PM ANWAR SOLAT JUMAAT DI PERSINT 14

 


Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Surau Istiqlal, Presint 14 Putrajaya bersama masyarakat setempat dalam suasana penuh keberkatan, damai dan ukhuwah.









Solat Jumaat dipimpin Imam dan Khatib jemputan, Zainuddin Abdul Rahman yang menyampaikan khutbah bertajuk “Bayang yang Penuh Dusta”.


Khutbah menyentuh realiti hidup hari ini tentang tipu daya, kepalsuan dan helah yang kian menjadi kebiasaan lantas umat Islam diseru kembali kepada jalan kebenaran, kejujuran, dan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran Islam.


Semoga Jumaat ini membawa rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua.


Mari terus memperbaiki diri, menjaga amanah, dan hidup dengan penuh keinsafan.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja




No comments: