Nazri Hamdan
Malaysia punya rizab antarabangsa melonjak USD400 juta dalam masa dua minggu je hujung Julai, bawa jumlah keseluruhan kepada USD121.3 bilion!
Ni adalah paras tertinggi dalam 10 tahun! BNM cakap dengan rizab setinggi ni, kita mampu tampung 4.8 bulan import barang dan perkhidmatan, dan boleh cover 90% daripada hutang jangka pendek.
Kalau kita zoom-in komponen rizab ni, bahagian terbesar datang dari rizab mata wang asing yang kini cecah USD107.7 bilion (naik dari USD107.3 bilion).
Emas kekal stabil di USD4.1 bilion, dan kuota Malaysia dengan IMF pun maintain pada USD1.3 bilion. Komponen lain macam SDR (special drawing rights) juga tak berubah pada USD5.9 bilion.
So, peningkatan ni bukan sebab kita jual emas atau minta bantuan IMF, tapi sebab peningkatan genuine dalam rizab tunai asing.
Apa maksud semua ni? Bila kita ada rizab besar, Bank Negara ada peluru lebih untuk stabilkan ringgit kalau berlaku kejutan luaran.
Contoh, kalau USD naik mendadak atau harga minyak turun gila-gila, BNM boleh guna rizab ni untuk ‘defend’ nilai ringgit.
So walaupun rakyat biasa tak rasa direct kesannya, tapi dari sudut pelabur asing dan pasaran bon, ni petanda Malaysia masih kukuh dan boleh dipercayai.

No comments:
Post a Comment