WOOOOOOIIIIII- KETUA PEMUDA PAS LIBERAL PULAK DAH KA ?




ORANG PANGGIL DIA NI MP QAZAF?



 ‘Kalaulah Pemuda lain buat mesti orang Pas dah label lagha, liberal…’

Pemuda Pas menerusi Facebook rasmi sayap parti pembangkang itu berkongsikan rakaman video cabaran menyanyi lagu Hari Raya.


“Jom layan #MicChallenge bersama Exco Pemuda Pas,” menurut kapsyen tertera yang menampilkan tujuh individu diketuai Afnan Hamim Datuk Taib Azamudden.


Turut mengambil giliran menyanyi dalam pusingan pertama itu adalah Timbalan Ketua, Mohd Hafez Sabri dan Naibnya, Hanif Jamaluddin.


Menjengah ruangan komentar, rata-rata mengeji dan menempelak cubaan Pemuda Pas untuk mendendangkan lagu Suasana Hari Raya nyanyian asal Anuar Zain and Ellina itu.


Ramai dilihat bersetuju Pas bersikap “kalau dia buat boleh, orang lain buat tak boleh” termasuk lemparan label lazim seperti melakukan perkara lagha, malah dicop sebagai liberal.


Ada juga yang berpendapat penampilan Pemuda Pas menyanyi lagu raya itu sebagai ‘mencontohi’ Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas dan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.


“Ni pemuda Pas Pusat ke AMK PKR? Malu sungguh dengan korang ni.

“Chukoppp juuommlohh.


“Tak dosa ke lalai-lalai macam ni, lebai?” demikian antara sindiran warga maya.





No comments: