Lantikan syarikat konsesi baharu hanya melibatkan perubahan pengurusan serta operasi yang telah dilaksanakan melalui pemberitahuan permintaan cadangan (RFP).
RFP adalah tender terbuka bagi projek kerjasama awam swasta (PPP) selaras dengan keputusan Jemaah Menteri.
Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM) telah melakukan proses RFP, seterusnya Jemaah Menteri memperakui pembida berjaya berdasarkan penilaian ke atas RFP tersebut yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada 29 Mei 2024.
Kementerian Komunikasi sedang meneliti perkembangan menurut perjanjian konsesi yang ditandatangani oleh pihak kerajaan.
Selain itu, kementerian tersebut ambil maklum tentang writ saman dan permohonan injunksi yang telah difailkan oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) susulan lantikan syarikat konsesi baru tersebut. Sebarang tindakan diambil kelak adalah selaras dengan proses undang-undang dan memohon agar semua pihak memberi ruang kepada proses perundangan berjalan dengan lancar.
Semua pihak terlibat termasuk rakyat dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, spekulasi atau melakukan tindakan yang akan mengganggu proses perundangan yang sedang berjalan.
Kementerian Komunikasi kekal komited terhadap tatakelola yang efisien, memastikan isu ini ditangani sebaiknya. Rundingan bersama syarikat konsesi baru, LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM), telah menggariskan terma yang tidak akan menjejaskan operasi serta tenaga kerja menara tersebut. Ianya tetap berjalan seperti biasa.
Kemaskini:
Cahaya Qalbu (CQ)
Sekretariat Gempur @SekPur
(Gabungan Pelbagai NGO)
#MalaysiaMADANI
#GerakGempur
#SekPur
Sumber Asal: Kementerian Komunikasi
2 April 2025

No comments:
Post a Comment