Ni saya nak bagi sikit ilmu pengetahuan perlembagaan parti kepada ahli PKR. Jangan tahu pegang jawatan je tapi perlembagaan parti dan peraturan parti tak tau.
1. Dalam isu di bawah ini yang penting NOTIS 7 hari mesyuarat telah dikeluarkan dan sampai kepada AJK. Maka kalau dapat di buktikan cukup notis, maka mesyuarat boleh di adakan.
2. Mana mana keputusan mesyuarat cukup majoriti YANG HADIR MENGUNDI membuat keputusan. Bukan majoriti AJK. contoh dari 31 AJK yang hadir 10. Maka cukup 6 bersetuju dikira cukup korum membuat keputusan mesyuarat.
3. Korum ni hanya untuk sewaktu Mesyuarat Agong Tahunan cabang sahaja iaitu minima 50 orang dan bukan pada waktu mesyuarat.
4. AJK yang menang atau dilantik yang tidak hadir 3 kali berturut turut akan dapat surat warning dan kalau tidak hadir 6 kali berturut turut akan boleh dipecat.
5. KC boleh melantik sesiapa sahaja Jadi AJK lantikan termasuk pasangan dia, anak dia, adik dia, awek dia, boipren dia TANPA perlu kelulusan AJK yang menang.
Perlembagaan ini dibuat in such a way supaya cabang tidak collapse sebab fenomena badan tanpa kepala ni bukan lah kali pertama berlaku. Benda ni dah lama. Sapa lama dalam parti ni tau la.
Jadi nasihat saya, kalau pun badan tanpa kepala nak boikot cabang tak guna. Maka masuk je la meeting dan jadi org yang tukang semak Imbang. Rugi kalau dh menang tapi letak jawatan atau dibuang dari jadi AJK. Mengadu lah pada Fuziah Salleh . Beliau akan cakap yang sama
ISWARDY

No comments:
Post a Comment