PKR BERADA DI PERSIMPANGAN UNTUK JADI MACAM UMNO LAMA


Nazri Hamdan



UMNO jatuh bukan saja sebab parti lawan. Ia jatuh disebabkan oleh pelbagai kem dalam parti sendiri. Kepelbagaian kem akan membawa kepada sabotaj.


Sekarang, PKR ada tanda-tanda jadi macam tu. Saya tak yakin kem RR akan bagi sokongan 100% pada PKR pada next PRU.


Ada kemungkinan mereka akan sabotaj PKR. Mereka barangkali nak buktikan ia adalah satu kesilapan menjatuhkan RR.


Lagi satu, mereka yang sokong PKR ni juga sebahagian besar adalah pengundi atas pagar. Mereka undi PKR pun mungkin sebab RR. Kalau faktor RR dah tak ada, mungkin mereka dah tak minat lagi.


Dari segi membina pengaruh di luar PKR dan pengundi atas pagar, kena akui RR ada lebih kekuatan berbanding NIA.


Paling teruk lagi kem NIA dan RR masih terus bergaduh antara satu sama lain. Dalam keadaan di mana mereka tak sedar pihak musuh sedang ketawakan mereka.


Kalau pun PKR dan PH tumbang, ia bukan sebab parti lawan. Ia adalah sebab konflik sesama sendiri. Konflik dalaman PKR ni sebenarnya senjata yang paling ditunggu oleh pihak musuh. Sebab mereka boleh mencipta kemenangan dengan usaha yang paling minima. 


Paling tak pun, cuma mainkan peranan jadi batu api, biar sesama sendiri bakar diri antara satu sama lain.



No comments: