KENYATAAN TEGAS MAHASISWA TOLAK HIMPUAN "TURUN ANWAR"











Sewaktu era Himpunan BERSIH dahulu, tak pernah pun penganjur perlu hantar surat rasmi kepada mahasiswa ajak turun padang. Dulu, mahasiswa hadir secara sukarela atas kesedaran sendiri, atas prinsip, walaupun risiko digantung belajar atau dibuang universiti sentiasa menghantui mereka.


Tapi zaman berubah. Hari ini mahasiswa bebas bersuara, malah PMX sendiri arah universiti agar tidak ambil tindakan pada pelajar yang hadir himpunan. Tapi yang lucunya...


Kini penganjur dari pihak pembangkang (PN) terpaksa hantar surat jemputan rasmi kepada pelajar universiti. 😂 Terdesak sungguh sampai perlu ‘menjemput’ ke himpunan. Namun yang lebih memalukan, pelajar-pelajar kita dengan matang dan berprinsip membalas semula surat jemputan dengan PENOLAKAN TEGAS. 😅👏


MPP UUM, MPP USIM Dan MPP USM sudah nyatakan dengan jelas pendirian mereka:

❌ Tidak mahu terlibat dengan himpunan berunsur provokasi dan partisan

✅ Mahu mahasiswa jadi pencorak solusi, bukan pemarak konflik

📚 Fokus pada akademik dan kesejahteraan negara


Ini bukti bahawa mahasiswa zaman kini tidak mudah diperalat. Mereka cerdas, matang, dan tahu beza antara agenda politik sempit dengan tanggungjawab sebenar sebagai pewaris masa depan negara. 💪🇲🇾


#MahasiswaBermaruah

#MahasiswaMalaysia

#MPP_UUM #MPP_USM #MPP_USIM

#MalaysiaMADANI

#TurunAnwar? #KamiNaikkanMaruahMahasiswa




No comments: