Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang tahun lalu mengesahkan beliau beristeri dua nampaknya kena sindir dengan PMX semasa Majlis Perasmian Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 di Dataran Darulaman hari ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap sempat berseloroh dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu ketika menyentuh isu pemberian RM100 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
“Sorang RM100, satu isteri RM200, dua isteri dah RM300. Sanusi tepuk pasai apa?” kata Perdana Menteri sambil tersenyum.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian secara sekali beri kepada semua rakyat berusia 18 tahun ke atas itu turut dipertikai oleh sesetengah pihak.
“Pemberian RM100 merupakan tambahan daripada peruntukan RM13 bilion kepada RM15 bilion… suami, isteri akan dapat seorang RM100, kalau ada anak umur 18 tahun dapat lagi,” jelas Perdana Menteri.
Kelmarin, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Menurutnya, pemberian bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos itu, adalah ikhtiar segera bagi meringankan beban sara hidup, selain sebagai penghargaan kepada rakyat yang memberi manfaat kepada 22 juta penduduk dengan peruntukan RM2 bilion.
Pada September 2024, Sanusi dilapor mengiyakan majlis meminang isteri keduanya dilakukan sendiri oleh isterinya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh beberapa bulan sebelum itu.
Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas berkenaan memberitahu, isteri keduanya merupakan anggota polis juga ibu tunggal yang memiliki seorang anak.
Perkahwinan Sanusi,50, dengan Jusmalailani pada 14 Februari 1999 telah dikurniakan lima cahaya mata.
No comments:
Post a Comment