BUCKLE PALSU DIBAN BERMULA 31 DISEMBER!

Nazri Hamdan





Kerajaan dah umumkan larangan import untuk “dummy seatbelt buckles”, alat palsu yang orang guna untuk tipu sistem keselamatan kereta, biasanya bagi elak bunyi amaran bila tak pakai tali pinggang keledar. 


Bermula 31 Disember 2025, mana-mana alat macam ni, termasuk extender, deactivator dan segala benda yang bypass fungsi sebenar seatbelt, tak boleh masuk Malaysia lagi. Perintah ni sah dari semua negara, tak kira dari mana pun datang.


Menurut Kementerian Pengangkutan, benda ni sebenarnya dah lama jadi masalah, siap masa operasi Tahun Baru Cina kat Negeri Sembilan, 30% pesalah seatbelt dikesan guna alat tipu ni. 


Ada yang jual serendah RM1.99 je! Tapi risikonya bukan murah, kalau kantoi guna, boleh kena denda RM300. Jadi kalau kau ada habit beli barang kereta kat Shopee ke Lazada, lepas ni hati-hatilah, jangan sampai tersalah beli barang yang boleh bagi masalah atas jalan raya.




No comments: