IRAN TIDAK AKAN DIAM SELAGI DISERANG



 DUBAI : Iran memaklumkan bahawa mereka tidak akan memulakan rundingan gencatan senjata selagi masih berada di bawah serangan Israel.





Israel sebelum ini melancarkan serangan mengejut ke atas Iran pada pagi Jumaat lalu, yang dikatakan telah memusnahkan barisan utama kepimpinan tentera Iran serta menyebabkan kerosakan terhadap beberapa tapak nuklear negara itu. Israel turut memberi amaran bahawa kempen ketenteraan ini akan terus dipertingkatkan dalam beberapa hari akan datang.


Iran pula memberi amaran akan “membuka pintu neraka” sebagai tindak balas, dalam apa yang kini disifatkan sebagai konfrontasi terbesar antara kedua-dua seteru lama itu.


#suriamalaysia #buletindisuria




No comments: