CUKUR BAGI PUAK NAJIB



 Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, Jabatan Peguam Negara akhirnya mengakui kewujudan titah addendum, semalam.





Ini sekali lagi mengesahkan, afidavit yang saya kemukakan kepada pihak mahkamah, bahawa saya mengetahui kewujudan titah ini adalah benar dan bukan bersifat ‘hear say’.


Memandangkan pihak Peguam Negara secara langsung atau tidak langsung mengakui keabsahan titah addendum ini, adalah wajar bagi proseding ini dihentikan dan titah ini dilaksanakan.


Jabatan Peguam Negara, Mahkamah dan semua pihak yang terlibat terutama pihak kerajaan perlu menjadi badan yang menjunjung konsep pengasingan kuasa, termasuk menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.


Saya secara peribadi dan juga mewakili rakyat Negeri Pahang berdoa agar Dato’ Sri Najib mendapat keadilan seperti yang terkandung dalam titah addendum tersebut.


Kepada Allah kami berserah.


YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail 

Naib Presiden UMNO

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang 

11 Julai 2025




No comments: