"Minyak Turun, Tapi Jiwa Terbakar": Peniaga T-Shirt Rugi Besar, Marah Pada PMX


ISWARDY Morni


 "Minyak Turun, Tapi Jiwa Terbakar": Peniaga T-Shirt Rugi Besar, Marah Pada PMX






KUALA LUMPUR, 23 Julai – Seorang peniaga t-shirt dari Kelantan meluahkan rasa kecewa dan marah selepas terpaksa melupuskan hampir 1,000 helai baju bertulis 'TURUN MINYAK!' menjelang perhimpunan yang dijadualkan pada 26 Julai ini.


Ini susulan pengumuman kerajaan bahawa harga minyak akan diturunkan lebih awal daripada jangkaan.


> "Lain kali umumlah lepas demo. Bukan sebelum! Saya ni cari makan dengan jual baju. Kos cetak dah keluar, deposit kedai Ah Huat pun baru bayar separuh!" ujar beliau sambil membetulkan bendera PAS di bahunya.


Difahamkan, beliau telah turun dari Kelantan ke ibu negara dengan harapan menjual t-shirt bertema protes itu, namun segalanya musnah selepas pengumuman mengejut oleh Perdana Menteri.


 "Kos minyak tak cover, kos cetak rugi, kos emosi pun terjejas!" tambahnya dengan nada sinis.


Peniaga itu juga mempertikai masa pengumuman kerajaan yang menurutnya seolah-olah "mematikan semangat rakyat untuk turun ke jalan".


> "Bila harga minyak turun sebelum demo, siapa nak beli baju protes? Ini strategi bijak atau sabotaj peniaga kecil macam kami?"


Peniaga tersebut turut menggesa agar ada pampasan untuk peniaga mikro yang terkesan akibat keputusan kerajaan yang diumum secara mendadak.




No comments: