Satu ‘surat cinta’ akan diserahkan kepada Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sebagai respon terhadap beberapa dakwaan yang tidak berasas dibangkitkan oleh blok pembangkang itu.
Menerusi hebahan berserta tanda pagar Kekal Anwar itu, serahan memorandum tersebut akan berlangsung di Pejabat PN negeri itu di Putra Nilai pada jam 5 petang ini.
Memorandum daripada Sekretariat Belia Pertiwi itu menjawab dan memperbetulkan sembilan dakwaan tidak berasas daripada pihak pembangkang terhadap Kerajaan MADANI.
Isu pembangkang tersebut adalah berkaitan mungkir janji, cukai SST, intimidasi politik, LPG/tong gas, subsidi dihapus, reformasi gagal, isu perumahan, sistem kehakiman dan cukai baharu.
Selain itu, kumpulan penyokong kerajaan menyatakan pendirian rakyat yang menolak politik fitnah dan perpecahan.
Dalam masa sama, memorandum itu menegaskan komitmen Kerajaan MADANI dalam membangunkan negeri dan negara secara inklusif dan progresif.
“Kepada semua penyokong dan pendokong Kerajaan MADANI, ayuh hadir bersama menunjukkan solidariti dan suara rakyat yang waras,” menurut jemputan terbuka itu.
No comments:
Post a Comment