TERBAIK MB N9


Eddy Nor Ridzuan


 Syabas MB TokMin dan Kerajaan Madani Nismilan.. Larangan ini secara tidak langsung mampu kurangkan risiko keganasan, gangguan atau kekecohan akibat individu mabuk. Taman riadah seharusnya lebih selamat untuk keluarga, wanita dan kanak-kanak.











Imej dan suasana tempat awam haruslah dijaga termasuklah dari perlakuan tidak senonoh (mabuk) atau jijik (muntah, gaduh, tidur merata). Apatah lagi jika botol minuman itu dibiarkan dan pecah berderai, pastinya membahayakan pengunjung.


Taman permainan / rekreasi / lake garden sudah tentulah untuk aktiviti sihat seperti jogging, beriadah, dan bersosial dengan siuman. Ianya amat kontradik dengan minuman keras dan perlu dijauhkan pengaruh negatif alkohol khususnya daripada golongan muda dan remaja.


Jika sebelum ini ada larangan namun tidak diendahkan, sekarang sudah ada kompaun maksima RM2000 jika kesalahan berulang.


Syabas Nismilan, jadi negeri contoh!




No comments: