𝐖𝐇𝐘 𝐍𝐎𝐓 𝐉𝐔𝐒T 𝐅𝐈𝐑𝐄 𝐓𝐇𝐄𝐌? 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐑𝐞𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚


Faudsi Majid Al Yameni




Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sekadar satu entiti politik. Ia adalah simbol kepada perjuangan rakyat Malaysia menentang ketidakadilan dan penindasan sejak 1998. Lahir daripada semangat Reformasi yang menggoncang sistem, PKR membawa aspirasi rakyat untuk melihat sebuah Malaysia yang adil, telus, dan bebas daripada salah guna kuasa.


Namun setelah lebih dua dekad, ramai yang mula bertanya — adakah PKR masih memegang prinsip perjuangan asal, atau kini terperangkap dalam the very power structure it once vowed to dismantle?


𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐞𝐫𝐢𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐡 𝐤𝐞 𝐂𝐨𝐦𝐟𝐨𝐫𝐭 𝐙𝐨𝐧𝐞


Waktu parti ini berada di luar kerajaan, perjuangan sangat nyata. Ramai aktivis, pemimpin dan penyokong sanggup berdepan risiko — ditangkap, dituduh, malah dipukul kerana mempertahankan prinsip. Nama-nama seperti Anwar Ibrahim, Tian Chua, Rafizi Ramli dan ramai lagi menjadi suara keberanian.


Tetapi apabila PKR mula berada dalam kerajaan, situasi berubah. New faces started appearing — individuals who were never seen during the struggle, now positioning themselves in corridors of power. Mereka bercakap tentang perjuangan, tetapi tindak-tanduk menunjukkan sebaliknya.


Budaya oportunisme mula mengambil tempat. Power became the goal, not the means.


Maka timbul persoalan besar — adakah PKR masih menjadi parti rakyat, atau sudah mula berubah menjadi parti elitis yang hanya menjaga kepentingan dalaman?


𝐑𝐚𝐟𝐢𝐳𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐥𝐢: 𝐅𝐫𝐨𝐦 𝐇𝐞𝐫𝐨 𝐭𝐨 𝐓𝐚𝐫𝐠𝐞𝐭?


Kebimbangan ini semakin nyata apabila Rafizi Ramli — bekas Timbalan Presiden dan antara arkitek utama kemenangan Pakatan Harapan 2018 — mula dikritik hebat hanya kerana menyuarakan kebimbangan terhadap pelantikan Ketua Hakim Negara.


Isunya mudah: bagaimana pelantikan sebesar itu dibuat tanpa pemakluman awam yang jelas? Bukankah ini menyentuh soal integriti institusi kehakiman — benteng terakhir dalam sistem demokrasi?


Malangnya, suara Rafizi ini tidak diraikan. Instead, beberapa Ketua Cabang Johor mendesak agar beliau dikenakan tindakan disiplin, malah digantung keanggotaan.


Is dissent now forbidden in PKR?


Rafizi bukan pemimpin biasa. Beliau membina reputasi melalui keberanian, bukan kuasa. Beliau mendedahkan skandal besar seperti NFC dan 1MDB. Tetapi jika suara seperti Rafizi pun dianggap musuh, maka idealisme reformasi sedang menghadapi detik-detik terakhirnya.


𝐃𝐢𝐬𝐢𝐩𝐥𝐢𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡: 𝐇𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐦 𝐯𝐬 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐳𝐢


Lebih membimbangkan ialah sikap double standard dalam isu disiplin parti. Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang, juga sering mengkritik kerajaan secara terbuka. Tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap beliau.


Mengapa Rafizi ‘kena’, tapi Hassan ‘lepas’? Is it because Rafizi poses a greater political threat within the party?


Jika perbezaan pandangan dihukum selektif, dan tindakan disiplin hanya dijadikan senjata politik terhadap mereka yang tidak tunduk, maka parti ini bukan lagi reformis — tetapi meniru budaya parti yang pernah kita lawan.


𝐃𝐢 𝐌𝐚𝐧𝐚 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧?


Dalam keadaan parti sedang dilanda krisis keyakinan, satu lagi kekecewaan ialah the silence of the current Deputy President. Dalam suasana di mana prinsip sedang diuji, ketiadaan suara tegas dari barisan tertinggi parti amat mengecewakan.


Seorang pemimpin tidak boleh hanya muncul semasa selesa. Leadership is tested during storms, not sunshine. Dan jika pemimpin utama tidak berani bersuara ketika prinsip dikhianati, itu satu bentuk pengkhianatan terhadap amanah rakyat.


𝐑𝐞𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢: 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐌𝐚𝐭𝐢?


Persoalan paling penting sekarang — is Reformasi still alive, or has it died a slow death within the party?


Jika sebuah parti yang lahir atas semangat keberanian dan kebebasan bersuara kini menjadi ruang menekan suara sendiri, maka kita sedang menyaksikan sebuah transformasi tragik — dari gerakan rakyat kepada mesin kuasa.


Rakyat tidak setia kepada sejarah semata-mata. Mereka setia kepada prinsip yang kekal, integriti yang konsisten, dan keberanian yang tidak tunduk pada tekanan dalaman.


Tanpa itu semua, PKR hanya tinggal nama — satu jenama lama yang kini kehilangan isi.


𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚?


PKR hari ini sedang berdiri di persimpangan sejarah.

Di satu jalan, ada peluang untuk kembali kepada semangat asal — meraikan perbezaan, melawan budaya elit, dan menghidupkan kembali roh reformasi.

Di jalan satu lagi, ada risiko menjadi parti yang pernah kita tentang — senyap, takut, dan penuh kepura-puraan.


#ReformasiAtauRealiti  

#KebenaranBukanKesetiaan  

#PKRDiPersimpangan  

#ManaReformasi  

#SuaraRakyatDihukum  

#JanganMatiPrinsip  

#RafiziBukanMusuh  

#HidupAtauMatiReformasi  

#PartiUntukSiapa  

#KeadilanTanpaIntegriti  

#OportunisVsPejuang  

#BukanSekadarKuasa  

#KembalikanPKR  

#ReformasiBelumSelesai  

#SilentDeputy  

#DissentIsNotDisloyalty  

#FromHeroToTarget  

#ReformOrRot




No comments: