IKAN YANG SEMAKIN PUPUS

 

Probarbus jullieni,yang dikenali sebagai ikan Temoleh atau Temelian,salah satu spesies ikan cyprinid monster tempatan kerana saiznya boleh mencapai 65" (panjang).





Ikan Temoleh ni sebenarnya semakin terancam tapi amat kurang diperkatakan,populasinya agak terbantut,pada pandangan saya ia berpunca dari kekurangan atau ketiadaan induk liar yang berkualiti akibat penangkapan ikan ini yang tiada kawalan dari segi jumlah (bag limit) dan saiz yang dibenarkan.


Yang ada kebanyakan dijumpai sekarang adalah ikan yang dilepaskan,bukan dari populasi ikan liar. Spesies masih sama,cuma bukan dari baka yang liar,itu pun tak banyak yang tak sukses berkembang biak dan mungkin tak mampu mencapai seperti baka liar.


Taburan asli ikan Temoleh di Malaysia ialah di Sungai Perak dan Sungai Pahang,dan ada yang dilepaskan di beberapa tasik dan sungai di sekitar Malaysia.


Dulu ikan Temoleh ni dianggap spesies common di tempat saya,boleh dikatakan satu ketika dahulu asal ada kenduri saja mesti akan ada hidangan ikan ini yang diolahkan dalam pelbagai resepi,sebab mudah nak dapatkan.


Kali terakhir saya nampak ikan ni ada dijual di pasar di tempat saya ialah pada tahun 2009,itu pun sikit. Namun masih ada nelayan yang perolehi ikan ni cuma tahun demi tahun ia semakin kurang,hinggalah hanya ada 1 rekod saja dalam setahun,dan sejak beberapa tahun ini langsung tiada ditemui lagi ikan ni di Sungai Perak.



No comments: