BOLEH KAHWIN DENGAN BELLA. INI KES SYED SADDIQ


 

Selepas lima tahun, akhirnya Mahkamah Rayuan membuat keputusan ini dalam kes Syed Saddiq

Panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim telah melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan kesalahan berhubung dana Armada Bersatu.


Anggota panel hakim lain ialah Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

Pada Julai 2021 Syed Saddiq telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, RM10 juta denda dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi.



Mahkamah Tinggi ketika itu mendapati bahawa Syed Saddiq bersalah melakukan pecah manah jenayah membabitkan dana sebanyak RM1 juta Armada Bersatu.

Beliau yang merupakan ketua Armada Bersatu pertama didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali yang merupakan timbalan bendahari.


Syed Saddiq juga telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana menyalah gunakan RM120,000 dari Armada.

Mahkamah Rayuan memutuskan dana tersebut diterima oleh Syed Saddiq sebagai benefisiari memandangkan ana tersebut adalah untuk kempen pilihanraya.


Mahkamah Tinggi sebelum ini juga menyabitkan Saddiq untuk kesalahan penggubahan wang haram melibatkan dana RM50,000 ke dalam akaun Maybank Islamic dan Amanah Saham Bumiputeranya.

Noorin yang mengumumkan keputusan sebulat suara mendapati bahawa Mahkamah Tinggi terkhilaf dari menilai bukti sebaik-baiknya dan elemen perundangan yang diperlukan untuk membuktikan tuduhan tersebut.

“Perbuatan menyuruh, mengarah seseorang untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap melupuskan wang.



“Perbuatan mengeluarkan wang sendiri tidak memenuhi elemen actus reus (perbuatan jenayah secara fizikal,” kata Noorin.








No comments: