Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif hari ini tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan seorang pelajar bernama Farisha sebagai anaknya dalam kes kematian Zara Qairina.
"Saya ada baca di media mengenai dakwaan kononnya seorang pelajar bernama Farisha adalah anak saya.
“Saya tidak ada anak bernama Farisha dan anak saya tidak ada yang bersekolah di sekolah menengah berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Ariffin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah sebelum ini melawat arwah ketika dirawat di hospital, selain hadir menziarahi ibu Zara di Sipitang selepas kematian pelajar itu.
“Kita tidak akan berkompromi dalam kes ini. Saya mahu siasatan dijalankan secara telus dan terbuka bagi mendapatkan keadilan untuk arwah,” katanya.

No comments:
Post a Comment