ASEAN AI dengan kerjasama YTL AI Labs dan Universiti Malaya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ILMU bukan sekadar kemajuan teknologi, tetapi cerminan identiti, suara, dan aspirasi negara dalam era AI.



“Peluncuran ini juga menandakan bahawa Malaysia kini bukan lagi sekadar pengguna teknologi, sebaliknya sudah mampu membangunkan teknologi bertaraf dunia hasil kepakaran anak bangsa.



“Ia dirangka untuk memahami, menghormati, dan meraikan kepelbagaian rakyat, sambil membuka ruang baharu dalam pendidikan, perkhidmatan awam, dan inovasi industri,” katanya di Facebook.

Perdana Menteri berkata, peluncuran ini menzahirkan tekad Malaysia untuk menjadi peneraju teknologi yang inklusif, beretika, dan berpaksikan nilai-nilai MADANI yang memanfaatkan potensi AI demi kemakmuran rakyat, kemajuan ekonomi, serta kedudukan strategik Malaysia di persada dunia.

ILMU dijangka menjadi asas penting dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama teknologi serantau, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan yang berteraskan nilai tempatan





No comments: