Eida Aeed
Alhamdulillah,
Semalam saudara Fahmi Reza memaklumkan bahawa beliau telah dihalang ke luar negara.
Tak lama lepas tu, Perdana Menteri keluarkan arahan supaya isu larangan tu “disemak” semula.
Arahan itu bukan satu campur tangan, tapi satu signal jelas: ada prinsip, ada sempadan, dan ada beza antara kuasa dan integriti pihak berkuasa. Dalam dunia politik, satu ayat boleh jadi beza antara menekan dan mempertimbang.
Dan bila seorang Perdana Menteri memilih untuk menyemak, bukan mengarah, itu merupakan kekuatan dan kebijaksanaan seorang pemimpin bila tahu kuasa di mana patut ia berhenti.
Dan integriti, bermula dari situ.
#MADANIBekerja
#PMX
KENYATAAN MEDIA
YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikenakan terhadap saudara Fahmi Reza.
Kerajaan MADANI menjunjung tinggi kebebasan individu selagi mana ia tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada. Oleh itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.
Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan ini dengan sewajarnya.
PEJABAT PERDANA MENTERI
8 Jun 2025

No comments:
Post a Comment